Resepi nuget Cik ina do do cheng.

Salam...

Sabtu lepas dok boring2 kat rumah. Tak tahu nak buat apa dah. Aku jenguk dalam esbok ada lagi daging kisar Ramlee dalam dua keping. Dalam kepala doklah congak-congak nak buat apa dengan daging ni. Nak masak spaghetti barang tak cukup pulak.

Lepas tu terus teringat nuget kak ina. Terus capai bahan2 yang berkaitan dah akhirnya jadilah nuget macam kak ina. tapi taklah secantik kak ina punyer. almaklumlah pestime buatkan. tapi rasa tu ada sama sikitlah..

Sebenarnya malas nak citer panjang-panjang. Kalau korang nak resepi sila terjah blog CIK INA DODO CHENG ye.

ni edisi bergambar pulak ye.. biar gambar ambik alih untuk bercerita pulak.

aku buat versi daging. sebab daging je ada dalam peti ais aku. nanti aku dah beli mesin kisar daging. aku buat versi ayam pulak. Ok.. daging ni dah siap digaul dengan rempah tapi rempah aku italian herbs.. tapi tak kisahlahkan sama je isi dalam dia. ada oregano, parsley dan macam2 lagilah.

Lepas dah gaul.. sebabkan nak rasa lebih sedap lagi. aku letak cheese kat dalam dia. baru puas sikit nak makan. kalau beli yang kat kedai cheese tak meriah macam buat sendiri.

Susun cantik2 dalam dulang. sebelum digaul dengan tepung dan telur.

Gaul dengan tepung. 

Lepas tu gaul dengan telur pulak. aku ikut sebiji2 cara kak ina.. ater kenalah ikut sifu kan. kang lari pulak rasa nuget tu.. ke tong sampah pulak perginya.

dah siap digoreng. Gamabr dalam kuali tak sempat nak amik pulak.. jadinya versi yang dah siap goreng pulak ye. dah nama nuget buat sendiri. makanya bentuknya taklah secantik macam dibelikan.. 

Tadi gambar kelabu asap jekan. ni kasi clear sikit.

Korang harus cuba tau resepi kak ina ni. memang terbaiklah.. anak2 pun suka dan makan makanan yang berkhasiat. yang lebih penting adalah makanan tu dari air tangan kiter ye. Anak pun kenyang suami pun suker. Sebab apa suami suker sebab tak payah keluarkan duit beli nuget segera.. hehehe.

OKlah.. nak sambung buat keje.. Keje banyak ni sebab semalam MC cabut gigi.

ok.. dah habis.

16 comments:

  1. Kakcik nak cuba jugalah nanti, tunggu bila mood rajin datang. :)

    ReplyDelete
  2. daging sng skit nk buat kan.ayam kang nk kisar lg.ratu ni dhla pemalas.kena plak ade cheese dlm dia...OMG sedapnye...bila gigit mesti cair dimulut.

    ReplyDelete
  3. pakai daging yg dah kisar ramli beger tu buleh?

    nak buat nak buat....

    ReplyDelete
  4. buattt jugakkk....versi sendiri kan kebaya..buh pulak cheese bebanyak....perghhhhh.....

    ReplyDelete
  5. macam senang n mesti sedapnie klu aishah yang buat...

    ReplyDelete
  6. wah.. mesti cik ina bangga tengok entri ni.. hehe

    ReplyDelete
  7. rupa x penting..yg penting, sedap dan homemade...:)

    ReplyDelete
  8. Buat sendiri lagi berbaloikan..yang penting isi tu dijamin betul isi ayam atau daging...kalau yg beli tu takut campuran organ2

    ReplyDelete
  9. saya rasa nama yg lebih sesuai ialah bergedil, bukan nugget.~haha

    ReplyDelete
  10. makan masa tea time sedap jugak nie kak...

    ReplyDelete
  11. nak buat la , macam menarik je..comel2 hehe..

    p/s: follow sini , salam kenal dari Sinar Raudah

    ReplyDelete
  12. Wahh sedapnyaa..tuh.. mesti nak kena cuba plak laa.. :)

    ReplyDelete
  13. sedapkan cik ina punya resepi. kenapa tak bawak skit.kirim salam ngan cik ina ye.

    ReplyDelete
  14. rajin la akak..izan pun slalu tgk cik ina wat sendiri nuget.tp izan tak test lg..kena test ni bila akak kata sedap dan jimat hehe

    ReplyDelete
  15. berjaya jua uols buat...

    iols jer masih tak cuba buat
    resepi dah copy-paste.. buatnya idak juga!

    ReplyDelete
  16. simple but mengenyangkan kan?boleh la cuba buat ni..

    ReplyDelete

Terima kasih kepada Blogger yang komen di blog RK. Tunggukan kunjungan balas dan comment dari RK di blog korang ye. Nak Reply comment disini RK takut tak sempat je.

@}------LOL to all comentar------{@

Nota Penting!
Pada yang nak letak Iklan. Tolong letak d ShoutboX atau bayar RK RM o.5o per comment boleh? boleh jugak beli cekedis ~ ahaks~

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...