Pengat oh... pengat..

Salam.. 

Petang baru aku muncul keudara.. wah.. dah macam pengacara radiokan. Practice ni sebab nak interview kat Hot FM nanti. Mana tau ada rezeki bileh jadi DJ Radio terkenal macam Fafau.. 

Macam mana tak bersiaran lewat hari ni. Ada masalah teknikal sikit kat computer opis aku ni.. Dari awal pagi sampai ke tengahari tak boleh nak on PC. Mungkin sebab Mak PC ni sakit tu yang tak dapat on. Terpaksa pulak panggil doctor untuk tengok apa punca penyakitnya. Lepas lunch tadi barulah ok PC ni.. Alhamdulillah dapat jugak ke udara.. 
Dah lama aku tak tepek resepikan.. Macamlah hebat sanggatkan dalam masak-memasak ni. Aku pun masih belajar lagi takderlah hebat sangat. Sape yang ada ilmu lebih-lebih tu aku ambiklah sikit buat rujukan. Tapi buat masa sekarang ni buku rujukan aku si CikInaDoDoChenglah... Nak masak je mesti buka blog dia.. Ikut jelah resepi dia.. Insyallah akan menjadi apa yang korang masak.

oklah.. Berbalik pada tajuk pada pengat nangka tu. Sabtu dan ahad aku balik kampung tanjong karang. Tengah dok melepak tu, kakak aku hulur seplastic nangka (dalam tu adalah dalam 20 ulas kot). Dalam hati aku kalau buat pengat pun ok jugak ni. Sekali mak aku pun ada rasa yang sama.. So.. Esok pepagi aku dah mulakan operasi memasak pengat ni.

nangka dan pisang abu.. Sebenarnya aku tak tahu nama pisang ni..
Potong ikut suka hati korang ye.. nak tebal pun boleh nak nipis pun boleh... agak2 tekak tu kecik kenalah potong kecik2 ye.. kang tercekik tak memasal nak ke vacuum tekak lak.. 

Letak gula agak-agak dalam 5 sudu besar.. Lepas tu korang perangatkan tanpa santan supaya pisang dan nangka tu lembut. Kang kalau masak sekali dengan santan nanti pisang tu susah sikit nak masak dan lembut.. Kecuali pisang tu dah benyek ye.. tu tak kesah.. korang nak letak sekali dengan santan pun takper.

 Santan takder.. Tapi gambar kelapa je yang ada.. boleh lah jadi wakilkan.

dan juga tangan gebu yang menjadi wakil...Untungkan dok kampung kelapa pun takyah beli.. Kalau kat pekan sebiji kelapa dah rm 1.80 tu kat tempat aku.. Ada yang aku dengar masa raya hari tu.. kelapa sebiji rm 2.50.. mahal betullah.

Pengat nangka dan pisang yang dah siap masak.. tinggal nak makan je.. letak sikit daun pandan wangi supaya wangi je bila nak masuk dalam mulut tu. Barulah bertambah sikit selera nak makan..

Bahan-bahan
Nangka dalam 20 ulas (betul ke guna kata ganti ulas)
Pisang dalam sesisir (ikut suka koranglah.. kalau ramai tambahlah lagi)
5 sudu besar gula (kalau kurang sila tambah ye)
Garam secukup rasa (aku tak letak pun)
2/3 helai daun pandan wangi.
Semangkuk santan bersamaan 2 biji kelapa.

Ada orang suka letak garam sikit dalam pengat ni.. Tapi mak aku dah bagi warning awal2 supaya jangan letak garam. Dia tak suka jadinya aku ikutlah kehendak mak aku. Orang tuakan... lagipun diakan mak.. hehehe..


21 comments:

  1. sedapnya pengat.

    saya org sekinchan ;-)

    ReplyDelete
  2. kat kawasan umah eida...kelapa parut sebiji RM2 huhuhuhuhu...nasib baik xbrapa gemar pengat pisang nie..klu x..harus balik nie..suruh mama eida buat jugak...

    ReplyDelete
  3. aduhhh sedapnya kalau kena petang2 ni

    ReplyDelete
  4. Pengat pisang yg putih suci gitu..


    Slurpppp!!!

    ReplyDelete
  5. he he he..
    sonang rupanya masak pengat nie erkk

    ReplyDelete
  6. sedapnya...tapi munna mesti pilih nangka je...pisang tak gemor sgt

    ReplyDelete
  7. series, sangat menggiurkan ahaha sedapnyer selalu buat pisang je, tak pernah lak campur campur nih....

    ReplyDelete
  8. ya ampun. sedapnya. mahu cuba!!

    owh salam singgah :)

    ReplyDelete
  9. oo pengat style akak tak pakai gula melaka ye. kitorang ni segala mak nenek pengat pakai gula melaka.hehe

    ReplyDelete
  10. sedapnye....nak rase sikit boleh? :)

    ReplyDelete
  11. SEDAPNYE KAK .....lieya suke kalo boh dlm peti ais dulu then baru mkn...adoi la hai..sejuk jek haaa lalu kat anak tekak kak......meleleh tgk pic akak ni tau....

    ReplyDelete
  12. Nyum2 sedapnya..pengat nagka tuh.. :)

    ReplyDelete
  13. Lepas makan tu, agak2nya 'berangin' tak? :)

    ReplyDelete
  14. sedap jugakkan skali skale pekena pengat.ratu ske pengat pisang n keledek.

    ReplyDelete
  15. tedapnya dah lama cik ina tak makan pengat. buh ais sikit sedapnya.ko buat cik ina kecur liurlah.

    ReplyDelete
  16. ye la,dh lama tak mkn pengat,masa bln puasa ari tu je huhu...

    akak ni saje je zoom dekat2.ishh...

    err buku rujukan kita sama hehe

    ReplyDelete
  17. nih peberet hubby saya nih..emm bagus la bagi idea cam nih..tgk pun bukak selera..tmbh makan time petang..ngan ayaq teh o..:P

    ReplyDelete
  18. arghh...dok Kl santan peket jela nampaknya...huhuhu T___T ...

    ReplyDelete
  19. waaa terase manis tekak ni. nyum nyum

    ReplyDelete

Terima kasih kepada Blogger yang komen di blog RK. Tunggukan kunjungan balas dan comment dari RK di blog korang ye. Nak Reply comment disini RK takut tak sempat je.

@}------LOL to all comentar------{@

Nota Penting!
Pada yang nak letak Iklan. Tolong letak d ShoutboX atau bayar RK RM o.5o per comment boleh? boleh jugak beli cekedis ~ ahaks~

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...