Petua kehidupan

Salam...
Hari ni aku nak bagi petua kat korang.. sebab masa aku selak2 email aku dapat email petua ni.. haruslah aku copy & paste disini untuk dikongsi bersama.. harap2 berguna juga untuk korang..

Hilangkan Lemak dalam Sup

BIASANYA bila anda membuat sup lemaknya akan berkumpul di bahagian atas. Lemak dalam masakan sup boleh dihilangkan dengan cara menggunakan kertas tisu.


Letakkan perlahan-lahan kertas tisu di permukaan sup dan tarik keluar.

Anda akan dapati lemak tadi melekat pada kertas tisu. Lakukan be-gini sehingga lemak tadi habis di-buang.Perlulah anda menukarkan ker-tas tisu setiap kali anda membuang lemak pada sup.


Elakkan Gula dari Semut

UNTUK mengelakkan gula dari didatangi semut ada pelbagai cara.

Kita boleh meletakkan sepiring air di bawah bekas gula tersebut atau kita boleh juga mencuba cara ini, iaitu memasukkan buah pala kedalam bekas gula tadi.Ini akan menjauhkan semut dari gula tersebut.


Kupas Bawang Dengan Mudah

Di waktu-waktu kenduri atau keramaian mengupas bawang yang banyak boleh menjemukan. Untuk memudahkan anda melakukan tugas ini apa kata anda cuba cara ini. Tuangkan sedikit air panas hingga menutupi permukaan bawang. tadi dan tutup.biarkan sebentar.
Apabila dibuka, kulit bawang akan merekah dari isinya. Ini akan memudahkan lagi kerja, bukan?.


Membersihkan kacamata

ADAKAH anda mengalami masalah membersih kaca mata? Cuba petua nenek kebayan ini. Bersihkan semua bahagian untuk menghilangkan habuk dan peluh yang melekat di celah bingkai kaca mata.

Setelah dibersih dengan sabun,lapkan dengan kain flanel hingga kering. Anda akan dapati kaca mata anda bersih dan berbau wangi.


Membersihkan kaca dengan kapor Tulis

ANDA mungkin mempunyai masalah membersih tingkap (kaca) dan juga cermin muka di rumah anda.

Jangan cepat berputus asa, cuba pula dengan membersihkan cermin tingkap atau sebarang cermin dengan menggunakan kapur tulis.Apa yang perlu dilakukan ialah ambil lima hingga enam batang kapur tulis, rendamkandalam sedikit air. Biarkan kapur tadi larut, kemudian dengan menggunakan span atau kain bersihkan cermin yang anda inginkan.

Biarkan sehingga air kapur tadi kering, kemudian dengan menggunakan kain bersih dan kering lapkan hingga kering. Anda akan dapati cermin anda berkilat.


Membersihkan kain bulu

BAGAIMANA cara anda membersihkan kain bulu seperti tuala mandi atau baju sejuk anda. Apakah yang anda dapati bila baju atau kain yang anda bersihkan itu telah kering. Jangan putus asa anda masih boleh mendapat hasil yang baik setelah membersihkannya. Caranya dengan merendamkan kain bulu dalam larutan cuka makan.

Campurkan satu sudu makan cuka ke dalam setengah baldi air dan rendam selama dua hingga tiga jam.

Kemudian bersihkan seperti biasa dengan menggunakan sabun untuk menghilangkan kesan cuka tadi. Bilas dengan bersih setelah kering anda dapati kain anda seperti baru.


Memotong roti sandwich

ADA ketikanya roti tidak cantik bentuknya bila dipotong. Roti akan menjadi pecah-pecah. Bagi mengatasi masalah ini, cubalah rendamkan pisau yang hendak digunakan untuk memotong roti dalam air panas mendidih.

Biarkan sehingga lebih kurang 15 minit. Kemudian angkat dan lapkan pisau tadi hingga kering.Potonglah roti tadi seperti biasa.


Cara mudah buang akar tauge

MEMB UANG akar tauge menjadi kemestian bagi sebilangan suri rumah sebelum memasaknya. Oleh itu, cara mudah membuangnya jika anda mempunyai terlalu banyak tauge ialah dengan menabur sedikit tepung kanji dan taburkan di atas tauge tersebut. Kemudian, ramas-ramaskan sedikit dengan pelahan. Nescaya akar tauge tersebut akan terpisah dan boleh diasingkan.

Hilangkan bau hanyir ayam

walaupun ayam tersebut baru sahaja kita beli tapi bau hanyir pada ayam tersebut tidak dapat dihilangkan. Bau tersebut akan kekal walaupun setelah memasaknya. Ini amatlah tidak menyenangkan. Satu cara yang boleh anda cuba ialah dengan menabur sedikit tepung gandum ke atas ayam tersebut dan biarkan seketika. Setelah itu cuci dan bersihkan ayam tersebut dan masaklah seperti sediakala.


Untuk mengetahui madu asli

DALAM dunia serba lengkap dengan teknologibaru ini, memang bukan mudah untuk membezakan antara yang asli dan tiruan. Di sini nenek kebayan syorkan untuk membezakan madu asti. Apabila madu asli ini dititikkan pada kertas suratkhabar, ianya tidak akan merebak atau merekah dan bila dikacau ia tidak mengeluarkan buih. Satu lagi, ialah madu asli akan terbakar bila dinyalakan.

Untuk menjernihkan minyak yang telah digunakan.

ADAKALA minyak yang baru dipakai sekali sudah hitam dan kotor. Cara mengatasi ini adalah mudah sekali dan boleh menjimatkan anda dari membuang terus minyak tadi.

Anda perlu masukkan kentang yang dihiris nipis ke dalam minyak tadi dan biarkan sebentar. Apabila
sudah agak jernih angkat kentang tadi dan minyak ini bolehlah gunakan lagi.

Psst : mood kelautlah.. nak buat karangan pun malas... 

14 comments:

  1. memang petua sgt2 berguna dlm kehidupan ni..sbb hari2 ngadap perkara2 tu,minyak,gula,tauge hehe..mekacih kak share...

    ReplyDelete
  2. bagus petua2 yg akak share nie...lagi2 pasal bawang tu.... kalo ade kenduri kat umah mmg tang kopek bawan glaa selalu lieya ngelat....kejap jek dah nangis2 heheeheheh

    ReplyDelete
  3. thanx for sharing petua nie...
    memang byk yg leh dicuba nie....

    ReplyDelete
  4. TQ sebab berkongsi petua2 ni...
    Sekarang dah tau cara nak buang lemak dari sup..

    ReplyDelete
  5. gud2...ske petua yg ilankang bulu tu...bli towel mandi budak2 yg murah2 ni...bila basuh habis sume bebulu2 merata2..tensen sbb sik kena nyapu!~

    ReplyDelete
  6. thanks for the info, nanti i nak cuba buat yg tauge tu :)

    ReplyDelete
  7. byknya petua..thx share ngan kitorang..

    ReplyDelete
  8. tang madu tu nak cuba sebab selalu beli madu asyik terbuang je....

    ReplyDelete
  9. byk nya petua yg belum penah tahu dn dgr..tq2..!

    ReplyDelete
  10. thanks for sharing..bagus la..boleh di aplikasi kan...:)

    ReplyDelete
  11. bab gula tu, masukkan jer cengkih dalam balang gula...

    ReplyDelete
  12. dlm banyak banyak tuh aku selalu praktik kan basuh ayam ngan tepung.. kengkdang tepung gandum dah abis..aku belasah jer guna tepun jagung mak aku..hahhaha..janji tepung kan

    ReplyDelete
  13. Byk petua berguna ni kebaya..tq ko share kat sini....

    p/s: kalau la lemak kita boleh dikeluarkan pakai kertas tisu jer kan bagus...

    ReplyDelete

Terima kasih kepada Blogger yang komen di blog RK. Tunggukan kunjungan balas dan comment dari RK di blog korang ye. Nak Reply comment disini RK takut tak sempat je.

@}------LOL to all comentar------{@

Nota Penting!
Pada yang nak letak Iklan. Tolong letak d ShoutboX atau bayar RK RM o.5o per comment boleh? boleh jugak beli cekedis ~ ahaks~

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...