Dah lama rasanya

salam...

mengikut tajuk kat atas tu.. sebenarnya dah takder idea nak letak tajuk apa dah.. jadinya gitulah jadi ayatnya.. asal boleh jelah ye..yang penting ada tajuk..  tapi kira ada kaitan jugaklah n3 aku dengan tajuk diatas.. 

ok yang sebenarnya dah lama jugak aku tak keluarkan cerita2 masak2 akukan.. walaupun masakan tu taklah sehebat.. korang.. korang dan korang.. tapi yang penting masakan tu boleh mengeratkan hubungan suami isters dan anak2.. chewah... yelah air tangan isteri dan mama tu.. itulah yang terbaik buat sesisi keluarga betul tak.. 

tapi kalau penat sangat aku merewang jugak ke kedai tomyam.. beli tomyam, ayam goreng kunyit dan apa yang patut dapat isi perut dan kenyang bolehlah balik rumah dengan hati yang riang... tapi dapat satu ucapan pulak dari en. suami.. dia kata "ermmm... tak sama macam makan kat rumah.. boleh tambah nasi banyak kali... klu kat kedai sepingan dua je.." aku terus terkedulah ye..

lepas terkedu tu haruslah aku gigih2 masak kat rumah untuk santapan en. suami dan anak.. walaupun simple yang penting makan kat rumah.. no more kedai tomyam ok... sesekali takper..

ni berbalik menu masakan yang aku gigih masak malam tadi..
meh aku paparkan apa yang aku masak2... lempar2 dalam kuali ye..

inilah dia ikan kembung masak taucho bersama cendawan
simplekan.. goreng2 ikan...
tumis bawang dan taucho sampai wangi.. masukkan cendawan dan tambah air sedikit untuk ada kuah... 

sayur lak kacang panjang goreng garing & kering...
aku suka goreng macam ni...
tumis bawang dgn ikan bilis sampai garing.. lepas tu baru masukkan kacang panjang
tak payah letak air.. biar kering je.. fuh sedap kalau makan dengan nasi panas..
takder ikan pun takper.. krup.. krap.. je kat dalam mulut...

ok tu saja santapan untuk malam tadi...
memang bertambah2 en. suami makan.. ke lapar siang semalam dia tak makan tenghari.. hehehe...

11 comments:

  1. ana pun lg suka masak sendiri dr beli. x kisah la masak simple2 je pun, janji dr tangan sendiri. kalau weekdays tu, ada jugak masak tp kalau malas, beli je tomyam. nasi, telur dadar, ayam goreng kunyit or lauk yg simple2 masak la jugak sendiri. :)

    ReplyDelete
  2. masak sendiri kat umah..walaupun simple..tapi klu suami makan bertambah2 rasa sangat berbaloi kan....
    tapi lauk akak tue xkira simple la tue kak...susah jugak tue...sempat lagi bertaucu bagai..sedapppppppppp...

    ReplyDelete
  3. akak pun hari2 kena masak sebab en.husband tak suka beli makanan dari luar, takpe, penat memang penat, tapi berpuas hati tengok dia orang makan bertambah2 kan

    ReplyDelete
  4. betul...walau apa pun...air tangan isteri ngan mama yg paling sedap....kerana air tangan itu la yg membesarkan dorang :)

    ReplyDelete
  5. tu le kak, sonok kalo husben n anak2 beselera mkn masakan kite...betul jugak tu kak, kat luar mkn mane puas...nak bertambah leceh.....kalo kat umah leh mkn byk2 mane pun...

    ish ish kak sedap ni kembong taucu....mmg peberet lieya....taip tak leh nak msk sebab hubby tak bape mkn ...tapi mmg lieya suke masak taucu nieh...

    ReplyDelete
  6. msk sndiri walau simple tp selera nya lain macam! ^_^

    *salam aidiladha!

    ReplyDelete
  7. betullah kak..msk sendiri walau simple lagi sedap..aku kalo kacang pjg tu..aku tambah telur kak..sedap..

    ReplyDelete
  8. sedap kcg pjg tu...buat ulam pun sodap!

    ReplyDelete
  9. Simple pun kalau masak sendiri..mesti sedapkan suami pun suka.. iye tak..:)

    Masak taucoo mmg feveret tuh.. :)

    ReplyDelete
  10. bahana tgok blog akak ni petang2..mak buyung dah start lapar..cheh..

    ReplyDelete
  11. i pun prefer masak dari beli..
    nak nak bila anak2 dah besar..
    lagik save bajet bila masak...
    tapikan sis...masakan kalo ada taucu..
    i kureng laaa ntah naper..
    i rasa pelik je rasanya ...

    ReplyDelete

Terima kasih kepada Blogger yang komen di blog RK. Tunggukan kunjungan balas dan comment dari RK di blog korang ye. Nak Reply comment disini RK takut tak sempat je.

@}------LOL to all comentar------{@

Nota Penting!
Pada yang nak letak Iklan. Tolong letak d ShoutboX atau bayar RK RM o.5o per comment boleh? boleh jugak beli cekedis ~ ahaks~

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...