ok.. ni yang last..

Salam...

Korang dah habis citer raya. Ikutkan aku tak habis lagi.. tapi karang asyik citer pasal raya mesti muntah darah dibuatnya. Jadi ni gambar raya last untuk entry ni. Bukan untuk entry ni je.. lepas ni kira dah takder citer rayalahkan. Lagipun memandangkan hari ni last kita beraya. Walaupun last tapi aku dah menerima jemputan open house yang terakhir malam ni. Hebatkan.. last day pun masih sempat nak buat open house walaupun jatuh hari bekerja. Tapi takperlah dah niat tuan rumah nak blanja rezeki lebih dia dengan kita. Kita terima sajalah rezeki tukan. jangan nak ditolak pulak..

Dah... dah... Sudah... melalut pulak akukan.. ni citer hari ahad lepas. Pergi rumah anak sedara aku kat Rantau Panjang, Klang.. bukan kelantan ye. Kang tersalah faham pulak ingat aku beraya sampai ke kelantan.. padahal selangor jekan.. adohai.. melalut lagi aku ni.

Kitorang sampai rumah anak buah aku tu dalam jam 1230 tengah hari ngam-ngam time perut berbunyi-bunyi minta diisi nasikan. Padahal memang datang tu aku kosongkan perut ni. Sebab pestime beraya rumah diakan. Kang datang perut dah kenyang nanti tak jamah pulak makanan dia.. kecik hari tuan rumah nanti.. Alasankan padahal memang gantung periuk pun..

Oklah malas nak melalut lagi.. korang tatap jelah gambar kat bawah ni.. biar dia sambung balik cerita aku ni.

Kak long aku dengan sepupu belah mak.. Anak buah yang aku katakan tu sebenarnya anak sepupu belah mak aku. Ntah apa yang diorang borakkan ni... Beria gelak ketawa.
Hidangan adalah lambakkan je pingan hidangan di atas lantai.. Almaklumlah.. tuan rumah baru berumah sendiri barang perkakas tak cukup lagi.. Tapikan makan yang macam nilah lagi buat aku berselera.. takderlah rasa nak bersopan santun sangat.. hehehe.. Cer.. umah mak mertua... tertib je cara suap nasi dan duduk aku.. berlakon je lebihkan.. 

Antar hidangan yang ada... korang tengok kat bawah ni ye..

Sambal belacan meletup... kalau makan memang keluar asap kat telinga.
Ulam raja.. petik kat belakang rumah.. bestkan dok rumah bawah ni segala bagai boleh tanam... bila nak makan petik je.. semuanya dihujung jari.. bukan kat internet je tau.. kalau poket penuh pun semuanya dihujung jari.. adoi.. tak benti melalut aku ni.
Masak lemak pucuk ubi kebabo.. pedas sedap dan kuahnya yang lemak-lemak je.. Pucuk ubi ni pun petik jugak.. terkenang aku kat kampung nak masak lemak je mak aku mesti petik pucuk ubi.. sedap.. lepas tu angin.. erk.. erk.. ntah angin kenyang atau angin sakit..
Ikan goreng yang garing.. pergh sedap.. sesuai untuk orang yang bergigi je ye.. kalau tak bergigi jangan perasan nak makan.. sakit gusi nanti.. harus pakai gigi palsu yang dilekat Polident.
Korang tau aku blasah ikan goreng ni sampai empat ekor.. Dua ekor aku makan dengan nasi dan lagi dua ekor aku makan dengan sambal kicap.. pergh terangkat.. kalau aku tak fikir orang belakang.. Memang semua aku blasah ikan ni. Tu kalau tahap tamak aku dah melampaulahkan.. herm.. aku masih waras.

Ok.. berakhir sudah hari raya ini.. Harap ketemu diramadhan dan syawal yang akan datang..

Habis..

28 comments:

  1. sedapnya ulaman n ikan goreng tu.terliur.

    ReplyDelete
  2. ikan goreng garing...makan ngan nasi panas letak kicap skit..pastue gaul ngan sambal belacan..pehhhhhhhhh sedapnya kak....

    ReplyDelete
  3. mak oiii sambal belacan tuuu... kecur air liur ni... ngancammm...

    ReplyDelete
  4. aduii la masakan kg menaikkan selera..nak2 makan ramai2 kan...terliur ni dh..

    ReplyDelete
  5. makan kat atas lntai lagi rasa best kak..lg2 ramai2 mcm tu..lauk plak best kemain! pakej lengkap la tu kiranya.

    ReplyDelete
  6. makanan nampak simple tapi sgt menyelerakan...yummy...yummyyyyy...
    dappp

    ReplyDelete
  7. Masak lemak pucuk ubi itu membuatkan air liur kakcik menitis!

    ReplyDelete
  8. sambal belacan dan ulam taja
    iols paling suker beb!

    ni tak de lauk lain pun tak pe
    ngadap sambal belacan dah cukup!

    ReplyDelete
  9. sambal belacan meletop tu boleh keluar asap ikut hidong tak? haha

    ReplyDelete
  10. Melampau sampai 4 ekor masuk perut RK. Tak lama tak boleh berkebaya lagi baru tahu. Kakak tak boleh tahan tengok sambal belacan dia huh... mengancam betul. Ulam pulak ulam raja. Hm... telan air liur ajelah kakak...

    ReplyDelete
  11. Alamak!!!! Masakan kampong!!! Sedapnya1!! Waaaa...nak balik kampong la mcm nih! Hihiks...Ninie dh follow Ratu, sudi2 terjah Ninie juga. Ada tutorial resipi mengarut di blog ninie yg x seberapa tuh.

    ReplyDelete
  12. warghh kecur ! kalau saya makan ikan tuh dgn belacan je. calit2 belacan tuh. fuhh terangkat

    ReplyDelete
  13. yummy....sedapnye tgk.. terliuq ni..

    ReplyDelete
  14. ikan goreng garing2 mkn dgn nasi panas...sedap....

    ReplyDelete
  15. sedapnyer tengok lauk pauk tu....

    ReplyDelete
  16. memang masakan mcmni lg bestkan...pada dok masak rendang tok la..ayam masak merah la...ikan goreng tu my feberet juga kalau digoreng garing2 mcm tu....

    ReplyDelete
  17. mak aii..melampau betul ko ye...habiskan lauk orang mkn sampai 4 ekor....memang kuat meratah RK ni...hihihi..

    ReplyDelete
  18. saya suka ikan goreng makan dgn sambal belacan! lauk harian masa saya pregnant dulu

    ReplyDelete
  19. sedap beb lauk2 cam ni..akk ayam2 ni kureng..kalau cam ni..perghhhhh...nak2 pulak mkan bersila kat bawah....

    ReplyDelete
  20. menu lauk kampung memang best..boleh bertambah2 makan nasi..

    ReplyDelete
  21. sedapnya menu.. ai like.. ;)

    psstt: kalau ai datang umah u.. ai nak macam tu boleh.. hikhikhik..

    ReplyDelete
  22. lama betul cikgu tie tak makan ulam raja nie. Dulu banyak sangat cikgu tie tanam tapi sekarang nie dak putus benih la pulak.huhuhu......

    ReplyDelete
  23. lauk2 kampung ni kalau makan mmg tak pandang org blakang lg dah...jnji perut kenyang.ehehe...sambal belacan tu mak oi...mengancam.

    ReplyDelete
  24. yg x tahan tgk ulam raja tuh. susah nk dpt kt kedai mkn wooo...dus2...

    ReplyDelete
  25. jom bukak cerita orang gi haji pulak lah :)

    ReplyDelete
  26. educational toys promotion ..
    it is fun and smart toys for your kids..

    visit our page at

    www.smart-intelligent-toys.blogspot.com

    for further inquiry kindly contact us at ysalli@yahoo.com

    or add us in fb
    intelligent.toys@yahoo.com

    ReplyDelete

Terima kasih kepada Blogger yang komen di blog RK. Tunggukan kunjungan balas dan comment dari RK di blog korang ye. Nak Reply comment disini RK takut tak sempat je.

@}------LOL to all comentar------{@

Nota Penting!
Pada yang nak letak Iklan. Tolong letak d ShoutboX atau bayar RK RM o.5o per comment boleh? boleh jugak beli cekedis ~ ahaks~

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...