Hutang...

Salam..
Selamat petang...

Aku nak citer pasal hutang... aku kalau bagi orang pinjam duit aku, cepat je aku bagi.. tapi kalau aku nak mintak balik memang susah.. bukan apa aku ni malu sikit nak mintak balik.. huhuhu... boleh blushing pipi aku tau.. kalau setakat rm 100 ke bawah aku leh abaikan lagi.. tapi kalau dah lebih memang aku kena mintak balik tau.. 

Aku nak tanya korang.. kalau ada orang pinjam duit kat korang.. ada tak diorang akan bayar dengan sendiri?.. tapi mesti ada yang pandai nak bayar balik tanpa kita minta dari diakan.. dan ada jugak yang buat tak tau je sambil menunggu kita minta balik.. Aku kalau bab minta balik duit kat si peminjam memang akulah yang paling malu.. aku rasa aku pulak yang berhutang dengan dia.. padahal dia yang pinjam duit aku.. tapi ntahlah memang itu sifat aku... 

Aku pun pernah jugak meminjam dari orang.. yelah hidup tak sentiasa selesakan.. tapi sampai masa mesti aku bayar balik.. sampaikan masa2 meniti hari yang perlu aku bayar.. kalau jumpa je dengan orang tu.. automatik aku akan teringat yang aku ada pinjam duit dengan dia... kalau boleh tak nak bertembung dengan dia masa aku bayar duit kat dia nanti.. tak nak jumpa masa aku belum ada duit.. kan macam orang buat kesalahan besar.. tapi tulah sifat aku... bila dah bayar hari2 jumpa pun tak kesah.. hahahaha... sebab dah rasa macam tak bersalah.. hati pun atk berdegup kencang.. 

Motif sebenar N3 kali ni ialah Jantung aku berdegup laju bila tadi aku mintak duit aku balik kat seseorang... aku rasa seperti aku seorang persalah yang telah melakukan jenayah paling besar di dunia ini... jadinya nak mengurangkan jantung aku berdegup laju terciptalah n3 ini kali ni..

    Psst : barulah lega sikit... ayat pun tonggang langgang.. bagaimana cara korang bila nak minta balik dari si peminjam?..  

14 comments:

  1. ketak nak minta hutang kat orang.cam kita pulak berhutang. lain kali jangan nak bagi pinjam kat orang.Ratu hari tu akak pinjam bobis(ikut cik pah) belum ganti lagi kan.nanti akak pergi sana.

    ReplyDelete
  2. sy muka tak malu. mmg akan mintak jgk. sbb saya tau macam mana susahnya nk cari duit. so mmg sy akan mintak.


    sy jual topup, so kwn2 rmi yg berhutang. tp sy mmg mntk balik.

    ReplyDelete
  3. laaa dah tentu tu duit kita kan, why malu2 nak mintak balik, hari tu kawan akak tak reti nak ganti balik duit yang dia dah pinjam, akak ko nih siap buat entry kat blog, dia baca tau, pastu tak sampai 1/2 jam, dia datang bayar, hahahahhaha

    ReplyDelete
  4. ai jenis segan nak minta, sampai nak naikkan harga umh sewa pun ai malu2 kucing nak cakap.. hehehe..

    tapi kalu tengah sengkek nak mamposs.. ai minta jek. hahaha

    ReplyDelete
  5. Akk tak suka memnjam dan tak suka memberi Pinjam....tak der kalu diam2 jer...tp akk ikut situasi la Kebaya...kalau mmg terbukti org tu betul2 tgh sesak...akk bagi jugak la..

    ReplyDelete
  6. dulu2 bos sy selalu bg org pinjam duit dia..sylah tukang kutip a.k.a along..tp sy mtk duit org garang..nasiblah..hahaha..tp kalo sy pinjam duit orang..kalo sy x boleh byr bulan tu..sy bgtau..sy x retilah duduk diam..hati gelisah..nak tgk muka org yg bg pinjam tu pun malu..tu sy pelik org2 yg pandai pinjam tp x reti byr balik ni..dorang x malu ke ye..kalo sy jd aisha..sy mtk je..muka kena xde perasaan..kalo x org pijak kepala..

    ReplyDelete
  7. kadang2 bila berdepan ngan org yg tak faham bahasa nie...takyah fikir malu, mintak je.

    ReplyDelete
  8. cakap je dgn ayat lemah lembut... nak duit... bole?... dah sengkek ni...;p

    ReplyDelete
  9. aduhai...eina pun lagu tu jugak la..tp bila dh terlepas cakap mintak tu, terus jantung berdegup cam kita lak ebrsalah ye,,huhu..

    ReplyDelete
  10. tah la kak.. saya nak mintak sewa kat dak umah pon pikir 18 juta kali.. :(

    ReplyDelete
  11. saya tak pernah bagi utang kat orang..mmg itu prinsip saya.. tak kisah lah orang cakap kedekut ker.. tak kisah lah..yg penting hati sya tak sakit nnt.. tapi sya masih berhutang ptptn .sampai skang tak abis abis lagi .hehehehhe

    ReplyDelete
  12. Kalau family sendiri yang pinjam duit lagi la serba salah. sampai ke sudah tak tuntut...anggap bg kat dorang je. Huhu

    ReplyDelete
  13. malu..
    tp kalau dah ratus2an @ riban2 tu memang wajiblah kena mintak!

    ReplyDelete

Terima kasih kepada Blogger yang komen di blog RK. Tunggukan kunjungan balas dan comment dari RK di blog korang ye. Nak Reply comment disini RK takut tak sempat je.

@}------LOL to all comentar------{@

Nota Penting!
Pada yang nak letak Iklan. Tolong letak d ShoutboX atau bayar RK RM o.5o per comment boleh? boleh jugak beli cekedis ~ ahaks~

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...