Salam...
fuh... baru lega ni tu yang terus update.. sebab apa aku kata lega..
sebab tajuk kat atas tulah malam tadi aku tak dapat tido nyenyak...
petang semalam lagi 45 minit nak sampai waktu balik.. tetiba si amoi ni beritahu aku supplier call mengatakan Purchase Contract yang aku buat tu location dia salah.. sepatutnya Pasir Gudang tapi aku letak Prai pulak...
takperlah kesalahan tu boleh amend dan aku terimalah tu memang kesalahan aku sebab typing error kan..
si amoi pun suruh aku keluarkan Purchase Contract tu sebab nak amend..
Lepas si amoi ni dah keluarkan arahan.. aku pun teruslah cari Purchase Contract tu.. sebab seingat aku, aku baru je fax.. cari2 punya cari tapi tak jumpa... running no. yang lain semua ada.. cuma nombor yang aku cari tu lak takder... sudah... hati aku dah gundah gulana.. kalau betul Purchase Contract tu hilang bermakna aku dah ada 2 kesalahan.. satu typing error dan lagi satu aku dah hilangkan document tu... huhuhuhu
last2 otak aku dah tak boleh nak fikir kat mana aku letak... waktu balik pun dah sampai.. aku cakap kat si amoi aku nak balik dulu nak tenangkan fikiran.. esok pagi akan aku sambung balik...kalau aku cari masa tu jugak tapi otak tak boleh nak berfikir tak guna jugakkan... korang tau satu malam aku tak tido aku fikir kat manalah aku letakkan benda tu.. dan malam tu jugaklah perut aku meragam... hish.. geram.. tapi tak per tu adalah dugaan...
Dan pagi tadi aku sampai opis awal.. tapi memang aku selalu awal pun.. aku tak terus cari lagi.. aku tenangkan fikiran sambil minum nescafe... lepas je minum nescafe aku selak buku yang ada tarikh aku buat Purchase contract tu... bila aku tgk tarikh je... terus aku melonjak2 kegembiraan... sebab Purchase Contract tu aku bukan fax semalam.. tapi sebenarnya 23/11 masa si amoi ni pergi seminar... dan 23/11 tu jugak aku dah post original copy ke supplier... nasib baik sebelum post tu aku dah siap2 buat copy untuk simpanan (tu mmg wajib utk reference) aku terus buka folder salinan Purchase Contract dan terus aku jumpa...
nilah kertas tu...
kerna sehelai kertas nilah aku tak boleh tido nyenyak malam tadi
dengan gembiranya aku terus bersyukur kepada Allah S.W.T sebab beri aku petunjuk...
kalau tak mau aku kena bilik ala2 mengadap Donald Trump sebab-sebab kelalaian membuat documentation..
nescafe selalu menenangkan perasaan yg gundah gulana. saya juga peminat setia nescafe.
ReplyDeleteklu benda hilang kita cari pulak dlm keadaan tak tenteram memang tak jumpa ..
ReplyDeleteAkak dah nampak kecelaruan muka ko semenjak dari petang semalam hingga pagi. Sehingga detik cemas tu, turu akak rasai sekali .akakkan suruh ko buat sembahyang isthikarah, buat penunjuk.
ReplyDeleteAlhamdullilah jumpa!!!
ReplyDeletetakper la kak..nobody perfect kan..kalau xde kesilapan kita x belajar..
ReplyDeletefuh...lega kan kak ...tu la kak, selalu gak jadi, bile nak cari bende tu, time tulaa tak jumpe...tapi tu la org kate, mmg kene tenangkan fikiran, baru laa dpt cari betol2 kan...legaaaaaa kan kak dah jumpa...
ReplyDeleteana pun selalu mcm tu..balik rumah mesti teringat2..tension kalau mcm tuh...lega kan..seb baik dah jumpa...
ReplyDeletekadang2 keje opis pun boleh buat tido malam mengigau2..heheh!
ReplyDeletex pe..esok cuti...eyahuuuuuu!
uwaaa sangat rindu zaman kerja...hehhehe..enjoy it kak ratu!
ReplyDeletefuhhh nasib baik jumpa kan..tapi memang nebes kan..kalau document penting ilang...huhuhuh maw nangis ja rasanya...
ReplyDeleteto all - tulah syukur alhamdulillah jumpa jugak kertas tu.. kalau tak seminggu muka aku ni ketat je... sebab menanggung kesalahan... huhuhuh
ReplyDeletenasib baik dah jumpa, akak pun selalu terjadi mende cam tu, bila meja berselerak dgn surat, susah pulak nak mencarinya
ReplyDeletethanks to nescafe la ye. nasib jumpa ye tidak kena buang kerja?
ReplyDeletemamasyaza - tulah bila meja berselerak.. gitulah...
ReplyDeleteadia - perkhidmatan masih lagi diperlukan.. hahaha
memang kalau nak mencari, mesti dengan ketenangan jiwa.. kalau kecoh2 mmg tak jumpa...
ReplyDeletesweetdarling - betullah mesti mencari dengan tenang.. klu tak tenang mmg tak jumpa
ReplyDelete