Salam...
Kali ni aku bersiaran dengan kek orang beryogurt ye.. Resepi asal dari kak ina do do cheng. Tapi kak ina guna lemon aku tukar guna orange. Sebab orange je yang ada kat rumah aku.
Terus kepada cerita utama ye. maksudnya bersama cerita bergambarlah senang sikit nak citer tol tak?
Ni kek pertama yang dibakar masa hari ahad lepas. Tapikan.. huhuhu.. aku terguna api atas pulak.. habis rentung kat atas.. tapi kat bawah tak masak lagi.. bau dah semerbak satu rumah.. Dahlah masa tu ada tetamu.. Nasiblah tetamu tu kakak aku je.. Kalau orang lain adoiiiiii... maluew wei.. hehehe..
Hasilnya selepas rentung.. Tapi bila aku hidang je kat depan.. Terus kena serbu macam ikan piranha.. rentung2 pun tetap orang terujakan.. Yelah kek panas2 ni bila minum petang dengan air teh o.. Memang kenalah. lagi2 fresh je dari oven.. memang menariklah...
Tengah2 putar adunan yang kedua.. Tetiba pulak datang lagi kakak aku lagi sorang.. Bak kata orang memang langkah kananlah.. Rezeki menanti untuk dia kot.. Mungkin sebab tu jugak aku rasa nak buat lagi satu adunankan..
Kek yang kedua.. Merekah pulak... Terlebih tepung rasanya.. Nasiblah tak rentung macam yang pertama tadi...
Yang kedua ni pun tak sempat nak simpan untuk esok dan nak bawa ke opis.. Macam Piranha jugaklah.. Laju je tinggal habuk kat dalam dulang tu.. huhuhu.. Tapi takperlah.. Dah rezeki diorangkan.. Nanti ada masa nanti aku buat lagilah..
Bahan-bahan sama je macam yang kak ina buat. Cuma aku tukar orang je.
oklah ni aku bagi ikut versi adunan aku ye..
Butter - 250g
Gula - 200 g
* putarkan sehingga betul2 sebati
6 biji telur
* dimasukkan selepas butter dan gula tu sebati
*pukul telur sehingga lembut dan sebati.
Tepung gandum @ tepung naik sendiri - 250g - 300g
* masukkan sedikit demi sedikit tepung kedalam adunan tadi.
1 cup plain yogurt
Masukkan kedalam adunan tepung tadi.
Orange@lemon - disagat kulitnya
orange@lemon - diambil jusnya
orange@lemon - diambil jusnya
*masukkan orange@ lemon kedalam adunan tepung tadi.
Perasa limau, Vanilla, Baking powder untuk bahan tambahan.
Bila semua bahan diatas dah dipukul dengan sebati, Masukkan kedalam loyang yang sesuai dan bolehlah dibakar dengan suhu 150-180 celcius ye.
Selamat mencuba resepi ini.
Ok itu saja.. bai
Psst : Tak faham dengan manusia yang suka sampai menyampai ni... Lepas tu orang yang menerima cerita tu boleh pulak percaya 100%.. Cubalah selidik dulu sebelum menuding jari ke arah orang lain.
Lagi satu tak faham jugak dengan orang yang nak tutup kesalahan sendiri tapi sanggup cari kesalahan orang lain walaupun hanya sebesar zarah.
wah akak pun dah cuba resipi cik ina,izan je x cuba2 lg sbb takde tmpt nk baking2 lg stakat ni hehe...
ReplyDeletemmg sedap kan,ari tu mkn terkenang2 rasanya =)
oren ke lemon ke mesti sedap.dua2 bau best!
emm yummyyy ... bau kek tu sampai ke sini lah :p
ReplyDeleteIn conjunction of my 4th Blog anniversary … Nak RM40?
pergh...boleh imejin laa wangi kek semerbak kak satu umah...patut le yg lain dok tunggu jek....sampai2 terus serbu heheheheh...
ReplyDeleteMakan kek panas2 memang laa laku kejap je abis..nya.. :)
ReplyDeletealamak! kakratu..nak skit!!!!
ReplyDeletetgk pun dah tau mesti sedap nih..rentung2 pun layan je la...:)
ReplyDeletekalau saya, tang rentung2 tu saya suka. macam rangup2 sket. hihihi
ReplyDeletehitam@ rendung itu menawan lagi rangup...n yang merkah itu kenyang diperut...
ReplyDeleteyg penting habissss......
egghhhh (tersendawa lah pulak..)
harum baunya tu yang sedap sangat...
ReplyDeletesuka yang hangit2 cikit...
uncle nak nyalakan oven pon tak pandai...
ReplyDeleteKek kalau dimakan panas2 memang sedap. :)
ReplyDeleteratu siap dah jual dah kek respi kak ina ni..mmg meletopsss..
ReplyDeleteteringat kek yg kak ina bawak hari tu...
ReplyDeletememang sedap!
jeleznyer tgk org main masak2...huhu
ReplyDeletesampai ati tak kirimkan untuk aku sikit yer....
ReplyDeleteamboi.. tu dia! terliur!
ReplyDeletewahhhh cam sedap~
ReplyDeleteaduhai..terliur plak tgk kek ni..
ReplyDeleteratu...saya lebih suka kaler kek yg rentung tuh!!...tapi kaler kuning nampak cantik berbanding yg kedua...:)
ReplyDeleteAyat last tu, biasalah manusia yg bersalah suka tuding org lain, nak selamatkan diri.
ReplyDelete