Salam..
Lambat sikit update cerita -ceriti aku hari. Ada benda yang harus diselesaikan dahulu baru boleh hadap blog yang dikasihi.
Sebenarnya memang tak tau nak update citer apa. Tapi terfikir pulak istilah SIAPA CEPAT DIA DAPAT. Istilah ni boleh guna pada dua jenis orang rasanya. Tu pun pada kajian yang aku dah buatlah. Satu kebaikan dan lagi satu keburukannya.Kalau korang ada kajian lain sila isi diruangan KOMEN ye.. Manalah tau korang pernah kaji ada jugak kajian tambahan untuk dikongsi bersama.
Yang pertama (kebaikan)
Bagi orang yang suka bersukan atau yang nak berjuang dalam apa segi bidang. Mesti kena tanam sikap SIAPA CEPAT DIA DAPAT sebab mestilah nak menangkan. Kalau tak menang tak derlah dapat pingat, gelaran Juara @ gelaran Datuk. Kalau tak menang sape nak bagi hadiahkan takkan aku pulak... hehehe..
Tapi aku bukan nak cerita lebih pada kebaikan. Tujuannya lebih kepada keburukan sebabnya ntahlah aku rasa istilah ni orang dah banyak salah gunakan agaknya.
Yang kedua pula (keburukan)
Pada orang yang tak pernah nak fikir tentang orang lain.
Contohnya ~ Dulu masa aku sekolah lagi bila mak aku suruh makan mesti dia pesan "Simpankan sikit untuk orang lain ye." tu maksudnya jangan kau yang nak melantak sensorang je. Ingatlah orang lain jugakkan. Nanti orang tu balik dari kerja atau mana² dah teruja nak makan bila buka tudung saji takder. Tak ker hampa. Tak kiralah dengan family ke atau dengan kawan² kalau boleh janganlah disematkan dalam hati Istilah SIAPA CEPAT DIA DAPAT.
Kalau nak terapkan jugak tengoklah keadaan. Kesian orang lain bila kena macam tu. Cuba kalau diri kita sendiri yang kena macam tu. Mesti 24/7 asyik merungut dan membebelkan. macam tu jugak orang lain.
Psst ~ bila aku makan sedap² dengan member opis mesti teringat mak, abah, anak² dan en. suami.... Herm.... tu yang balik kerja nak masak yang best²
untuk diorang. Korang macam mana ada perasaan macam aku jugak tak?
Kat suami, kurang sikit ingatnya berbanding ingatan terhadap anak2. :)
ReplyDelete@kakcik: jgn macam tu...kena ingat kat laki dulu..ustaz kata kita kalau boleh buat ayaq kat laki dah dpt pahala tau... huhuhuuhu...
ReplyDeleteselalunya kesian kalau makan lebih2 pas tu mesti ajak suami bawak anak2 jugak mkan benda yg sama kita makan.. kesian la kita makan depa tak makan.. baik p makan sama2 lagi sekali..
ReplyDeletebetul tu kak..mmg mkn apa2 yg sedap n mewah bila anak2 n asben takde rasa mcm tak lengkap..walaupun mereka penah mkn benda yg sama tp tetap rasa mcm tu kak...
ReplyDeletenak2 izan ni,mkn apa2 ingat org kat laut (padahal dia kat sana makan punya la sedap) tp dah lumrah mcm tu huhu
selalu pesan ngan anak2 klu makan tinggalkan skit untuk ayah ...kakak..n ibu....jangan nak habiskan semua....
ReplyDeletecheqna selalu ingat ma cheqna =)
ReplyDeleteana pun selalu mcm tu...mmg mak2 mcm ni kot nya kan..:)
ReplyDeleteKalau kakak macam kakcik, pada anak-anak lebih lagi tak tahulah kenapa... lagilah yg tinggal di asrama kan....
ReplyDeleteSamalah Kebaya..bila office buat makan2 dekat hotel ker..hati tu pon mula lah berkata...apa lah yg anak aku makan kat umah tgh hari ni...
ReplyDeletea'ah kak..sama la ngan eida..klu makan best2 kat opis..mesti teringat kat umah...huhuhuhu
ReplyDeleteade hikmah kalo org2 tua bcakap ni...tp kalo ika,ade 1 bad habit la..da mkn separuh baru tingat nk pelawa org laen...hehehe...
ReplyDeleteSuka jugak pesan kat anak cam tue...
ReplyDelete