Countdown masa untuk bunuh diri di FB.. (kes ke2 )

Tadi member opis aku cakap semalam ada seorang budak cina ni mati terjun bangunan sebab putus cinta... herm.. senangnya dia selesaikan masalah.. melalui bunuh diri jekan.. padahal masalah tu takderlah besar mana pun.. macam2 kan.. siap countdown kat FB lagi sambil menunggu masa kematian dia..
cuba korang selak kat Facebook ni.. kalau nak tau kisah selanjutnya..yang ini pula kematian dia dah keluar paper China

Langkah-langkah tersebut adalah :

1. Kikis segala pemikiran yang tidak elok dan yang tak baik pasal orang lain, perkara, benda dan situasi. Latih diri untuk bersangka baik dan tumpu pada nilai-nilai positif sahaja.

2. Kawal perasaan dan emosi. Jangan biarkan perasaan mengawal pemikiran Anda!

3. Kosongkan kotak pemikiran daripada perasaan-perasaan sedih, bermuram durja dan apa jua perasaan negatif. Kosongkan abis, sepertimana kita mengosongkan poket.

4. Perbaharui pemikiran kita dengan pemikiran yang lebih rasional dan kreatif.

5. Berbuat baik kepada sesiapa saja. Dengan menolong orang dan membuat jasa boleh mendatangkan ketenangan, ketenteraman, menaikkan rasa hormat dan bangga diri.

6. Cuba dengar masalah orang lain dan cuba memberi nasihat, atau fikir cara terbaik untuk menceriakan dirinya. Secara tidak langsung ini akan melatih diri kita menjadi lebih matang dalam menghadapi pelbagai permasalahan hidup.

7. Bunuh perasaan negatif (takut, gugup, tak yakin, sangsi, ragu dan rendah diri) sekarang juga!

8. Kita bermasalah sebab kita jauh dari Tuhan. Masalah diberi supaya kita dekatkan diri semula dengannya, kena banyak istighfar dan jaga sembahyang bagi yang beragama Islam.

9. Ingat, sesusah-susah kita, ada lagi orang yang lebih susah. Anda mesti bersyukur kerana Anda masih Anda pilihan dan alternatif-alternatif untuk menyelesaikan masalah satu persatu.

psst : naper senang je orang nak bunuh diri ye.. diorang ingat nyawa tu boleh datang balik ke? mungkin bukan islam dan takder iman tu yang diorang pilih jalan nikan...  singkat betullah jalan yang  diorang pilih ni.. Ya Allah jauhkanlah dari ahli keluarga ku dan juga semua umat nabi muhammad S.A.W... dan detapkanlah iman kami semua.. Amin..

11 comments:

  1. hmm mcm2 la kan...ingat bunuh diri selesai kot semua masalah,padahal lagi masalah...mana yg islam tu ada pk nk bunuh diri,bwk2 la istighfar byk2.berdosa besar tu...mintak dijauhkan.

    ReplyDelete
  2. adakalanya teringin gaks nak bunuh diri tapi takut ngan pisau .... hu hu hu

    ReplyDelete
  3. ish..sadis. pasal cinta. siap pesan kat orang jangan salahkan ex dia plak tu..haih

    ReplyDelete
  4. Tak de lah nak mati cepat.Laki akak, selalu cakap , kalau mati biarlah kita mati bersama.Akak jawab idaklah, kalau ko nak mati, matilah sorang , saya nak hidup lagi. jahat tak akak.

    ReplyDelete
  5. aku tak nak mati dulu. banyak lagi benda blom settle. ibadat pun tak cukup lagi.

    ReplyDelete
  6. bodo laki ni...klo muka xde market xpe r gk....

    ReplyDelete
  7. mcm2 la skrg nih...budak2 skrg nih kan isshhh susah la nk ckp...kekdg didkan family dah ok, keluar brkawan pulak...pastu persekitaran lagik kan...dgn segala teknologi canggih manggih ni...

    aperpun kite doa la, anak2 cucu2 kite jauh dari seme nih ameen...

    ReplyDelete
  8. kalo kita ni kemain takut mati..dorang siap bunuh diri..hish2..

    ReplyDelete
  9. org yg tak beriman je yg akan buat kerja bodoh tu .. nauzubilah ..

    ReplyDelete

Terima kasih kepada Blogger yang komen di blog RK. Tunggukan kunjungan balas dan comment dari RK di blog korang ye. Nak Reply comment disini RK takut tak sempat je.

@}------LOL to all comentar------{@

Nota Penting!
Pada yang nak letak Iklan. Tolong letak d ShoutboX atau bayar RK RM o.5o per comment boleh? boleh jugak beli cekedis ~ ahaks~

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...