Lepas sedut gas baru rasa lapar

Salam...

Dah petang ni.. terasa pulak nak bersiaran.. Semalam si Uzrei datang balik semputnya. dah try bagi ubat tapi tak ok jugak.. tak boleh tahan tengok uzrei nafas turun naik dengan lajunyer.. aku ajak en. Suami pergi hospital.. sampai hospital terus doctor check sekali suhu yang di check panas.. doctor bagi ubat demam dan terus sedut gas.. padahal badan uzrei masa tu takderlah panas pun.. mungkin panas dalam agaknya.. 

Dalam jam 10.00 malam selesai sedut gas.. si uzrei dah mula aktif balik.. cepat betul kesannya.. dah berlari-lari kat dalam bilik tu.. siap amik ubat terus ke parking kereta dan otw balik rumah.. dalam perjalanan tiba-tiba uzrei kata dia lapar.. fuh... mana tak lapar seharian tak lalu nak makan mungkin tak selesa agaknya.. terus aku ajak en. Suami singgah makan kat Seafood Duangdee kat Port klang... Agaknya dah lapar sangat kot uzrei masa tu.. asik cakap lapar je..

Tapi bila dah sampai sana.. dan makanan pun dah order.. uzrei dah takder hati nak makan sangat.. asiklah nak tengok itik yang ada kat restoran tu... tengok jelah gelagat dia ni..

Tengok tak duduk diam kan.. berkali-kali bangun nak pergi tengok itik kat kolam kecik tu...

ok.. ni minuman kitorang.. Horlick panas untuk uzrei, Horlick ais untuk en. suami dan Fresh orange untuk aku... 

Makanan yang diorder... Sup ayam dan nasi puteh untuk Uzrei, Nasi goreng kerabu dan telur mata untuk aku dan Kuey Teow untuk en. suami..

Order sampingan.. Beefstick untuk aku dan en. suami.. kitorang share sebab nampak macam sedap je.. memang sedap.. tapi daging liat sikit...

Kalau musim hujan je.. mesti Uzrei akan semput.. kalau uzrei tak semput pun mesti si Uzair pulak.. bergilir-gilir yang kena.. nasib Uzair masa bagi makan ubat dia dah ok.. kalau tak dua2 angkut ke hospital... Masa makan ni Uzair tinggal dengan kakak aku sekejap.. tapi tak sekejap pun.. masa balik aku nak ambik dia.. uzair dah tido pun.. jadinya biar jelah dia tido dengan kakak aku..

22 comments:

  1. baru lepas santap megie ngan kak jah, tapi tgk menu2 ni, laparrrrrrrrr

    ReplyDelete
  2. akak,dia tgk itik2 hidup ke itik patung? hehe...comey je dok peace2 tp tak nak mkn yer cayang.adik pun sama.moga lps ni dua2 makin sihat...

    ReplyDelete
  3. aisyah .. adeeb kan asma jugak.. dulu selalu jugak kene tahan hospital..

    tapi kan..skang nih mmg takde lagi.sebab .. aku buat cara mak mertua suruh..iaitu :-

    kalau batuk jer..terus bagi ubat tanpa skip waktu.. kene betul betul ontime. ( ubat batuk lelah warna putih jernih , ngan ubat batuk kahak )

    sapu minyak panas kat dada ngan belakang badan.

    kalau tido.pakai kan baju dua lapis..

    minum air panas suam banyak banyak.

    so far alhamdulilah.. sesemput mana pun adeb.. aku tak bawak dia gi amik gas.. just buat perkara diatas..

    mak mertua aku cakap..kalau amik gas terlalu banyak nnt gigi anak akan rosak.. dan rapuh.

    ReplyDelete
  4. singgah seafood duangdee ingatkan order seafood... hihi

    ReplyDelete
  5. uzrei ada athma ke? sama dgn my youngest son. ada tu sebulan 2 x nebu. nk tido mlm seram aja..x bg dia tido dlm bilik dia...takut semput sensorang :(

    ReplyDelete
  6. memanglah lapar kalu gitu menunya!

    ReplyDelete
  7. lapar la pulak nmpak menu tu...teruk juga asma dia yer Kebaya...siap kene sedut...nak kene pantang mkn ke kebaya...

    ReplyDelete
  8. mak aaaaaiiii, kalau camni, orang tak sakit pun boleh rasa lapar jugak...

    ReplyDelete
  9. menu yg hebat
    iols kelaparan plak di buatnya!

    ReplyDelete
  10. tgk nasi goreng dalam gambar sangat craving..tp bile dah depan mata..dua sudu je..pastu sekian...yabangyangtolonghabiskan..hahaha

    ReplyDelete
  11. hahaha...budak2 biasa lah kak. Kalau jumpa benda yg menarik, jgn dipaksa drg makan. Confirm tak nak sentuh makanan.

    ReplyDelete
  12. Masalah betoi cousin2 ku yang tomei... tapi dah sihat tak henggat ligat dia tau... Semoga sihatlah hendaknya. Tang western food tuh aku tak tahan wehhhh...

    ReplyDelete
  13. sian dia.semput ek..anak buh saya pon semput kak..mak sya bg dia makan sup bel..nampak mcm ade perubahan jer kak..

    ReplyDelete
  14. kesian kan klo time dorang datang semput tu..anak2 No alhamdulillah lepas masuk sek ren dah ilang semputnya..tp ada 2org lg yg kecik ni kena pantau jangan bg batuk larat..akak tak try cara tradisional tak? ubat herba dorg campo sarang angkut2+tembakau cina+minyak kelapa..alhamdulillah anak No si Farihin lepas guna tu serasi dengan dia cuma ubat tu agak comot sket dan bau yg kureng menyenangkan..dh tak guna sedut2 dh kak..No dapat bekalan dengan kawan duk pontian..kakak kawan tu yg buatkan..

    ReplyDelete
  15. @~izan~

    itik hidup zan.. tulah leka je tgk itik tu

    ReplyDelete
  16. @Cik Pah

    cikpah aku mmg ikut ubat tu.. tapi tulah.. bila aku bagi banyak yang kelantai dari dalam mulut.. penat dah aku.. kepit kaki tangan.. sampai mulut pun aku kepit tapi tetap separuh ke lantai..

    ReplyDelete
  17. @Eye_nee

    taklah teruk sangat semput dia kak.. cuma bila dia nak bernafas tu laju betul ombak kat dada dia.. lepas tu dia tumbuk2 dada tu bagi senang nafas kot..

    ReplyDelete
  18. @Norhafiza

    Tak pernah cuba lagilah no... Tapi ada makcik kat klinik tu suggest ubat herba india nama dia aisyuli.. tapi belum cari lagi

    ReplyDelete
  19. em anak ratu yg kecik tu pun ade asma tp jarang la kecuali kalau dia aktif sgt.mmg kena pantau dia ni.risau kan kalau ade anak2 yg semput.bukan apa takut pape nnti kan cam ratu ngan cik kitol jauh.pemakanan pun kena jaga.persekitaran pun takble amik ringan.

    ReplyDelete
  20. @gedek!

    hahaha.. nasib pakcik perasan.. takperlah yg penting ada bunyi.. tak perasa pulak type stick..

    ReplyDelete

Terima kasih kepada Blogger yang komen di blog RK. Tunggukan kunjungan balas dan comment dari RK di blog korang ye. Nak Reply comment disini RK takut tak sempat je.

@}------LOL to all comentar------{@

Nota Penting!
Pada yang nak letak Iklan. Tolong letak d ShoutboX atau bayar RK RM o.5o per comment boleh? boleh jugak beli cekedis ~ ahaks~

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...