Kejinya mimpi malam tadi.. haish....

Salam.

Dah berapa hari kita masuk ke December kan.  Dan Tak lama lagi kita nak masuk tahun baru.. Pergh banyaknya memori dalam tahun 2011 ni. Antaranya 1st time dapat jumpa blogger dan banyak lagilah. Korang pun mesti ada jugak memori dalam tahun 2011 nikan. erk.. belum sampai penghujung aku dah sibuk-sibuk citer pasal memori 2011.. Apelaa.. nampak sangat tak sabar nak masuk 2012.

Oklah.. sebelum aku membebel dengan lebih panjang baiklah aku berhenti takat ni je.. Simpan bebel tu untuk entry esok-esok.. kang takder modal pulak.

Bahan tumisan.. Bawang merah, putih, halia dan rempah kari.

Masukkan ayam yang dah dicuci bersih.

Masukkan santan.. Dan gaul sehingga sebati.

Dan akhirnya kari ayam yang dah siap dimasak. Bolehlah makan.
Resepi yang lebih detail ada kat bawah ye.. Kalau berkenan silalah cuba resepi ni.. Tapi kari ayam senang jekan.. pejam mata je.. takyah nak tengok resepi pun

Kari Ayam

 Bahan-bahannya
  1. 1 ekor ayam-potong 16
  2. 6 ulas bawang merah-tumbuk
  3. 4 ulas bawang putih-tumbuk
  4. 1/2 biji bawang merah-tumbuk
  5. 1 1/2 inci halia -tumbuk
  6. 5 sudu besar rempah kari daging
  7. 1 kiub ayam
  8. 400gm santan pekat
  9. 300ml air-terpulang pada kepekatan yang di kehendaki
  10. garam secukupnya
  11. sedikit air asam jawa
Bahan Tumisan
  1. 2 tangkai daun kari,
  2. 1 biji bawang besar-dihiris panjang
  3. 1 biji bawang putih - dihiris
  4. 2 biji bawang kecil
  5. 2 bunga lawang, 4 bunga cengkih, 3 biji buah pelaga dan 1 btg kayu manis
  6. minyak untuk menumis
Cara-caranya
1. Panaskan minyak dan masukkan semua bahan tumis sampai layu dah naik bau.
2. Masukkan bahan tumbuk dan tumis lagi sehingga layu. Kemudian masukkan rempah kari dan kacau sekejap lalu masukkan 1/2 cawan air dan perlahankan api.
3. Biarkan kari masak sehingga naik minyak.
4. Bila kari dah masak baru masukkan ayam, Tunggu sehingga ayam separuh masak.
5. Masukkan santan pekat bersama air dan biarkan sehingga mendidih.
6. Biarkan sampai ayam sudah betul-betul lembut dan masak
7. Rasa garam dan masukkan sedikit air asam dan padamkan api.
8. Boleh dihidang bersama nasi panas atau pun bersama roti.

Hidangan lengkap untuk tengahari sabtu. Sebenarnya bukan tengahari pun.. Sebabnya aku mula masak jam 3.40 petang. Balik je dari rumah kakak aku, Terus aku masak sebab ada orang yang kat rumah harus diisi perutnya.. Aku yelah mesti dah kenyang kat rumah kakak aku.. Yang kat rumah mestilah laparkan. Kang terbang pulak periuk belanga kat rumah aku.. hehehe.. walaupun tak pernah terbang. Tapi janganlah terjadi adegan terbang - terbang tu.. Sayang tau nak beli barang tu semua bukannya murah.. lelagi zaman sekarang ni.. haru.. nak beli yang baru..

Oklah.. penatlah membebel.. nantilah kita sambung membebel.

Psst: Bengang betul dengan mimpi malam tadi.. Tetiba mimpi dapat payslip bonus.. Tengok angka boleh tahan.. Boleh buat downpayment exora.. huhuhuhu.. tapi mimpi je.. jangan harap... hahaha... tapikan... tapikan.. aku nak korang doakan kot-kotlah mimpi aku dapat jadi kenyataan.. hahaha.. over melampaukan.. 
 
Opss... Selamat mencuba resepi yang aku bagi ni.. semoga berjaya.. ya.. ya... ya... 

28 comments:

  1. ameen...semoga termakbul.

    syokkk nyer ;)

    ReplyDelete
  2. amin insyaAllah... nnti aku dtg buat masakan dlm gambar 2 ye...

    ReplyDelete
  3. aduihaii semuanya sedap2 belaka.....

    ReplyDelete
  4. mula2 saya pelik apa benda yg masak warna kelabu ni. hahaha. isnin biasa la otak tu blur, lambat sket stat enjin. hahaha

    ReplyDelete
  5. Kakcik kalau masak kari ayam/daging suka letak kentang. :)

    ReplyDelete
  6. amin...kalau mimpi jadi kenyataan jangan lupa belanja makan..hehe.

    ReplyDelete
  7. kari mkn ngan nasi panas2 sgt lah sedap.

    ReplyDelete
  8. hi..lama tol tak dtg sini. bukan lupa tapi tak BW semua blog kawan2. huhu... lps ni insyyalh kembali rajin nk bw ekekke... hope so

    kari ayam cicah roti jala ermm best!

    ReplyDelete
  9. nak tumpang boleh...untung2 kita dpt sama2 naik exora dlm mimpi, kwang...kwang..

    ReplyDelete
  10. kenapa 2 gambar pertama hitam putih? nostalgia betul..haha

    ReplyDelete
  11. Pandai betul naaaa...kasi saspen dulu gamba itam putih dah tu baru mai kaler diaaa...kari ayam cicah roti ka..lempeng kaaa....cukup akk sukaaaa...

    ReplyDelete
  12. amin..insyallah leh dpt exora nnti...eh sedapnya kari ayam..lama tak wat...

    ReplyDelete
  13. wah bikin suspen taw...tetiba kuar gambar itam putih...

    ReplyDelete
  14. kat rumah kakain semuanya suka makan kari ni tau..tak kire la ayam ke daging ke...

    ReplyDelete
  15. Nyum2 sedap kari ayam tuh..

    Insyallah kalau dah rezeki..tak kemana kan.. :)

    ReplyDelete
  16. akak...gambar itam putih...stok 60an ke nih???hehehe
    dh beli ezora nnti jgn lupa tumpangkn eT yer...hehe

    ReplyDelete
  17. moga2 termakbul mimpi uols tu... amin..

    ReplyDelete
  18. dahsyat ah~~masuk kuali kaler kelabu~~pindah ke mangkuk terus jadi kaler kuning! keh keh~~

    ReplyDelete
  19. he he hee...tak menahan bila baca tang mimpi tu..
    ok...zana doakan yerk...

    ReplyDelete
  20. masa gambo itam putih, taklah rasa teruja sangat...tapi bila kasi kaler sikit, terus teruja sampai nak menitik ayak liur hihihi

    ReplyDelete
  21. hrap2 mmpi jdi kyntaan,


    *eh sdapnye lauk! ^^

    ReplyDelete
  22. kalau jd kenyataan,akak jgn lupa panggil izan utk open table hehe...

    sedapnya kari.izan suka kari. akak masak,izan dtg rumah boleh? hehe

    ReplyDelete
  23. kat rumah anak-anak paling suka kari kepala ikan jenahak.. tapi tengok menu kena betul dengan selera ai.. nak pulak dah dekat nak lunch ni.. ;)

    ReplyDelete
  24. ckup suka kari ayam...alahai terliurr..

    ReplyDelete
  25. terbaik laa menuuu lauk2 akak....

    lieya mmg suke kari....kuah tu esoknye leh mkn ngan lempeng atau roti canai segera....tu yg syok tu kak!

    ReplyDelete

Terima kasih kepada Blogger yang komen di blog RK. Tunggukan kunjungan balas dan comment dari RK di blog korang ye. Nak Reply comment disini RK takut tak sempat je.

@}------LOL to all comentar------{@

Nota Penting!
Pada yang nak letak Iklan. Tolong letak d ShoutboX atau bayar RK RM o.5o per comment boleh? boleh jugak beli cekedis ~ ahaks~

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...