GPS

Salam.... 

Baru masuk opis ni.. Pagi tadi seawal jam 7.00 pagi aku dah otw ke Sungai Buloh. Aku walaupun dah beratus kali pergi sungai buloh tapi tak pernahlah drive sendiri. Selalunya aku dok sebelah penumpang sambil tido je. Memang tulah keje aku sampai en. Suami pun tension ngan aku. Masuk kete je tido tak sampai 5 minit dalam perjalanan aku dah terlelap.memang itulah aktiviti aku dalam kete. Kecuali kalau dah teroverdose tido malam sebelumnya.. memang berjagalah aku.

Tapi hari ni aku terpaksa drive sendiri pulak nak ke sungai buloh tu. Nak pergi ke HQ FFM berhad. tu yang beria bangun awal pagi takut tersesat. Kalau awal tersesat takper lagi. Boleh calling2 orang suruh tunjuk jalan. Padahal nak ada kat sana sebelum 9.30 pagi. Kalau orang yang dah expert jalan sungai buloh pejam mata pun sampai.. Tapi kalau orang yang macam aku ni. tersilap jalan ke Kepong perginya.. Memang tadi nak termasuk ke Highway kepong pun. Nasib baik aku cepat putar stering masuk balik jalan ke Shah Alam. Kalau tak berjalan sakanlah aku.. hehehe... apa nak cari kat kepong tu.. aku pun tak pernah sampai lagi.

Kembali pada tajuk GPS kat atas. Sebelum ni en. Suami aku ada beli GPS. Lepas tu aku selalu kondem dia. apehal lak nak pakai GPS bagai bukan nak pergi mana pun. Sebab sikap endah tak endah terhadap GPS tulah. Hari ni GPS tu mengelakkan aku.. kahkahkah.. kata GPS tu.. taklah aku tipu je.. Kalau gelaklah mau aku campak je GPS tu dari tingkap kete aku..

Malam tadi en. Suami pun ajarlah aku guna. Aku rasa aku dah faham dah cara en. suami ajar. Siap buat demo lagi depan en. suami. Tapi tulah benda nak jadikan. bila pagi tadi aku nak guna je.. aku terlupa nak tekan Destination. Sudahnya aku asiklah bertawaf satu kampung yang bersebelahan dengan HQ FFM Berhad. adoi... naik pening kepala dibuatnya. padahal dah jumpa bangunan tapi tak tahu pintu masuk kat HQ tu. Alih2 kak noor seopis aku call orang kat HQ tu untuk amik kitorang kat Pekan. Pekan apa pun aku tak tahulah.

Bila dah sampai je kat depan HQ tu.. terus mulut bising. aiks... tempat nilah kita lalu tadi. Tapi apesal tak jumpa pintu masuk. Sekali tadi aku cek balik GPS rupanya aku tak setting Destinantion. Tu yang asiklah bertawaf kat sungai buloh tu.

nilah GPS tu... lepas ni aku tak pandang sepi dah.. berguna tau bila dah tau cara gunanya.
ni Setting GPS yang dah betul. Setting yang mula-mula tadi aku dah tersilap. 
moral entry ni : Jangan pandang remeh apa yang en. Suami aku beli lepas ni. Mesti ada kegunaannya untuk kemudahan kemudian hari.

Ok... Dah habis...

Note : kepala berdenyut-denyut sebab kena panas matahari.. Wah.. macamlah aku ni puteri salji.. manjakan.. hehehe

19 comments:

  1. kalau reti guna, best je guna gps ni..yg ana plak x reti nak estimate brp jauh even 50m tu yg rs complicated sgt..heh3x

    ReplyDelete
  2. tak penah guna gps...
    sokmo kalo jalan2 area kl - selangor my hb tau jalan

    hanya bila keluar kl - tapi best gak sesat ni... bleh jumpa tempat yg tak penah jumpa n pegi
    hik hik hik

    ReplyDelete
  3. betoi tue kak...last week eida pegi melaka pun...terpaksa mengguna khidmat GPS jugak...huhuh nasib baik xsesat...

    ReplyDelete
  4. klu berjalan yang jauh2 kena guna GPS nie....

    ReplyDelete
  5. kekadang gps ni membohong~keh keh~

    ReplyDelete
  6. sememangnya kalau ddk kt sblh org driver tak akan ingat perjalanan...
    tapi rasanya lepas ni rk mesti cekap dah kat jalan sbb dah teror guna gps n dah tawaf berkali2...

    ReplyDelete
  7. haha.. sian, tak pasal gps tu yg kena

    ReplyDelete
  8. saya pakai kat henpon je. yg ovimaps tuh. bleh tahan gak. dulu ktrg pineng, cari hotel tak jumpa, akhirnya ovimaps gak membantu. hihihi

    ReplyDelete
  9. senang kn adae mende ni..insya allah tk sesat..kalo sesat gak tk taw la...

    ReplyDelete
  10. Tak boleh ikut GPS 100%, nanti ke laut! Satu lagi, jalan kat KL ni selalu sgt berubah, jenuh la nak update GPS.

    ReplyDelete
  11. skrg GPS dah bley mcm2 kan kak.speedtrap detector tu yg best hehe.pastu nk cari hotel2 atau apa2 la xtahu kt satu2 tmpt tu =)

    izan suka guna papago. =) garmin ok jugak tp mapking tak pernah guna err izan install semua kat situ hehe...

    ReplyDelete
  12. berguna ek.. nanti nak suruh cik abe pi rembat satu la

    ReplyDelete
  13. GPS mmg berguna..skrg nie kalau tau jalan pun saja2 jer guna..nak familiarkan dengan penggunaan GPS tuh.. Ada sekali tuh.. weols gi umah kawan..pas tuh set nak balik..umah.. GPS suruh ikut jalan lain.. jalan yang tak pernah di fikir oleh weols.. best jugak.. sampai jugak ke rumah.. :)

    ReplyDelete
  14. keh keh keh ....betul tu kak...jgn dipandang remeh...mesti ade kegunaannyer heheheh

    lieya punye gps tu plak dah tersadai lame dah....dulu mase baru beli jakun...dari opis nak lik umah pun on gps haahahahaha

    ReplyDelete
  15. nasib baek dier x tunjuk ke lombong or sungai or ke gaung coz kes neh dh penah jadik kt kwn hub sy. rupernyer mender neh slalu kne hapdet gaks yea? mcm blog aih...ehehehh

    ReplyDelete

Terima kasih kepada Blogger yang komen di blog RK. Tunggukan kunjungan balas dan comment dari RK di blog korang ye. Nak Reply comment disini RK takut tak sempat je.

@}------LOL to all comentar------{@

Nota Penting!
Pada yang nak letak Iklan. Tolong letak d ShoutboX atau bayar RK RM o.5o per comment boleh? boleh jugak beli cekedis ~ ahaks~

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...