Jem... makanan pun yang segera jelah.

Salam..

Khamis lepas dalam jam 5.00 petang je. dengar citer jalan dari westport nak menghala ke highway kesas jem.. Dalam hati cakap menejelang jam 5.45 mest jem sampai kat Kilang nugget (anak syarikat FFM Berhad). Bila keluar je memang seperti yang dijangka dah jem giler sampai kilang nugget. Tapi tetap jugak redah jem tu. malas nak stay lama2 kat opis.

Nilah keadaan jem tu. kontena kiri-kanan. Sesak nafas nasiblah rumah tak jauh. Kalau tak mau jem pulak kepala lutut.


Tapi bukan nak citer pasal jem pun. aku nak citer masakan yang paling segeralah selain mee segera. Almaklumlah sampai rumah pun jam 7 petang. buat itu ini dah dekat jam 8.00 malam. Jadi keputusannya malas nak keluar dan dalam otak fikir nak masak yang mudah je. Tapi dalam peti ais cuma ada daging kisar Ramlee dan telur 10 biji.

Sambil fikir-fikir nak masak apa. Terus keluar mentol kat kepala. Keputusannya daging kisar ramlee tu masak kicap dan buat telur dadar.. memang mudah je masak.. tak sampai pun 30 minit. boleh terus makan.

Nilah... daging kisar masak kicap.. pestime aku masak kicap guna daging kisar. rasanya pun tak mendukacitakan. Tetapi terasa rugi lak sebab aku masak sekeping je.. Tiba time makan rasa tak cukup je. aduh... rugi betul.. tapi takper ada lagi dua keping boleh buat lagi.

Telur dadar hilang upaya. Sebab tengah aku goreng telur ni ada orang pulak datang.. jadinya taknak dia hangus atas dapur sepantas kilat aku balikkan dan terus masuk dalam pinggan. Tengah2 tak masak lagi tapi aku suke.. lemak2 je rasanya

Takder sayur.. jadi gantikan dengan salad. Sedap betul makan malam untuk hari tu. rasa memang tak cukuplah.. semua selera je makan. Agaknya lagi simple kita masak lagi berselera kot. Tapi janganlah simple sampai rasa pun ntah rasa apa pulakkan.. Nanti tong sampah pulak yang makan. Rugi tu dan membazir.

Note : hari ni ada jcard kat jusco.. nak pergi ke taknak ye.. herm.. tengah congak-congak ni...

Ok.. habis

13 comments:

  1. sedap tu kak..segera pun semua mmg ngam n match. daging kisar tu yg dalam paket utk masak spaghetti tu ke kak?

    ReplyDelete
  2. izan ~ a'ah adging yang untuk buat spageththi tu.. senang cepat dan tak liat.

    ReplyDelete
  3. ahaha telur dadar hilang upaya, tersengeh hany baca ;)

    ReplyDelete
  4. hehehe salad tu perah ngan lemon sedap

    ReplyDelete
  5. yg pntg kite buat dia...jnji ble mix n match....sedap...perut pun lapar...mmg sold out n tak cukupla...biasa menda skit kan ske berebut2 tak cukup...tu yg seronok tu..

    ReplyDelete
  6. yg simple tu lah yg makan leh bertambah2...hehe.

    ReplyDelete
  7. uiks ada ye masak kicap guna daging kisar. idea bagus ni.hehehe

    ReplyDelete
  8. jalan kat klang memang napak lori kontena je....

    ReplyDelete
  9. suka tengok lauk pauk tu...simple tapi nampak tempting

    ReplyDelete
  10. tunggu keadaan ai ok pulak.. hehehehe.. confirm segala macam makanan ai nak makan..

    ReplyDelete
  11. mudah.. cepat.. janji sedap...

    itulah moto saya dalam bidang masak-memasak nih! hehehe

    ReplyDelete
  12. ahhaha clurst nama..telur dadar kurang upaya..kekeke

    ReplyDelete

Terima kasih kepada Blogger yang komen di blog RK. Tunggukan kunjungan balas dan comment dari RK di blog korang ye. Nak Reply comment disini RK takut tak sempat je.

@}------LOL to all comentar------{@

Nota Penting!
Pada yang nak letak Iklan. Tolong letak d ShoutboX atau bayar RK RM o.5o per comment boleh? boleh jugak beli cekedis ~ ahaks~

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...