Merewang

Salam..

Hari ni masih lagi sambungan cerita di kampung ku.. wah.. padahal kat kampung 2 hari je.. tapi cerita macam seminggu je lepak kat kampung.. 

Sebenarnya sebab utama balik kampung hari tu pun sebab ada kenduri cukur jambul cucu ku.. aku dah ada cucu.. umur aku 24 aku dah ada cucu tau.. sekarang cucu aku dah ada 4 orang... semua tu hasil dari anak buah aku merangkap anak sulung kak ngah aku.. erm.. macam berbelit je citer aku ni.. harap korang fahamlah ye.. tak faham.. faham-fahamkan.. banyaknyer faham.. cukup...

ni keadaan sewaktu memasak untuk majlis cukur jambul tu.. macam-macam yang kitorang masak. Ayam kampung masak kari, DAging masak rendang, sayur kobis dan berbagai jenis ulam-ulaman..

korang tenggok sendirilah sekitar kejadian..

Tukar kacau je ni.. saje nak enterprem hahaha... ni budak nama laDy Dream's korang boleh terjah blog dia.. kenal-kenalan.. masa ni tengah masak Ayam kampung masak kari..

Tukang pemerhati ramaikan.. macam audition je.. sebelah ni pulak tengah masak rendang daging..

Fuh.. maca berpiknik bagai je rasanay.. masa ni tengah bakar ikan kembung.. 

Ni antara makanan yang sempat aku bedal.. tapi tak larat nak habiskan pulak.. perut full sangat ditambah pulak dengan kesihatan yang tidak memuaskan.. 

Gambar2 sekitar kenduri aku tak snap.. malas aku.. lagipun tak sempat nak snap.. sibuk memasak kat dapur.. siap masak je.. orang dah mula bersantap.. ambik gambar makanan aku pun dah cukupkan.. hehehe

Psst : selsema ni buat kepala pusing je.. harap cepatlah sembuh selsema ni.. tak tahan aku hidung panas..

23 comments:

  1. ingat lagi bila akak sebut 'rewang' org kat opis ni salah paham... diorg ingat 'merewang' yg tak tentu hala tu... padahal kat kampung mmg biasa sebut 'rewang' tu gotong royong kenduri... alahai... ;p

    ReplyDelete
  2. iols suker rendang ayam
    yummyyyyyyyyyyyyyyy!~

    ReplyDelete
  3. lauk pauk akak dlm pinggan tu sgt menyelerakan,tu nafsu time tak sihat sgt ye kak? kalau time sihat lg la yer hehe..gurau2 je kak..moga akak cepat sembuh...

    ReplyDelete
  4. leiya suke aktiviti cam ni kak...masak2 rewang2 org kg panggil kan kak....meriah jek suasana...tapi skrang dah payah nak nampak situasi ni kan kak...masing2 pakat amik katering jek...nak senang umah tak bekecah masak2.....tapi kat kg lieya still ade rewang2 ni kak.....tang nak basuh periuk kuali tu yg letih tu nanti hihihi

    menu2 kenduri sume sedap ar kak...terliur tgk pinggan akak wo!

    ReplyDelete
  5. nampak cam ada ulam jantung pisang ngan sambal belacan, fuhhh best feveret bebsssss

    ReplyDelete
  6. bestnya kak..merewang.....macam2 ada...

    semoga akak cepat sembuh k..jangan lupa makan ubat taw...

    ReplyDelete
  7. uiks...umo 24 ke...serius tanye ni...

    ReplyDelete
  8. best nya merewang ni kan..berkumpul sanak saudara sambil buat keje bertukar cerita..:)

    ReplyDelete
  9. bestnyaaa rewang..pernah sekali je merasa rewang time blaja dulu2...

    ReplyDelete
  10. sedap2 menu nyer kebaya oii..Ayam kg masak kari perghhh....

    ReplyDelete
  11. Adehhh that day aku memang tak sihat... Tapi sangat seronok la. Mungkin terkena food poison or terover makan tak pasti... Yang penting lepas muntah baru la boleh tido...

    ReplyDelete
  12. best nya kenduri mcm ni...makan tu part plng best...

    wahh dh ada cucu...bagus2 nenek muda..hehee

    ReplyDelete
  13. Bestnyaa masak2 ramai gini..pas tuh makan ramai2 meriahkan.. :)

    ReplyDelete
  14. kenduri makan ikan bakar...wow!!
    best

    ReplyDelete
  15. kalau time ada kenduri seronok kalau masak sendiri dari pakai katering kan????

    ReplyDelete
  16. ko muda2 lagi dah ade cucu kak...seronokkan dapat merewang macam nie....kat bandar dah jarang jumpa aktiviti macam nie

    ReplyDelete
  17. jenjalan tengah hari,,tengok nasi n ulam kg..tiba2 lapar lagi..

    ReplyDelete
  18. sedapnya..kenduri kendara kalo merewang mmg seronok..

    ReplyDelete
  19. bab merewang nie mmg seronok
    nak2 ngan adik beradik sedara mara
    dari pagi bawa ke malam tak sudah2..
    ngan merewang..ngan bercerita nyer...

    uish...siap ada ikan kembung bakar lagi tu

    ReplyDelete
  20. seronok nya nak rewang-rewang mcm nie.

    ReplyDelete

Terima kasih kepada Blogger yang komen di blog RK. Tunggukan kunjungan balas dan comment dari RK di blog korang ye. Nak Reply comment disini RK takut tak sempat je.

@}------LOL to all comentar------{@

Nota Penting!
Pada yang nak letak Iklan. Tolong letak d ShoutboX atau bayar RK RM o.5o per comment boleh? boleh jugak beli cekedis ~ ahaks~

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...