Darah tumpah ke bumi jua akhirnya

Salam petang...

dah lunch ke korang.. kalau belum lunch atau tak sempat lunch g buat milo @ nescafe jap untuk alas perut... jangan biarkan perut tu kosong.. tak baik untuk kesihatan... wah.. dah macam doctor pulak..

ok.. ni sambungan citer raya korban lagi.. dah nama raya korban mestilah ada yang telah dikorbankan.. jangan korban anak sudahlah ye...
kat tempat korang mesti ada macam2 perngorbanan yang telah dilakukan.. hehehe... 

pengorbanan yang aku nak citer ni bukannya berlaku kat area rumah aku.. ni berlaku kat area rumah kakak aku dan berdekatan juga dengan rumah Hijau itu indah dan permai aka Kak Ina Mail.. 

Alhamdulillah kat sana banyak jugak lembu yang dikorbankan.. rezeki orang kampung dan orang2 yang kurang kemampuan... 
aku kat sana sekadar penyibuk je.. bukan ada tolong apa2 pun sekadar pemerhati... mcm VIP lah kekdahnyer.. perasankan...

oklah dah tak tau nak bebel panjang2 lagi.. saksikanlah permandangan dibawah ye... kejadian sekitar hari raya korban

tengah menyaksikan lembu yang akan ditumbangkan ke tanah... time ni takut pun ada jugak mana tau tetiba lembu ni naik minyak pulakkan..
tak memasal kene sondol... (ish... muka poyo je... macamlah ayu sangat)

berkerumun umat menyaksikan aksi2 lembu ditumbangkan ketanah... berani budak ni pakai baju merah ye.. nasib ko kat blakang... kalau kat depan lembu tu mau kene sondol..

ni lembu yang keberapa ntah... nyaris nak naik minyak ni... nasib baik sempat ikat kaki belakang dia.. tu pun nyaris orang kat belakang tu kene sepak dengan lembu ni... asik merengus je lembu ni.. tak rela kot... ntahlah...

dah selamat tumbang jugak... 

siap macam ni lagi aksi diorang nak menumbangkan lembu ni... berani betul... klu aku maulah aku kat bawah lembu tu.. hah..

dan akhirnya lembu ni dah selamat disembelih dan tunggu untuk dilapah... 
gambar semasa proses melapah aku tak snap... tak tahan aku tengok darah yang banyak mencurah ke bumi tu...

dan berakhirlah cerita raya aku...

14 comments:

  1. dah lama xtengok lembu kena sembelih...takut la nak tengok dah skrang nie....hehehhehe..wah akak nyer tema kaler raya haji pepel nyek..sama la kita..hehehe :) muah2 kat akak skit..

    ReplyDelete
  2. seksa kan lembu tuh nak mati..pais ari tun pun bwak adeeb gi tgk..last last dia pun nak pitam tgk darah..hehe

    ReplyDelete
  3. rajin jugak gi tgk ye..dee malas betul..hehehe..

    ReplyDelete
  4. tak sampai hati tengok lembu kena sembelih....

    ReplyDelete
  5. Tak sanggup tgk!! takut terdetik hati terkata kesian pulak.

    ReplyDelete
  6. tak nak tengok... sbb nnt kesian... :(

    ReplyDelete
  7. akak berani kan...lieya mmg dari dulu tak berani nak tgk lembu kene sembelih kak huhuhu....mmg tak berani ooooo......

    tapi mkn kaki lembu, ekor lembu buat sup lieya nak!!! hehehehe

    ReplyDelete
  8. Jarang dpt tengok lembu kena korban..nie.. :) Berani gak ratu yer..nak gi tgk..

    ReplyDelete
  9. oh eLLy memang tak sanggp nak tengok ...

    ReplyDelete
  10. banyak ekor betul...puas la mkn daging ye

    ReplyDelete
  11. to all.... berani je tgk.. tapi tak makan sgt pun daging lembu tu.. huhuhu

    ReplyDelete
  12. orang yg tekan lembu tue dah mcm main gusti dengan lembu dah pun...

    ReplyDelete

Terima kasih kepada Blogger yang komen di blog RK. Tunggukan kunjungan balas dan comment dari RK di blog korang ye. Nak Reply comment disini RK takut tak sempat je.

@}------LOL to all comentar------{@

Nota Penting!
Pada yang nak letak Iklan. Tolong letak d ShoutboX atau bayar RK RM o.5o per comment boleh? boleh jugak beli cekedis ~ ahaks~

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...