Salam..
Emosi aku tengah ternganggu sampai tahap nak berblogging pun dah jatuh merundum ketahap zero. Sampai satu tahap rasa nak private je blog aku ni. Tadi aku dah cuba nak privatekan blog ni. Tapi rasa sayang yang sangat² mengunung blog yang dah dekat tiga tahun usianya, apatah lagi rasa sayang kat korang yang selalu memberi comment di blog aku ni. Walaupun ntah apa² cerita yang aku upkan. Hanya setakat setengah hari je aku mampu privatekan blog aku ni.. SAYANG sangat kat blog ni. Hanya blog je boleh menjadi tempat luahan dan rintihan hati aku ni..
Rasanya aku nak lari je dari tempat yang aku berada sekarang. Aku rasa taknak muncul kat sape² pun yang kenal aku. Tapi bukan semua masalah boleh diselesaikan dengan cara melarikan diri dari mencari jalan penyelesaian. Dah penat aku memikirkan untuk mencari jalan penyelesaian bagi masalah yang aku hadapi tapi tetap jugak buntu.. herm...
Hari ni hanya mampu menelan satu cup maggi dan biskut kering
Bila dah buntu selera makan pun merundum ke zero. Orang kata tak baik mengeluh mengenang nasib dan ujian yang kita dapat darinya. Jadinya aku redho dengan segala kemungkinan. Ya Allah Terima Kasih dengan Ujian MU.
Dapat satu artikel dari satu blog ni harap dapat membantu aku menenangkan fikiran yang bercelaru
Kita selalu bertanya, dan kita sering lupa Al-Quran sudah menjawabnya.
KITA BERTANYA : KENAPA SAYA DIUJI SEBEGINI ?QURAN MENJAWAB
“Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; ”Kami telah beriman,” (“I am full of faith to Allah”)sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan, sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.” -Surah Al-Ankabut ayat 2-3
KITA BERTANYA : KENAPA SAYA TAK DAPAT APA YANG SAYA IDAM-IDAMKAN?QURAN MENJAWAB
“Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.” - Surah Al-Baqarah ayat 216
KITA BERTANYA : KENAPA UJIAN SEBERAT INI?QURAN MENJAWAB
“Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.” - Surah Al-Baqarah ayat 286
KITA BERTANYA : KENAPA RASA LEMAH BILA DIHADAPI UJIAN?QURAN MENJAWAB
“Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman.” - Surah Al-Imran ayat 139
KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA(UJIAN)?QURAN MENJAWAB
“Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yangberkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah (be fearfull of Allah The Almighty) kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan).”
KITA BERTANYA : APA YANG AKU DAPAT DARIPADA SEMUA INI?QURAN MENJAWAB
“Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu’min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka? - Surah At-Taubah ayat 111
KITA BERKATA : AKU TAK DAPAT TAHAN BILA DIUJI SEBEGINI!!!QURAN MENJAWAB
“… ..dan jgnlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari Rahmat Allah melainkan kaum yg kafir.”- Surah Yusuf ayat 12
Psst : runsing menyebabkan kemurungan yang melampau... mulalah syaitan berbisik dengan kata² yang buruk untuk menyesatkan kita dalam keadaan kecelaruan.
apa yang boleh No katakan adalah kena dekatkan diri kepadaNYA..moga2 dengan doa kita insyALLAH ketenangan akan kembali..
ReplyDeleteBetul... Quran telah ada jawapan kepada setiap persoalan, tapi kita masih juga suka mencari yang lain. :)
ReplyDeletemuhasabah di hari jumaat ... :) ..Semoga emosi kembali tenang :)
ReplyDeleteAllah mendengar setiap keluhan Kebaya...semuga kita tidak akan pernah merasa terlalu emosi dgn dugaan dan anggaplah semua itu satu proses kehidupan di dunia dan kita akur bahawa ujianNya tidak akan lebih dari apa yg kita boleh tanggung..
ReplyDeleteeh... sama la kita pun lunch maggi... layan teringin...
ReplyDeletebanyak2 sabar ye...
my dear.... setiap kali di landa masalah... kebuntuan - jalan terbaik adalah memohon dari Nya - ketenangan - kesabaran... dan insyaallah... akan ada penyelesaiannya...
ReplyDeletebanyak2 bersabar ye RK!
moga kau tabah dan kuat dalam menghadapi cabaran hidup sis..dee doakan moga dipermudahkan segalanya ye..
ReplyDeletebetul tu... dengan membaca al-quran jiwa akan tenang... meengadula.. merintih lah.. menangislah kepada Allah.. hanya Dia yang mampu memberi pertolongan.. dan kita akan mendapat kelegaan dengan berserah segalanya kepada Allah... InsyaAllah.. =)
ReplyDeleteBantu Untuk ‘Vote’ Saya! Boleh?
Ya Allah berikanlah kekuatan dan ketabahan kepada teman ku ini dalam apa jua ujian yang Kau beri kepadanya. Dakaplah dia dengan dakapan kasih sayang Mu. Limpahkan dia dengan RahmatMu. Sesungguhnya Kau Maha Berkuasa, Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
ReplyDeletesalama Aishah, moga emosi kembali tnenag seperti sediakala. ada hikmah disebalik apa yg berlaku, supaya kita sentiasa dekat padaNya.
ReplyDeletejgn la private nanti xleh la kita dtg sini. huhuhu
ReplyDeletesemoga tabah hadapi setiap dugaan yg mendtg. akak pun camtu jugak, sekali skala diuji, sentiasa berdoa semoga akak tabah dlm hadapi ujian itu
ReplyDeletebila kita susah mau pun senang...
ReplyDeletebila kita berdoa kepadaNya...
rasa tenang skit jiwa nie kan....
semoga segala kebuntuan itu akan temui jalan penyelesaiannya, insyaAllah...
relax sudah!...lari dr masalah xkn selesaikan apa2..nnt masalah tu yg kejar pulak..orait!
ReplyDeleteapa pun ia..harap semua akan berlalu dgn baik..
ReplyDeleteInsyaallah ada jalan penyelesaiannya.
ReplyDeleteManusia mana yg tiada masalah? kena sabar, redha, muhasabah diri dan tenangkan fikiran. Cuba bergaul dengan teman2 yg boleh menceriakan kita.....
ReplyDeleteHidup ibarat roda, ada masa kita diatas dan sebaliknya. Akak hrp RK akan ceria spt dulu...