Salam
Sudah ramadhan ke 15.
Selamat berpuasa untuk hari ke 15...
Sudah ramadhan ke 15.
Selamat berpuasa untuk hari ke 15...
Untuk Renungan Bersama.....
7 Sunnah
Rasullalah SAW yang terbaik….
"Cerdasnya
orang yang beriman adalah, dia yang mampu mengolah hidupnya yang sesaat, yang
sekejap untuk hidup yang panjang. Hidup bukan untuk hidup, tetapi hidup untuk
Yang Maha Hidup. Hidup bukan untuk mati, tapi mati itulah untuk hidup.
Kita jangan
takut mati, jangan mencari mati, jangan lupakan mati, tapi rindukan mati.
Kerana, mati adalah pintu berjumpa dengan Allah SWT. Mati bukanlah cerita dalam
akhir hidup, tapi mati adalah awal cerita sebenarnya, maka sambutlah kematian
dengan penuh ketakwaan.
Hendaknya
kita selalu menjaga tujuh sunnah Nabi setiap hari. Ketujuh sunnah Nabi SAW itu
adalah:
Pertama:tahajjud, kerana kemuliaan
seorang mukmin terletak pada tahajjudnya.
Kedua:membaca Al-Qur'an sebelum
terbit matahari Alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata
membaca Al-Qur'an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman.
Ketiga:jangan tinggalkan masjid
terutama di waktu shubuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke
masjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin
tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid
Allah.
Keempat:jaga solat dhuha, kerana
kunci rezeki terletak pada solat dhuha.
Kelima: jaga sedekah setiap hari.
Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan
kepada orang yang bersedekah setiap hari.
Keenam: jaga wudhu terus menerus
kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib,
"Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia
sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan
sayangi dia ya Allah".
Ketujuh:amalkan istighfar setiap
saat.. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan
oleh Allah.
Zikir adalah
bukti syukur kita kepada Allah. Bila kita kurang bersyukur, maka kita kurang
berzikir pula, oleh kerana itu setiap waktu harus selalu ada penghayatan dalam
melaksanakan ibadah ritual dan ibadah ajaran Islam lainnya. Zikir juga merupakan
makanan rohani yang paling bergizi, dan dengan zikir berbagai kejahatan dapat
ditangkal sehingga jauhlah umat manusia dari sifat-sifat yang berpangkal pada
materialisme dan hedonisme.
Selamat
Beramal.......
sekejap je dah separuh ramadhan. malam ni terawih dah start baca qunut. dah bleh pasang pelita la malam ni. hehe
ReplyDeletedah pertengahan ramadhan kita kan RK... mmm kejap aje masa berlalu
ReplyDeletennt mesti rindu ngan ramadhan..
pejam celik pejam celik...ramadhan semakin meninggalkan kita.....nangis ahli kubur bila ramadhan berakhir...
ReplyDeleterasa mmg kejap thn ni puasa..mmg izan suka masa berlalu cepat sbb nak tnggu org jauh balik tp bila bulan puasa,akan rindu pula saat2 nie...
ReplyDeletethanks kak atas perkongsian ilmu hari ni =)
selamat berpuasa hari ke 15 MDT :)
ReplyDeleteTQ berkongsi sunnah nabi ni
cepat betul masa berlalu.. after Ramadhan Raya pulak .. tapi ape ape pun kita kejar keberkatan dibulan ramadhan nie dulu
ReplyDeleteSelamat laa beramal .. kejap je dah 15 hari kan.. TQ share info.
ReplyDeleteEntahlah RK walau tahu tapi susah betul nak buat. Jujur kakak tak pernah membaca Quran selepas subuh dan solat subuh di masjid. Lain2 tu ok...
ReplyDelete