Cream Puff

Salam...

Dah musim cuti sekolahkan yang pastinya anak-anaklah yang paling seronokkan.. tak payah bangun awal sangat. dan boleh luangkan masa yang banyak kat rumah. macam-macam aktiviti boleh buatkan. 

Tapi kite yang bekerja ni pun tetap rasa seronok jugak. yelah jalan raya mestii clear. kalau jem pun tak derlah rasa macam terkejar-kejar sangatkan. pagi-pagi pun takderlah rushing nak siapkan anak-anak sekolah. rasa tenang je pagikan.. takderlah dengar suara-suara yang meminta macam-macamkan... nak itulah.. nak inilah.. nak bawa itulah.. nak bawa inilah... memang rasa tenanglah musim cuti sekolah nikan.

Bila anak-anak kat rumah ni.. memacam idea makanan nak buat untuk breakfast diorang.. gigihlah google kat blog masakan.. ada yang remeh ada yang senang... tapi aku amik yang senang jelahkan.. hehehe.. belum rasa nak buat yang remeh.. nak yang bebudak suka makan je.. hehehe...

Hari minggu lepas aku buat cream puff untuk anak-anak.. ni 1st time buat. harap sangat diorang suka.. tapi alhamdulillah.. Uzrei danial tak pernah menolak apa yang aku masak. Cuma si Uzair danish je payah sikit.. dia tu kalau makan nak nasi je... kuih-kuih ni kurang sikit... tapi tetaplah juga dia makan.. hehehe... nak amik hati mama dia kot... 

Cream custard..
Gigih aku mengacau ni kat dapur sambil layan Maharajalawak mega.
terkekek-kekek aku gelak sambil mengacau..
kelakar gile.. lelaki bila si os tu buat gaya zizan menari.. over betul.. geli pun ada gak..

Aku takder nozzle...
aku belasah je tuang pakai sudu dalam loyang..
yang penting rasa diakan.. 

Proses pembakaran sedang dilakukan...

Cream Puff custard
Dan hasilnya macam nilah...
dah sesiap isi dengan cream custard.
Sedap dimakan dengan Tea-O.
Nyaman je masuk kat tekak.. 

Kat bawah disertakan dengan resepi ye.
Bahan-bahan.
cream puff
1 1/2 cawan tepung gandum
4 biji telur
1 sudu baking powder
3 sudu gula
150 gram butter
250 ml  air

cara-caranya
Campurkan tepung, gula dan baking powder. Panaskan air dan masukkan butter. Bila air dah mendidih masukkan campuran tepung tadi dan gaulkan sehingga menjadi doh dan tak melekat kat mangkuk. Last sekali masukkan telur satu persatu dan gaul hingga sebati. bila dah sebati barulah diletakkan didalam loyang yang sudah digris dengan butter. Dan bakar didalam oven dengan suhu 200 darjah celsius.

resepi Krim custard aku amik kat blog kak ita.. memang sedap resepi ni.. tak rugi mencuba.
kat bawah ni aku copu paste je ye.
Krim Kastard

1/2 cawan tepung gandum ~ 85 gm
1 1/2 sudu makan tepung kastard atau tepung jagung  
1/2 cawan gula 
4 biji kuning telur
3 cawan susu ~ boleh guna susu segar atau susu cair
30 gm butter
1 sudu teh esen vanilla
Secubit garam
Non Dairy Whipping Cream secukupnya.

Ayakkan tepung terlebih dahulu
Satukan tepung dan gula dalam satu bekas
Masukkan 4 biji kuning telur dan 1 cawan susu.  
Kacau hingga adunan sebati
Masukkan semua baki susu, secubit garam dan esen vanilla 
Kacau rata
Panaskan atas dapur dengan api sederhana hingga adunan pekat.
Sentiasa kacau supaya adunan tidak hangit dan berkerak di dasar.
Bila ia dah meletup-letup segera tutup api
Tambahkan butter dan kacau hingga adunan menjadi licin dan berkilat.
Biarkan ia sejuk
Simpan dalam bekas bertutup atau balut bekas dengan plastik dan simpan dalam peti ais hingga ia dingin.

Tapi jika inginkan rasa yang sedikit creamy, macam Cream Puff Beard Papa's boleh lah kita campurkan dengan Non Dairy Whipping Cream caranya:

Ambil 1 cawan Non Dairy Whipping Cream, pukul hingga mengental
Kemudian campurkan ke dalam Cream kastard kita tadi.
Kaup balik hingga adunan sebati
Jika adunan berketul, masukkan dalam mixer dan pukul sekejap aje anggaran ia sebati dan kental.

ok.. selamat mencuba..

sekian

babai.



Untuk Arwah mak الفاتح ~ Sariah binti Lanu~

 

6 comments:

  1. e'eh kak...kagum lieya...pakai sudu pun nampak cantik....heheheeh...betul tu kak, cuti sekolah ni dok pikir nak buat stok makanan ape kat umah...mcm lieya ni dok pening pagi2 laa masak sarapan ngan lunch ape..sempoi2 jek lieya buat....

    ReplyDelete
  2. ouch..
    faveret shark ni kak..
    mmg terbaek rasa dia,

    ReplyDelete
  3. wuih macam sodap yo. garing2 sket sodap ni

    ReplyDelete
  4. jeles!! sikitt kakk.. saya suka sangat cream puff ni..tapi malas nak buat..hahaha

    ReplyDelete
  5. Nampak sedap tu... herm.. rasanya eina, anak dhsekolah baru nak rajin kot buat kuih2 gini..skrg kurang rajin nk mcuba..huu..

    ReplyDelete

Terima kasih kepada Blogger yang komen di blog RK. Tunggukan kunjungan balas dan comment dari RK di blog korang ye. Nak Reply comment disini RK takut tak sempat je.

@}------LOL to all comentar------{@

Nota Penting!
Pada yang nak letak Iklan. Tolong letak d ShoutboX atau bayar RK RM o.5o per comment boleh? boleh jugak beli cekedis ~ ahaks~

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...