lalang oh lalang

 artikal ni dari email aku pastekan kat blog ni untuk kita kongsi bersama

 
Lalang…tumbuhan yang kita anggap sebagai tumbuhan glamour tapi nampak semak, serabut… Walaupun glamour namun tak ada sesiapa yang meminatinya. Namun setelah saya membuat pemerhatian, berikut adalah sifat dan sikap lalang yang boleh kita jadikan motivasi.

Orang dulu-dulu pernah menbuat pesanan, jangan jadi macam lalang, terlentok-lentok di tiup angin macam orang tak ada pendirian. Ikut resam padi, makin berisi, makin tunduk. Hakikatnya, padi menunduk bukannya sebab apa. Tapi  tak larat nak angkat diri sebab beratnya bebanan yang ditanggung. Padi juga bila ditiup angin, biasanya akan tunduk terus sehinggakan sawah tidak lagi kelihatan menarik. Bahkan kalau dilanda angin yang lebih kuat, pokok padi akan rosak sama sekali. Tapi mari kita lihat lalang…..

Lalang memanglah terlentok-lentok apabila ditiup angin, namun ianya tidak menentang angin, ianya mengikut arus angin. Ia serupalah seperti menghadapi cabaran demi cabaran. Lalang biasanya kekal berada pada asasnya walaupun pokok-pokok besar tumbang dilanda badai. Lalang akan kembali tegak seperti biasa selepas tiupan angin berhenti. Semua tekanan diserap dengan baik, dan lalang kembali hidup seperti biasa. Lalang mungkin takde pendirian yang tetap, tapi normallah bagi setiap hamba Allah. Pasti inginkan perubahan bergantung pada suasana cabaran.

Lalang sukar dimusnahkan. Angin cuma membuatkan ianya terlentok-lentok. Membakar satu kawasan yang penuh dengan lalang mungkin jalan yang baik, tetapi anda pasti akan dimarahi oleh pihak bomba yang prihatin dengan lalang. Lagipun, generasi lalang yang baru akan tumbuh kembali sebaik sahaja tanah yang panas membakar itu sejuk kembali. Serupalah juga dengan meracun lalang…. ianya boleh dianggap satu kerugian kerana generasi lalang yang baru akan tumbuh semua.

Lalang juga tak punya musuh yang ramai. Mungkin cuma manusia sahaja yang memusuhinya tapi manusia taklah seberani mana. Manusia mana yang berani menempuh padang lalang untuk cari jalan dijadikan shortcut, kalau ada pun pasti masyarakat sekitar mengangap manusia itu buang tabiat. Bukan sahaja pokok lalang itu yang menjadi kesukaran, di bawah semak lalang itu pun pasti menjadi bahaya jika manusia cuba menempuh padang lalang tersebut. Saya juga difahamkan, lembu tidak berminat menjadikan lalang santapan rasmi memandangkan lalang memiliki sisi tepi yang sangat tajam. Lebih tajam dari pisau.

Anda boleh cuba mencabut lalang dan akarnya dari tanah. Pertahanan lalang sangat jitu, bukan sahaja tangan dan jari jemari luka. Bahkan ingin mencabut lalang bukan tugas yang easy. Kebiasaannya akar lalang berjaya dicabut berserta dengan gumpalan tanah yang penuh melekat pada setiap akar yang bersirat. Ia menjadi jawapan, kenapa lalang tidak tercabut bila dilanda badai yang kuat. Akar yang bersirat itulah menjadi pusat pertahanan untuk lalang.

Lalang boleh hidup di mana sahaja, juga boleh hidup dalam suasana yang ekstrem. Namun jika anda perhatikan, lalang kebiasaannya akan memilih tempat untuk membiak. Kebiasaannya lalang biasanya tumbuh di kawasan subur yang diabaikan oleh manusia. Jika kawasan subur itu telah diusahakan, ada juga lalang yang tumbuh tetapi ianya boleh dikatogorikan sebagai golongan degil. Saya pernah melihat lalang tumbuh subur di dalam pasu bunga yang diabaikan. Lalang cuma menggunakan angin untuk membiak dan memindahkan generasi baru ke tempat lain. Ia adalah satu medium penyebaran yang bagus dan membuktikan lalang boleh jadi kekasih yang setia. Setia pada angin.

Itulah lalang yang tidak mendapat tempat di hati kita sebagai manusia. Oh ya. Ada pihak sengaja menanam lalang untuk menyuburkan tanah. Selepas ini, jika akan insan yang menyamakan anda dengan lalang…. bergembiralah. Lalang penuh dengan motivasi dan jati diri yang bagus.
 
renung-renungkanlah..

6 comments:

  1. orang selalaku kata jgn macma lalang, takde pendirian. kiranya lalang ni ada gak la sifat terpuji ehh. senang.

    ReplyDelete
  2. erm..cantik rumah baru....

    pastu kan, info pasal lalang ni sgt2 bagus....
    terima kasih kerana berkongsi info ini....

    ReplyDelete
  3. dulu2 masa kecik, selalu igt lalang adalah padi
    sedih btol

    ReplyDelete
  4. owh..
    kisah lalang rupanya..
    betul juga tu kan.. sbb bila nak cabut mesti cari luka kalau tak buat betul2..

    ReplyDelete
  5. Thanks for info kak.. neena pun sama cam Adia.. mula2 selalu dok pikir sifat lalang dlm diri manusia... but end up secara reality nyer ade kebaikkan nyer jugak kann.. :D

    ReplyDelete
  6. entry macam nih mmg penuh info..

    ReplyDelete

Terima kasih kepada Blogger yang komen di blog RK. Tunggukan kunjungan balas dan comment dari RK di blog korang ye. Nak Reply comment disini RK takut tak sempat je.

@}------LOL to all comentar------{@

Nota Penting!
Pada yang nak letak Iklan. Tolong letak d ShoutboX atau bayar RK RM o.5o per comment boleh? boleh jugak beli cekedis ~ ahaks~

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...