Kejahilan wanita, kekejaman lelaki

 Cerita ni aku copy paste dari email yang aku dapat.. untuk kita berkongsi bersama, harap dapat menjadikan pengajaran dalam hidup kita.

 pic sekadar hiasan

Status: Gadis
Umur: 25 tahun
kulit: putih & bertudung unggu
Kejadian: IPTA

PAGI 27 Januari 2004, perut saya memulas-mulas. Sakitnya menusuk-nusuk pinggang dan punggung. Saya cuba panggil teman sebilik minta bantuan dari mereka namun tiada seorang pun yang kelihatan. Semuanya sudah ke bilik kuliah.

Berjam-jam saya mencangkung di dalam tandas, sakit perut ini luar biasa. Selepas buang air kecil dan air besar, sakitnya masih belum reda. Malah bertambah perit. Saya menangis, seluruh tubuh menggigil menahan sakit.

Tidak lama kemudian saya rasakan ada cecair panas yang keluar lalu mengalir ke paha. Saya selak kain batik yang dipakai, cecair berwarna putih jernih itu mengalir bersama sakit yang menusuk-nusuk pada rahim. Saya bangun dan melangkah perlahan-lahan ke tandas.

Dengan linangan air mata, saya seret baldi berisi kain dan gunting. Saya gagahkan diri untuk melangkah lagi. Selangkah demi selangkah hingga sampai di sebuah bilik mandi asrama. Saya labuhkan punggung di atas lantai, lunjurkan kedua-dua belah kaki. Jantung ini berdegup kencang, rasa takut bercampur baur. Saya menangis semahunya.

Sambil bersandar pada pintu, saya tercungap-cungap menahan sakit yang teramat sangat. Tubuh saya menggigil, sakitnya cukup perit dan tidak pernah saya rasakan sebelum ini.

"Makkkkk... sakit makkk!!!! Tolong Rin mak!!!" jerit saya di dalam hati.

Seluruh tubuh saya bermandikan peluh. Saya tarik nafas dan hembusnya. Air mata saya terus mengalir laju. Saya kangkangkan kedua-dua belah kaki, tarik nafas dalam-dalam dan teran sekuat hati.

Arrggggghhhhhhh. .. Arggghhhhhh! !!! Saya tercungap-cungap. Sakit itu terlalu perit.

"Ya... Allaaaaah!!! " Hanya kata-kata itu yang mampu saya ucapkan.

Nyawa saya bagaikan di hujung tanduk. Saya teran lagi, ketika itu sekali lagi wajah emak dan ayah di kampung bermain-main di fikiran.

"Mak... ampunkan Rin maaakkkk! Ampunkan Riiiinnn..." saya meratap sendirian. Berkali-kali saya memohon ampun dari emak dan ayah.

Saya bersalah pada mereka, saya terlalu ikutkan nafsu. Dosa saya terlalu besar, jika nyawa saya disentap, ketika itu saya redha pada-Nya. Saya tidak sanggup terus hidup dengan bermandikan dosa.

Tubuh saya menggeletar. Saya tarik nafas, tahan dan hembuskannya sekuat hati. Beberapa saat selepas itu saya lihat kepala bayi bersama darah keluar membuak-buak.

Saya teran sekali lagi, "Arrrgghhh! ! ! !

Kali ini bahu, lengan serta kakinya keluar bersama cecair merah yang pekat. Pandangan saya kabur, saya lihat seorang bayi perempuan bersalut darah di bawah celahan kangkang. Saya biarkan bayi itu dengan tangisan kecilnya.

Saya capai gunting, dengan segala kekuatan yang ada saya potong tali kemerahan yang menyangkut pada pusat bayi itu. Saya menggigil, nafas ini terasa sesak melihat bayi yang saya lahirkan sebentar tadi.

Air mata saya mengalir deras, peluh masih menitis laju. Seram sejuk mula terasa. Saya rangkul bayi perempuan yang Gomel itu, saya gamam melihat bibirnya yang halus dan jari-jemarinya yang kerdil serta rambutnya yang lebat.

Saya amati wajahnya, bayi perempuan itu persis Amri. Saya menangis lagi, bayi itu anak Amri, buah basil cinta kami yang tumbuh mekar sebelum ini. Saya sentuh pipinya, saya juga mahu cium dahinya dan dakapnya erat-erat namun semua itu tidak boleh saya lakukan. Tidak!

Perkara ini mesti saya rahsiakan sebab tiada seorang pun yang tahu saya mengandung. Kalau rahsia ini terbongkar sudah tentu saya dikenakan tindakan disiplin. Saya mesti habiskan pengajian, saya tidak mahu mengecewakan emak dan ayah di kampung.

Jadi....

Saya mengetap gigi.

Jadi, anak ini tidak boleh hidup! Saya mesti segera bertindak sebelum ada yang mengetahuinya. Tapi apa yang perlu saya lakukan? Campak bayi ini dalam lubang tandas? Ooo... tidak! Tidak sanggup saya membuangnya hidup hidup ke dalam lubang najis. Terlalu kejam kalau saya buat begitu.

Habis bagaimana? Saya tidak mahu ada sesiapa yang mengetahuinya. Tanpa membuang lebih banyak masa, saya bersihkan darah yang bertakung di atas lantai. Saya capai baldi yang berisi air, bayi bersama tali pusat dan darah yang berketul-ketul saya masukkan ke dalamnya. Beberapa helai kain saya sumbatkan di atasnya dengan harapan bayi itu mati lemas dan selepas itu saya akan campaknya ke lubang najis.

Ya... saya mahu bayi ini mati kerana tidak dapat bernafas. Biar dia mati dalam timbunan kain. Saya letakkan baldi itu di bawah sinki. Ketika melangkah keluar, sayup-sayup terdengar suara tangisan bayi itu.

Saya melangkah perlahan-lahan. Rasa perit mencengkam seluruh tubuh ini, darah masih menitis laju. Tubuh saya lemah, pandangan saya kabur. Di atas katil, saya rebahkan badan. Saya menangis lagi. Saya geram pada Amri. Kejam. Lelaki memang kejammm...

Saki-baki sakit yang masih menusuk-nusuk tajam tidak saya pedulikan. Hanya wajah Amri yang bermain main di fikiran dan tanpa saya sedari saya terlena.

Tukkkk... Tukkkk... Tukkkk

Bertalu-talu pintu bilik Asrama Puteri 202 itu diketuk. "Rin, buka pintu ni cepat!" laung Zalifah, teman sebilik dari luar. Saya selak pintu dan saya terkejut melihat pengetua asrama dan puluhan pelajar perempuan tercegat di luar.

Lutut saya longlai. Saya jatuh tersungkur sebaik melihat Zalifah mendakap seorang bayi perempuan yang baru sejam tadi saya keluarkan dari perut ini. Saya diusung ke wad kecemasan Hospital Kuala Lumpur. Pengetua asrama datang mendapatkan keterangan tentang kejadian itu. Bersama linangan air mata yang tidak pernah berhenti, saya ceritakan segala-galanya.

Atas kesalahan itu saya dibuang asrama dan terpaksa menangguhkan pengajian buat sementara waktu. Sebaik berita itu sampai ke pengetahuan emak dan ayah, saya dibelasah cukup-cukup. Muka ini bermandikan darah, saya diterajang seperti bola. Beberapa kali saya pengsan sebaik ayah hayunkan penamparnya. Bayi kecil itu? Emak serahkan kepada ahli keluarganya yang tinggal di utara.

Amri? Lelaki jahanam yang musnahkan hidup ini sudah hilang entah ke mana. Amri langsung tidak menghubungi saya, dia langsung tidak mengetahui bayinya itu telah selamat saya lahirkan.

Kini, sudah dua tahun peristiwa hitam itu berlalu namun seribu satu kekesalan masih bersarang di jiwa ini. Dendam saya pada Amri masih tebal. Saya bersumpah tidak akan memaafkan lelaki itu sampai mati.

Saya terlalu BODOH kerana mempercayai kata-kata Amri. Saya sangka dia lelaki sejati dan bertanggungjawab namun rupa-rupanya dia lelaki dayus, pengecut! Amri membiarkan saya terkapai-kapai sedangkan semua ini adalah angkaranya. Konon mahu sehidup semati, tapi selepas perut ini berisi janinnya, dia hilang entah ke mana.

Kejam! Kerana Amri, saya benci insan yang bernama lelaki! Kerana lelaki, saya hampir bergelar pembunuh. Saya hampir bunuh bayi sendiri.

Andai tindakan bodoh saya mahu membunuh tempoh hari tidak diselamatkan oleh Zalifah, sudah pasti.sekarang saya meringkuk di dalam penjara sedangkan Amri, lelaki yang merosakkan hidup ini, terus bebas mencari gadis-gadis lain untuk dirosakkan.

Dosa saya terlalu besar. Diri ini terlalu jijik dan kotor. Saya tidak tahu bagaimana hendak saya sucikan segala dosa yang telah saya lakukan. Saya cuba lupakan peristiwa hitam itu namun suara tangisan bayi yang saya lahirkan tidak pernah padam daripada ingatan ini.

13 comments:

  1. giving birth is such an interesting process.. =/

    ReplyDelete
  2. org yg sepatutnya bertanggungjawab xkan tampil ke depan..
    berani buat tp xberani tggung..

    ReplyDelete
  3. ish ish ish....ngeri lieya bace....mmg byk perkara mcm ni berlaku kan....moga2 anak kite terhindar dari segale musibah camnie....kdg2 kite didik dah betul, tapi pengaruh luar lagi kuat mempengaruhi......

    sayu bace kisah nieh....

    ReplyDelete
  4. Nauzubillah..
    Zaman semakin berada dipenghujungnya.. macam2 benda yg ngeri utk didengar & dibaca.. kesian pd bayi yg tak berdosa..

    nasib baik baby tu selamat..

    Moga lindungi kehidupan kita dari ujian begini.. sangat mengaibkan..

    ReplyDelete
  5. panjang sangatlah cerita ko ratu kebaya.Ya Allah jauhi anak kita dari musibah-musibah yang tak baik.Aminnn

    ReplyDelete
  6. hmm..tp masih ada yg x serik2..

    ReplyDelete
  7. wei..takut dan seramnak baca n3 nih sampai abis..

    tapi syukurlah baby tuh selamat.. dan sama lah kita harap supaya jgn ada lagi perbuatan ini di ulangi..

    p/s.. ari nih aku pakai tudung ungu.. aku ingt ko nak cite pasal aku. muahahhaa

    ReplyDelete
  8. hmmm... suke cite mcm ni... klu dapat publish kat surat khabar... tak pun jadi kan drama bagus ape... bagi kesedaran kat budak2 remaja yg suka sangat seks bebas...

    ReplyDelete
  9. ya allah kesihannyer bayi yang tak berdosa tu menjadik mangsa kerakusan nafsu .......

    ReplyDelete
  10. Telalu ikutkan nafsu dan godaan syaitan gitu laa jadinya..

    ReplyDelete
  11. Walaupun dah banyak kes macam ni terjadi..terutame kat remaje berbangse melayu..tapi dorang mane ade akal nk pikir semue tu walaupun belajar tinggi2..yang penting dapat sedap je..pastu yg jadi mangse bayi2 yg telah dihasilkan dari mereka..tak sah kalau satu hari x der kes cam ni masuk paper..

    ReplyDelete
  12. Biasa..lurah lelaki..lepas madu di ratah..hasil di tinggalkan utk wanita harungi...kehendak hati lebih cepat dari akal fikiran...bila benih bercambah..wanita hadapi berseorangan..

    ReplyDelete

Terima kasih kepada Blogger yang komen di blog RK. Tunggukan kunjungan balas dan comment dari RK di blog korang ye. Nak Reply comment disini RK takut tak sempat je.

@}------LOL to all comentar------{@

Nota Penting!
Pada yang nak letak Iklan. Tolong letak d ShoutboX atau bayar RK RM o.5o per comment boleh? boleh jugak beli cekedis ~ ahaks~

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...