Keletihan

Salam...

Isnin.. hari memulakan kerja.. semalam penat kerana ada kenduri kecil dirumah kakak aku..layan jelah gambar-gambar dibawah..

Hari merewang.. takderlah merewang gempak sangat.. adik beradik je yang datang tolong buat keje ni... nan ado jiran tetango...

Hasil kentang yang dah siap di buang kulit dan menanti untuk masuk ke dalam minyak yang panas..

Dah dalam minyak panas.. sebab utama kentang digoreng adalah nak dibuat begedil.. 

Makcik aku mengepalai kerja masak memasak ni.. 
masa ni nak masak sambal udang dan rendang ayam...

kentang yang dah siap dibulat-bulatkan...

Begedil dalam kuali.. aku tak suka goreng begedil.. sebab telur tu buat minyak tu berbuih-buih.. tension...

Dah siap digoreng.. dan menanti untuk dimakan... sedap... 
sebab aku yang goreng.. hahaha.... 

ada sambungan... nanti aku buat.. sekarang nak buat kerja dulu..

Suka hati ko je nak maki ye..

Salam....

Pagi yang betul-betul buat aku bengang hari ni...

Citernyer macam ni.. pagi-pagi tengah aku bersiap ada SMS masuk kat phone aku... dah lah tersalah hantar sms lepas tu ko boleh lak nak maki-maki aku pulak.. ko apehal.. Saje je nak naikkan kemarahan aku pagi ni ye.. nasib aku ni jenis malas nak melayan..

 Nilah sms yang aku aku dapat awal pagi tadi... 
salah ke aku cakap dia salah nombor?... takkan aku nak jawab.. "mintak maaflah ye.. awak ni salah nombor ni"  yang ko sesuka hati nak maki aku apesal... yang paling best ayat gampang ko tu.. ko ingat aku ni apa.. ko ke lahirkan aku.. seumur hidup aku tak pernah pulak aku nak mengampangkan orang.. tapi senang pulak orang nak mengampangkan aku... haish... kalau dah salah no tu dahlah... tak yahlah ko nak balas balik sms gaya gitu.. buat malu je... ayat kat atas tu dah bagus dah.. macam elok je pangai.. Kalau ko tak balas sms tu pun aku tak heran lah.. aku cuma takut ko ingat sms ko tu dah sampai kat orang yang ko nak bagi.. tapi sebenarnya tak... alahai.......... susah kalau ada orang macam ni..

Aku tak fahamlah.. kenapa orang kat mulut tu laju je keluar ayat-ayat macam ni... aduhai... teringat aku kisah masa aku form 3 dulu... kejadian lebih kurang macam ni lah.. tapi ni secara berdepanlah member sekelas.. sebab mulut tu dah biasa berwitir kan ayat-ayat macam ni.. jadinya senang jelah dia mengelarkan kawan-kawan dia dengan ayat-ayat macam ni.. kalau satu hari tak sebut agaknya tak lengkap kot hidup dia... orang macam ni tak tahu macam mana nak nasihat... kalau nasihat dengar takper lagi.. kalau lagi disembur dengan ayat makian lagi power.. mau terkedu aku... aku yang meleleh airmata.. serius aku tak pandai nak marah orang ni.. 

Tapi nasib baik pagi ni masih pagi yang indah buat aku.. sebabnya dengan hujan lebat ditambah guruh dan petir berdentum dentam.. tapi masih tak boleh nak tarik selimut sebabnya haruslah bangun untuk pergi bekerjakan.. masih hari jumaat.. esok baru boleh sambung tarik selimut.. 

Nasib baik hari ni kak ina bawa puff sardin kak ina bawa hari ni... herm.. sedap sekali.. terubat sikit sakit hati aku dengan sms yang aku dapat pagi tadi.. lantak pilah.. biar yang maha esa je balas.. kalau aku balas nanti dengan aku sekali gila meroyan macam dia.

Puff sardin kak ina.. adalah sedap sekali... sekali rasa pasti nak lagi... 
indahnya hari jumaat walaupun tercemar dengan sedikit kecacatan minda segelintir manusia....

Update : bila check nombor telifon ni dengan en. suami.. No telifon ni adalah nombor salah seorang staff dia... herm.. aku pun tak faham naper dia boleh terhantar sms dekat henpon aku ... takkan dengan en. suami aku dia nak ber I & U pulakkan.. lelaki tu.. 

Saper yang nak tengok cara-cara pembuatan puff ni.. silalah ke blog kak ina ye
Terima kasih kak ina...

Cerita itu pelengkap hidup..

Salam....

Nan ado citer menarik nak diwarwarkan... wah.. macam glamour sangat je macam nak warwarkan cerita ye... orang pun tak kenal blog ni pun.. pelasan je lebihkan.. tapi kalau sehari tak update cerita ceriti kat dalam blog ni maca ada kekurangan sesuatu pulak.. kiranya blog ni dah jadi salah satu peneman dalam hidup... sinilah nak luah perasaan suka, sedih, benci dan segalanya.. sampai naik meluat orang nak baca.. ada ke? mesti ada kan...

Ahhh... sudahlah aku nak merepek pasal orang suka ke tidak pasal blog aku ni.. yang penting aku suke je baca blog korang.. ada makanan, info kesihatan dan macam-macam lagilah... 

Tetapi hari ni tetap sama macam hari-hari sebelum ni.. tak citer pasal anak-anak.. aku citer pasal makan.. betullah aku nak citer pasal makan.. tengoklah ni gambar kat bawah.. lauk pauk yang aku beli kat pasar malam.. sebabnya aku tak sempat nak masak semalam.. ada hal yang harus diselesaikan.. nasib ada pasar malam.. kalau tak kena bersilat kat dapurlah aku.. tak pun makan megi je... 

Roti ni pun aku beli kat pasar malam.. sedap dalam dia ada butter dengan kaya

Ikan goreng seketul... ni pun tak habis... sebabnya ada lauk yang lagi menarik..

nilah yang menarik.. ikan bakar siram dengan air asam.. fuh.. sedap, pedas dan tak terkatalah.. memang tak pandang muka en. suami masa makan.. tau-tau dah habis.. 

ni pulak gulai lemak pucuk manis dengan labu.. fuh.. memang terbaiklah... nasib kat pasar malam ada jual lauk-lauk macam ni.. balik rumah tinggal masak nasi je.. jimat tenaga.. heh....


Lepas makan-makan.. dah kekenyangan layanlah anak-anak depan tv sampai terlolap.. sebabnya en. suami pergi main badminton.. aku ngan anak-anak tinggal kat rumah.. malas nak ikut... ikut kang terpaksa pulak bermarathon melayan anak-anak aku ke hulu ke hilir.. lepak rumah lagi best...

Herm... tak tahu aku nak explain macam mana....

Salam....

Semalam aku singgah kejap kat 7E dengan berbekalkan RM 10.00.. sebab malas nak bawak wallet sekali. Kalau bawa wallet sekali nanti macam-macam pulak aku nak beli.

Kebetulan masa singgah 7E tu si uzrei ikut sekali. masa tu aku pesan kat dia macam ni

aku ~ "jangan nak minta macam-macam sebab mama bawa duit rm 10 je"

uzrei ~ "ok.. uzrei nak beli air je"..

aku ~ "kalau amik selain air mama tinggalkan uzrei kat sini"

uzrei ~ "hermmm...." tu je jawabnyer...

Sekali masuk kat dalam.. dah nama budakkan kalau dah nampak segala mak nenek kat dalam tu mesti dia teruja, terus lupa dengan pesanan aku tu.. semua dia naklah.. salah satunyer gula-gula...

Yang paling aku tak menahan tu.. yang dia mintak tu bukan gula-gula biasa.. huhuhu.. tapi gula-gula orang dewasa... terus je dia capai kotak tu..

uzrei ~ "mama.. mama... uzrei nak gula-gula nilah..."

aku ~ "ha....... tak boleh.. ni bukan gula-gula ujei.. ni gula-gula orang besar sebab ada ubat" nasib terlintas idea ni kat kepala otak aku.... budak cashier tu dah tersenyum sumbing dengan penerangan yang aku bagi kat uzrei...

uzrei ~ "oh... ye ke mama.. ujei nak gula-gula lainlah.. gula2 yang ada anggur ye...

aku ~ terus capai gula-gula mentos.......

Fuhh... selamat.... nasib penerangan yang aku bagi tu masuk kat otak dia.. kalau dia merempan jugak nak gula-gula tu.. lagi haru.. maluew wei.. dah lah semua cashier lelaki... aduhai....

Jadinya amiklah gula-gula mentos yang grape tu... nasib selamat....

Korang nak tau gula-gula apa yang pada awal uzrei maksudkan... gula-gula tu seperti gambar dibawah nilah... 

Besan google berikan ni
Benda nilah yang uzrei maksudkan gula-gula... 
Ada rupa gula-gula ke benda ni.. huhuhu.. 

Aku rasalah tak patut benda ni letak kat depan cashier tu... masalah pada budak-budak seperti anak aku.. bukan dia faham pun apa benda ni.. kita yang dewasa ni memanglah faham... tapi budak-budak ni kalau dia terus capai bawa ke cashier tak ke haru-biru.... 

Psst : nasib uzrei pergi dengan mama dia.. kalau dia pergi sorang.. macam mano.... ?

Kamu ingat ahkak ni pakar kecantikan kah?

Salam.....

Tadi aku dah lama tak selak email gmail aku.. dekat berbulan jugaklah.. bila aku buka dan nak delete email yang tak sepatutnya.. tetiba aku nampak email yang menarik hati aku.. biasannya email kat gmail ni untuk comment2 dari blog je.. kalau ada email lain pun hanya spam je.. dan tak sangka pulak ada email yang seperti ini masuk kat gmail tu... herm.. terasa aku seperti pakar kecantikan pulak.. kelakar pun ada.. sampai naik senak perut aku baca soalan yang diberikan untuk aku jawab.. huhuhu

Setahu aku kalau email gmail ni hanya rakan-rakan blog je yang tahu.. tak pulak aku pernah bagi kat orang lain.. herm.. pelik tapi benar ni.. klakar tapi kesian pun ada... haish.. masalah ni..

korang tengok jelah printscreen kat bawah ni

nampak tu... elok je ber Assalamualaikum.. bagus... korang nak tengok isi dalam..

nilah soalan yang diberikan.. AaaaaaaaaaaaaaaaaaaDooooooooooiiiiiiiiiiiii apa aku nak jawab bagi soalan ni... aku bukanlah pakar kesantekan... setakat cantik untuk diri sendiri tu bolehlah... tu pun kekadang macam apa je.. tapi ini bab dalam kain pun ada wei.........

Tapi nak jawab sedikitlah.. kalau kaki berbulu pergilah trim... sekarang dah macam-macam ubat buang bulu kaki ado.. nak selicin-licin pun ado... tapi ahkak ko ni pun tak pernah buang bulu kaki.. takut kang buang bertambah panjang.. huh..... 
Tapikan... tang bulu tut............... tu akak tak dapek nak jawablah.. tu kena sendiri fikirlah... tak pun cukur jelah.. alahai......... masalah yo....

Mungkinkah ini email tersesat ke, ataupun adik ni bertanya pada tempat yang betul.. iaitu aku.. hehehe... terasa kejap macam aku ada buka pusat kecantikan..

Dengan mama pun nak berebut ye Uzair............

Salam...

Selamat hari isnin dan selamat memulakan kerja untuk minggu ini... semoga minggu ini akan memberi seribu kenangan kepada kita.. emosi ni dengan kes tanah runtuh sabtu lepas.. herm.. takdir 

Ni kisah si uzair hari sabtu lepas jugak lah ni.. dia sibuk berebut vacum dengan aku.. aku nak vacum habuk dan rambut kat lantai.. dia pun sibuk jugak.. dia ingat vacuum ni permainan kot.. masalah betollah...

Layan jelah gambar airmata dan kemenangan untuk mendapatkan vacuum dari aku..

melompat-lompat menangis sebab nak dapatkan vacuum kat tangan aku ni... haip.. biasa ye......

Sampai berpeluh-peluh....... ntah peluh ke.. ntah air liur... 

Malas nak dengar dia nangis aku bagi jelah dia main vacuum ni sampai puas.. jangan jahanam sudah...

ntah macam manalah ko pegang nak oiiiii...

Macam dah pro je ye... 

Boleh diharap lepas ni...

Fuh... hebak dah ni...

Sampai tercabut dah batang vacuum tu.. alahai anak.. 
tak jadi keje mama kalau macam ni selalu...

Kepada semua marilah kita sedekahkan Al-Fatihah untuk tragedi tanah runtuh di rumah anak yatim ulu langat pada sabtu lepas... semoga mereka ditempatkan bersama-sama orang yang beriman.. amim..



Feeling-feeling anak orang kaya dalam novel

Salam...

Sejak dua tiga hari ni suka pulak aku letak tajuk entry panjang-panjang pulak.. hehehe... almaklumlah dah kurang kerja.. HQ dah takeover kerja aku sekarang ni.. jadinya kerja dah berkurang sikitlah dari biasa.. jangan pula ada yang kata aku tak der kerja langsungkan.. keje tetap ada.. hari-hari ada hinggakan kerja yang ada tak habis dah sampai pulak kerja yang baru... biasalah tukan kerja takkan pernah habis...
Tapi berbalik pada tajuk kat atas tu... bila kerja dah kurang.. jadinya ada masa extralahkan.. mulalah mulut tu nak diisi dengan kudap-kudapan.. sambil berkudap sambil bergosip... bukan gosip liar.. gosip mengingatkan diri sendiri.. eh.. ada ye gosip ingat diri sendiri.. tu untuk aku je kot..

Tapikan aku dah rasa macam anak orang kaya yang  dalam novel pulak.. boleh dok goyang kaki sambil ngorat-ngorat secretary.. syok je.......... sekejapan terfeeling keluarga aku adalah Tan Sri... TAN SRI KOHAR..

Takpun aku feeling macam Hero drama@novel Nora Elena tu.. si Sethan tu... Orang kaya jugak tu... banyak bisnes... 

Psst : abaikan n3 merepek aku ni dikala petang jumaat yang keje cuma ada secoet.. tunggu minggu depan baru keje menimbun macam kebun..

ku biarkan mereka bergembira........

Salam....

Jumaat sudah........... hoyeee.. esok cuti..

Sekadar cerita bergambar.. jumaat takdo bondo nak dikabokan...

kisah minggu lepas.. asiklah dok kat rumah je.. bawaklah bebudak dua orang ni pergi bergembira sampai lebam.. aku tunggu sampai diorang merengek ajak balik, baru aku balik.. kalau tak sampai lebamlah ko kat situ main.. hehehe...

Memilih permainan pilihan hati.. taste dulu baru lah rempit..... tapi tak sesuai pulak.. nak tukar yang lainlah..

Ajak adik main jongket2 ni tapi tak dilayan.. huhuhu

adik.. dari sampai sini sampai nak balik layan benda ni jelah... sampai dah terpeleot tayar tu... masih jugak nak main... 

kalau masa diorang ni bermain susah no nak amik gambar muka.. asiklah gambar belakang, tepi, atas... herm.. asyik no bermain....

dah puas main gelongsor nak main benda lain pulaklah... mana pulak ye....

adik meh main kat sini.. banyak belon ni...

Memang banyak sampai tak tahu nak pilih mana satu..... teruja ni.. rasa nak pecah-pecahkan je belon ni..

Last sekali gambar akulah.. hahaha.. masa ni otw balik rumah.. en. suami letak tangan kat muka aku tu bukan sebab dia nak pelempang.. tapi dia nak tutup muka aku sebab asik amik gambar je.. tak benti-benti amik gambar katanya...

Psst : nak bawa anak-anak main kat taman yang disedikan kat kawasan perumahan tak sangup.. buaian hanya tinggal tali... gelongsor ada yang dah pecah-pecah.. jadinya kenalah tempat yang berbayar ni..

Kegiatan aku malam wesak yang lepas

Salam........

Pagi ni buka compose sebab nak edit entry ada beberapa function baru yang blogspot letak.. patutlah berproblemo je blogspot dua tiga hari ni... 

Tapi bukan nak citer pasal blogspot.. nak citer pasal xtvt cuti wesak yang lepas.. disebabkan kakak aku teringin nak berbbq dan dah lama tak berkumpul adik beradik.. takkan nak berkumpul untuk pandang muka masing-masing je kan.. mestilah nak kena ada santapan.. tu yang penting...

Bila memikirkan santapan.. bbq jelah yang terlintas ni hati.. nak makan nasi dengan lauk biasa tu.. rasa leceh pulakkan.. oklah layan jelah pic kat bawah ni.. nak bercerita panjang pun nanti korang boring pulakkan..

Barang basah yang di import dari econsave... importlah sangatkan..

Ayam perapan.... 

Daging perapan...


Buah-buahan.. untuk pemanis mulut...

Hasil bako-bako......... sotong... sosej.. roti bakar... ayam dan daging.... kuat lantak memasing ni... tu yang segala jenis mak nenek makanan diorang nak.. tu pun ada yang kata kenapa takder kambing... wah..... kambing next time ye... 

tukang bako... disebabkan diorang dah kenyang.. ganti pulak orang yang belum makan ye... apa yang penting kerjasama.. barulah sama-sama kenyangkan...

ni pun nak enterprem jugak.. alamak mata merahlah pulak.. malas aku nak ejas.. sesekali jadi dracula apa salahnya kan...

habis daaaaaaaaaaaaa....... memang kami suka berkumpul kalau ada masa terluang macam ni... mengeratkan hubungan dari anak buah ke makcik ke nenek dan sebagainyalah.. apalah yang aku merepek ni...

Jalan-jalan sambil tengok kapal Star Cruise

Salam...

Semalam sehari cutikan.. ada jugak yang bekerjakan... nak buat macam mana tak semua Company amik cuti-cuti kat malaysia nikan.. aku semalam tolong kakak aku kemas rumah dia sebab lagi dua minggu dia nak buat kenduri arwah suami... tolonglah kemas mana yang patut.. ruang yang sempit di lapang2kan.. senang nanti tetamu nak duduk berborakkan...

Oklah lupakan kisah aku dengan rumah kakak aku tu.. sebenarnya last week aku teringin nak makan burger ni.. dah lama jugak tak makan.. En. suami pun teringin jugaklah kiranya.. pergilah kitorang kat gerai kakak burger ni.. burger dia memang terbaiklah.. tu bagi akulah... kalau orang lain. lain pulak seleranya kan.. kita ni tak sama.. oklah tengok jelah gambar yang ada... 

Kakak yang tengah sibuk memasak burger....


Yang ni pulak kedai jiran sebelah.. jual macam2.. ABC, Cendol, Mee Goreng.. segala macam makananlah.. western je takder... 

Bungkusan burger... sebenarnya beli 4 biji.. lagi dua biji dah disebat dulu.. baru teringat nak amik gambar..

Burger Special... herm.. sedap... kuat sangat pulak Flash camera ni...

Si uzrei yang tengah excited makan mee Goreng... susah nak jumpa mee goreng yang dibungkus dalam plastic & surat khabar sekarang ni... selalu mesti bungkus pakai polistrin... sesekali makan mee goreng dalam bungkusan macam ni.. feel dia lain sikit...

Akhir sekali.. nilah kapal Star Cruise berbintang Virgo... susah nak tengok kapal ni.. kebetulan hari tu hantar adik aku pergi ofis dia.. sekali masa otw nak balik kapal ni pun baru nak berlabuh kat pangkalan Star Cruise di Glen Cruise, Pulau indah.. adalah rezeki anak-anak aku nak tengok lebih dekat... nak naik kena tunggu ada pameran buku pulaklah... tak sabar nak tunggu pameran buku kat kapal Star Cruise...

Ok.. habis sudah citer jalan-jalan aku...

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...