Thalassemia

Assalamualaikum 
semalam kepada yang tertanya kenapa aku bawa uzrei ke hospital.
sebab masa baru usia 2 minggu uzrei ada kene demam panas yang melampau..
bila dah kene demam panas kena tahan ward 2 minggu.
masa tu kat hospital tanjong karang.
setiap jam 5 pagi nurse amik darah nak tgk darah tu ok ke tak.
masa tu aku tak tahu lagi anak aku kenapa.
sampai dah kuar ward pun aku tak tahu sebab apa lagi..
yang tahu cuma demam panas.. lepas dah kuar ward Dr tanjong karang suruh
datang balik ke hospital. bila aku datang balik result darah tak keluar lagi.
sebab result tu HTAR yang keluarkan.. aku pun suruh doc transfer kes ni ke HTAR
bila dah tranfer ke HTAR result pun dapatlah..
Rupanya si Uzrei ni molekul darah dia berbeza dengan orang yang darah normal
darah normal bentuk bulat dan darah yang uzrei ada bentuk bujur.
DR pun citer kat aku yang uzrei ni mungkin ada Thalassemia..
fuh tuhan je yang tau perasaan aku masa tu..
jadi aku n En. Suami pun kene ambil darah..
sebab nak tau gen tu dari siapakan..
bila dah ambil result pun keluar... rupanya gen tu dari en. suami.
bila Dr check betul2 darah tu.. 
uzrei telah disahkan PEMBAWA Thalassemia je..
baru aku lega.. kalau pengidap banyak yang kene buat..
sentiasa kene awasi uzrei tu.. aku pun tak faham sanggat pasal penyakit ni
tapi selalu jugak keluar iklan Anda dah periksa darah anda
korang mesti pernah tengok iklan tu kan.. dulu selalu keluar..
Pembawa Thalassemia ni tak boleh berkhawin dengan Pembawa jugak
sebab risiko nak dapat penyakit Thalassemia tu tinggi..
tu yang aku faham dari dr lah..
tapi dr beritahu uzrei ni hidup macam orang normal je..
sume xtvt takder halangan bagi uzrei.
cuma setahun sekali mesti kena check darah kat hospital..
uzrei juga kene makan Vitamin Acid Folic.

Nanti kalau uzrei nak khawen aku kene interview bakal menantu aku tu.. hehehe
tapi kalau dah jodoh nak buat macam manakan.. redho jelah

kat bawah ni aku bagi info tentang Penyakit Thalassemia ni ye..



Apakah Thalassemia itu?

Thalassemia adalah penyakit keturunan dengan gejala utama pucat, perut tampak membesar karena pembengkakan limpa dan hati, apabila tidak diobati dengan baik akan terjadi perubahan bentuk tulang muka dan warna kulit menjadi menghitam. Penyebab penyakit ini adalah kekurangan salah satu zat pembentuk hemoglobin (Hb) sehingga produksi hemoglobin berkurang.

Apakah hemoglobin?

Hemoglobin adalah suatu zat di dalam sel darah merah yang berfungsi mengangkut zat asam dari paru-paru ke seluruh tubuh, selain itu yang memberikan warna merah sel darah merah. Hemoglobin terdiri dari 4 molekul zat besi (heme), 2 molekul rantai globin alpha dan 2 molekul rantai globin beta. Rantai globin alpha dan beta adalah protein yang produksinya disandi oleh gen globin alpha dan beta.

Apakah gen globin alpha dan gen globin beta?

Setiap sifat dan fungsi fisik pada tubuh kita dikontrol oleh gen, yang bekerja sejak masa embrio. Gen terdapat di dalam setiap sel tubuh kita. Setiap gen selalu berpasangan. Satu belah gen berasal dari ibu, dan yang lainnya dari ayah. Diantara banyak gen dalam tubuh kita, terdapat sepasang gen yang mengontrol pembentukan hemoglobin pada setiap sel darah merah. Gen tersebut dinamakan gen globin. Gen-gen tersebut terdapat di dalam kromosom.

Bagaimana terjadinya penyakit thalassemia?

Penyakit thalassemia disebabkan oleh adanya kelainan/perubahan/mutasi pada gen globin alpha atau gen globin beta sehingga produksi rantai globin tersebut berkurang atau tidak ada. Akibatnya produksi Hb berkurang dan sel darah merah mudah sekali rusak atau umurnya lebih pendek dari sel darah normal (120 hari). Bila kelainan pada gen globin alpha maka penyakitnya disebut thalassemia alpha, sedangkan kelainan pada gen globin beta akan menyebabkan penyakit thalassemia beta. Karena di Indonesia thalassemia beta lebih sering didapat maka selanjutnya kami hanya akan menjelaskan mengenai thalassemia beta.

Bagaimana cara penurunannya?

Penyakit ini diturunkan melalui gen yang disebut sebagai gen globin beta yang terletak pada kromosom 11. Pada manusia kromosom selalu ditemukan berpasangan. Gen globin beta ini yang mengatur pembentukan salah satu komponen pembentuk hemoglobin. Bila hanya sebelah gen globin beta yang mengalami kelainan disebut pembawa sifat thalassemia-beta. Seorang pembawa sifat thalassemia tampak normal/sehat, sebab masih mempunyai 1 belah gen dalam keadaan normal (dapat berfungsi dengan baik). Seorang pembawa sifat thalassemia jarang memerlukan pengobatan. Bila kelainan gen globin terjadi pada kedua kromosom, dinamakan penderita thalassemia (Homosigot/Mayor). Kedua belah gen yang sakit tersebut berasal dari kedua orang tua yang masing-masing membawa sifat thalassemia.

Pada proses pembuahan, anak hanya mendapat sebelah gen globin beta dari ibunya dan sebelah lagi dari ayahnya. Bila kedua orang tuanya masing-masing pembawa sifat thalassemia maka pada setiap pembuahan akan terdapat beberapa kemungkinan. Kemungkinan pertama si anak mendapatkan gen globin beta yang berubah (gen thalassemia) dari bapak dan ibunya maka anak akan menderita thalassemia. Sedangkan bila anak hanya mendapat sebelah gen thalassemia dari ibu atau ayah maka anak hanya membawa penyakit ini. Kemungkinan lain adalah anak mendapatkan gen globin beta normal dari kedua orang tuanya.

Note : sape yang tak pernah buat ujian darah.. lepas ni boleh g kat hospital ye..  bukan apa utk langkah berjaga2 je..

Setelah setahun

Hari ni cukup setahun dan sampailah tarikh untuk bawa uzrei ke hospital.
jadinya hari ni aku cuti ye kawan...

kepada kak ina mail kalau bawa muffin ke cheese cake simpan untuk saya sikit ye..
adik marinanakcikbob ada mimpi scary tak malam tadi.. heheheh
kepada kawan2 yang lain selamat bercuti untuk diriku.. hehehe..
kalau rasa nak cuti sama mcm kau.. g apply cuti cepat ye..

tu je ye..

Note : harap ni yang terakhir aku berulang bawa uzrei ke hospital.. tak sangup nak tgk nurse amik darah uzrei.

Chicken Pox?


Sekarang ni musim chicken pox ke?
keluarga kakak aku satu keluarga kene chicken pox
abang ipar aku sampai 7 hari mc sebab chicken pox.
kalau kene chicken pox ni masa kecik takper lagi..
tak banyak xtvt yang budak kecik nak buat..
habis2 main je.. lepas main makan dan tido..
kalau orang dewasa yang kene mak ai.. 
susah mau cakaplah.. yelah dahlah nak keje..
tapi kene mc sampai seminggu..
mana majikan yang faham oklah.. yang tak faham pulak mcm mana..

aku nak tanya koranglah ada tak petua yang 
mempercepatkan chicken pox ni hilang..
sebab minum air kelapa dah.. tapi mcm tu jugak..
ada cara lain tak yang korang pernah cuba..
meh kita berkongsi2 petua..

Dibawah ni antara petua yang aku nak kongsi dengan korang.

Petua (1):
Pada hari keempat terkena sakit cengkering aka. "chicken pox" aka. demam cacar air aka. demam cacar aka. smallpox, amalkan meminum air kelapa muda. Buah kelapa muda itu pun kalau boleh sama diambil dari pokoknya dan jangan dijatuhkan ke tanah. Orang kata, kalau nak "power" lagi, panjatlah dan bawa sendiri turun, wallahuallam.
Setiap kali semasa mandi (pada hari yang sama, hari keempat), amalkan mandi air rebusan daun belimbing aka. starfruit (terserahlah berapa kali sehari dan berapa hari nak mandi. Insyaallah kesan parut akan hampir tidak nampak langsung terutama di bahagian muka.

Petua (2):
BIASANYA selepas sembuh daripada penyakit cacar air, kulit badan akan berbintik merah dan ia agak sukar menghilangkan parutnya. Cuba ambil
beberapa jagung muda, bersih dan parut halus. Kemudian gosokkan pada parut dan bintik pada seluruh tubuh berkali-kali. Hasilnya pasti memuaskan hati.

Petua (3):
Bekas parut yang berwarna hitam selalu mengganggu penampilan kita. Usahlah bimbang, ada cara untuk menghilangkannya. Ambil sebiji ubi kentang dan kukus dan apabila sudah masak, lumatkan hingga halus dan tempelkan pada parut tersebut. Biarkan hingga kering dan bekas parut itu akan hilang dengan sendirinya. Amalkan sehingga kesan parut hilang.

Merawat demam campak:
Minum segelas air kelapa hijau (mawar) yang dicampur dengan secamca besar madu dan dibacakan selawat tiga kali. Apabila bintik-bintik merah campak habis keluar, sapukan pupur yang dibuat daripada beras direndak semalaman, ditumbuk atau dikisah halus bersama-sama daun cermai dan kunyit basah. Sapukan rata-rata di seluruh badan dan biarkan kering. Sapukan sekurng-kurangnya tiga kali. Insyaallah kesan campai berbintik hitam) akan hilang dan demam akan sembuh sepenuhnya).

Merawat demam campak:
Ambil beberapa helai daun pokok semambu yang segar dan tumbuk dengan sedikit beras sehingga lumat. Ambil daun yang telah lumat itu dan sapukan ke seluruh badan sehingga rasa miang berkurangan.
ps. Ulang jika tidak cukup. Boleh dicampurkan sedikit air jika terlalu kering.

Menghilangkan demam campak:
Caranya sebelum merebak keseluruh badan, pesakit itu hendaklah diberi minum air kelapa dan kemudian mandikan dengan air kelapa itu (boleh dicampur dengan air).




harap info ni dapat membantu kita dimasa akan datang..

Penat

Penat setelah bertungkus lumus menolong kakak aku pindah rumah.
ditambah pulak penat dengan game bowling reunion en. suami aku kat Ole-Ole Shah Alam
fuh letih banget..

tu je luahan perasaan hari ni.. hehehe..

Nasi Lemak

semalam aku ada buat n3 pasal Breadfast lempeng lagi kan
kalau korang tak perasan korang boleh click kat tajuk tu..
sebenarnya samabal ikan bilis tu adalah lebih aku makan nasi lemak malam tu..
so sekarang ni aku nak citer pasal masak sambal ikan bilis

ni kira kelas memasak sambal ikan bilis..
aku tau korang dah terror masak sambal ikan bilis ni
aku ni hanya picisan je betul tak?

cara aku masak sambal ikan bilis
korang tengok gambar ni ye..

bahan utama
ikan bilis, bawang putih & merah (dikisar) , cili kering dikisar
dan bawang besar.

goreng ikan bilis sampai garing angkat dan ketepikan ye
(kalau korang taknak goreng pun takper.. sukahatilahkan)
tumis bawang merah & putih tadi sampai wangi 

bila bawang dah naik bau masukkan cili kering

bila bahan tumis tadi dah naik minyak masukkan air asam jawa.

gula dan garam secukup rasa ye..
juga masukkan sesudu sos tiram
(aku suka letak sos tiram klu masak sambal bilis ni..)

bila bawang yang dipotong bulat dah lembut baru masukkan ikan bilis yang digoreng..

bila dah siap masak bolehlah dimakan bersama nasi lemak dan telur mata kerbau..
(gambar pemprosesan nasi lemak aku tak sempat snap pulak..)

tu saje cara aku masak sambal ikan bilis..

selamat mencuba ye..
(wahahaha.. ayat tak boleh blah)

Gigi Terlebih

tajuk kat atas pasal gigi terlebihkan..
maksud sebenarnya aku bukan pasal ada gigi yang banyak 
tapi maksud sebenarnya ialah gigi terlebih kedepan.. bahasa kasarnya jongganglah ye
aku buat citer ni bukan nak aibkan orang2 yang gigi terlebih ni..
tapi aku ada citer disebalik gigi terlebih ni.. 
masa tu aku form 3.. aku ada seorang kawan yang gigi terlebih..
masa tukan budak2 aku pun pergi bagi soalan bodoh kat dia..
lepas tu dia pun jawab dengan jawapan yang masuk @ tak masuk akal jugaklah..

dialognye mcm ni..
aku - timah aku nak tanya ko satu soalan boleh tak
timah - tanyalah..
aku - apesal gigi ko boleh jadi macam tu ye (jonggang)
timah - ko nak tau citer ke?
aku - aku dah tanya mestilah nak tau..
timah - meh aku citer ye.. 
aku - dengar dengan teliti citer dia sampai habis..

korang nak tau apa timah tu citer.. 
timah kata masa dia kecik2 dia suka main kat tangga rumah dia
satu hari dia terjatuh tangga dan terus gigi dia tersangkut kat tangga..
aku yang dengar citer dia mengekek2 ketawa sebab tak tahan..
boleh pulak gigi dia tersangkut kat tangga tu
dan menyebabkan gigi dia jadi terlebih..
begitulah citer dia..
aku pun satu sengal macam takder soalan lain nak bagi kat dia..
tanyalah naper dia cantik ke atau apa pun..
boleh pulak aku tanya pasal gigi dia..
hampeh tul esah ni kan..

 lebih kurang berginilah gigi terlebih tu..

dan lebih kurang ginilah jugak rupa tangga rumah dia..


kalau koranglah.. korang rasa logik tak citer timah tu..
aku sampai sekarang terfikir2 apa yang dia ceritakan kat aku ni..
erm.........??????????? confius aku tau
sape yang ada cerita yang serupa meh kita share sama2

Note : kepada yg bertanya samada citer ni betul atau tak.. citer ni adalah betul..
betul sbb timah yang citer kat aku.. tapi kalau timah tu tipu aku tak taulah..
tapi secara logiknya aku rasa timah ni tipu aku kot..
hahahahaha.. sian aku.. sbb aku kan tanya dia soalan sengal..

Breakfast lempeng lagi..

hari ni bangun je pagi lepas aku dah siap2 pakai baju nak ke opis..
tiba2  terdetik pulak nak buat lempeng.. sebab ada balance sambal ikan bilis malam tadi..
7.10 minit pagi aku baru nak bancuh tepung untuk buat lempeng..
terkejar2 aku.. hehehe.. nak memenuhi tekak sendirikan lambat pun tak kisah..
yang penting yang diidam dapat masuk perut ni..
sebab aku dah jemu makan nasi lemak, meehon goreng, mee goreng..
jadi lebih baik aku buat lempengkan..
sekurang-kurangnya aku boleh makan dengan kak noor & kak ina mail

lempeng dan sambal ikan bilis..

bila dah ada lempeng n sambal ikan bilis
haruslah diminum bersama nescafe..
fuh marvelous.. kenyang perut aku ni sampai ke petanglah jawabnyer...

jimat duit takyah beli nasi lemak pagi ni.. 
tulah motif buat lempeng pagi ni.. sebab nak jimat duit..
walaupun hari ni gaji.. duit gaji dah habis bayar hutang.. hehehe
hutang harus didahulukan betul tak? 
barulah takder hutang yang tertangguh..
sendiri buat hutang sendir mau ingatlah..
aperlah aku ni dah lari topik pulak..
pergi ke topik hutang pulak..

korang... korang.. korang... yang berhutang tu.. dah settlekan hutang dahulu ye..
barulah shopping mopping.. hehehe..

Sup Ayam dan Ayam tepung hot & Spicy

Dinner semalam masak yang sempoi2 je..
lagipun ada request dari anak aku..
dia kata dia nak makan sup ayam..
tapi bila aku dah siap masak dia dah tertidur kat sofa..
jadinya aku dan en. suami jelah yang makan sup Ayam ni..


selain tu aku kalau makan benda yang bernsup2 ni..
mesti nak ada yang goreng2 jugak..
aku tak taulah kenapa mesti nak ada goreng..
mungkin sebab dah biasa daari kecik kot..

 ni pulak ayam goreng hot & spicy aku..
resepi korang tak yah tanya ye..
sebab aku guna yang segera je.. hehehe
tepung ni jual dalam kotak..
nama dia ayam goreng Hot & spicy
Brand Bestari.. aku lupa pulak nak snap kotak tepung tu..
dah puas aku google tapi tak jumpa.. kalau aku senang nanti aku masukkan gambar kotak Bestari ni ye..
tepung brand bestari ni sedap tau.. sebab rasa dia ala2 KFC gitu..
wahahaha.. aku pomot tepung ni pulak.. macam dapat komisyen..


Tudung saji

Uzair ni pantang nampak tudung saji.
mesti dia nak naik atas tudung saji tu.
bila dah naik dia pun mulalah melonjak2 kat atas tu..

tgk gelagat dia atas tudung saji tu.. senyum je..
mcm2 tau2 aku tengah amik gambar dia..

apa yang ada dalam fikiran dia tu..
aku rasalah budak2 besar mcm ni ada je idea dia nak buat sesuatukan..

hari bapa

hari2 adalah hari bapa..
aku tak terlewatkan nak wish selamat hari bapa 
terima kasih kepada semua bapa-bapa dimalaysia kerana menjadi bapa yang terbaik..


terima kasih kepada en. suami kerana membantu mendidik anak kita bersama..

Kerapu masak pedas..

dah lama aku tak buka kelas memasakkan..
kali aku nak tunjuk cara masak ikan kerapu masak pedas..
tapi ni resepi campak2 je tau.. ikut aku punya citarasa hehehe..
lain orang lain citarasa betul tak.. 
malas nak citer panjang2 terus ke point yang sebenarnya ye..

pembuka tirai ye...
pic en. suami tengah pegang pancing bersama ikan kerapu..
tak besar pun ikan ni bolehlah buat makan untuk kami laki bini.. hehehe
tapi berat jugak ikan tu.. 1.5 kg.. 

tangan montel aku yang tengah menyiang ikan..
susah betul nak buang insang tu.. naik hancur jari2 ku..
saje je en. suami mendera aku menyiang ikan ni.. padahal kat tempat tu ada je disediakan khidmat untuk siang ikan..
dia kata buat apa nak bayo orang tu padahal isteri sendiri pun boleh siang.. huhuhu..
tapi takper aku siang baca bismillah.. klu org tu siang aku tak taulah dia baca ke tidakkan..

proses seterusnya.. ikan dah siap digaram dan kunyit..

ikan yang menderita digoreng dalam kuali bersama minyak yang betul2 panas tau.. 
kalau tak panas nanti ikat tu melekat kat kuali..

bahan untuk menumis...
bawang besar dipotong dadu
bawang kecil, cili besar dan cili padi dikisar (ikat banyak mana korang nak ye...)
sos tiram 2 sudu
sos cili 2 sudu
sos tomato 2 sudu
serai 2 batang
carrot dan daun sup tu bahan tambahan je..
kalau tak suka tak letak pun tak per..

tumiskan bawang besar yang dah dipotong dadu sampai kuning ye..
(aku guna je minyak ikan tadi.. baru aromanya wangi)

lepas bawang dah kekuningan masukkan bahan kisar tadi..
tumis sampai nak minyak...
kalau tak naik minyak lagi tu maknanya sambal tak masak lagi..
bila dah naik minyak, masukkan carrot dan tunggu sehingga carrot tu lembut..

bila dah siap sambal tu.. bolehlah dituangkan ke atas ikan tadi..
dan sedia untuk di santap..

sekian kelas hari ni..
Selamat Mencuba

note : nak lagi wangi letak daun limau purut.. tapi aku tak letak pun sebab takder..
apa yang ado jelah.. janji sodap...




hantu basikal

citer seram untuk marinanakcikbob
dek walaupun ko penakut tapi suka bacakan citer seram macam ni..
tu yang akak dapat idea nak tulis citer ni.. 
tak taulah seram ke, takut ke, seriau ke (sume benda yang berkaitanlah)
kalau suka baca sampai habis ye...

citer masa aku form 3 tau..
masa tu aku ni ala2 tomboilah..
wallawei.. terus terkenang kisah dolu-dolu ni..
masa sekolah mana main cintan cintun.. aku ni kira gengster sikitlah..
sikit je.. orang tak takut pun ngan aku.. aku yang takut ngan orang... hahahaha..
tapi ni bukan citer yang aku nak share ngan korang..
citer sebenarnya begini ye..

masa tu aku baru lepas habis tolong kakak aku meniaga..
kakak aku ni meniaga dari awal pagi sampailah ke tenggah malam..
lepas aku dah siap2 kemas kedai dia..
aku dengan lagi 2 orang anak buah aku ni pun nak balik rumahlah..
kitorang balik naik beskal je.. tapi sorang satulah..
tak larat aku nak carry dorang.. badan bukan kecik.. dah godang masing2..
jadi dalam jam 12 mlm tu kitorang pun mengayuh beskal masing2lah..
otw dari kedai nak kerumah aku kalau naik beskal dalam 1/2 jam jugaklah..
masa tenggah kayuh beskal tu beskal anak buah aku tetiba pancit lak..
jadi aku suruh dia kayuh slow2lahkan.. 
sampai kat satu selekoh kampung aku tu ada kunci air..
tetiba aku nampak ada satu lembaga..
lembaga tu sibuk je asik meludah-ludah..
sudah... dalam kepala otak aku ni dah seriau dah..
aku ngan anak buah aku yang lagi sorang tu bersaing tau..
yang pancit tu tertinggal kebelakang.. dah dia kayuh slow sangat..
lepas tu anak buah aku yang bersaing dengan aku ni pun cakap kat aku..
"cu.. macam mana ni.. takutlah dengan orang yang asik meludah tu"
aku pun toleh kat lembaga tu.. tetiba lembaga tu capai beskal kat tepi dia..
eh.. tadi macam lembaga tetiba jadi orang pulak.. aku cakap dalam hati..
aku pun dah seriau.. aku terus cakap kat anak buah aku..
aku - zam... kalau aku sebut 123 kita pecut tau
zam - habis tu ... along macam mana.. dah lah beskal pancit
aku - alah... kita pecut jelah tawakkal.. (terus aku sebut 123) Pecuttttttttttttt..
tapi korang nak tau.. orang tu boleh kejar kitorang yang pecut ni..
anak buah aku yang tayar beskal pancit tu takder pulak dia usik..
aku rasa masa tu kalau aku join Le Tour d langkawi mesti aku menang..
bila sampai je kat depan rumah aku.. 
kebetulan kat rumah aku tu memang ada pasang lampu sportlight..
bila lembaga yang naik beskal tu kene suluh dengan sportlight tu..
barulah aku perasan muka dia..
rupanya maklang yang ada sakit mental yang mengejar kitorang tu..
rasa nak luruh jantung aku dibuatnya..
maklang tu memang ada mental sikit..
cuma dalam keadaan takutkan aku ingatkan dia hantu.. hahahaha...
yelah aku ingatkan hantu beskal.. rupanya orang..
bagai nak gile aku kayuh beskal macam join Le tour d Langkawi..


dek marinanakcikbob.. agak2 takut tak baca citer akak ni...
 ke lagi takut tengok hantu beskal ni..

Note : dek pasal tag tu akak risau sikitlah.. akak ni bukan photogenic.. photogediks adalah.. ahaks...  malu sey..
tapi insya Allah ada waktu akak buat ye..

Buah laici

xtvt ni dah lama dah terperap je kat dalam draft ni..
kali ni aku nak citer pasal buah laici..
kisah buah laici ni terjadi kat kampung.. 
lebih sebulan jugak aku tak balik kampung
bila kat kampung macam- macam benda kita nak makan..
yelah time tenggah meriahkan.. adik badik semua berkumpul
jadi terjadilah kenduri buah laici..
buah laici sedap masam2 manis.. tapi aku cannot go sgtlah dengan buah laici tu..
tapi happy tenggok adik-badik makan macam meriah je..
bila berkumpul macam ni macam2 gelagat 
ada yang berebut2 takut habislah.. macam2lah..
tapi itu yang menghiburkan... memories betullah...

korang layanlah 2/3 keping gambar yang sempat aku snap..

ni pic buah laici.. 
ada banyak sebenarnya tapi ni je yang sempat aku snap..
oklah kan buat halwa mata..

nilah keadaan masa diorang makan buah tu..
anak aku menempel je tunggu maksu dia kupaskan buah laici tu.. 
sebenarnya ramai lagi.. tapi orang yang lain tu kene sensor sikit..
almaklumlah orang lelakikan.. klu kat rumah suka2 dia je..

ha.. tgk pisang pun ada.. 
yang tak boleh tahan mulut kakak aku..
begitu teruja dengan buah laici tu..

kat bawah ni aku sertakan sekali kebaikan buah laici..
info untuk korang kita kongsi bersama..

Buah laici dikatakan mempunyai persamaan disegi khasiat dengan buah longan dan buah rambutan.Buah laici yang berasal dari China ini kaya dengan vitamin c dan potassium.Ia mempunyai kandungan rendah kolestrol,sodium dan lemak.

Pada keseluruhannya buah laici baik untuk mengekalkan kesihatan dan mengawal berat badan.Ia juga kaya dngan tembaga yang penting untuk proses hemoglobin dimana ia bergabung dengan zat besi untuk menghasilkan sel darah merah yang sihat.Ia juga memainkan peranan penting dalam menghasilkan 2 unsur yang dipanggil  elastin dan kollogen.Kollogen adalah terdapat dlam kulit dimana ia berperanan menyembuhkan permukaan kulit akibat kecederaan. Elastin pula berperanan mengekalkan  meneggangkan kulit dan memperlahankan kedutan pada kulit.Juga dikatakan buah laici baik untuk mencegah kanser payudara,kesihatan akar rambut

Nutritional Values

Preparation Serving Size Carbs Fiber (g) Fat (g) Energy (kj)
Lychee (raw, peeled) 100g 16 1.5 0 285
Canned Lychee in Syrup (drained) 1 cup (200g) 42.5 3.5 0 730      

solat yang khusyuk..

tajuk kat atas tu bukan tazkirah ye..
tapi ni ha,, gelagat uzrei... 
orang dok sibok solat... dia pun nak solat.. 
baguslah nak solatkan.. kang disuruh tak mau lagi harukan..
tapi ni solat dah lain macam..
tengah2 jemaah bersolat.. bila time sujud tu..
dia tak bangun2 dah..
rupa2nya dah terus tertido..  tulah asik sangat main..
sampai tengah solat pun dia boleh terus tertido..
orang tua2 kata klu budak macam ni memang nakal..
tapi nak kata nakal sangat tu takderlah..
nakal sikit je si uzrei ni
tapi si Uzrei ni baru je 3 tahun.. solat pun tak faham lagi..
orang dok solat dia pun nak ikut solat.. 
elok dibiarkan daripada dilarang..

korang tengok cara dia tido ye..
siap atas sejadah, berbaju melayu dan berpelikat..
pakej dah lengkap dah.. songkok je takder lagi..

ni pic satu.. masa aku snap ni pun dia tak sedar..

static je cara dia tido kan... herm..

note : harap si Uzrei ni menjadi anak yang soleh.. amin..

Semput dada

 Malam tadi pergi hospital sebab nak sedut gas..
bukan aku yang nak sedut gas. tapi si Uzair yang nak kene sedut..
sebab aku balik keje petang semalam.. aku rasa dada dia macam ada bunyi je..
tu yang malamnya terus aku dan en.suami bawa pergi hospital..

 nilah hospital yang aku pergi..
Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang.
(ni gambar dari en. google)
 aku terus pergi jabatan kecemasan dan trauma
fuh.. HTAR sekarang dah baru.. semua baru dalam jabatan kecemasan..
proses mendaftar pun cepat je.. 

ni pulak kaunter pendaftaran pesakit luar dan untuk mengambil no giliran..

adik yang membuat pendaftaran... 


lepas dah daftar adik tu terus suruh aku masuk ke ruang asma..


ni antara pesakit yang menerima khidmat HTAR.. hehehe
sekali masuk ha... kau.. canggih sofa dia tu..
kerusi tu siap boleh luruskan kat bahagian kaki tu..
kira macam katillah.. aku tak sempat pulak nak buat demo pulak kat sofa tu..
sebab ramai no pesakitnya asma malam tadi.. 

 ini budak yang nak kene sedut gas tu.. (gambar tak clear pulak.. anak aku ni takleh duduk diam..)
masa ni ok lagi.. relaks je dia..

masa baru-baru sedut gas.. masa ni aku sorang lagi..
en. suami kat luar bersama denga uzrei..
seksa jugak nak bagi budak besar ni sedut gas.. meronta2 je.. 

kakak ni tolong aku pujuk anak aku untuk sedut gas..
tapi... tak jalan pun pujukan tu.. akhir sekali aku ajaklah en.suami masuk sekali..
nasib baik boleh masuk..

en. suami aku..
hehehe... boleh relaks je duduk kat sofa empuk tu...
masa ni gas tu pun dah habis sedut.. tunggu result dari doctor je..
bila doctor dah bagi result aku pun legalah..
sib baik tak tahan wad.. cuma dia bagi ubat je..

ni pulak ruang farmasi..
ambil no giliran dan tunggu no dipanggil..
kejap je.. sebab tak ramai...

keadaan ruang menungu dah barukan..

akhirnya aku pun balik rumahlah.. si uzair pun dah mula nak tido..
tulah pengalaman pertama aku bagi anak aku sedut gas sebab semput..
sampai rumah pun dah jam 12 malam.. apalagi titonlah..

cara mudah tarik traffix

Tadi masa aku blogwalking aku masuk satu blog yang biasa aku masu.. kat blog Ena ni ada buat n3 tentang Wawwi ni.. So, aku pon terus register Mawwi ni.   Ermmm.. dengar citer dah ramai y join, jadi x salahkan mencuba.Apakah itu Mawwi??? Jom bacaTutorial berkenaan Wawwi nie... (kalau korang nak register Wawwi ni korang boleh register kat sidebar kanan aku tu.. Dibawah secebis tentang diriku)

*Wawwi Matrix BlogWalking adalah widget yang akan memaparkan URL Blog anda ke senarai Networker blog yang mendaftar melalui blog anda mengikut formula Matrix nx15 dan juga merupakan sistem Autospillover.

Matrik nx15

Sebagai contoh jika status akaun anda ialah Matrik 5x5, jumlah blogger atau potensi trafik yang bakal anda terima adalah

Lv1: 5 = 5
Lv2: 5x5 = 25
Lv3: 5x5x5 = 125
Lv4: 5x5x5x5 = 625
Lv5: 5x5x5x5x5 = 3125
Jumlah Network: 3905 Blogger

*Dengan ini potensi untuk anda mendapat trafik dari aktiviti blogwalking adalah lebih tinggi berbanding aktiviti blogwalking cara biasa. Sebagai contoh jika anda melayari 5 laman web melalui Wawwi Matrix Blogwalking sehari, anda sudah berpeluang mendapat 19 525 trafik ke blog anda dalam sehari. Hal ini adalah lebih mudah, menjimatkan masa, tenaga serta wang ringgit.

Anda pasti teruja menggunakan sistem ini dengan kedalaman sehingga level 15. Autospillover
Apabila anda telah mencapai had lebar (width) downline network Level 1 anda, ahli terbaru akan dipindah ke network downline Level 1 anda itu dimana ahli yang belum atau mempunyai network terendah akan menerima ahli baru tersebut secara automatik.

Sistem yang digunakan:
MATRIK (nx15) + Autospillover
Sistem Mata (Point)

Fungsi mata ini adalah digunakan untuk menaiktaraf lebar atau kedalaman network anda dan juga diguna semasa sebarang pelawat yang klik melawat laman web anda di widget Wawwi Matrix BlogWalking. Semakin lebar atau semakin dalam network anda, semakin tinggi pelawat yang akan datang ke blog anda dan juga semakin banyak nilai mata yang bakal anda perolehi.

Anda diberi 10000 mata permulaan dimana fungsi nilai mata ini membolehkan blogger lain untuk melawat blog anda. Setiap klik unik sehari untuk lawatan ke blog akan dipotong 20 mata (jika upline melihat blog anda) dan dari 5 mata hingga ke 15 mata (jika downline melihat blog anda).

Apabila anda melayari sebarang laman web yang terdapat di dalam senarai network anda, sebagai contoh jika anda mempunyai 20 senarai blog, dengan melawat 20 blog itu, anda akan mendapat sejumlah nilai mata di widget anda itu seperti berikut:

Blog Downline (tanda REF) - 2 Mata
Blog Upline (tanda LV) - 1 Mata
Iklan Teks (tanda ADS) - 5 Mata
Iklan Banner 160x180 - 5 Mata
Iklan Banner 125x125 - 10 Mata
Iklan Banner 468x60 - 15 Mata

Jika downline anda klik link blog di widgetnya, maka anda akan mendapat 1 mata bagi setiap blog yang dilawatinya sehingga kedalaman level mengikut status akaun anda. Maksimum kedalaman adalah level 15. Dengan ini jika anda mempunyai network downline sebanyak 3905 blogger dengan purata klik ialah 10 link/blog sehari, maka anda akan memperoleh 39050 mata. Jika anda inginkan lebih lagi mata, maka anda perlu juga melawat blog lain di widget downline anda atau sebarang pelawat lain yang klik link di widget anda, maka anda dapat mata tambahan.

Jumlah Mata Sehari

3905 blogger x 10 blog dilawati = 39050 mata

Walaubagaimanapun anda diwajibkan untuk klik sekurang-kurangnya 2 link blog sehari untuk menerima jumlah mata tanpa had dari downline anda pada hari yang sama.

Selain dari itu, jika terdapat blogger yang mendaftar melalui widget anda, anda juga menerima nilai mata mengikut level.

Sponsor secara langsung = 20 mata
Downline level 1 = 15 mata
Downline level 2 = 14 mata
Downline level 3 = 13 mata
Downline level 4 = 12 mata
Downline level 5 = 11 mata
Downline level 6 = 10 mata
Downline level 7 = 9 mata
Downline level 8 = 8 mata
Downline level 9 = 7 mata
Downline level 10 = 6 mata
Downline level 11 = 5 mata
Downline level 12 = 4 mata
Downline level 13 = 3 mata
Downline level 14 = 2 mata
Downline level 15 = 1 mata


Potensi Nilai Mata Referral

Lv 1: 5 x 15 = 75 mata
Lv 2: 25 x14 = 350 mata
Lv 3: 125 x 13 = 1625 mata
Lv 4: 625 x 12 = 7500 mata
Lv 5: 3125 x 11 = 34375 mata
Jumlah keseluruhan:43924 mata

Nilai mata lebih lumayan adalah hasil dari aktiviti blogwalking yang dapat anda lakukan dalam sehari. Semakin banyak blog dalam network anda dapat anda layari, maka semakin tinggi jumlah mata anda. Komisen anda juga akan tinggi kelak.

Pendapatan Sambilan
Sambil blogwalking dengan Wawwi Matrix BlogWalking, silalah kumpul nilai mata sebanyak mungkin kerana fungsi di masa-masa akan datang adalah anda berpeluang untuk menukar nilai mata kepada nilai wang sebenar. Pendapatan sambilan menanti anda semudah klik.

Manfaatkanlah sistem widget ini untuk menjana trafik dan pendapatan yang lumayan melalui blog.Sila naiktaraf status akaun anda untuk menikmati trafik yang lebih berganda lagi.Jika anda meminati widget ini, silalah ikuti perkembangan semasa widget ini melalui Twitter dan Facebook kami.
 
note : dah bacakan apa lagi.. jomlah register.. mana tau boleh upkan traffix... cepat.....

en/cik Cong

ni sekadar nak memenuhi permintaan dari peminat aku..
wah....... sungguh pelasan aku nikan.. macam ada peminat je..
kalau korang nak tau sape peminat aku ni .. korang boleh click kat nama marina anak cik bob ni 
(dik boleh ke akak perasan yang adik ni peminat akak? dapat perasan kejap pun jadilah.. wahahahah.. gile kejikan akak ni)
dik.. ni akak dah promosi blog sekali ni tau.. lepas ni mesti naik buffereds nuffnang kan.. hehehe
ntah apa dah yang aku melalut ni.. nak citer benda lain tapi melalut ke lain pulak..

sebenarnya aku nak citer pasak en/cik cong ni..
korang nak tau apa sebenarnya en/cik cong ni..
korang kenelah baca citer aku ni..
ni citer untuk budak baju merah ye..

citer 1
tempat kejadian dalam bilik air rumah aku ye..
masa tu aku tenggah mandikan si Uzrei..
lepas aku dah sabun2kan dia..
aku biarkan kejap dia kat dalam bilik air 
sambil2 tu aku kemas apa yang patut kat bilik aku..
tengah2 aku tertonggeng mengemas..
si Uzrei pun bersuara..

uzrei - mama cepat2 mama amik tuala
aku - naper.. mandilah dulu.. tak bersih lagi tu..
uzrei - cepatlah mama.. tu.. kat atas tu ada tanggan..
aku - terkedu.. terus capai tuala.. lap2 uzrei dan terus turn bawah.

kat bawah aku tanya uzrei apa yang dia nampak..
dia kata dia nampak tangan keluar dari lobang kat siling bilik air tu..
korang nak tau besar lobang tu sebesar paip air je.. untuk lubang udara..
kat bilik air korang mesti adakan...

citer 2
tengah malam..
tengah2 malam lah si uzrei ni nak minum milo..
dahlah dapur kat tingkat bawah..
kenelah aku turun bawah dengan keadaan mengantuk..
dalam keadaan mengantuk ni aku pun buatlah milo..
tenggah2 aku buka bekas milo
si uzrei bersuara lagi..

uzrei - mama.. mama.. tengok to ada P---Cong..
aku - terkedu lagi.. cepat2 buat milo isi dalam botol dan terus ajak uzrei naik atas..
baca doa tido dan terus tido..

aku kalau selalu kene mcm ni mau kene sakit jantung dibuatnya..

citer 3
masa ni aku tengah solat maghrib..
si uzrei ni pun sibuk nak solat jugak..
aku pun bentangkan sejadah kat sebelah..
aku pun teruskan solat dengan kusyuknyer..
hehehe.. mestilah kusyukkan...
lepas je selesai solat.
aku tengok si uzrei berselubung dengan sejadah..
aku ingatkan dia sengaja je nak berselubung dengan sejadah tu..
aku pun cakap kat dia..

aku - ujei mama dah habis solat..
uzrei - (dia pun buka sejalah tu.. terus cakap kat aku) mama tu kat bilik air ucu ada P-Cong..
aku - terkedu lagi.. suka tul aku ni terkedu.. lepas tu aku terus ajak dia turun bawah balik..
sebab nak makan malam pulakkan..

citer 4 aka yg last sekali ye
uzrei nak ambik pistol mainan dia kat bilik aku..
aku pun suruh dia naik atas amik sendirilah ye..
uzrei pun naiklah..
masa dia turun.. tetiba dia cakap..

uzrei - mama tadi uzrei nampak P-Cong kat bilik.. tapi ujei dah tembak..
aku - ooo... dah tembak ye.. dah mati ke P-Cong tu (kali ni dah tak terkedu ye.. mungkin sebab dah biasa)
Uzrei - dah mati dah.. ada keluar darah..
aku - ketawa tak ingat dah.. sebab kelakar dia boleh tembak pulak tu..
dalam aku ketawa tu ada jugak rasa seriau... hehehe...

 aku bagi gambar yang kelakar sikit ye.. sebab citer last aku tu kelakar sikit

tapikan orang tua2 kata budak2 kecik ni memang mudah nampak benda2 halus ni..
tapi tak taulah betul ke tidak.. yang penting sekrang jangan dia muncul depan aku sudahlah..
ko nak dok dlm rumah aku.. ko doklah diam2 ye.. jgn kacau keluarga aku..

korang seriau tak baca kisah aku ni....
oklah adik marina inilah citer yang adik nak baca sangat tu..
tak taulah adik faham ke tidak.. sila faham betul2 ye..

sambal ikan bawal + sayur campur

kali takder kelas memasak ye kengkawan..
sebab aku ni masih penat lagi.. almaklumlah baru je lepas majlis kenduri kahwen..
jadinya nak buat kelas memasak pun kene postponekan..
nanti2lah aku buat kelas memasak ye..
kali aku bagi korang tengok masakan express aku ye..
dalam kepala aku semalam ini je yang terfikir untuk masak..
simple dan cepat.. hahahaha.. atau malas dan lapar.. huhuhu

korang layan jelah ye pic makanan kat bawah ni.. 

1st sekali aku masak ikan bawal masak sambal tumis..
hehehe.. ikannye dah tengelam dek sambal..
nampak hujung ekor ikan je.. oklah tu.. takdelah korang terpikir yang ini ayam ke..
korang nampak tomato banyak tu.. sebab aku memang suka makan tomato..
sedap.. masam2 lemak.. tu feel yang aku dapat bila makan tomatolah..
korang punya feel aku tak taulah.. 

yang ni pulak sayur campur..
kene masak sayur sebab en. suami aku ni mesti  nak makan sayur..
semangkuk sayur ni pun dia boleh habis..
aku? aku kurang sikit makan sayur.
tu yang badan macam tong drum sikit.. 
sebab kurang makan sayur kot.. aku rasalah.. hehehe

tu je menu makan malam aku..
takder yang lain.. nasi tu biasalah benda wajib adakan..
tak payah lah aku suakan pic nasi kat dalam ni..

ok.. Selamat Menjamu mata..

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...