Malaysia Champion

Salam..
Selamat Pagi..

Alhamdulillah penantian 14 tahun untuk piala AFF Suzuki Cup 2010 tercapai jugak akhirnya..

JUTAAN TAHNIAH UNTUK HARIMAU MALAYA

Riak kegembiraan Safee pada gol yang diberikan..

Safee Terima Kasih atas jaringan yang diberikan..

Piala yang akhirnya dapat kita julang bagi tahun 2010.. harap tahun yang mendatang pun masih kita pegang.. 

Psst : malam tadi aku harapkan Khairul Fahmi yang dapat pemain terbaik tapi yang dapat pemain indonesia.. erm.. takder rezeki untuk khairul fahmi.. 

Psst 2: Gigih aku snap gambar depan TV.. hahaha... macam aku ada kat indonesia je bila tgk pic ni..

Hutang...

Salam..
Selamat petang...

Aku nak citer pasal hutang... aku kalau bagi orang pinjam duit aku, cepat je aku bagi.. tapi kalau aku nak mintak balik memang susah.. bukan apa aku ni malu sikit nak mintak balik.. huhuhu... boleh blushing pipi aku tau.. kalau setakat rm 100 ke bawah aku leh abaikan lagi.. tapi kalau dah lebih memang aku kena mintak balik tau.. 

Aku nak tanya korang.. kalau ada orang pinjam duit kat korang.. ada tak diorang akan bayar dengan sendiri?.. tapi mesti ada yang pandai nak bayar balik tanpa kita minta dari diakan.. dan ada jugak yang buat tak tau je sambil menunggu kita minta balik.. Aku kalau bab minta balik duit kat si peminjam memang akulah yang paling malu.. aku rasa aku pulak yang berhutang dengan dia.. padahal dia yang pinjam duit aku.. tapi ntahlah memang itu sifat aku... 

Aku pun pernah jugak meminjam dari orang.. yelah hidup tak sentiasa selesakan.. tapi sampai masa mesti aku bayar balik.. sampaikan masa2 meniti hari yang perlu aku bayar.. kalau jumpa je dengan orang tu.. automatik aku akan teringat yang aku ada pinjam duit dengan dia... kalau boleh tak nak bertembung dengan dia masa aku bayar duit kat dia nanti.. tak nak jumpa masa aku belum ada duit.. kan macam orang buat kesalahan besar.. tapi tulah sifat aku... bila dah bayar hari2 jumpa pun tak kesah.. hahahaha... sebab dah rasa macam tak bersalah.. hati pun atk berdegup kencang.. 

Motif sebenar N3 kali ni ialah Jantung aku berdegup laju bila tadi aku mintak duit aku balik kat seseorang... aku rasa seperti aku seorang persalah yang telah melakukan jenayah paling besar di dunia ini... jadinya nak mengurangkan jantung aku berdegup laju terciptalah n3 ini kali ni..

    Psst : barulah lega sikit... ayat pun tonggang langgang.. bagaimana cara korang bila nak minta balik dari si peminjam?..  

Spaghetti Carbonara

Salam...
Selamat pagi...

Ceria aku hari.. sebab nombor keajaiban dah dapat.. hehehe... tungu on je keajaiban tu esok.. apalah aku ni asyik merepek pasal keajaiban jekan.. mari2 datang rumah aku, aku jamu makan spagetti carbonara ni.. 

Yang sebenarnya minggu lepas aura rajin memasak datang.. tu yang macam2 aku masak.. dengan segala makanan kampung sampai ke western food aku masak.. sebabnya nak memenuhi selera makan yang tengah memuncak.. karang takder selera makan sibuk lak orang suruh makan.. rasa nak hentam je orang tu.. masa berselera nilah makan apa yang nakkan.. tapi jangan terlebih sudah... memadai dapat rasa jangan sampai jadi macam ular sawa lak kan.. sampai tak larat nak buat keje lain.. 

Spaghetti carbonara nilah yang membuat aura rajin memasak aku memuncak.. tapi yang sedihnya.. terkering pulak.. kesat pulak masuk kat tekak.. herm.... sedih kat situ... excited nak makan tapi terkering pulak.. 

nampak tak macam kering sangat.. tapi sib baik masih sedap.. 

   Psst : Semenjak ada keajaiban ni YES ni asik memanggil2 je.. ohh.. hati tabahlah dikau.. dan oh mata sabarlah  jangan dipandang sangat dengan pukauan YES itu...  

Santapan Petang

Salam..
Selamat Pagi..

Lambat aku bersiaran hari ni.. baru selesai bawak Uzair ke klinik kesihatan untuk setahun enam bulan... tak jadi cucuk hari sebab baru baik demam.. takut Uzair demam balik.. jadinya minggu depan kene pergi balik klinik untuk amik injection pulak.. 

minggu lepas kakak aku mengidam nak makan pisang tanduk.. satu port klang ni aku dengan dia pusing cari pisang tanduk akhirnya jumpa jugak.. niat dihati nak buat pengat pisang separuh dan digoreng separuh.. tapi kakak sulong aku datang melepak kat rumah kakak aku jadinya kitorang goreng jelah semua pisang tu.. 

kat bawah ni acara goreng mengoreng pisang ye.. 

pisang tanduk yang digaul dengan tepung..

Didalam minyak yang panas mendidih..

siap untuk santapan...

ada jugak menu tambahan.. iaitu lempeng sajo...

Setengah periuk tepung yang siap dibancuh..

Lempeng datas kuali leper...

Siap jugak untuk santapan.. dimakan bersama sambal ikan bilis.. lupa lak nak snap sambal ikan bilis tu... tapi korang kenalkan rupa sambal ikan bilis.. hehehe

minuman petang itu.. air orange sunquick.. ada jugak minuman panas..

itu sahaja hidangan untuk pagi ini...

 Psst : gambar tengah santapan tak ado yer.. sibuk berebut2 makan.. orang kata makan dalam keadaan berebut lagi menyelerakan.. Betul ke? 

Kidal...

Salam.. 
Selamat Petang...

Dah setengah hari isnin.. esok selasa pulak... berapa hari je lagi nak masuk tahun baru 2011... berapa hari jugak keajaiban akan berlaku.. keajaiban tu hanya aku dan rakan sekerja je yang tau.. apakah itu.. nantikan.. (asik baca FB orang je tulis keajaiban aku pun nak gak tulis kat blog)

melalut je aku nikan... pagi petang melalut ntah apa2.. ni nak tunjuk pic Uzair tengah makan nasi.. tapi mengunakan tangan kiri.. sebenarnya dua2 hero aku Kidal.. semuanya ikut Gen en. Suami... tapi en. Suami boleh guna kedua2 tangan untuk menulis.. tapi untuk 2 hero ni aku tak tau lagi.. buat masa ni banyak gunakan tangan kirilah.. makan.. amik barang dan segala2nyalah.. cuma yang Uzrei je dah pandai makan guna tangan kanan.. kene slow2 pulak nak ajar Adik uzair..

layan jelah pic kat bawah ni..

Sambil memandang kamera.. tau je orang nak snap pic dia..

kusyuk memandang nasi depan mata... berselera sunggoh...

umph........... nasi kosong pun sedap... 

tu je santapan untuk petang ni... 

  Psst : menghitung hari yang lagi 2/3 hari...  

Burger Mat Salai...

Salam..
Selamat pagi.. di hari yang ceria dengan malam tadi Malaysia kalahkan Indonesia dengan 3 - 0.. kalau dapat lebih pun mesti Malaysia akan menang bergaya bila lawan kat indon nanti... aku sukalah tengok cara safee golkan bola malam tadi.. fuh.. histeria aku..

Ops... terlari dari tajuk pulak... ni nak citer pasal Burger Mat Salai... dah lama pun citer ni.. tapi tetap nak kongsi dengan korang tau.. aku nak tanya sape2 yang pernah makan burger mat salai ni.. burger ni memang sedap.. dalam daging siap ada rempah dan lada hitam.. masa 1st time aku beli hari tu terus dah jatuh cinta.. burger R*m*i tu aku boleh pandang sebelah mata je lepas ni.. tak rugi aku beli burger mat salai ni.. makan sebiji memang puas hati...

meh aku tunjuk rupa sebenar Burger Mat Salai tu..

Ni bentuk bungkusan dia 

dan ini isi dalam dia...

sedap sangat dengan sayur yang boleh tahan meriah...
kalau korang nak tau detail boleh pergi kat Website ni..Mat Salai Kiosk... 

Psst : dulu aku selalu dengar orang cerita je.. sekali rasa memang sedap..

Makan disini dan beli disana

Salam...
Selamat petang..

Hari ni hari gembira buat aku.. dan hari senang hati buat Ina Glamour dan cik comei lotei Anoy mana tak gembiranya.. hari ni kitorang pergi makan besar kat Jusco Bukit Tinggi.. tak derlah makan yang hebat2 sangat.. cuma makan kat Resepi Rahsia aka Secret Resepi... makan pun biasa2 je.. takderlah meriah sangat.. 

memandangkan banyak jugak Pic kenangan kat Kedai Resepi Rahsia tu kan.. aku pun malas nak citer panjang2.. biarlah sekadar gambar menjadi pencerita.. yang mengambarkan kegembiraan kami pada hari ni..

Muka depan menu Resepi Rahsia dan juga menu untuk minuman..

Restoran ni pun sekarang Nepal yang tukang amik order... orang malaysia dah takder kot.. mungkin orang malaysia sibuk buat bisness sendiri kot..

Gembirakan Ina Glamour dengan Cik comei Lotey Anoy ni

1st sampai - Capucino Cheese dan kopok udang kot..

Nasi goreng thai Ina Glamour... Masin katanya...

Ice Blended Capucino... sedap dan berkream...

Popia udang... Aduhai.. pecah pulak pixel gambar ni.. geram betullah...

Senyuman mengoda Ina Glamour

Ni makanan untuk aku.. sama dengan Cik Comei Lotey Anoy.. Chicken Corden Blue...
makan memang macam dalam bluesss....... je....

Lepas dah habis makan kitorang pergi pulak ke Lavender.. nak membeli roti untuk bekalan Opis lak.. tak reti nak kenyang kitorang ni kalau dah makan kat luar.. tekak dan perut tu rasa lapang je lagi.. tu yang nak kena sendal dengan roti lak...

roti kat bawah ni aku tak amik.. tak berkenan lak.. aku cuma amik 
Carrot Sandwich dan Egg Loaf.. boleh buat sarapan pagi esok... 

Itu saja citer untuk petang ini... 

Akhir sekali saya nak ucap Merry Christmas bagi yang meraikannya esok...
and Happy Holiday...

  Psst : gendang gendut tali kecapi, kenyang perut senang hati...  

Tip Mengambil Hati Bakal Mertua

 Salam...
Selamat pagi...
Hari ni Copy & paste dari email je ye... banyak keje menyusul ni..
bagus untuk yang bakal berumahtangga dan sudah berrumahtangga...

Gementar, gugup dan panik merupakan antara perasaan yang wujud dalam diri ketika berhadapan dengan bakal mertua. Kebiasaannya, ia didorong oleh perasaan negative yang bermain di fi kiran mengenai persepsi bakal mertua terhadap diri. Bagaimana cara untuk menjadi lebih tenang ketika berhadapan dengan mereka ? Ikuti panduan berikut.

Jangan takut
Kebanyakan bakal menantu sudah ketakutan sebelum bertemu calon mertua. Di fikiran mereka, bakal mertua pasti tidak akan dapat menerima kekurangan dirinya. Ini akan menyebabkan mereka menjadi kaku, sukar untuk melemparkan senyuman dan menjadi tidak tentu arah. Jadi, untuk mengelakkan perkara ini dari berlaku, hilangkan perasaan takut dan cuba untuk berfi kiran positif agar anda mampu bersikap seperti biasa dan lebih yakin untuk berkata-kata.

Jaga percakapan
Dalam percakapan, sebaiknya biarkan calon mertua yang mendominasi pembicaraan tetapi jika bakal mertua anda jenis pendiam, jangan anda pula turut mendiamkan diri. Tanyakan beberapa hal tentang hobi atau kegiatan si calon mertua sebagai cara beramah mesra.

Jadilah diri sendiri
Hal ini mungkin senang untuk dikatakan namun sulit untuk melakukannya. Disebabkan itulah kebanyakan orang cenderung berpura-pura dan menjadi ‘orang lain’ sewaktu berbicara mahupun berpenampilan. Semuanya kerana ingin dilihat baik di mata bakal mertua. Walhal, adalah lebih baik untuk menjadi diri sendiri untuk membolehkan anda berada dalam keadaan tenang.

Jangan lupa memuji
Dalam memuji, kamu jangan pernah berdusta atau mengatakan sesuatu secara berlebihan. Carilah hal-hal yang anda rasakan benar-benar layak dipuji. Seperti masakannya yang enak, keramahannya ataupun keadaan rumahnya yang bersih.

Jangan lupa tawarkan bantuan
Jangan lupa tawarkan bantuan untuk apa-apa perkara yang anda rasakan perlu, seperti ikut serta mengemas meja makan sebaik sahaja selesai makan malam di rumahnya. Harus diingat bahawa kerja tersebut bukan sahaja kerja perempuan. Seorang lelaki yang bertanggungjawab juga melakukannya.

‘Dress for success’
Ungkapan ‘jangan menilai orang dari penampilannya’ tidak wujud di sini. Walaupun perlu menjadi diri sendiri, perhatikanlah apa yang anda pakai. Walaupun anda jenis lelaki yang‘sempoi’ sekalipun, elakkan dari memakai seluar jeans dan kemeja-T yang lusoh dan kotor. Apatah lagi seluar jeans yang koyak sana sini. Jika ini berlaku, sudah pasti anda terkeluar dari senarai calon menantu mereka.

Jadilah sopan
Orang tua pasti suka anak muda yang sopan. Apapun kekurangan diri anda, ia cenderung terlindung dek sikap anda yang baik itu. Murahkan senyuman, ringankan mulut untuk mengucapkan terima kasih pada pujian atau tawaran, beri salam ketika datang dan pulang dan berjabat tangan tanda hormat pada orang tua.

Bersedia untuk menerima kritikan
Sudah jelas apa makna kalimat di atas. Calon mertua selalunya akan menolak anda dengan berbagai-bagai alasan. Sebagai usaha memenangi hati mereka, hormati apa jua pendirian mereka, namun dalam masa yang sama jangan berdendam atau membenci mereka kerana tanpa anda sedari, kebencian itu akan terpancar terus dari raut wajah dan cara percakapan anda. Ini akan mendalamkan lagi jurang pemisah antara anda dan mereka. Dalam masa yang sama, yakinlah bahawa suatu hari nanti mereka akan dapat menerima anda jua akhirnya, sama seperti anak mereka sendiri.

Psst : walaupun dah lama berumahtangga pun masih gementar kalau balik kerumah mertua... takut apa  yg aku lakukan salah dimata mertua...

Unpaid Leave

Salam... 
Selamat Pagi...

Aduhai.... cuti dah habis.. semalam anak dan en. suami aku dapat virus apa ntah kat badan diorang.. gatal2 dan pedih... terpaksalah aku dalam takda cuti tahunan tu terpaksa amik cuti tanpa gaji... bulan ni je dah 2 kali cuti tanpa gaji ooo... harap2 30/12 ni Bones keluarlah.. nak cover balik cuti tanpa gaji tu... huhuhu...

berbalik virus yang melanda anak2 dan en. suami.. check kat clinic doctor cuma kata Virus yang boleh berjangkit kepada orang lain.. tapi aku rasa punca virus tu dari air kat rumah aku kot.. lepas check kat doctor aku ada gak buat ubat kampung yelah en. suami ni keje segala ceruk hutan, sungai dan segala tempat yang boleh diukurlah... manalah tau terkene benda halus... sebagai ikhtiar kenalah jugak berubat kampungkan...

tapi malam tadi badan si Uzair tiba2 saje panas sampai mencecah 40.8 darjah celcius.. terus aku ajak en. suami pergi hospital.. nasib baik cuma tekak uzair je yang bengkak.. dan doctor bekalkan ubat demam, H1N1 dan juga antibiotik.. ubat H1N1 tu sebagai pencegahan je... satu malam pulak aku tak tido sebab si Uzair asik merengek je..  harap hari ni kuranglah demam Uzair tu..

ginilah rupa virus yang en. suami dan anak2 aku hadapi.. alhamdulillah nampaknya dah mula kering dari berair...

Psst : mcm2 nak menjelang Tahun 2011

Sayalah blogger itu


Salam...
aku lah blogger itu... korak bila lagi..
matahati-aishahazhari
matahati-aishahazhari
matahati-aishahazhari
matahati-aishahazhari
matahati-aishahazhari
matahati-aishahazhari
Settle...

Segmen : menyusun BLOG pantas

 Salam... 
tadi terjah blog Ben.. tetiba ada Segmen 30 Blog terpantas..
try masuk.. tak sangka pulak tersenarai...

segmen encik Ben Ashaari



10 blog yang terpilih..
harap2 menepati apa yang encik Ben nak


psst : harap2 tepatla...

huhuhuhahaha... aku gembira

Salam...
Selamat pagi..

mari kita mulakan dengan breakfast dulu ye... hari ni aku breakfast mee goreng + telur dan teh..

Teh (buat sendiri ye... 2 Pcs Teh uncang Lipton + satu sudu susu pekat manis)

Mee goreng + Telur separuh masak (rm 1.60) resepi beli kat kantin je..
(sedap pulak mee kantin hari ni.. rugi amik sikit.. kalau amik banyak tak payahnak makan tgh hari nanti)

Sebab pertama aku gembira.. semalam terima sample losyen Johnson yang aku daftar online.. dah lama aku daftar aku rasanya dekat sebulan kot.. comelkan sample ni.. kecik je sayang pulak nak pakai.. bau lotion tu wangi sangat.. kalau cuci tangan pun still ada bau lagi.. 

KFC (ehsan google)
tapi memang inilah rupa yang aku order semalam..

Sebab kedua aku gembira..  akhirnya En. Suami aku dah tunaikan jugak janji yang dia nak belanja KFC.. (KFC je pun kan.. tapi aku tetap teruja tau..) jadinya semalam tertunai jugaklah aku nak makan KFC dengan anak2.. tapi tetap makan kat rumah sebab tapau je.. en. suami malas nak makan kat Restoran KFC.. rimas ramai orang.. almaklumlah semalamkan Goverment semua dah gaji.. awal ye gaji bulan december... oh.. nak krimas ye.. tu sebab awal... Ni nak ucap walaupun semalam dah keluarkan N3 bengang sebab tak dapat makan KFC.. tapi tetap nak ucapkan TERIMA KASIH kat en. suami sebab belanja jugak makan KFC.. walaupun tiap2 bulan memang bagi kat isteri ni duit belanja.. tapi duit belanja dengan belanja KFC tu lain kan.. hehehe... bulan depan apa pulak?

Psst : sekejap je aku bengang.. tak pandai aku nak merajuk lama2.. bengang pun simpan dalam hati.. huhuhu... dosa tau... tak baikkan.. peringatan utk diri sendiri..

5,10,15,20,25,30 minit yang tak boleh dipercayai

Salam...

Mood bengang ni.......


Korang pernah tak dengar "Selepas 30 minit cakap awak ni tak leh nak percayalah.."
benda ni baru je berlaku kat aku masa cuti hujung minggu lepas... yelah penat2 dok lepak kat rumah tetiba ada orang ajak makan KFC.. lepas tu hati aku dah teruja sangat.. dan aku pun dah berkobar nak pergi KFC.. 

tapi secara tiba2 boleh lak keluar ayat " x yahlah... nanti makan kat rumah jelah.. kita masak" kalau korang bengang x? dah berkobar-kobar nak pergi tapi tetiba x jadi... bukan sekali dua jadi macam ni.. tapi dah banyak kali tau..

Psst : hari isnin dah meroyan bengangkan... bengang sebab tak dapat makan KFC.. huhuhu.. macam bebudak pun ada gak aku ni... mau tak meroyan kan dah janji tapi cancel pulak... kalau korang bengang tak?

Psst2 : dua hari ni asik mimpi CikPah dengan RM je.. apakah maksud mimpi tu

Cheque Nuffnang aku dapat beli kicap..

Salam... 

nampak gaya Cheque nuffnang tak lama lagi akan menyusul.. alhamdulillah dapatlah aku beli kicap.. oklah tu.. ada jugak tambahan stock kicap kat rumah... hehehe.. tapi yang sebenarnya tajuk kat atas tu takder kaitan pun dengan n3 kali ni ye.. saje je nak bagi korang teruja.. TERUJA tak? tak teruja pun takper...

saje je hari ni nak tunjuk kat korang makan malam aku semalam.. lagipun dah lama tak keluarkan n3 masak2 dan makan2 ni... tapi ni makanan biasa je yang sesuai untuk orang bekerja... semuanya yang pantas dan simple je ye.. tapi klu tiba angin rajin masak yang sesusah mana pun sanggup nak buat... tapi semalam angin tak rajin sangat.. yang penting boleh isi perut dan tak berkeroncong tengah malam...tak yah citer banyak.. layan jelah gambar kat bawah ni ye

Kobis masak kicap... (untuk uzair dan uzrei.. mama & papa tumpang sekaki..)

Sambal telur hancur.. (lauk masa bujang dulu... sedap dengan nasi panas)

Ayam goreng kunyit je... sedap ranggup lagi2 tang kulit ayam tu..

sekian sahaja n3 kali ni ye.. nantikan n3 akan datang..

Psst : hari ada yang rehat panjang mana korang nak menyoping ye.. ?

Saguhati dari Dewi Penglipurlara

Salam petang..

beberapa minggu lepas aku ada jawab satu quiz kat blog Puan Dewi Penglipurlara ni.. aku jawab saje2 je soalan tu.. tak sangka pulak aku dapat saguhati... (riak pulak ayat disitu.. hahaha).. tapi walaupun saguhati aku rasa akulah orang pertama yang menerima hadiah ni.. daripada pemenang kesatu, kedua dan ketiga... (aiks.. ada riak lagi disitu.. harus dihilangkan.... bahaya untuk tontonan ramai)..

oklah meh aku tunjukkan apa yang aku dapat dari dewi penglipurlara... 

inilah pemberian saguhati dari dewi... terima kasih bebanyak ye Puan Dewi..
tapi Puan dewi awak tulis kat situ You Are Winner kan... akak tambah ye SAGUHATI JEKAN... hehehe jangan marah..

memandangkan henset aku tengah memainkan peranan untuk mensnap gambar.. jadi s arung henset pun jadilah ye.. tapi macam tak muat he.. Puan Dewi boleh bagi yang besar sikit tak.. tukar lah dengan lieya punya ke? atau cikpah punya ke tak pun dengan CIk Purple.. hehehe... boleh tak? henpon besar baling dinding belum tentu pecah...

last sekali pic aku yang mengeletis kegembiraan sebab menerima hadiah dari Puan Dewi

tapikan ada kefelikskan disitu... macam mana Puan Dewi boleh hantar hadiah tu dengan secepat yang mungkin ye... tertanya2 aku.. padahal aku tak bagi alamat lagi... yelah aku malas nak guna alamat Opis.. ingat nak bagi alamat rumah aku ke... dah lama takder orang hantar hadiah kerumah ni... konfius aku... apakah? Sila jawab Puan Dewi

psst : Kepada pemenang2 Quiz Cik Dewi yang kesatu, kedua dan ketiga sabar ye menanti hadiah korang tu.. hehehe..

Hantu & Lelaki

Salam..
Selamat pagi..

Harap pagi khamis yang ceria bagi korang semua.. oklah kali ni aku nak cerita yang berkaitan dengan hantu.. bukan segala jenis hantu ye.. tapi perkataan yang Uzrei paling cepat dapat adalah Hantu selain mama, papa, makan, air dan segalanyalah... cerita pasal Hantu ni kan.. masa kat rumah lama dulu pun uzrei selalu cakap.. ada hantu poconglah, hantu keluar tanganlah dan macam2 lagilah...

tapi ni aku nak citer kisah malam tadi... masa lepas makan malam aku dah siap2kan milo dia dan letak kat atas meja.. lepas jam 10 malam aku pun ajak uzrei naik atas suruh uzrei tengok shrek kat atas jelahkan.. sebab aku nak tidokan si Uzair pulak.. bila uzair dah tido aku pun sambung baca novel yang belum sempat aku habiskan... 

Tengah aku membaca novel uzrei datang kat aku... ni dialog dia

Uzrei - mama.... uzrei nak milolah...
Aku - Ujei turunlah bawah.. milo kat atas meja..
Uzrei - ada Hantu lah mama...
aku - Pandailah ujei ni.. jomlah turun..mama teman..

kitorang pun turunlah.. tapi tak sampai separuh jalan tetiba je uzrei cakap..
Uzrei - mama... mama... takyah turun sampai bawah ye...
aku - kenapa tadi kata ada hantu
Uzrei - takper... biar ujei je yang turun.. ujei kan LELAKI...
aku - (terkedu dan sambil tersenyum simpul terus cakap) yelah mama tunggu sini..

yang sebenarnya kat dialog ni nak bagitau yang Uzrei ni tau orang lelaki mesti kuat dan berani.. hahahahaha... over aku kan...
sebenarnya dari malam tadi dan sampai sekarang aku asyik terkenang je cara uzrei cakap tu... macam dia nak protect mama dia pun ada jugak...

inilah budak yang pada mulanya takut hantu.. tapi tiba2 sahaja kelakiannya muncul dan menunjukkan yang dia gagah berani... wahahaha... apa kene dengan aku hari ni.. 

oklah tu je n3 yang suam2 kuku untuk hari ni

Psst : dari cerita hantu dah bertukar menjadi lelaki pulak ye... Motif n3 sebenarnya adalah Puan RaTU KeBAyA ketandusan n3 menulis.. jadinya keluarlah n3 merapu meraban ni.. ampunkan aku ye...

Bubur nasi je..

Salam...
Selamat pagi..

Minggu lepas kan aku ada citer yang anak aku tak berapa sihat demamlah.. lepas tu pulak terjatuh katil dan terhantuk kat cabinet pulak.. jadinya masa anak2 tak sihat aku pun buatlah bubur nasi untuk diorang.. bubur nasi kosong je tau.. lepas tu aku carikkan ayam goreng dan lenyekkan sayur bayam sikit.. adalah berselera sikit diorang nak makan.. 

tapi aku bukan nak citer pasal makanan diorang.. yelah kalau dah masak bubur nasi tu.. mestilah masak lebih sikit nanti ada pulak yang nak join sekalikan.. sekali sekala makan bubur nasi ni memang berselera... lebih2 lagi aku... jadinya bila bubur nasi dah lebih.. aku buat sikit sambal ikan bilis tumis cili api dan gorenglah sotong.. fuh memang sedap dan mantap... bertambah2 bubur nasi dibuatnya.. sampai aku kena masak lain untuk anak aku..

nilah rupanya bubur nasi + sotong goreng + sambal ikan bilis...
sayur tak sempat lak aku nak masukkan... sebab teruja nak amik gambar makan..

Psst : kalau hari2 aku makan bubur nasi gaya macam ni ada harapan tak nak kurus?


Company Dinner

salam...
Selamat pagi..
Ahad 12-12-12 telah berlangsungnya Majlis Makan Malam Syarikat FFM Pulau indah... majlis yang berlangsung dengan agak meriah.. dan pilihan makanan yang pelbagai jenis.. (wah... ayat dah macam surat kabo lak kan.. hehehe.. sesekali).. kembali pada cerita asal.. 

pada hari tersebut aku pun menghadirkan diri ke majlis makan malam syarikat.. dan pelbagai aktivit yang diadakan seperti game, karok sampai pecah anak tekak (yang ni aku dah chau chin chau ye), My lucky chair dan macam2 lagilah.. meh kita saksikan gambar kejadian tersebut.. maknanya tu malas nak type panjang2 kan..

Bertemakan hijau dan kuning.. (ni aku je pandai kasi tema tau) sebenarnya formal je..
Suasana didalam dewan.. tak ramai lagi..

Registration.. dapatlah gift Notebook bag dan tuala..

 ketibaan para2 jemputan... chewah.. jemputanlah sangat... hehehe

Hidangan adalah secara buffet ye kawan2... dan aku secara jemaah bersama rakan2 lain adalah duduk disebelah meja buffet saje.. bijakkan.. itu kaedah bagi yang malas nak berjalan macam aku ni.. tu yang lemak tak kurang2.. huh..

bahagian kuih muih dan buah-buahan.. ada jugak aiskrem.. tak sempat aku nak rasa perut dah penuh...

antara makanan yang sempat diambil pada malam tu..

kambing panggan pun ada ye... sesunguhnya penantian itu adalah satu penyiksaan..
dan hari itu 1st time aku makan kambing.. baru aku tau kambing ni sebenarnya begitu sedap...

game pertama yang bermula.. Tengok bawah kerusi.. kerusi siapa yang ada Card My Lucky kat bawah tu...
masa ni aku sibuk ambik gambar.. sebab tak terfikir apa2 tau..
korang nak tau sticker kat kerusi sape.... nanti aku tunjukkan sape yang dapat naik stage dan ambik hadiah untuk My Lucky Chair tu ye..

muzikal chair pulak... yang ni cik puan dewi penglipulara kita join... hanya dia seoranglah wanita melayu yang join dan dia dapat tempat ke2 dalam acara ni.. cerita detail biar dia citer sendirilah ye..

dan inilah pemenang My lucky Chair untuk meja no 19 yang aku ceritakan tadi.. adalah diri aku sendiri hehehe...
dapatlah hamper yang berisi segala Product keluaran FFM... tepung, minyak, sardin dan banyak lagilah... sebulan stock pun tak tentu habis lagi tu... alhamdulillah...

tu sajelah citer Dinner ni ye... penat dah.. mau buat keje yang melambak ni..

psst : sebenarnya banyak lagi pic pada malam tu.. kalau aku masukkan semua nanti mau berjela2 pulak n3 aku hari ni.. nak selanjutnya boleh tengok kat fb aku.. pada sape yang dah add aku kat fb ye..

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...