Tips Bila Terpaksa Bersendirian

Biasalah copy n paste from e-mail jelah ye.. 

Artikel kali ini bolehlah dikatakan khas untuk kekasih, isteri, suami yang baru ditinggalkan? atau memang semula jadi bujang? atau mengambil keputusan untuk kembali membujang? boring? atau kesepian tanpa pasagan anda disisi…

Kalau bersendirian korang jgn jadi macam ni pulak ye

Disini ada beberapa tips yang boleh anda lakukan untuk meredakan perasaan hati anda yang gundah-gulana itu..al-maklum waktu-waktu beginilah kita selalunya power tapi tika dalam hal sebegini..sendirian..mood kita akan hilang pada titik fokus dari segi kerjaya terutamanya. So check out!

* MAHA PENCIPTA

Kembalilah pada pecintaNYA. Mohonlah petunjuk dariNya agar perkara yang lepas itu mematangkan diri kita agar lebih berhati-hati dalam menjalani hidup ini dengan lebih tabah, kuat lagi. Ingatlah bahawa setiap kejadian yang Tuhan ciptakan untuk kita bersebab dan jadikanlah ia sebagai kayu pengukur keimanan kita terhadapNYA.

* BERCUTI

Semasa berpasangan, percutian biasanya adalah perkara yang amat merumitkan bagi kamu. Untuk bercuti bersama, terdapat pelbagai perkara yang perlu diambil kira seperti cuti tahunan, pakaian pasagan anda, perbelanjaan dan destinasi yang ingin anda tujui sekeluarganya.

Kesemua ini haruslah menepati cita rasa anda, pasagan dan anak-anak (jika tika itu anda sudah memliki zuriat). Selalunya hanya beberapa hari sahaja dalam setahun yang sesuai untuk anda berdua atau anak-anak. Namun ketahuilah bahawa, tika anda berseorangan bila-bila masa sahaja anda boleh pergi bercuti, boleh sediakan pakaian anda dan pergi. Hehe..

* PERBAIKI DIRI

Jagan sesekali anda merubah kerana ingin memenuhi tuntutan bekas kekasih anda. Tapi apa yang wajar anda lakukan adalah memperbaikilah diri anda dari sudut kerjaya, kewangan agar kukuh dan juga binalah keyakinan diri yang mantap agar masa depan anda akan lebih stabil kelak.

Dan perlu diingatkan disini, ketahuilah bahawa apabila anda sudah takluki semua perkara diatas dengan keadaan yang baik, disitu juga anda mungkin akan mudah dikelilingi ramai gologan wanita atau lelaki yang suka megambil kesempatan keatas diri anda. AWAS!!

* JUMPA KAWAN

Seperti kebanyakan lelaki atau kaum wanita apabila bercinta mereka akan meninggalkan kawan-kawan rapat. Bukan lupa tetapi tak cukup masa. Nah, sekaranglah waktunya yang paling sesuai untuk anda mengambil peluang ini untuk menggamit kenbali saat-saat BEBAS tika bersama dengan mereka-mereka ini. Hurm, sudah pasti anda tidak akan dikecewakan malah anda juga akan mendapat layanan yang mesra dari mereka kerana mereka sudah lama tidak bersua muka dengan anda. Tak percaya? emm, cubalah!

* BERSENAM

Semasa bercinta, tengok wayang, membeli-belah, jalan-jalan, minum, makan malam itu adalah antara sebahagian besar dairy dalam kamus kehidupan anda yang lalu. Namun ketahuilah perkara yang lepas mungkin tidak akan sama pada perkara yang sedang anda alami diketika ini..

Emm..jika difikirkan dan diimbas kembali pada perkara yang telah berpenghujungnya apa kata anda lakukan senaman kembali! Ketahuilah bahawa inilah masanya anda membuang toksik-toksik, lemak-lemak yang telah lama terkumpul didalam badan anda haruslah disingkirkan. Ingat, lakukanlah senaman di gim atau di kelab-kelab senaman khusus di mana mungkin anda akan berpeluang berjumpa dengan wanita atau lelaki yang lebih cantik, manis atau tampan dan agresif ;)

* KEMBALI NAKAL

Zaman kanak-kanak adalah saat yang paling indah dan menyeronokkan. Bagi orang dewasa pula yang sudah melupakan zaman kanak-kanak kebiasaannya mereka ini tidak ceria dan tidak pula mempunyai nilai humor. Seperti contoh ada sesetengah wanita tidak suka lelaki yang nakal kerana merasa dirinya tercabar.

Sebab itulah ramai lelaki apabila bersama teman wanita biasanya mereka akan mencuba mengawal perasaan mereka dan bersifat kaku untuk seketika.

Apabila kembali solo, pelung untuk anda melakukan aktiviti sewaktu bujang dahulu boleh dilakukan seperti main snuker, video game, mengurat dan sebagainya.

Bagi wanita pula apabila keadaan emosi telah stabil kembali kebanyakan dari mereka suka pergi membeli-belah untuk aksesori pakaian, kasut, penampilan, bersiar-siar dengan rakan kembali dan sebagainya..

* BERMESRA BERSAMA KELUARGA

Hubungan dengan keluarga biasanya tidak seerat dulu..lebih-lebih lagi pada waktu itu kita sudah pun berumahtangga bersama pasagan atau kekasih.

Keluarga pula akan mula jatuh pada rangking yang kedua manakala pasagan pula akan diberi lebih tumpuan sepenuhnya. Ketahuilah bahawa dengan masa yang anda miliki inilah eloklah anda gunakan ia sepenuhnya untuk mengeratkan hubungan anda dan keluarga agar kembali erat seperti dahulu.

* TEROKAI DUNIA BARU

Aktiviti-aktiviti seperti menonton wayang, berdisko, pergi medan selera, berpeleseran membawa diri tanpa hala tuju yang tak pasti, cubaan ingin membunuh diri, bersendirian dipantai itu sebenarnya tidak akan membuka minda kita. Jika itulah kegemaran anda…lupakanlah seketika, tapi disarankan agar anda mencuba menerokai dunia baru yang lebih mendamikan dan bermakna.

Aktiviti yang disarankan seperti aktiviti lasak, panjat gunung, menyelam skuba dan sebagainya sudah pasti kenangan anda bersama pasangan sedikt sebanyak akan dapat dikurangkan.

* SUKARELA

Untuk mengurangkan rasa bosan anda, disarankan agar anda, pergilah ke rumah anak-anak yatim, orang-orang tua, Hospital atau pusat tempat pemulihan dadah. Anda boleh menjadi seorang sukarelawan di mana tempat-tempat sebegini akan bisa membuka minda anda kepada satu dimensi baru. Anda akan nampak, masalah anda adalah jauh lebih kecil daripada masalah mereka..jadi fikir-fikirkanlah sejenak..

* PANDANG KE HADAPAN

Buanglah memori jauh-jauh dari kotak fikiran anda tentang bekas pasagan anda yang terdahulu itu. Dan sekarang berikanlah perhatian anda pada apa yang akan berlaku kemudian termasuklah pada bakal kekasih atau isteri atau suami anda yang sedia menanti anda disisi..

Jadikanlah sebarang angan-angan anda dengan usaha yang gigih bersama keyakinan diri yang tinggi.

Ha,..bila lagi nak mulakan? mulalah dari sekarang! ;)

1 comment:

Terima kasih kepada Blogger yang komen di blog RK. Tunggukan kunjungan balas dan comment dari RK di blog korang ye. Nak Reply comment disini RK takut tak sempat je.

@}------LOL to all comentar------{@

Nota Penting!
Pada yang nak letak Iklan. Tolong letak d ShoutboX atau bayar RK RM o.5o per comment boleh? boleh jugak beli cekedis ~ ahaks~

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...