tadi aku telah menitiskan airmata


 tadi aku tengah baca cerita yang aku dapat kat email... sambil aku menghayati cerita ni.. secara tiba2 airmata aku terus mengalir keluar.. inilah part yang paling aku sedih 

Aku x tahu apa lagi boleh aku buat.. Aku bacakan Yaasin ditelinganya berulang-ulang, biarkan anak kami dipangkuan memeluk-meluk ibunya..

kalau korang nak tau lebih lanjut korang kena habiskan baca cerita ni
tajuk cerita aku tak tahu pulak


Aku dah kawin skarang. Bini aku memang baik sangat2. Tapi dia x seperti yang aku expect masa kami belom kawin dulu. Masa belom kawin, aku tengok dia memang sorang yang pendiam je, jarang gile cakap ngan laki. Member2 mmg puji la cara dia. So memang susah jugak aku nak cuba tegur dia masa tu.. segan dowh. Memang obvious lah kalau aku tegur. Tapi aku suka dia macam tu, so xde la cemburu sangat sebab dia jarang borak2 ngan laki..

Cantik? Memang la, kalu x aku comfirm x sangkut punyer. Haha. Cantik pada mata aku la. Member2 pon ade yang cube usha. Sori le dia nak layan. Haha. Memang market. Last2 aku yang dapat, memang rasa bangga giler. hehe..

Eh, dok ngumpat2 pasal dia, lupa lak nak kasi tau nama. Nama panggilan dia Ara. Nama betol dirahsiakan.  Hoho..

Aku usha cara yang leklok la, gi jumpa bapak dia dluu. gentlemen beb! Slow talk ngan bapak dia. Err, bapak dia nama Marzuki.. Bapak dia ni jenis sound direct rupenyer.. Pergh, mmg kena kutuk kaw2 la gua. Sebabnya, bila dia tanya kenal x anak dia? Gua cakap x sgt. Bapak dia tanya lagi, nape nak kawin ngan anak dia? Gua cakap sebab minat. Minat sebab ape? Gua cakap x tau.. Habis kalu x dapat anak dia? Gua cakap nak jugak! Bapak dia sound la, “ko ni, cane ko nak kawin ngan org yang ko x kenal? Gua jawab, lepas kawin la saya kenal dia pakcik.. pastu sengih2.. pastu bapak dia diam.

Masa tu rasa down gile. Bapak dia cam tolak mentah-mentah je proposal aku.. Ke dia saja nak uji kehebatan cinta aku?? Huhu.. Time tu aku dh terpikir nak usha calon lain je. Aku memang ade lagi sorang yang aku suke. Haa yang ni gua memang kamceng giler. Yang ni pulak nama dia Ika. Gua memang selasi lah ngan minah ni. Haha.. Tapi last2 orang lain gak yang gua pinang.

Hari keputusan proposal aku akhirnya tiba. Kputusannya.. jeng3.. x spt yang aku jangka. Haha. Aku ingat kena reject, satgi family diorang terima. Warghh happy giler. Alhamdulillah. So, memang sah la takde jodoh aku ngan Ika. Time aku bgtau Ika aku nak kawin, dia accept je. Kejam gile aku. Dia kata semoga aku bahagia.. lepas tu kami dah x jumpa.

Lepas akad nikah, kompemlah aku sebagai laki Ara. Happynye aku Tuhan je tau.. kat rumah.. dia macam biasa, cool je.. Tapi cool semacam la pulak. Sepatah aku tanya, setengah patah dia jawab. Kalu aku x buka mulut, memang x berbunyilah rumah kitorang.

Ara taklah ‘bisu’ sangat. Kadang2 dia bersuara gak.. Tapi bagi aku yang jenis suka cakap banyak ni, Ara bukan jenis yang boleh bawak borak sangat. Bila aku cakap pasal something, dia macam blur... Macam x supportive sangat. Last2 aku dah malas nak borak.. oh boringnye..  Yang dia tahu cuma tunjuk baris gigi dia ja.. sengih. Cam yg aku buat kt bapak dia dulu. Psycho seyh..

Nak jadik lagi tensen, aku ni jenis perokok sederhana tegar gak la. Tapi bini aku pulak mmg cam fobia giler ngan asap rokok. Bau nafas aku yg bersisa rokok pon, dia mesti batok.. x bau rokok pon dia dah selalu batok. Uhuk3 gitu.. Sebab sayang bini, makin lama makin kurang aku merokok..  kalu gian sangat pon aku merokok time kat ofis je.

Bini aku keje hospital, bahagian obat-obatan.. Aku lak xleh bau ubat, mesti pening kelapa.. Hari2 aku yang hantar, ambik dia gi spital. Time ambik dia balik, mmg hari2 lah baju dia bau obat dalam kete. So aku akan slalu bukak tingkap, nyaman sket..

Ada satu hari tu, masa hujan lebat. Xleh bukak tingkap kete, aku dah mmg pening-pening lalat dah.. Bau ubat.. Dengan poor visibility lg, kami accident! Langgar bontot kete orang depan. Kat spital, doktor kata bini aku keguguran akibat kemalangan tu. Hah??

Rupanya dia mengandung dua bulan.. Ara sendiri pon x tahu.. Ya Allah!!

Lepas kejadian tu aku terus suruh Ara benti keje. Dok rumah je.. Aku dah korbankan rokok aku, so dia kena korbankan keje dia. Aku dah x tahan bau ubat!! Aku sorang keje dah cukup sara idup kami!

Dekat setahun kami kawin, Ika tiba2 datang, dia kata masih sayang kat aku, nak aku ambik dia jadik bini no. 2.. Dia sanggup..

Alamak ni dah angau betol.. Padahal aku baru je kawin. Mungkin Ika yakin yang kami sangat serasi dan saling memahami, so dia berani propose kat aku. Then aku teros terang je la, aku cakap kat dia, yes aku memang x kamceng mane ngan bini aku skarang.. And banyak benda yang kami xde persamaan. Ara memang x banyak bercakap. Kalu aku cube buat lawak, dia macam x tangkap je. Sedih tol.. X pandai nak borak. Kalu jumpa member2 aku lagi le dia sunyi sepi. Dah le hari-hari dia suka masak benda yang sama.. Jarang la dapat makan yang lain sket. Kcuali makan luar. Itu pun dia akan order benda sama je.. Haha macam tu la bini aku.. Lucu lak..

Tapi kami masih cuba memahami hati budi masing2.. Aku cuba biasakan diri ngan bau ubat2 kat baju2 Ara dulu, cuba brenti merokok waktu awal2 kawin dulu.. Ara plak dh x keje, dah cuba belajar masak benda2 lain (jarang la menjadi).. Aku bagitau Ika, rumah tangga kami bahagia. Aku xleh menduakan dia.. Aku memang sayangkan dia. Ika terpaksa terima hakikat tu. Itu mmg last kami jumpa.

Kini, kami dapat rezeki sorang anak, dah besau, dekat 4 tahon la.. tp dah pandai mengaji sket2. Semua berkat kerajinan bini aku. Bab2 agama, mengaji sume dia mmg bagus. Anak aku Hafiz, memang dia train elok2 ngaji alQuran.. Alhamdulillah, semoga esok2 dia jadik anak yang soleh. Bagi aku itu la investment yang sangat2 menguntungkan!

Tapi sebenarnya dalam tempoh tu, kami x seperti pasangan yang lain, kot. Makin hari aku makin bosan ngan rumah tangga kami. Ara memang suka menyepi, jarang borak panjang2. Aku pulak suka keluar lepak ngan kawan2. Makin lama makin jarang aku duduk rumah. Lewat malam baru balik, bini dah tido. Esoknya pagi2 aku dh kena gi keje.. Dalam tempoh tu jugak, aku sebenarnya asyik keluar dengan sorang ofismate aku. Nama dia Lisa. Budak baru kat ofis aku.. Berbekalkan muka yang agak ade market ni, dia macam sangkut lak kat aku. So dialah yang slalu aku ajak kluar malam, teman aku borak2, kadang2 sampai pagi!

Aku sedar aku seolah2 mempergunakan dia untuk hiburkan hati aku.. Teringin nak kawin ngan dia, takot kecik hati si Ara pulak.. Dengan Lisa la tempat aku luahkan perasaan, kadang2 gadoh, kadang dia tercarut2 siap kat aku. Pastu minta maaf, dia kata tersasul.. Tapi aku mmg terhibur bila dok ngan Lisa. Bini aku kat rumah, dengan anak aku jarang sangat aku luangkan masa..

Ara sedar akan perubahan aku dari hari ke hari. Dia mula sedar aku ada pompuan lain. Satu hari dia bagitahu, dia izinkan kalu aku nak kawin lagi, tapi mesti dengan wanita yang elok2, sebab dia tak mahu pelajaran Hafiz terganggu. Aku pelik, apa kaitan??

Dan aku terfikir, Lisa tu wanita yang elok ke? Pakaian hari2 kompem ketat, make up kat muka 2 inci macam xleh kena air, x ambik air semayang ke? X semayang ke? Ke cuti sepanjang tahon?!

So aku postpone dulu hajat nak kawin ngan Lisa. Terfikir lepas kawin boleh nasihat kot sikit2, tapi time bencinta pon asyik lawan ape aku cakap. So sad!..

Ketika perkahwinan aku ngan Ara mencecah 4 tahun dulu, rumahtangga kami ditimpa dugaan yang maha besar. Ara mula jatoh sakit, batuk dia makin teruk, akhirnya masuk hospital. Dan saat itulah baru aku diberitahu, Ara mengidap penyakit barah tekak. Ya Allah!!

Doktor bagitau, Ara dah lama senarnya kena barah tu, penyakit yang akan buat dia slalu batuk, dan trpaksa menahan sakit bila bercakap! Aku rasa bagai kena tusuk dengan anak panah yang tumpul bila dengar benda tu!! Patut la Ara jarang sangat bercakap. Kenapa dia x bagitau aku??

Doc tu cakap lagi, penyakit tu makin lama makin teruk, dan bagi effect kat jantung. Sebab pernafasan dia selalu kurang dari sepatutnya. So jantung jadi lemah.. So itulah yang menyebabkan Ara jatuh sakit. Jantung dia skarang makin rosak akibat barah tu.

Jadi camane dia boleh ajar anak aku mengaji? Doktor tu bagitau, memang ada ubat utk diminum sebagai pelincir dalam tekak. Tapi hanya kurangkan rasa sakit, dan ia bertahan kejap je.. Tapi Ara x boleh selalu minum sebab ubat tu sangat mahal!!

Aku buntu..

Masa tulah baru aku terfikir, kami x penah bertikah lidah, x penah gado.. Mgkin itu hikmah dia.. Tapi aku x sedar selama ni.. Aku asyik tinggalkan dia, bergembira dengan pompuan lain.. Dia pula sanggup tanggung derita setiap kali perlu menjawab pertanyaan aku. Dan x penah luahkan derita kat aku..

Jantung Ara dah lemah sangat, doktor kata mungkin Ara x dapat bertahan lama.. Aku menangis depan doktor tu puas2, wlapun doktor pompuan. Aku dh x kisah. Aku menyesal dgn cara aku layan Ara selama ni.

Dia dah bagi aku macam2, jaga makan minum, pakaian aku, ajar anak kami mengaji, mmg x penah lawan apa aku cakap, apa aku suruh..

Aku suruh dia benti keje dulu, dia ikut. Walaupon kat rumah dia tetap baca buku pasal ubat-ubatan! Dia minat sangat dengan keje dia.. Maafkan abang Ara..

Bila balik rumah nak mandi kejap, aku sempat tengok balik kenangan2 kami.. Aku belek2, terjumpa kotak hantaran masa kami kawin dulu. Ada satu kotak jam, jam yang aku pakai sekarang.. Aku terkejut bila ada sehelai kertas dalam tu. Mula2 ingat kertas resit, tapi rupanya sepucuk surat!

1 Julai 2007,

Buat suami yang baru kupunya,

Terima kasih kerana menawarkan cintamu,
Yang ku tunggu-tunggu sejak kita mula bertemu dulu,
Ara memang cinta padamu,
Dan Ara menangis bila abang melamarku

Buat suamiku yang baru kupunya,

Luaranku mungkin nampak sempurna,
Luaranku mungkin ramai yang terpesona,
Tapi diriku bukanlah sesempurna abang sangka,
Kerna suaraku bukan kepunyaan kita

Buat suamiku yang baru kupunya,

Andai abang ingin melihat Ara ketawa,
Ara hanya mampu tersenyum pada abang,
Andai abang mahu Ara berjenaka,
Mungkin Ara kan menangis dibahu abang,

Kerana Ara tak mampu berbica,
Seperti orang lain berbicara,
Kerana Ara tak mampu ketawa,
Seperti orang lain ketawa

Jika membaca surat ini akan meleburkan cinta abang,
Ara pasrah dan relakan abang menjauhi,
Jika membaca surat ini Ara tetap dihati abang,
Ara sujud sejuta syukur pada Ilahi..

Yang benar,
Isteri yang menyanjungmu.

*Ara selitkan surat ini dalam kotak jam abang, semoga abang mudah terlihat surat ini..


Berderai lagi airmata jantan aku. Kenapa aku x terbaca surat ni 4 tahun dulu? Kenapa aku x tahu penderitaan Ara awal2 dulu? Kenapa baru sekarang?

4 tahun usia perkahwinan kami, Ara beri aku segala2nya.. dan paling penting dia bagi seorang anak yang comel dan bijak. Tapi apa yang pernah aku beri kat Ara?

Mulai saat tu aku jaga Ara sepenuh hati. Hari-hari memang keje ulang alik hospital. Masuk ofis pon kjap2. Anak aku bagi kakak Ara yang jaga. Masa tu aku dah serabai giler. Sangat x terurus. Baru aku sedar pentingnya Ara dalam hidup aku.

Dalam keadaan Ara yang agak lemah, aku minta kebenaran doktor untuk bawa dia melancong. Aku nak temani dia puas2. Aku nak bahagiakan dia dalam sisa2 hayat dia. Biar dia terlupa akan derita dia. Saat itu dia menangis kat bahu aku. Sejak dia sakit kami hanya berbalas tulisan kat kertas.. dan kertas2 tu aku kan simpan sampai bila2.

Dia tulis dia x menyesal kawin dengan aku. Dia tulis sangat bahagia hidup dengan aku. Siap cuba lukis gambar orang senyum.. haha.. Ya Allah hari2 itu kami sangat bahagia. Namun Ara dah makin lemah. Aku dah x mampu tengok dia derita. Setiap kali dia nak tarik nafas, sangatlah azab pada aku melihatnya.

“Ya Allah, jika Kau masih panjangkan hayat isteriku, Kau berilah aku separuh kesengsaraannya, biar kurang kesensaraannya Ya Allah.. Tapi jika hanya kematian yang dapat mematikan sengsara isteriku, aku redha Ya Allah..”

Aku x tahu apa lagi boleh aku buat.. Aku bacakan Yaasin ditelinganya berulang-ulang, biarkan anak kami dipangkuan memeluk-meluk ibunya..

Akhirnya Tuhan menjemputnya kembali. Aku pasrah. Kesedihanku terubat bila kulihat dia pergi dengan tenang. Sempat kuajarkan Syahadah.. dan dahinya berpeluh jernih. Lalu kukucup buat kali terakhir..

Kini, hmpir 5 tahun prkawinan kami, tinggal aku dengan Hafiz, dengan helaian2 tulisan terakhir Ara..

(T.T)

salam jumaat

salam jumaat kepada semua hari ni.. harap korang semua sihat dan ceria sepanjang hari jumaat ni.. mestilah ceriakan hari ni je keje lepas tu esok dah sabtu.. dan hari untuk bersama keluarga tersayang..

aku pun ceria jugak hari ni, cuma hari ni tak berapa sihat pulak.. dari semalam dah mula terasa nak selsema dan malam tadi dah demam.. malam tadi dah telan panadol 2 biji.. bangun je pagi ni alhamdulillah demam dah kurang cuma selsema masih ada lagi.. 

harap sekejap2 lagi hilanglah selsema ni.. tak tahan kat hidung ni rasa panas menyengat je.. kat lelangit dalam mulut tu asik terasa gatal je..

ada petua tak nak hilangkan gatal kat lelangit tu... jangan korang suruh aku berus dengan berus dawai sudahlah.. heheheh

ceria yang ting tong!!!

mari.. mari... beli kain ela.. murah.. murah..

ntah ape2 tajuk kat atas tu kan.. tapi tajuk tu masih ada kaitan dengan cerita yang nak aku sampaikan kat korang.. kat opis ni ada sorang staff lelaki ni jual kain ela.. aku pun apa lagi bila dengar kain ela atau apa yang berkaitan dengan barang perempuan memang melonjak2 hati ni dan tak sabar2 nak tgk kain jenis apa... kain-kain yang dia bawak boleh tahan lawalah.. adalah jugak aku terpikat dengan 2/3 helai kain tu

malas nak membebel panjang2.. korang tengok jelah pic kat bawah ni..

kain-kain ela yang diborong dari jakel KL..
aku ni kalau nak ke kl memang payahlah.. lagi2 kalau sesaje je nak g shopping kat sana.. memang malaslah aku.. bagus jugakkan dia ni jual2 kain dari Jakel KL.. bukan kat sini takder Jakel.. aku ni jarang sikit nak singgah ke kedai2 kain ni.. klu pergi pun sesekali je bila nak cari baju raya

ni si amoi tengah memilih kain... setiap beg plastic harga adalah berbeza.. harga dari rm 50 hingga rm 100.++ lah..
ikut Quality kain..

sampai tertonggeng si amoi ni memilih.. belinya idak jugak.. hehehe.. jgn marah amoi
(abaikan mangkuk berkuah tu ye..)

dan yang terakhir kain yang menjadi pilihan aku

V

V

V

V

V

alah macam lawo sanggat nak enter banyak kali kan.. hehehe

V

V

V

V

V

Tada........

inilah dia

inilah pilihan ku.. simpke je.. tak cantik mana pun.. tapi hati dah terpikat tak leh nak tolak tepi dah kain ni.. terus amik masuk beg plastic dan simpan dalam drawer..
(sila abaikan meje yang berselerakan dan fail2 yang bertingkat kat belakang tu ye)

Psst : korang biasa beli kain2 macam ni kat mana ye.. aku tak kesah mana2 pun.. yang penting keselesaan kain tu...

Beranikan diri buat silap supaya Anda tahu apa yang betul

Bila Anda buat silap Anda cenderung menyalahkan diri sendiri, Anda jadi tak suka dengan kesilapan yang Anda lakukan itu, bahkan Anda menjadi benci. Inilah sebab kenapa ramai di antara kita tak berani mencuba sebab tak mahu merasai peritnya buat silap.
Inilah juga sebab kenapa ramai di antara kita jadi benci dengan kegagalan. Anda takut gagal sebab Anda benci merasai keperitan, kesakitan dan kesusahan yang Anda akan rasai hasil dari kegagalan itu. Anda merasa terpukul. Motivasi Anda menurun.
Bagaimana mengatasi masalah ini? Ikuti dua langkah berikut:
1. Pandanglah diri Anda dan lihat pada potensi diri Anda, bukan pada kesilapan-kesilapan Anda.
Fokus kepada orang jenis cemana yang Anda boleh jadi, fikirkan potensi Anda, kelebihan Anda, bakat Anda. Jangan selalu mengingat kesilapan lalu yang Anda telah lakukan kerana itu akan membuat Anda jadi tidak bermotivasi lagi.
2. Maafkan diri sendiri, lupakan kesilapan lalu, terus melangkah ke hadapan!
Anggap kesilapan sebagai cara untuk Anda belajar memperbaiki diri. Normal sebenarnya buat silap ni sebab kita takkan tahu buat benda baru selagi kita tak buat dulu.
Anda takkan tahu cara yang betul, melainkan Anda jumpa cara yang salah terlebih dahulu. Maafkan diri Anda sebab buat silap, tekadlah untuk belajar dari kesilapan tu, kemudian cara bagaimana untuk buat perkara yang betul. Jadikan kesilapan sebagai rujukan untuk Anda mengetahui cara yang betul.
aku kadang-kadang ada jugak buat kesilapan... masa tak berlaku tu aku tak tahu jugak benda tu tak betul.. tapi bila dah berlaku dan orang lain pun dah nampak kesilapan yang aku lakukan tu..  baru aku dapat tahu yang aku ada buat silap selepas menerima teguran darinya...
tetapi ada jugak sesetengah orang yang tak boleh terima teguran darii orang lain... padahal kesilapannya terang2 dah nampak.. selagi boleh dia akan menutup kesilapan tu.. tapi bak kata pepatah sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua.. 

tapi aku selalu tertanya-tanya kenapa bila kita dah buat kesilapan kita susah nak mengakuinya.. padahal dengan kesilapan tulah kita akan lebih berhati-hati dan akan sentiasa menumpukan kepada sesuatu kerja yang kita lakukan.. erm itu hanyalah pandangan dari aku..    

Psst : kemaafan bagi besar @ kecilnya kesilapan tu, terletak kepada kejujuran kita untuk bertetus terang.. jika disimpan takut memakan diri pula.. hidup terasa seperti didalam lubang yang kecil..

60 thn.. jln pun mengeletar

aku dengar CEUPACS nak lanjutkan had umur persaraan bagi kakitangan Awam... huhuhu.. en. suami keje dengan goverment sebagai Juruteknik Ukur.. lepas tu keje pergi Ukur tanah kat hutan, taman2 perumahan, tanah pertanian dan segala tempat yang ada tanah untuk mengukurlah... kalaulah confirm dilanjutkan aku rasa en. suami mensti pergi mengukur pakai tongkatlah.. dah lah nak bawa segala macam alatan untuk mengukur.. walaupun ada beberapa orang pekerja yang menolong bawa barang2 tu.. masa en. suami nak masukkan kiraan dalam komputer mesti tangan mengigilkan.. herm....... entahlah..

Berdasarkan kajian oleh CEUPACS, had umur persaraan bagi negara jiran lebih tinggi iaitu Thailand, Brunei dan Indonesia ialah 60 tahun, manakala di Singapura 62 tahun. Sememangnya ada pelbagai pro dan kontra dalam membuat keputusan terhadap isu ini.  
Kalau jadilah gesaan CEUPACS tu macam ni kut jadi keadaannya ye!... 

 hehehehehe

bagaimana pula dengan anak2 akan datang ye... mesti susah nak dapat kerja kerajaan sebab ramai lagi warga emas yang masih bekerja.. jangan pula lagi banyak penganguran pula..

 psst : sape yang keje gomen korang setuju ke dengan CUEPACS ni

kek coklat

hari sabtu aku satu keluarga duduk melepak je kat rumah... en. suami leka mengadap kerja kat tingkat atas.. aku pulak sibuk melayan Uzrei dan Uzair kat bawah.. apalagi layan diorang mainlah... 

bila diorang dah penat masing-masing terbongkang tido.. bila budak dua orang tu dah tido.. aku mulalah rasa kebosanan.. nak kemas rumah semua dah settle.. masak tengah hari pun dah settle.. last2 aku fikir lebih baik aku buat sesuatu.. bila terfikir nak buat sesuatu tu aku fikir benda yang boleh dibuat untuk minum petang.. jadi takderlah kerja tu membuang masa aku kan..

tapi sebelum tu layan dulu gambar budak 2 orang tu dulu ye..

masing-masin belenging... sorang menangis kena sakat dengan abang.. si abg pulak gembira bila tengok adik dia menangis..
tengoklah habis bersepah mainan diorang pungah... tu baru separuh.. lagi separuh aku dah sorok.. tak larat aku nak kemas..

lepas dah penat memunggah mainan dan menangis.. sesi memanjat pintu rumah pulak.. macam2 karenah...

si Uzair yang tak habis2 nak cuba panjat pintu ni.. akhirnya memang berjaya.. tapi gambar dia berjaya memanjat gunung everest pintu pagar ni aku tak sempat snap.. sedap aku tgh syok layan CSI Miami..

kali ni barulah aku keluarkan pic kek coklat aku yang tak seberapa tu.. tapi bolehlah dijadikan sajian minum petang kitorang sekeluarga pada petang sabtu tu..


kek yang baru keluar dari oven...

 untuk hidangan minum petang...

memang habis kek ni untuk petang tu je.. takder simpan2 untuk hari esok dah.. aku buat adunan sikit je..

berakhirlah aktiviti petang sabtu aku pada hari tu.. hehehe.. macam cerita pulakkan..

Anda skema?

Apa yang dimaksudkan dengan skema? Anda mungkin pernah mendengar ayat sebegini…
“skemanya ngko”
“dia tu budak skema”
“ngko ni skema tul la”
“janganlah skema sangat”
Dari kajian yang saya buat sikap ‘skema’ ni disamakan dengan sifat jujur, lurus, dalam sesetengah situasi, dipanggil lurus bendul iaitu jujur yang terlalu lurus. Skema juga dipanggil sebagai ‘lambat pickup’ dalam sitasi lain, tapi keseluruhannya skema adalah sikap lurus, yakni jujur.
Secara positifnya sikap skema atau lurus ni adalah bukti kejujuran seseorang. Orang jujur sekarang memang senang kena tipu simply sebab sikap jujurnya.
Orang yang bersikap skema ni biasa mengikut saja tanpa banyak soal. Tak pernah terfikir untuk membantah, tak pernah terfikir untuk lari (escape) dari undang-undang, tak pernah terfikir untuk melakukan sesuatu yang bersifat nakal atau dalam bahasa Sabah dipanggil ‘jajal’.
Dalam era moden hari ini memang susah kita nak jumpa orang yang 100% jujur, humble tidak riak (Anda pasti setuju dengan saya).
Ingat tak lagi watak Fahri dalam novel Ayat-ayat cinta?
Dia sangat jujur, baik hati, setia dan sangat penyayang. Anda rasa ada lagi tak lelaki jujur macam Fahri sekarang ni? Mungkin Anda akan kata, lelaki camtu dah pupus! Sebenarnya ada, tapi cuma sedikit.
Jika ada orang kata yang Anda skema, atau ada orang kata yang Anda ni terlalu lurus, terima saja itu sebagai teguran membina, bukan kritikan membunuh.
Jangan cuba ubah diri Anda supaya nampak tak skema semata-mata untuk mahu menarik perhatian orang yang menegur Anda tu sebab Anda tak akan merasa selesa dengan perubahan yang Anda buat. Anda akan berperang dengan perasaan sendiri sama ada mahu megikut kemahuan orang lain atau  berubah mengikut selera sendiri.
Jadilah diri sendiri dan jangan cuba jadi orang lain yang Anda nampak ‘perfect’ sebab semakin Anda cuba untuk jadi perfect, semakin banyak kekurangan diri Anda akan terserlah.
Penampilan atau ‘impression’ diri Anda akan kelihatan lucu (sebab serba tak kena) kerana perubahan yang Anda cuba buat pada diri Anda nampak tak ngam. orang lain akan mentertawakan Anda. Anda akan merasa tertekan, marah dengan diri sendiri, emosi Anda jadi ‘down’.
Motivasi Anda hilang serta merta. Walaupun orang kata Anda skema, biarlah Anda skema janji Anda selesa dengan sikap skema tu. Nak berubah menjadi orang yang bukan skema boleh, tapi biarlah berubah secara bertahap, satu demi satu supaya nampak ngam dan anda selesa dengan perubahan yang Anda buat. Hasilnya pun mantap.
Bercakap tentang perubahan, saya mahu tonjolkan satu contoh. Cuba ingat watak Angeli (lakonan Kajol) dalam filem Kuch-kuch Hota Hai yang faymes pada tahun 1997. Angeli yang tomby cuba berubah menjadi seperti Tina yang feminin – perfect, cantik, menawan.
Angeli meniru pakaian Tina dan gaya Tina berjalan sebab dia mahu kelihatan perfect, cantik dan menawan seperti Tina untuk menarik perhatian Rahul. Akhirnya, Angeli di ketawakan oleh Rahul sebab perubahan yang dibuat oleh Angeli amat drastik, nampak tak ngam, kelihatan lucu.
Apabila Anda tahu yang Anda dipanggil ‘budak skema’ atau orang sekeliling Anda nampak Anda ni skema, sebenarnya Anda memiliki ciri-ciri intelek seorang ‘geek’. Geek adalah nama jolokan pada orang-orang intelektual yang pintar, jujur dan humble.
Geek tidak pandai bernakal dan tidak pandai untuk mencetuskan kenakalan atau perangai-perangai ‘setan’, mereka ini selesa dengan sikap pendiam dan sikap lurus.
Jadi jangan kecil hati apabila Anda dipanggil skema sebab mungkin orang yang memanggil Anda dengan panggilan skema tu kurang bersetuju dengan tindakan Anda, atau mungkin pada tanggapannya Anda ni terlalu lurus, terlalu ikut peraturan, nampak rigid serta kekampungan.
Jangan rasa terpukul atau jadi bad mood sebab dia panggil Anda skema, anggap saja panggilan itu sebagai petanda orang yang menegur Anda itu bukan orang yang baik untuk Anda kerana dia hanya tahu mengkritik, nampak benar dia hanya mahu mentertawakan Anda.
Orang yang baik sebagai kawan atau best friend Anda adalah orang yang memahami, membina jatidiri dan meyokong, dia jua mengkritik tapi bertujuan untuk mengubah diri Anda jadi semakin baik. Dia jarang mengkritik tapi lebih banyak menegur tanpa memarahi.
Kawan yang tak baik adalah kawan yang hanya tahu mentertawakan Anda, hanya tahu mengkritik Anda (seolah-olah cuma dia saja yang betul), tidak mahu menerima pendapat kemudian bersikap riak.
Orang yang menegur Anda dan mengatakan Anda skema sebenarnya kurang selesa dengan peraturan, kurang selesa dengan arahan, cuma tahu menyakitkan hati serta jenis yang tidak mahu ambil tahu kesan buruk perbuatan yang dilakukan olehnya terhadap perhubungannya orang sekeliling (cause and effect).
Akhir kata, jika Anda dipanggil skema, ingatlah bahawa itu petanda jelas yang Anda sebenarnya orang bersikap jujur, lurus, boleh dipercayai. Tak ada yang salah jika bersikap skema. Sikap skema sebenarnya dijana oleh pemikiran positif, dibentuk oleh hati yang bersih.
Dah saya katakan sebelum ini, orang bersikap skema ni tak pandai bernakal dan tak nampak ciri-ciri sikap ‘setan’ (kenakalan). Bertuah sesiapa yang mendapat pasangan hidup yang sikapnya nampak skema sebab orang sebegini lurus, fikirannya telus, ada matlamat hidup.
Aura orang skema ni bersih tanpa dicemari idea-idea kotor yang dipengaruhi nafsu ketamakan, sikap riak, memandang rendah dan membangga-bangga diri. Kebanyakan orang berjaya seperti Steve Jobs, Sergey Brin, Larry Page, Bill Gates, Peter Rojas adalah orang skema sebenarnya.
Kebanyakan orang yang menjaga sembahyang dan selalu bersangka baik, dia juga orang bersikap skema. Maka nampak sangatlah jika Anda  mentertawakan seseorang sebab bersikap skema, maka sebenarnya Anda sedang mentertawakan diri Anda sendiri sebab tidak bersikap positif seperti orang yang Anda tertawakan tu.
Tabahkan hati, fokuskan fikiran pada kejayaan yang Anda mahu capai dalam hidup, bukan menyesakkan fikiran dengan kritikan-kritikan yang merimaskan.

Puding Roti Strawberry

kebetulan pulak minggu lepas masuk blog Color of Bitt sekali tengok ada resepi baru untuk puding roti.. biasa buat puding roti warna putih je.. kali ni puding roti warna pink.. kalau korang nak tengok hasil Color of Bitt korang pergi sini..
hari sabtu pulak.. bangun agak lewat sikit.. almaklumlah balas dendam dengan tido yang terganggu dengan anak2 cerybery hari jumaat tukan.. tu yang terlewat bangun sikit hari sabtu... bangun je pagi terus ingat nak buat sarapan.. pergi je dapur tengok ada roti tu yang terus teringat nak buat Puding roti strawberry. kebetulan pulak bahan2 semua dah ada dalam peti ais.. apalagi terus jelah kerja2 memasak..

tapi kali ni aku nak bagi korang tengok hasil aku pulak.. 

nilah hasilnya.. Puding Roti Strawberry.. memang sedap ada rasa masam2 strawberry tu..
kalau korang nak resepi korang boleh pergi kat blog Color of Bitt..

ni pulak puding yang sudah siap dipotong dan dicurahkan kuah custard..
fuh.. memang sedap bila dimakan masa sejuk..

Psst : lambat bersiaran hari ni.. mood nak mengarang didalam blog dah kehutan... jadinya pendek jelah citer bergambar hari ni..

Ucu pangilan dalam keluargaku

sebelum ni aku ada beritahu yang dalam keluarga aku ada dua orang yang guna nama UCU.. kebanyakan semua yang korang teka tu betullah.. jadi ni aku nak citer salahsilah terjadinya pengunaan ucu tu kepada 2 orang.. 

alkisahnya aku dengan adik aku beza dalam 7 tahun.. lagipun kitorang ni anak2 yang terakhir dilahirkan dalam keluarga.. jadinya kakak aku yang 3 orang teratas semuanya dah kahwen sebelum kitorang lahir.. umur diorang masa tu pun dalam lingkugan 20 lebih.. dah besar godang punkan... dan nak dijadikan cerita masa mak aku mengandungkan aku, kebetulan pulak kak ngah aku pun mengandung anak dia yang sulong.. kakak aku bersalinkan anak dia bulan 4, mak aku pulak bersalinkan aku bulan 11, tualah anak buah aku tu 6 bulan dari aku.. lepas tu berderetlah kakak aku yang lain pulak bersalin.. jadinya masa anak2 buah aku ni membesar diorang membesar sama2 dengan aku.. masa tu pulak adik aku belum ada lagi.. diorang pun ingat akulah anak bongsu dalam keluarga.. diorang pun panggillah aku dengan UCU.. sedara mara semua panggil aku bongsu...

lepas tak lama pun aku berbangga dengan pangilan ucu tu dalam 7 tahun macam tu lah aku guna panggilan ucu tu... tup3 adik aku nak keluar dari perut mak aku pulak.. tapi anak buah aku dah biasa panggil aku ucu.. bila mak aku ajar diorang panggil adik aku ucu.. lidah diorang dah keras pulak... bak kata pepatah kalau nak melentur buluh biar dari rebungnya betul tak? hehehe.. bila diorang tak biasa nak panggil ucu.. mak aku terpaksa tukar panggilan adik aku dari UCU kepada ITAM... sian adik aku lahir putih tetiba panggil ITAM si tampok manis pulak.. makin hitam bertambahlah manis.. 

tapi bila kitorang dah meningkat dewasa ni.. aku tak sampai hati nak biar diorang panggil adik aku ITAM.. jadi dengan bermurah hatinya aku gantikan adik aku dengan pangilan UCU Kecik dan aku pulak UCU Besar.. tapi anak2 buah kitorang lagi advance yelah semua dah sekolah bertingkat2kan mestilah dah tau nak panggil kitorang macam manakan.. jadinya diorang tukar pulak panggilan tu dari panggilan UCU Besar ke UCU Esah dan UCU Kecik ke UCU Itam... 

dan kekallah sehingga ke hari ni kitorang dipanggil dengan panggilan UCU Esah dan UCU Itam...

itulah alkisahnya panggilan UCU dalam keluarga aku... kadang2 orang pelik bila ada ucu dalam 1 keluarga.. kenelah terangkan kat orang yang bertanya pulak.. dari a to z..

kat bawah ni aku selitkan gambar UCU ITAM ye

yang berbulu-bulu purplelicious tulah adik aku.. tapi bukan dengan boipren dia tau.. budak lelaki kuning ini adalah anak buah aku dan juga anak kepada kakak aku ygn sulong aka ulong... anak buah aku ni tua setahun dari adik kau...

2 cerita disatukan jelah..

citer satu

dah lunch rupanya ye.. mehlah aku sajikan makanan malam aku untuk malam tadi.. simple dan mudah.. zassssssssss je terus siap.. hehehe.. tapi takderlah zassssssssss macam superman.. ni kira zasssssssssss versi esahlah ye... almaklumlah hari bekerjakan.. balik keje nak tengok cerita CINTA lagi.. nak uruskan anak2 lagi.. kalau masa anak2 tak meragam oklah.. smooth je keje nak masak.. tapi bila anak meragam... tak ker kelam kelibut...

sudahnya kenalah masak yang simple dan mudah yang penting dapat memenuhi kepeerluan perut untuk malam tu.. nanti takderlah masa tengah tido perut tu berkeriuk-keriuk macam keriuk-keriuk Mee Sedap, tido pun boleh terganggukan.. dan tak elok untuk proses diet kita.. bila tido terganggu mula nak mencari makanan di tengah malam kan... jangan tak elok tu.. betul tak?

jadi dibawah ni aku sertakan pica-pica menu aku pada malam tu.. takderlah menarik sangat tapi memang menepati citarasalah... huh.. saper lagi nak puji kalau tak diri sendirikan... keji

tahu goreng bersambal... memang sedap... korang tau dulu aku ni tak suka makan tahu.. jadi pernah sekali tu aku dok kat ward Hospital Tanjong Karang di sebabkan keguguran... jadi hari2lah attendance kat situ hidangkan aku tahu goreng untuk sarapan pagi.. mula2 pelik gak aku.. tapi bila dah seminggu dok kat situ dah jadi terbiasa pulak.. sampailah ni aku terus suka makan tahu goreng.

sayur sawi goreng bersotong... alah ni aku main campak je... kecut sayur aku angkatlah.. makan panas.. memang sedap

dan last sekali..

telur dadar
(tapi ni pic dari cik google, aku lupa nak snap sebab dah lapo bona... jadinya aku amik nasi dan terus balun lah..)

tu jelah menu dinner aku malam tadi...


citer dua

sekarang ni aku tersangatlah mengantuk, ini kerana aku tido lewat sikit dari biasa sebab aku buat BW dekat blog yang aku tak leh nak bersiaran dari opis.. jadinya aku tido dalam jam 12 AM gitu.. taklah lewat sangat dari korangkan.. tapinya tak sampai satu jam aku tido.. maknanya dalam jam 1 pagi macam tu aku dah dikejutkan dengan rengekan Uzrei.. tetiba dia sakit perut pulak.. mula2 muntah je macam tu.. en. suami pun sapulah minyak kat perut dia.. aku pulak diberi keje membersihkan muntah uzrei tu... habis tilam n cadar... dah siap bersihkan semua.. uzrei pun dah sambung tido balik..

tiba2 dalam jam 2 pagi pulak aku dikejutkan pulak dengan rengekan Uzair pulak.. huhuhu.. Muntah2 jugak... tapi dia termuntah kat atas badan aku.. sbb dia tido beralaskan lengan aku.. bermandi muntahlah aku.. huhuhu... terus aku bangun angkat uzair bawak mandi sekali.. nasib baik tak kene tilam.. kalau tak sekali lagi kemas tilam dan cadar... bila dah bersih sapukan pulak perut uzair dengan minyak dan sambung balik tido..

jam 3 pagi pulak, dalam2 lena tido tu.. lagi sekali Uzrei dan Uzair bangun dua2 muntah dan cery bery pulak... hati dah risau.. terus ajak en. suami ke HTAR.. sampai HTAR nasib baik orang tak ramai.. mungkin sebab dah dekat subuh heningkan.. masuk bilik doctor.. periksa semua.. aku citer kat doctor muntah dan ceri bery.. tapi doctor hanya bagi serbuk air garam tu je... ubat tahan muntah doctor tak bagi lak... erm.. kalau air garam tu memang budak2 tu tak minumlah.. paksa macam mana pun takkan minum punya... jadinya balik dari HTAR kitorang singgah kedai 7E beli air 100 plus..

 100 plus yang membantu...

sampai je rumah aku terus bagi budak 2 orang tu minum 100 plus.. adalah muntah jugak 2/3 kali.. tapi bila dah minum 2/3 kali air 100 plus tu.. muntah dan ceri bery tu pun dah berhenti... Alhamdulillah...  bila diorang dah kurang sakitnya sampai aku nak ke opis diorang tak tido.. bila diorang tak tido..keje nya asik main jelah... segala tok nenek mainan dikeluarkan dan aku pun ikut terpaksalah ikut sama tak tido...

dan penyudahnya sekarang aku yang mengantuk kat opis ni...kejap lagi layan nescafe kelatlah... harap2 mata boleh segar bugar..

Merajuk tak tentu pasal

Update 10.35 am (22/10/10) sebenarnya adik beradik aku 10 orang aku anak yang ke 9... takut ada salah faham je.. tu yg update info terkini... tapi hanya aku je yang dijaga oleh kakak aku...

kali ni aku nak citer tentang kehidupan aku masa aku kecik2 dulu... masa aku kecik2 dulu aku tak dijaga oleh mak dan abah aku.. bukan juga atuk dan nenek aku... sebab aku tak pernah jumpa diorang pun seumur hidup aku ni.. takder rezki kot nak bermanja dengan atuk @ nenek aku... jadi yang menjaga aku ialah kakak aku yang sulong masa tu umur dia dalam 30 tahun kot..mesti korang pelikkan aku umur baru 8 tahun tapi kakak aku dah berumur 30 tahun... dari apa yang mak aku citer mak aku ni kahwin dalam usia belasan tahun lagi... 

nak dijadikan cerita macam mana kakak aku boleh jaga aku dari umur aku 8 tahun hingga aku form 1... begini kisahnya..
masa aku umur lapan tahun tu.. tetiba mak aku lahirkan seorang baby perempuan.. aku pun masa tu tak tahu apa2kan.. mak aku asiklah kendong, peluk, cium baby tu.. sampaikan aku merajuk dengan mak aku tau.. yang membuatkan aku lebih lagi merajuk hehehehe... masa tu aku masih menyusu badan.. hahahaha... lebihkan aku ni malu lak nak citer tu yang terpaksa sensored sikit.. korang fahamkan... bila dah macam tu nampak gayanya aku terpaksa share dengan baby tulah.. dari situ mak aku dah nak mula renggangkan aku dari menyusu.. huhuhuhu... sedey tau...

tak lama lepas tu... tak sampai seminggu pun... kakak aku ni pun baliklah kerumah mak aku.. diorang borak2 campur bincang2 dengan mak aku pasal aku dengan baby tu.. jadi kakak aku bagi keputusan nak jaga aku... masa tu akak aku pun tanya aku samada nak tinggal dengan dia atau dengan mak... masa tu aku kan budak.. bila dah merajuk mestilah aku akan cakap yang aku nak tinggal dengan kakak akukan..

jadinya keesokan harinya aku pun ikutlah kakak aku balik ke rumah dia diklang.. nasib kakak aku masa tu dah ada anak umur dia pulak 7 tahun.. sama naik je dengan aku... kitorang pun membesar sama2 sampailah aku form 5..sampai sekarang aku rapat dengan anak buah aku tu.. tapi kakak aku jaga aku sampai darjah 6 je.. form 1 aku dah pindah balik dok dengan mak aku.. sebab ada tragedi yang menyayat hati terjadi kat kakak aku.. (tragedi tu nantilah aku citer ye.. tragedi tu pun buat aku fobia sampai sekarang)

bila aku dah besar aku dah mula fikir balik.. naperlah aku tinggal dengan kakak aku... nasib baik memori masa umur aku 8 tahun tu tak pernah hilang dari ingatan aku.. tapi sepanjang kakak aku jaga mak dan abah aku setiap kali cuti sekolah mesti diorang datang amik aku.. kalau tak amik pun diorang akan stay rumah kakak aku 1/2 minggu.. memang seronok bila diingat balik.. begitu sekali diorang tunjukkan kasih sayang... tapi Alhamdulillah walaupun kakak aku yang jaga aku.. aku stil sayang dan hormat pada mak dan abah aku.. kakak aku tu pun dah ibarat emak dalam hidup aku ni... sebab sampai sekarang kakak aku jaga kebajikan adik beradik kitorang.. dari kak lang aku sampailah adik aku yang bongsu.... begitu sekali sikap tanggungjawab yang kakak aku pamerkan pada adik beradik.. 

inilah ulong aka akak sulong aku.. yang tersengih lebar tu adik aku... 

esah sayang ULONG sampai bila2

Psst : korang nak tau tak dalam keluarga aku ada panggilan UCU untuk 2 orang... hehehe... nak tau tak?

Telinga ku berdesing

Korang pernah tak tiba-tiba telinga korang berdesing atau berdengung.. aku kekadang ada jugak telinga aku berdesing.. bila telinga berdesing aku rasa lain macam je.. mulalah rasa risau je.. sebab aku pernah dengar orang tua2 cakap kalau telinga kita berdesing 
bermaksud kat syurga ade satu pokok besar..setiap daun mewakili seorang manusia...kalau gugur daun tu mknanye orang tu dh meninggal dunia..jadi kalo telinga kite berdesing seketika tu bermkna ade daun yang gugur dan terkena daun kite...tapi ntah laa.betol atau tidak kesahihannyer aku tak pastilah pulak.. hanya pada allah s.w.t kita berserah

tapi tadi dalam jam 2 tetiba je telingga aku berdesing.. mula aku buat dek jelah... tak lama lepas tu aku terfikir pulak nak cari maksud telinga berdesing.. sebab aku nak tau kesahihannyalah... tapi maksud yang aku dapat adalah seperti dibawah.. kalau korang baca sampai bawah.. korang akan jumpa ayat warna merah.. tulah maksud telinga berdesing untuk aku hari ni... 

hasil yang cik google bagi aku hari ni..

maksud jika telinga kita berdengung..
Telinga sebelah kanan berdesing/berdengung

antara pada jam 06-07 pagi hari
bermakna akan mendapat kabar buruk

antara jam 07 - 08 pagi hari
bermakna akan difitnahkan orang yang menjadikan guncingan orang

antara jam 08 - 09 pagi hari
bermakna akan berencana pergi jauh dan entah itu sendiri atau bersama orang lain

antara jam 09 - 10 pagi hari
bermakna akan ada berita yang kurang menyenangkan tentang keluarga

antara jam 10 - 11 pagi hari
bermakna akan ada penghalang dari rencana perjalanan anda sebaiknya ditunda atau dibatalkan dulu

antara jam 11 - 12 siang hari
bermakna akan ada khabar yang kurang mengenakkan yang datangnya bersamaan dengan surat yang akan diterima dalam waktu dekat

antara jam 12 - 13 siang hari
bermakna akan ada saudara jauh yang datang dengan membawa cerita lama

antara jam 13 - 14 siang hari
bermakna akan ada ajakan maka-makan

antara jam 14 - 15 siang hari
bermakna akan ada sesuatu yang membahayakan anda dalam waktu dekat

antara jam 15 - 16 sore hari
bermakna akan ada berita dari keluarga yang entah itu yang menyenangkan atau menyedihkan

antara jam 16 - 17 sore hari
bermakna akan ada perjalanan jauh yang akan anda lakukan dalam waktu dekat

antara jam 17 - 18 sore hari
bermakna anda sedang menjadi pembicaraan banyak orang

antara jam 18 - 19 sore hari
bermakna akan ada sesuatu yang berharga pergi meninggalkan anda

antara jam 19 - 20 malam hari
bermakna akan mendapat berita buruk dari kalangan sendiri

antara jam 20 - 21 malam hari
bermakna akan ada keberuntungan yang besar untuk anda

antara jam 21- 22 malam hari
bermakna akan ada yang mengancam anda

antara jam 22 -23 malam hari
bermakna akan ada berita yang baik datang kepada anda

antara jam 23 - 24 malam hari
bermakna akan ada seseorang yang jatuh cinta

antara jam 24 - 01 pagi hari
bermakna akan ada sesuatu wejangan yang diberikan oleh orang tua

antara jam 01- 02 pagi hari
bermakna akan ada perselisihan antara kerabat sendiri

antara jam 02- 03 pagi hari
bermakna segala perjalanan yang ada kerjakan akan selamat sampai tujuan.

antara jam 03- 04 pagi hari
bermakna akan ada yang sesuatu yang hilang yang anda nilai sangat berharga

antara jam 04- 05 pagi hari
bermakna akan ada sesuatu yang merugikan anda jika anda seorang pekerja anda akan diberi peringatan dari pimpinan

antara jam 05- 06 pagi hari
bermakna akan ada orang yang akan mencelakakan anda

Telinga sebelah kiri berdesing/berdengung

antara jam 06-07 pagi
bermakna akan ada tamu yang menguntungkan dalam waktu dekat.
antara jam 07-08 pagi
bermakna akan melakukan perjalan jauh dalam waktu dekat antara jam 08-09 pagi
bermakna akan kedatangan keluarga dekat antara jam 10-11 pagi
bermakna akan selamat dalam perjalanan yang akan datang

antara jam 11-12 siang
bermakna akan kedatangan keluarga dari seberang lautan

antara jam 12-13 siang
bermakna akan terserang penyakit dalam waktu dekat

antara jam 14-15 siang
bermakna akan kedatangan tamu
   
(masa nilah telinga aku berdengung)

antara jam 15-16 sore
bermakna akan bepergian jauh baik beurusan usaha atau urusan kerja, sendiri atau bersama-sama.

antara jam 17-18 sore
bermakna dalam waktu dekat akan mendapat keuntungan besar bagi usaha dagang yang dirintis dan dalam waktu dekat akan naik pangkat bagi pekerjaan.

antara jam 19-20 malam
bermakna akan menerima pernyataan cinta dari seseorang dalam waktu dekat ini.

antara jam 21-22 malam
bermakna akan menerima undangan perkimpoian dari teman dekat

antara jam 22-23 malam
bermakna akan kedatangan pencuri

antara jam 23-24 malam
bermakna akan menghadapi penghalang dalam mengurus perkara yang sedang dihadapi

antara jam 00- 01 dini hari
bermakna semua cita-cita akan yang direncanakan akan segera tercapai

antara jam 01- 02 dini hari
bermakna akan menerima kabar yang sangat menyengkan

antara jam 02- 03 dini hari
bermakna akan ada perseturuan dalam keluarga.

antara jam 04- 05 pagi hari
bermakna and akan mendapat usaha pekerjaan baru

antara jam 05- 06 pagi hari
bermakna akan ada musyawarah dan mufakat dalam setiap persoalan yang dihadapi oleh anda sebagai jalan keluarnya.

psst : kalau betul ada tetamu datang rumah aku malam ni.. mesti meriahkan.. hehehe.. dah lama takder tetamu datang ni

For the Rest of mu Life - Maher Zain

  memandangkan hari ni hari khamis dan malam ni pulak malam jumaat... korang jangan salah faham pulak ye.. bukan sebab hari ni khamis dan malam jumaat hanyalah hari khas untuk orang dah berkahwin.. tapi hari ni ialah hari untuk kita lebih mendekatkan diri pada Allah s.w.t ... tapi tak bermakna hari lain hari kita tak leh mendekatkan diri pada allah s.w.t kan... mungkin hari ni lebih istimewa.. tu bagi pendapat aku je, tak taulah bagi orang lain..

ok... off topik pasal cerita hari khamis malam jumat...

berbalik pada tajuk lagu diatas... pagi tadi masa otw nak g keje aku ada dengar lagu maher zain ni.. aduh lagunya sungguh merdu dan padat dengan mesej yang penuh pengajaran.. terus terang aku cakap sekarang memang minatlah dengan lagu2 Maher Zain ni.. agak2nyalah dah berapa lama dia mula menyanyi ye... sebab sebelum ni memang tak pernah dengar lagu dia.. Mesti maher zain ni glamer kat tempat diakan..
lagu2 yang dinyanyikan oleh maher zain ni memang menyentuh jiwa aku.. aduh kekadang dengar lagu ni boleh meremang bulu roma dibuatnya.. punyalah menyucuk ke kalbu...

jadi hari ni aku nak tepekkan lagu yang begitu menginsafkan bagi diri aku... 

For The Rest Of my Life-Maher Zain

I praise Allah for sending me you my love
You found me home and sail with me
And I`m here with you
Now let me let you know
You`ve opened my heart
I was always thinking that love was wrong
But everything was changed when you came along
OOOOO
And theres a couple words I want to say
Chorus:
For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you.loving you
For the rest of my life
Thru days and night
I`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever I…I`ll be there for you

I know that deep in my heart
I feel so blessed when I think of you
And I ask Allah to bless all we do
You`re my wife and my friend and my strength
And I pray we`re together eternally
Now I find myself so strong
Everything changed when you came along
OOOO
And theres a couple word I want to say
*Repeat Chorus
I know that deep in my heart now that you`re here
Infront of me I strongly feel love
And I have no doubt
And I`m singing loud that I`ll love you eternally

Repeat Chorus
I know that deep in my heart..

Lagu ni best sgt..hu2~

maher zain 'awaken'

We were given so many prizes
We changed the desert into oasis
We built buildings of different lengths and sizes
And we felt so very satisfied
We bought and bought
We couldn't stop buying
We gave charity to the poor 'cause
We couldn't stand their crying
We thought we paid our dues
But in fact
To ourselves we're just lying

Oh...I'm walking with my head lowered in shame from my place
I'm walking with my head lowered from my race
Yes it's easy to blame everything on the west
When in fact all focus should be on ourselves

We were told what to buy and we'd bought
We went to London, Paris and
We made show we were seen in the most exclusive shops
Yes we felt so very satisfied

We felt our money gave us infinite power
We forgot to teach our children about history and honor
We didn't have any time to lose
When we were.. (were)
So busy feeling so satisfied

I'm walking with my head lowered in shame from my place
I'm walking with my head lowered from my race
Yes it's easy to blame everything on the west
When in fact all focus should be on ourselves

We became the visuals without a soul
despite the heat
Our homes felt so empty and cold
To fill the emptiness
We bought and bought
Maybe all the fancy cars
And blink will make us feel satisfied

My dear brother and sister
It's time to change inside
Open your eyes
Don't throw away what's right aside
Before the day comes
When there's nowhere to run and hide
Now ask yourself 'cause Allah's watching you

Is He satisfied?
Is Allah satisfied?
Is Allah satisfied?
Is Allah satisfied?

Oh..I'm walking with my head lowered in shame from my place
I'm walking with my head lowered from my race
Yes it's easy to blame everything on the west
When in fact all focus should be on ourselves

note : sejak dua menjak ni banyak lagu yang aku suka aku masukkan dalam blog aku... korang jangan muak pulak ye.. hehehe... tapi maher zain ni memang lagu yang terbaiklah... 

Psst : apa perasaan korang bila mendengar lagu yang berunsur dakwah..?

Keje si Uzrei dalam senyap

aku kalau pergi keje atau jalan mesti touch up lipstick, blusher, eyeshadow semualah yang berkaitan dengan make up.. nak dijadikan cerita Si Uzrei selalu tengok aku mengtouch up muka di waktu pagi sebelum nak pergi kerja.. pernah satu hari masa aku nak touch up bedak kat muka.. boleh uzrei mintak aku touch up kat muka dia sikit.. aku pun sapulah sikit sambil tak fikir apa2 pun..

jadinya hari sabtu tadi.. masa bangun pagi aku bawa si adik ni turun bawah.. aku biarkan dulu uzrei tido kat atas.. nanti dah bangun baru aku ajak dia turun.. lagipun masa uzrei tido nilah peluang aku nak kemas2 rumah dengan telitinya.. kalau uzrei dah bangun memang tak menang tangan aku nak kemas rumah... sibuk nak layan dia dengan macam2 pertanya yang dia bagi kat aku.. nanti naik hantu pulak aku.. hehehe.. 

masa aku tengah mengemas2 rumah tu.. tetiba uzrei turun kat tangga terus tegur aku "mama" aku pun panggillah dia ajak turun ke bawah.. tapi dia taknak dan terus naik balik dan masuk kebilik dan tekan kunci pintu bilik.. aku pun ingatkan dia masuk kat bilik aku... tak sampai 10 minit aku rasa lain macam je.. aku pun naik atas nak jenguk uzrei.. aku terus buka pintu bilik aku.. panggil uzrei tapi takder.. aku terus pergi bilik adik aku pulak.. aku cuba nak buka pintu.. tapi tak boleh berkunci dari dalam pulak.. aku pun turun bawah balik nak ambik kunci bilik.. bila aku buka bilik je.. aku tengok semua barang make up adik aku dah berterabur... bila aku toleh je kat uzrei aku tenggok bibir dia dah merah menyala... rupanya si uzrei buat keje kat bilik adik aku... ada hati rupanya anak aku nak pakai lipstick ni bagai..  terus aku ajak uzrei mandi...

Rupanya tak habis kes pagi tu je... petang tu pun uzrei sambung balik keje mengtouch up bibir dia... kali ni papa dia yang perasan.. sebab masa tu papa dia ajak tido.. uzrei pun onlah nak tido.. tapi sebenarnya uzrei tak tido pun.. bila tak tido papa dia suruh turun bawah.. dan en. suami pun terus sambung tido sambil ingat si uzrei turun bawah.. dalam jam 5 mcm tu en. suami pun turun.. sambil tu en. suami cari uzrei sebab en. suami tgk kat bawah uzrei takder... sekali tengok uzrei kat dalam bilik adik aku lagi.. dan kali ni barang make up adik aku memang tak dapat diselamatkan.. habis semua hancur lebur.. dan si uzrei dah semakin lawa dengan lipstick merah dan bereyeliner... huh... seriau aku dengan uzrei ni...

tapi yang sedeynya aku terlupalah pulak nak snap picture uzrei dalam keadaan macam tu.. picture seperti dibawah pun layanlah ye..
anak bujang mama jangan buat lagi keje tu ye... 

Note : tak memasal mak usu dia kene beli barang make up baru... nasib baik mak usu tak minta gantirugi kat mama.. klu tak haru... 


hatiku kecewa kerana ubi kayu

semalam petang balik dari keje.. aku tengok adik aku ada bawa satu bungkus cucur udang... ini dah cukup bagus tak yahlah aku masak awal2 sangat.. dan tak payahlah aku nak bersilat kat dapur.. terus jelah bersantap dengan cucur udang je dan buat air milo

tengoklah cucur udang meriahkan.. sedap betul tau.. tak rugi supplier tu beli dan bagi adik aku..
lepas dah rehat santai malam tu.. en. suami cakap dia ada bawa ubi kayu.. tuan tanah tempat en. suami mengukur bagi.. kebetulan kali ni en. suami mengukur kat kebun ubi.. 
aku pun terus terasa nak makan ubi kayu cicah sambal.. mesti sedapkan... gigihlah aku mengupas kulit ubi kayu tu.. lepas kupas kulit semua dan dah basuh... aku gaul pulak dengan garam kunyit je.. aku pun goreng separuh.. ingat lagi separuh nak goreng pagi tadi nak bawak makan sama2 dengan member opis.. tapi aku ada sedikit kehampaan dengan ubi kayu tu.. ubi kayu tu tak lembut masa digoreng.. ubi tu masih kenyal2 macam dah tua sangat kot... nampak gaya kene legokan ke tong sampahlah.. huhuhu... takder rezeki nak makan ubi kayu cicah dengan sambal tumis ikan cencaru aku..

ni pic dr cik google..
aku harapkan rupa ubi yang digoreng macam ni.. tapi tak pun.. keras je rupanya.. gambar ubi tu lupa pulak aku nak snap.. memang hampa tau.. rasanya malam ni nak g pasar je cari kat tempat orang jual sayur2 kampung... 
sudahnya sambal ikan cencaru aku tu haruslah dimakan dengan nasi.. tapi kecewa punya pasal sikit je aku makan nasi malam tadi.. takder mood.. huhuhuhu

nilah sambal ikan cencaru aku.. nampak menarik tak? memang nampak menarikkan.. 
dan pagi ni aku bawa 2 ketul sambal ikan cencaru kat opis... nanti tengah hari aku nak beli nasi dan sayur je kan kantin...
jimat duit sikit bila dah nak hujung2 bulan ni...
dulu2 masa kitorang semua adik beradik kecik2 lagi.. mak aku selalu rebus ubi kayu dan makan dengan kelapa muda campur gula sikit atau pun ikan masin gelama.. fuh sedapnya... teringat balik memori dulu2... walaupun ubi kayu tapi masa makan tetap berebut.. hhahahaha

note : korang ada petua tak nak bagi ubi kayu tu lembut bila digoreng... ?

Lirik Lagu Kekanda Adinda – Monoloque ft Atilia

Lirik Lagu Kekanda Adinda – Monoloque ft Atilia
(P) Oh Kekanda jangan irihati, Dinda naik pangkat lagi..
(L) Oh Adinda, Kanda mana dengki, malah Kanda support bini..

(P) Jadi Dinda mahu mengambil masa
(L) Tapi Kanda mahu segera,
(P) Dinda ingin berjaya dalam kerjaya,
(L) Tapi Kanda mahu cahaya mata,
(P) Dinda belum bersedia,
(L) Kanda dah beria ria,
(P) Jadi yg mana satu?
(P+L) Tak perlu bertengkar,
Tak perlu bermasam muka,

(L) Oh Adinda, tolong jangan lekas curiga, lekas cemburu buta
(P) Oh Kekanda, Dinda perlu berhati hati ,tak rela dikongsi,

(L) Kanda kerja overtime, terlebih masa,
(P) Itu yg Dinda harus berwaspada,
(L) Ini semua demi masa depan keluarga,
(P) Dengan Dinda atau sebaliknya?
(L) Kanda kerja malam,
(P) Dinda kerja siang,
(L) Jadi bila nak bertemu?
(P+L)Tak perlu bertengkar,
Tak perlu bermasam muka,

(P) Oh adiwira, dewataku, mari ikut cara Dinda!
(L) Oh Tun Teja, intan permata, mari ikut cara Kanda!
(P+L) bagaimana? bagaimana kita nak selesaikannya?
apa keputusannya?

(P) Oh Kekanda mari Nyawa, kita cuba komunikasi!
(L) Oh Adinda mari Sayang, kita cuba toleransi!

(P+L) Walau kita janji sehidup semati, kita berlainan,
(L) Kanda polar kutub Utara,
(P) Dinda kutub Selatan
(P+L) komunikasi, sikap toleransi! itu yg kita perlu,
(P+L)Tak perlu bertengkar,
Tak perlu bermasam muka,

(L) Walau kita sering dgn cara masing2,
(P)Kanda yg Pertama,
(L) Dinda yg Utama,
(P)Kanda sgalaNya..
(L) Dindalah Nyawa,
(P+L) kita tetap bahagia bila bersama sama
bahagia bersama,
bersama slamanya,
bahagia slama- lamanya!
kenapalah dengan aku ni.. mungkin banyak lagu baru yang rentaknya lebih kurang je.. dan sekarang aku jatuh cinta pulak dengan lagu ni.. walaupun aku baru je dengar lagu ni dalam 2 hingga 3 kali saje.. tapi bila dengar je memang aku terus terpaut.. korang dah pernah dengar lagu ni.. tapi aku rasa lagu ni macam sesuai untuk orang yang dah berumahtangga jelah.. tu bagi pandangan aku hehehe.. tamakkan aku.. untuk orang berumahtangga je boleh.. yang masih couple maple tak leh tau..

p/s : korang layan tak lagu ni.. ?

selera pagi yang besar...

pagi ni aku tak tahulah kenapa dengan selera tekak aku.. mula dalam hati kata taknak singah kedai untuk beli nasi lemak.. ingat nak minum nescafe dan makan biskut lemak Hup Seng.. 

Tapi...........

bila sampai kat selekoh kampung Pulau Indah, West port je.. automatik tangan aku putar stering ke sebelah kiri dan terus parking kat gerai nasi lemak... huhuhu.. dalam hati pelik juga.. apesal aku ni kata taknak beli nasi lemak.. tapi singgah jugak.. 

bila dah sampai kat gerai nasi lemak tu.. takkan nak lepak je dalam keretakan... aku pun keluarlah beli nasi lemak.. 
tapikan..... aku bukan beli nasi lemak je, siap aku tapau air Kopi Panas dan kuih Pau Sambal rm 1.00 3 ketul... aik... terus terpikir dalam hati... apesal dengan aku hari ni... Besar sunguh Selera aku pagi ni.... 

bila dah sampai opis.. masih awal lagikan.. waktu keje 8.45 pagi.. tapi aku sampai jam 8.03 pagi.. ada masa untuk makan ni.. 
aku pun apa lagi terus menunaikan tuntutan selera aku pagi ni...

gambar semasa baru sampai di opis..
dalam bungkusan ni semua ada air kopi panas, nasi lemak dan pau sambal...

nasi lemak yang sudah dibuka bungkusannyer...
bukan nasi lemak biasa je tau.. tapi dalam nasi lemak tu ada sambal sotong, telur goreng dan telur rebus suku je ye..
tu yang aku kata selera pagi yang besar... aku ni bukan nak makan nasi lemak biasa je.. siap tambah aksesori lagi dalam nasi lemak tu.. macam manalah badan aku tak penuh dengan lemak.. huhuhu... hari sabtu dan ahad kene joging ni.. nak bakar balik kalori dalam badan...

pau sambal.. tapi aku takderlah makan sekarang.. nanti jam 10 ke atau petang karang baru makan... saje je nak penuhkan meja makanan kat belakang aku... tak nak biar kosong.. hehehe...

Note : adakah selera pagi korang sebesar selera pagi aku hari ni... ?

Keyword

hari ni saya nak tepek keyword dari nuffnang.. keyword kali ni takderlah berunsur kekuningan... lebih kepada unsur kemerahan.. hehehe.. apalah yang aku melalut ni.. tadi tengah aku belek2 keyword keluar pulak keyword cheese tart cik pah.. erm.. tak pernah pulak aku buat tempahan cheese tart untuk cik pah..

ni aku sertakan print screen keyword tu..
cik pah ni aku rasa n3 special untuk kolah.. aku rasa nama ko dah glamour kat seantero alam maya.. siap sampai kat blog aku diorang search cik pah... tapi aku pun tumpang tempias glamour tu... kalau tak kerana cikpah tak keluar blog aku kat google search tukan.. hehehe

yang ni pulak print screen dari cik google
inilah hasilnya bila aku try search kat google tadi... tapi memang ada kaitan pun diantara aku dah cikpah hehehe...

terima kasih kepada cikpah dan pengoogle..

note : biasalah kalau takder hasil nak buat n3.. keyword pun boleh jadi modal untuk dijadikan n3... oklah tukan dari sunyi sepi je blog ni...

Moh mula keje..

moh mula keje tu je n3 hari ni..
lupakan monday blues...

continue dr n3 sikap sampai menyampai

gambar sekadar hiasan... 

diantara korang mesti ada baca n3 aku sebelum nikan.. kalau belum baca sila click kat sini ye... kesinambungan dari sikap sampai menyampai ni.. kekadang aku rasa sikap sampai menyampai macam ada kaitan dengan batu api.. 

iaitu seperti minyak yang dicurah akan menambahkan lagi tahap kepanasan mereka yang marah.. Ini kadangkala memberikan ruang positif kepada si pemarah lebih-lebih lagi jika mereka mempunyai kepentingan peribadi . Mereka yang melakukan perkara tersebut lebih dikenali sebagai ‘batu api’. Mungkin ada sesetengah dari korang yang pernah berhadapan dengan situasi berikut dan mungkin juga ada yang menjadi ‘batu api’.Menjadi batu api kadang-kadang akan menjadi sebagai batu loncatan kepada seseorang itu untuk berjaya (kononnya).. 

Walau bagaimanapun ianya merupakan risiko kerana mereka mungkin akan dicemuh oleh individu sekeliling.. Sedikit sebanyak akan memberikan impak negatif kepada mereka..
 
Walaubagaimanapun setiap orang mempunyai identiti yang berbeza.. Setiap orang diberikan watak-watak yang berbeza untuk melakonkan cerita kehidupan di dunia ini. Sudah pastinya watak yang berbeza menjadikan dunia ini penuh warna warni dan perlu bersedia dengan sebarang kemungkinan…

aku buat n3 ni bukan apa ia hanyalah sekadar untuk mengingati diri sendiri kadang2 aku pun alpa sehingga aku memppunyai sikap sampai menyampai dan seterusnya aku menjadi batu api kepada lagi satu pihak... kadang2 aku lihat keadaan sekeliling pun macam tu jugak..

tapi aku hanyalah aku jika aku menegur dengan secara terbuka ternyata sekali aku akan nampak seperti seorang bijak pandai yang hanya tahu menasihati tetapi diri sendiri yang lebih... bak kata pepatah paku dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih dan bila kita menegur secara halus contohnya melalui sms atau apa saja teknologi yang ada... alhamdulillah ada jugak yg boleh terima.. tapi ada jugak yg tak kurang hebat melentingnya.. tulah sikap cepat melatah pun satu sikap yang paling bahaya ada pada diri sesetengah orang...

Walaubagaimanapun jika kita berfikir secara matang dan terbuka.. mungkin sikap sampai menyampai, sikat batu api dan sikap cepat melatah tak akan wujud didalam diri kita... 


Wallahulam... 

Note : jika anda sendiri dah dewasa, matang dan lebih bersikap terbuka anda mesti dapat membentuk diri itu menjadi seorang yang tabah dan boleh menerima hakikat bahawa korang bukanlah orang yang mempunyai sikap2 negative seperti diatas...


p/s : lepas ni nak buat n3 cEPat MeLAtaH pualak lah.. dah terasa diri ini macam pakar sikology pulak.. hehehehe.. alhamdulillah ni salah atu cara untuk memotivasikan diri... klu tahu boleh jadi pakar sikology takderlah aku blajar sampai diploma mesti aku dah sampai degree sekarang... huh.... perasan sendirilah pulak... lebey sudah......... hahahaha

Pesanan tuan rumah : ini tiada berkaitan dengan sesiapa.. ini hanyalah luahan hati yang berlaku didalam keluarga tuan tanah..

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...