Sebelum dan selepas.

Salam... 

Semalam aku balik awal dari opis. Jam 10.30 pagi dapat call dari kakak aku dia bagitau si Uzair masih tak henti-henti muntah. Tapi bukan muntah je tapi dah join sekali dengan cirit-birit. Aku nak keje pun hati tak sedapkan. Asyiklah ingat si Uzair kat rumah pehtu tak boleh fikir2 lagi terus isi borang cuti untuk semalam sampai rumah je terus bawak uzair pergi klinik. Doktor bagi ubat demam dan ubat tahan muntah je.

Kesian je aku tengok sebab minum air masak je semalam. Tetapi sesekali aku bagi jugak air susu. Kesian pulak asyik minum air masak je kan. Hari ni pun hati masih kat rumah jugak. Harap2 dah kuranglah muntah tu. Tapi dah nampaklah perbezaan tu dari semalam. 

Aksi sebelum muntah-muntah.. ceeria jekan. dahlah memang kurus.

Belenging je semalam.. pakai pampers je. dah nampak tulang selangka.. 

Tido pun sekejap je tak sampai 1/3 jam.. dah jaga. semua tempat dia tido dan baring kena lapik dengan kain. Kalau tak habis lencun dengan muntah pulak. 

Kesian dia moga hari ni bertambah sihat boleh bagi makan nasi banyak sikit biar berisi macam abang dia.

Nasib baik si abang tak kena macam adik. Kalau tak susah hatilah mama korang ni... 

Motif sebelum selepas sama je kan. Sebelum kena muntah-muntah pun kurus. Masa kena penyakit muntah2 pun makin bertambah kurus. 

Mungkin sekarang ni musim kot kena penyakit macam ni. Sebabnya anak sepupu aku pun kena. Lagilah dah seminggu melarat. Semoga semuanya cepat sembuhlah.

23 comments:

  1. aloo uzair... get well soon ya handsome boy

    ReplyDelete
  2. Tak sampai hati bila tengok anak-anak demam. Kalau muntah dan cirit budak memang cepat letih dan susut... Moga Uzair beransur sembuh ye sayang...

    ReplyDelete
  3. alahai sian tengok lembik dah tu...kena minum air bnyk2 ...cepat sembuh yer

    ReplyDelete
  4. keracunan makanan tu agaknya...hrp uzair cpt sembuh...

    ReplyDelete
  5. adik saya kat kampung pun kna mcm ni ..tapi lpas makan ubat dah o.k ....semoga uzair pun cecepat sembuh

    ReplyDelete
  6. get well soon adik...sedey kan kak..klu anak2 xsihat nie..kita nak keja pun hati xsenang....teringat jerk...

    ReplyDelete
  7. badan dia panas tak makcik? kalau panas janagn lupa jelum~~

    ReplyDelete
  8. uzair cepat sembuh ok..mkn bebanyak cam abg...

    ReplyDelete
  9. noti boy demam puloksss

    cpt sembuh ye sayang

    ReplyDelete
  10. apasal pakai stokin kat tangan pulak tu...? Tangan sejok?

    ReplyDelete
  11. moga uzair cepat sembuh..
    tu biasa.. kalau anak muntah mesti nak kena lapik kain..

    ReplyDelete
  12. alahai..
    kesiannya tgk dia melepek camtu

    ReplyDelete
  13. Kesiannya Uzair... moga segera pulih sepenuhnya.

    ReplyDelete
  14. alahaii mmg susah hati dibuatnya bila anak2 tak sehat ni..

    ReplyDelete
  15. air kita dh tak bersih kot..

    ReplyDelete
  16. patut ambik gambar bacaan penimbang. baru ada digit2 gituuu

    ReplyDelete
  17. Siannye..untie doakan cepat sembuh ye Uzair! :D

    ReplyDelete
  18. alahai siannye...semoga Uzair cepat sembuh..

    ReplyDelete
  19. hope uzair cepat sembuh..
    kesian plak tgk budak kecik sakit2 terok nie..huhu..

    ReplyDelete
  20. Memang kesian bila tgk budak tak ceria sebab tak sihat. Rasa pelik sebab tiba2 senyap je tingkah laku dia.

    Harap2 dia ok dan cepat sembuh. Mesti tak sabar nak tgk dia membuas lg lps ni..

    ReplyDelete
  21. kesiannya anak akak..skrg dah ok ke?

    harap2 cepat sembuh tau.

    ReplyDelete

Terima kasih kepada Blogger yang komen di blog RK. Tunggukan kunjungan balas dan comment dari RK di blog korang ye. Nak Reply comment disini RK takut tak sempat je.

@}------LOL to all comentar------{@

Nota Penting!
Pada yang nak letak Iklan. Tolong letak d ShoutboX atau bayar RK RM o.5o per comment boleh? boleh jugak beli cekedis ~ ahaks~

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...