Pahit itu manis

Hari ni Copy & paste From email.. menarik pulak untuk dikongsi bersama...

Pengalaman memiliki sesuatu yang berharga mungkin tidak ditempuh oleh semua orang. Kebetulan TUHAN memberikan sedikit kelebihan juga kekuatan kepada sesetengah orang untuk lebih berani. Maka mereka mempamerkan kekayaan dan juga keupayaan mereka.

Kita boleh mengatur langkah tersendiri agar terselamat. Atau kita mengikut jejak2 yang pernah diatur oleh mereka yang pernah selamat.

Kemungkinan kita jatuh kecil sekali.

Bagi saya guru terbaik manusia ialah pengalaman yang dilaluinya sendiri. Jika pengalaman itu tidak ditempuhnya maka pengalaman orang lain adalah yang terbaik untuknya mengambil ikhtibar dan pelajaran.

Orang dahulu telah tercebur ke dalam longkang itu, kita usah tercebur dalam longkang yang sama.

Namun, setelah kita miliki semua yang kita usahakan, kadang2 yang baru akan mengatasi yang lama. Rasa kasih, bangga dan gembira mengatasi perasaan yang sama dulunya. Dulu kita amat bangga, amat gembira dan amat kasih, tapi sekarang seolah2 tiada apa2.

Semua itu membuatkan kita termenung dan berfikir jauh. Bagaimana orang boleh membuang terus sesuatu yang telah berjasa dalam hidupnya.

Sesuatu itu mungkin benda dan mungkin juga manusia. Jika manusia mungkin ibu kandung, mungkin isteri, mungkin kekasih, mungkin kawan, mungkin saudara mara dan seterusnya. Mengapa manusia mudah sahaja bercerai dan berpatah arang? Apakah seorang suami yang pernah mengongsi hidupnya dengan seorang wanita yang dulunya bergelar isteri tidak dihimbaukan kenangan2 manis? Sebagaimana kita terkadang terkenang-kenangkan kenderaan2 yang pernah kita miliki?

Sungguh menghairankan, kita boleh ambil dan kita boleh buang begitu saja. Kita ambil dengan penuh gembira tetapi selesa membuang seolah2 dia tidak pernah berjasa dalam hidup kita. Aneh sungguh perasaan sesetengah kita. Manusia diibarat pampers, pakai dan buang.

Andainya boleh, pertahankanlah perhubungan kita sehingga akhir usia. Memamg bukan semua yg dimilikinya menjadi kesukaan kita, tetapi bukan semua yang ada pada kita juga istimewa buatnya. Kita sama2 berkongsi hidup untuk saling memberi dan menerima.”

Usah sangka kereta jenama paling mahal tidak memberi masaalah. Adakalanya meragam juga. Usah sangka orang yang serba kekurangan itu tidak membahagiakan, adakalanya dia lebih mengerti.

Usah sangka apa yang belum kita miliki janji pada kebahagian kita. Adakalanya setelah kita miliki itulah punca masalah kita. Jangan sangka semua yang cerah kekal cerah sampai bila2, adakalanya menjadi hitam dan menyusahkan.

Semuanya yang tidak mampu kita miliki bukan penyebab pada ketidakselesaan hidup kita. Adakalanya yang kita tidak mampu itulah asas kebahagiaan kita, lantaran jika kita mendapat bermakna bertambahlah masalah, menjadi penyakit dan semakin hilanglah kemerdekaan.

Selalu kita menyangka yang di tangan orang indah dan menawan; apa yang ditangan sendiri sentiasa kedam. Selalu kita meletakkan impian yang muluk2 pada kepunyaan orang sedangkan orang turut terliur dengan apa yang kita miliki.

Jangan mudah membuang tambah2 lagi jika ia bukan barang tapi ORANG.

Psst : aku tengah gigih nak transfer file ke file yang baru.. biasalah keje awal2 tahun nikan.. banyak file yang dah penuh..

19 comments:

  1. menarik! thanks akak sudi share.pengalaman mmg sesuatu yg amat berharga,kita tak dpt undur masa tp kita dpt amik sesuatu pada masa yang terlepas itu =D

    ReplyDelete
  2. menarik utk dikongsi bersama. thanx RK

    ReplyDelete
  3. wahhhh best2 baca time kasih atas perkongsian sis!

    ReplyDelete
  4. betul la kak.....ape yg dishare akak ni byk membuka mata kite semua...lepas ni kalo nak 'buang' kene pikir dulu masak2....jgn tersalah pilih ape yg nak 'dibuang'...thanks kak!~

    ReplyDelete
  5. kengakdang cik pah pikir jugak.. kalau lah boleh diundurkan masa.. mesti cik pah skang menjadi seseorang yg lebih baik lagi.. tapi itulah lumrah kan.. just go with the flow jer lah

    ReplyDelete
  6. tq sharing ni...

    sll terasa keberuntungan org laen...manakala bl tgk kat dlm diri kita rasa mcm xperfect je...mood sedey ni..

    ReplyDelete
  7. betul tu...selalu kita rasa kita serba kurang, kita nak jadi mcm org lain..sepatutnya kita harus bersyukur dgn apa yg kita ada..

    pengalaman mematangkan kita....

    ReplyDelete
  8. yup..hargai ap ayg kita ada..

    ReplyDelete
  9. Perhubungan perlukan keihklasan.

    Perhubungan atas dasar yang lain, tak akan kekal.

    ReplyDelete
  10. sgt menarik...

    thanks for sharing..:)

    ReplyDelete
  11. andai dapat di undur putaran dunia..pasti kita akan memilih yang lebih baik dan sempurna kan..huhuhuhuhu...thanks akak..4 the sharing

    ReplyDelete
  12. Selagi masih bernyawa selagi itu kita harus mencuba menjadi yg terbaik kerana kita sendiri akur masa tak kan reverse semula....

    ReplyDelete
  13. saya setuju!

    dan tak semestinya yg baik utk orang, adalah yg terbaik utk kita juga

    ReplyDelete
  14. mari la Kita sama2 berkongsi hidup untuk saling memberi dan menerima.

    ReplyDelete
  15. tul tu..jgn anggp org tu mcm brg yg xde perasaan..ehe..

    ReplyDelete

Terima kasih kepada Blogger yang komen di blog RK. Tunggukan kunjungan balas dan comment dari RK di blog korang ye. Nak Reply comment disini RK takut tak sempat je.

@}------LOL to all comentar------{@

Nota Penting!
Pada yang nak letak Iklan. Tolong letak d ShoutboX atau bayar RK RM o.5o per comment boleh? boleh jugak beli cekedis ~ ahaks~

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...