Aksi suami isteri

Salam... 

Amboi... amboi... korang. Baca je tajuk AKSI SUAMI ISTERI terus je tekan ye. Nak taulah tu apa aksi yang ada.. hehehe... Takder aksi yang adventure pun. Lainlah dua hero kecik aku tu. Yang tu macam-macam aksi diorang ada.. Terbanglah, supermanlah sampai yang aku tak pernah terfikir pun diorang ada. Almaklumlah akal bebudak panjang je. Kita pun panjang jugak tapi kebanyakkan kita masih boleh kawal lagikan.

Oklah berbalik pada aksi suami isteri aku ni kan. Citer kisah pagi tadi. En. Suami hantar aku pergi kerja. Tapi singgah Esso kejap untuk isi petrol. Sampai je kat Esso aku terus ternampak gambar eskrem Magnum. Apalagi aku belilah dua ketul. Satu untuk aku dan satu lagi untuk en. suami.

Macam mana aku boleh terpengaruh dengan eskrem magnum ni. Ni gara-gara tengok blog MDT semalam. Tu yang terus terkenan dengan eskrem ni. Padahal dah tengok iklan kat TB tapi tetap nak salahkan MDT jugakkan. Jangan marah ye MDT sambil tu promote ni.

Apa nak jadilah awal-awal pagi dah bedal eskrem. Tapi nak buat macam mana teringin tau..

Ok kat bawah ni aksi suami isteri ye.. kalau tak suka sila tutup mata korang.

Choc truffle tu untuk aku dan almond tu untuk en. suami.. tapi almond tu lagi sedap.. rugi.

Rupa choc truffel pada yang belum tahu.. ada bunyi riak kat situ.. tak baik betullahkan.

Almond.. dah separuh en. suami aku sebat.. tapi memang sedap pun.. 

Aksi aku dan en. suami.. terbeliak mata aku bila makan eskrem ni.. en. suami pun dah tak peduli yang penting dia menikmati eskrem tu.

Tengok sampai terteleng kepala aku. mulut en. suami tu mungkin menahan kesejukan. hehehe.. macam mana tak sejuk.. awal pagi dah bedal eskrem.. mau nyilu segala gigi dalam mulut tu.

Sila sambung buat keje ye.. nanti tengah hari sape yang teringin harap cecepat pergi kedai atau pasaraya cari eskrem ni. Tak rugi cuba tau. Seeeeeeeeeedaaaaaaaaaaaap


Ok.. dah habis.

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...