Salam...
Apa yang umpama kedai. Meh dengar aku bercerita. Wah.. macam nak buat kisah dongeng kanak-kanank pulakkan. siap nak suruh korang dengar cerita aku. Sebenarnya aku nak cerita masa zaman aku muda remaja dulu.
Bukan kedai kakak aku... pinjam kat besan google..
Dulu masa sekolah aku selalu kena paksa tolong kakak aku meniaga kat kedai nasi lemak dia. Awal pagi lepas subuh je mesti dah sampai kat kedai nasi lemak dia. Walaupun masa tu hari persekolahan. Pakai2 baju sekolah pun kena jugak tolong kakak aku. Bersememehlah baju kekadang kena sambal nasi lemak kekadang pulak kena habuk yang ada kat meja makan. Mana taknya kene susun meja dan kerusi nanti takderlah customer bising dan marah² sebab semua tak siap lagi. Walaupun customer tak bising dengan mulut tapi dari memek muka dia kita dah tau yang dia macam bengang je bila kita lambat siap. Yelah customer mesti nak cepat sebab nak pergi kerja mana nak antar anak pergi sekolahkan. Kita faham......
Tapi sekarang ni aku tengok banyak kedai² nasi lemak buka lewat kadang² jam 7.30 pagi barulah nak buka meja susun barang atas meja. Sebab perubahan waktu bekerja sekarang ni ke yang menyebabkan peniaga buka lewat daripada zaman aku sekolah dulu. Yelahkan sekarang banyak company yang waktu bekerjanya dah ditukar dari jam 8 ke jam 8.30 hingga jam 9.00 pagi. Nanti kalau buka kedai awal sangat mungkin lama pulak menanti customer kan.
Ni pun salah satu kajian aku mengenai peniaga dulu dan peniaga sekarang. ke aku sorang je yang rasa macam ni. Sebab mak aku kata apa2 hal kita mesti dahulukan jangan dilewat2kan nanti rezeki lambat masuk. Herm... dah dua hari aku asyik buat kajian je kan. Mintak maaflah pada peniaga² nasi lemak atau sewaktu dengannya. ni aku buat kajian je, takder kaitan dengan korang pun ye... kalau ada mungkin kebetulan je..
Lagi satu kajian aku pasal blog aku ni. Blog ni kalau lewat update pun umpama kedai jugakkan.. Lagi lewat kita update lagi kuranglah pelawat kat blog kita. Begitulah jugaklah dengan kedai, lagi lewat kita buka kuranglah customer pada hari tu.
Psst ~ dah dua hari asik buat pasal kajian je kan.. boleh jadi professor tak?
Hehehe... kelakarlah RK nie. Tapi kakak fikir balik ada betulnya juga. Mungkin juga org dulu rajin banding org sekarang. Dulu org susah membeli sebab cari duit susah. Sekarang setakat 5-6 ringgit sekali lalu je org hulur tak kisah... Jual lambat sikit pun tak apa mesti ada yg beli...
ReplyDeleteboleh buat kajian kes utk master or phd nih...heheee
ReplyDeletetapi mmg betul pun...kalau ada masa terluang..usahlah berlengah2 updet blog tu...
mmg byk beza dulu ngan skarang kak..serba serbi laa beza....
ReplyDeletekak, selamat berpuase ...semoga ramadhan kali ini memberi seribu keberkatan buat kite sume....
jom makcik.kita cuba try test update subuh!keh keh~
ReplyDeleteada satu pesanan dulu sy penah baca..kalau berniaga misti keluar sebelum matahari terbit pulang lepas matahari terbenam..
ReplyDeletepsl blog tu betul..nk update kena tgk time..(ni sy dah kaji hehe)
nk jd prof kena tmbah lg hari mengkaji hehe
SALAM ZIARAH & FOLLOW..
ReplyDeleteeida dulu pun pernah tolong mama eida niaga..dulu mama buka kedai makan...
ReplyDeleteakak,
ReplyDeletemasa saya sek men dolu, jam 4 pagi dah tolong mak sediakan barang sbb mak saya jual kuih. kol 6 dah kena anta kuih kat kedai dan umh makcik sorang ni sbb dia meniaga ngan motor. lepas tu kemas2 umh, bersiap nak ke sekolah. kat sekolah pengawas plak tu.. kena jaga mcm2 tmpt blah pagi tu. udah le ngupe pun mcm nan hado je sbb ngantuk.. eh, perlu ke citer sampai ke sekolah. hehehehe
Wah siap buat kajian lagi..kelas gitu.. tp kan memang betul sekarang peniaga2 ni selalu bukak lambat, pastu kadang2 bukak kadang2 tak..ikut suka ati diorg je..kita ni plak bila tetiba mengidam nak mkn nasi lemak diorg pulak x jual tu yg frust tu...
ReplyDeletekene panggil prof kebaya la pasni. kikiki
ReplyDeletekat sini kadang2 ada kedai bukak lambat ada cepat
tp x tau la. dah lama x mkn nasi lemak luar.huhuh
wah! banyak betullah kajian RK... mmg kedai2 makan skrg ni lambat buka... sama juga dgn blog lambat update lambatlah juga uv masuk
ReplyDeleteakak dijangka grad bila ni kak,dah 2 kajian dah ni hehehe...gurau2 je kak..
ReplyDeleteizan pun tgk org jual2 mcm ni lmbt sikit bukak.dulu2 time izan sekolah rendah,ayah g beli makanan awal je,lom kul 7 dah dpt beli nasi lemak.
slmt berpuasa kak!~
Boleh...boleh jadi professor...
ReplyDeleteProfessor Nasi Lemak.
~haha
mmg dah lulus utk jadi prof ni..:)
ReplyDeletebila pg tu semangat nak buat n3 cam kabut serangkai mawar jer..tp bila dah ptg baru nak post kan...nak kene build up semula smgt ni kan ratu...
ReplyDeleteade bakat dah tu kak ratu nak jadi prof :p
ReplyDeletesaya tolong time sekolah jual kuih waktu petang .. malam pulak tolong meniaga satay ...\
ReplyDeleteBlog pulak .. cam tu la awal update ramai la yg masuk...
Ahli sains rupanya
ReplyDeleteAsik buat kajian je....
wa..rajin ye masa zaman mude2 tolong akak bukak kedai lagi ... :)
ReplyDeleteAte suka N3 ni.. maka Ate iktirafkan Puan Ratu dengan gelaran Prof Ratu :)
ReplyDelete