Kisah wanita

Suami bercinta tanda benci isteri
herm.. aku dapat artikel ni dari email.. saje nak berkongsi dengan korang
nak setuju pun tak boleh setuju pun tak boleh dgn artikel ni..
kekadang kita ni wanita banyak yang kita fikirkan..
mungkin sebab pendapat yang berbeza.. 
kalau korang baca artikel ni walaupun dah pernah dapat kat email
apakah pendapat korang tentang artikel ni

Wanita yang didalam dilema

KEBANYAKAN wanita yang menghadapi masalah rumah tangga memang tak makan nasihat. Itu pandangan saya, namun jangan pula pembaca anggap saya sombong dan takbur. Tapi itulah kenyataan dan pandangan saya terhadap beberapa wanita keliling saya yang sanggup menganiaya diri sendiri, semata-mata kerana terlalu sayang suami, dan takut bergelar ibu tunggal.

''Mereka rela hidup menderita, sanggup biarkan anak-anak dalam ketakutan daripada diceraikan. Lebih teruk mereka sanggup korbankan masa depan sendiri kerana takut diri jadi umpatan masyarakat.' ' Demikian cerita Salina dalam emelnya.

''Di pejabat saya jadi tempat teman-teman meluahkan isi hati begitu juga kalau di rumah tak kira saudara mara mahupun jiran tetangga. Ramai yang suka bercerita pada saya. Bukan seorang, tetapi lebih dari dua belah tangan.

''Pernah saya dapat panggilan ugutan suami tiga kawan baik saya. Mereka maki hamun dan doakan rumahtangga saya hancur. Saya tak marah, sebab memang saya dah bercerai kerana mahu mengubah hidup.

''Kawan saya ada yang menderita, suami kaki judi, kaki pukul dan kaki perempuan. Bila saya nasihatkan supaya bertindak, mereka takut. Takut bergelar janda.

Tanggung

''Saya tak takut bergelar ibu tunggal daripada tanggung dosa mengumpat keji dan memburukkan suami pada orang. Memaki hamun suami di belakang, bila berdepan menikus. Apa guna ikut cakap suami, tapi dalam hati membenci. Hidup berpura-pura tak ada gunanya. Muka tak ceria hidup selalu menderita.

''Saya bercerai ketika kami sama-sama berusia 40an tahun. Memang awalnya menderita, tetapi sekarang saya rasa lega. Hidup saya semakin tenang, anak-anak ceria, mereka dapat belajar dengan aman, kini dua anak dah masuk universiti, tinggal seorang sekolah menengah. Saya rasa mereka suka saya bercerai daripada tengok kami sering bergaduh.

''Teman baik saya Su terpaksa berhenti kerja kerana ikut cakap suami yang asyik gila bercinta. Kata suaminya dia bercinta lagi kerana tak dapat layanan isteri, jadi kalau nak rumahtangga harmoni Su kena berhenti kerja.

''Sekarang apa dah jadi, suami ceraikan juga kerana nak kahwin lagi. Suami kahwin dengan wanita yang berkerja dan berpendapatan tinggi. Bekas suaminya nak cari lubuk emas nak hidup senang. Jadi betul tak saya cakap perempuan memang bodoh?

''Sekarang Su terpaksa cari kerja lain dengan pendapatan lebih kecil. Anak-anak pula sudah biasa hidup senang. Mereka tak faham pengorbanan ibunya. Mereka mahu hidup selesa bukan derita.

''Pendek kata, siapa rugi? Sudahlah tak berduit kerana dah berhenti kerja, suami ceraikan pula. Suami kita kalau dia bercinta lagi itu tandanya dia tak sukakan isterinya lagi, jadi biarkan dia bina hidup baru mengikut coraknya sendiri.

''Rakan saya Zan pula sanggup berhutang bank kerana nak tolong suami bisnes, bila suami dah senang bisnes berjaya, dia kena cerai, sebab ada kekasih yang menunggu. Waktu itu suami kata: ''Sampai di sini sahaja jodoh kita, awak jangan takut saya akan tanggung anak-anak, saya akan bagi nafkah anak, saya akan bayar balik hutang awak di bank.'' Tapi bila dah nikah baru, nafkah anak entah mana, hutang tanggung sendiri. Waktu itu menangis air mata darah pun tak guna lagi.

''Saya pernah nasihatkan Zan jangan pinjam bank nanti susah, biarlah suami berusaha cari duit. Tapi Zan tak sampai hati, bila suami mendesak, akhirnya tak pasal-pasal bayar hutang bank, bekas suami enjoy dengan isteri baru.

''Dua kes cerai kawan baik saya menjadi igauan dan mimpi ngeri saya. Saya amat kesal kerana mereka tak ikut nasihat saya, bila dah susah barulah mereka kesal, tapi untuk apa nasi dah jadi bubur. Tanggunglah sendiri.

''Sebab itulah saya nasihatkan anak perempuan sulung saya belajar rajin-rajin, bila dah bekerja nanti jangan lupa simpan duit. Jangan bagi tahu suami bila kahwin nanti jumlah simpanan, sebab suami tak akan tahu menabung, sebaliknya dia akan tumpang sekaki menghabiskan duit simpanan anda.

''Saya tak kesal jadi ibu tunggal setelah 20 tahun berkahwin, sebaliknya ia membawa rahmat. Saya dapat beli rumah sendiri yang selesa, anak-anak saya berjaya dalam pelajaran dan saya ada simpanan hari tua, berbanding semasa berkahwin dahulu sentiasa korek lubang, tutup lubang dan berhutang keliling pinggang.

''Kini hidup bapa mereka taklah sebaik mana, biarpun berpangkat, tetapi tak berharta, masih menyewa rumah, isteri pula VSS terpaksa diberhentikan kerja, lebih malang anak-anak masih bersekolah rendah dan di tadika.

''Takkan kerana suami buat maksiat kita nak ikut sama, nasihat dan ingatkan dia. Kalau dia dah ada kekasih lain, biarkan. Jangan sesekali paksa suami sayangkan kita, kalau dia tak suka. Ingat, bila suami dah ada cinta lain, bermakna dia tak sayangkan anda lagi, jadi biarkan dia kahwin lagi.'' Demikian cerita Salina yang kecewa dengan kawan-kawan yang tak mendengar nasihatnya.

p/s : walauapapun yang terjadi terpulang kepada wanita itu sendiri.. berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul.. hanya empunya badan yang tahu berapa peritnya jika perkara yang tidak diingini berlaku.. Wallahualam.

17 comments:

  1. mmm... betul la... klu hati dah tak cinta, buat ape nak ditunggu...

    ReplyDelete
  2. betul tu katanya, kawan2 mak ngoh pun ada yg rela derita dari bpisah dgn suami. semoga kita dapat suami yg kasihkan kita dunia akhirat

    ReplyDelete
  3. ermm mmg susah kan bila hati tue dh syG susah juga...



    msh bujang tp...bila pikirkan takutnyer...

    ReplyDelete
  4. iish byk pengajarannye tu..pepun mintak simpang jauh2 la mslh cenggini dlm hidup kita2 ni!

    ReplyDelete
  5. tul la sis...
    hanya tuanpunya badan yg memahami diri sendiri & situasi nye...
    kita sesama lah doakan yg terbaik utk kita...

    ReplyDelete
  6. setuju ngan salina tu..org dh x syg buat apa kita terhegeh2..biarlah menderita sbb keseorangan memelihara anak2..dari menderita kesedihan mengingatkan suami yg dlm pelukan wanita lain..

    ReplyDelete
  7. kalau cam tu omak lagi selesa bergelar jando, banyak orang kat luar tak berkahwin pun.tanpa suami, bukan beerti pengakhiran hidup.sanggup omak jadik tomboy.kwang kwang

    ReplyDelete
  8. emmm jage2 jambu...aku akan tebas semue pokok jambu kt dunia ni kalo ko berperangai begitu..motif ape nak lepas geram kt post ratu kebaye ni..hehhehe

    ReplyDelete
  9. betul juga kata2nya.. kalau dah begitu keadaan biarlah ambil risiko.. apapun.. semoga ceria ini jdkan ikhtibar..
    Maun rumahtangga yg sediada semai & bajailah sentiasa dengan kasih sayang & cinta kepada NYA.. Mudah2an kita terpelihara.. AMin..

    ReplyDelete
  10. minta dijauhkan segala mala petaka camni.. tak mau ...

    kak ina sanggup jadik tomboy? heheh.. tindakan nekad tuh

    ReplyDelete
  11. saya takut nak pikir hal2 kahwin ni bila memikirkan lelaki berperangai2 ni
    yela masa bercinta semua indah2 kan
    bila dah kawen x tau la perangai ape yg keluar
    YA ALLAH jauhkan lah saya dari benda2 ini
    amin....
    huhu

    ReplyDelete
  12. kadangkala kita kena buat keputusan macam kakak dalam artikel tu walaupun susah, payah n perit...sampai bila kita nak menderita kerana perbuatan lelaki yang durjana...

    ReplyDelete
  13. bace kisah akak ni mcm2 yg lieya pikirkan.....

    yg pasti, mudah-mudahan tak terjadi dlm kehidupan kite kan kak.....tak tergalas beban tu rasenye.....

    ReplyDelete
  14. ya allah..semoga jodoh kita dengan suami kita hingga ke syurga..

    tak sanggup dan tak kuat rasanya menghadapi dugaan perceraian mcm tu apatah lagi dengan anak..

    ReplyDelete
  15. kadang2 syg boleh buat kita jadi buta..bile da ditinggalkan baru kita menyesal..tak tau nak ckp mcm mana coz semua tu qada dan qadar dr Allah.samada kita kuat atau x kuat nk terima gelaran J tu, tepuk dada tanya selera.semoga kita terlepas dr dpt suami yg mcm tu...amin..

    ReplyDelete
  16. to all - tulah ye kita sebagai wanita kadang2 tak tahu nak buat keputusan.. lagi wanita yang tak bekerjaya.. jenis yang mcm ni memikirkan banyak faktor yg mungkin berlaku.. tapi bagi wanita yang bekerjaya pula mungkin fikir diorang boleh handle masalah tu walaupun menjadi ibu tunggal.. apa2 pun zaman sekarang ni ibu tunggal banyak yg berjaya memdidik anak2 mereka sehingga berjaya..

    harap masalah yang begini dapat dielakkan dalam rumahtangga.. amin.

    ReplyDelete

Terima kasih kepada Blogger yang komen di blog RK. Tunggukan kunjungan balas dan comment dari RK di blog korang ye. Nak Reply comment disini RK takut tak sempat je.

@}------LOL to all comentar------{@

Nota Penting!
Pada yang nak letak Iklan. Tolong letak d ShoutboX atau bayar RK RM o.5o per comment boleh? boleh jugak beli cekedis ~ ahaks~

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...