kene mandrem

aku tak taulah apa yang telah terjadi kat department aku ni..
setiap kali ada majlis atau apa benda yang berkaitan dengan company
mesti kitorang lambat tau.. orang dah tau jam 8 pagi tapi kitorang dapat tau jam 4 petang..

next week akan buat jamuan hari raya janji nak buat 5/10...
aku dengan beberapa rakan satu department pun pakatlah nak order je
malaslah nak masak2 ni.. lagipun rumah jauh dari officekan dan kebanyakkannyer menumpang kerete member
takkan nak angkut makanan naik kete orang pulak.. manalah tau tertumpah pulak ke.. dah satu hal nak kene kemas2 kete orang pulak..
bila aku dah order tiba2 semalam dengar pulak dari orang lain nak tukar date ke 8/10..
aku dah nak hangin dah.. ingat orang order roti canai ke suka2 nak tukar date..
aku ni dah naik malu dgn akak tu sebab masuk kali ni dah 2 kali tukar date
lagi satu kalau nak tukar date tu kabo2kanlah ke department aku ni...
padahal satu hari tu 10/20 kali kitorang ni turun naik kat deparment dia..
tapi haram dikabonya..
aku rasalahkan opis aku ni dah kene mandrem kot.. tu yang tak nampak yang diorang ni ada 2/3 department lagi kat bawah ni..
boleh ke opis ni di mandremkan.. huhuhu

note : korang apa perasaan korang.. korang rasa kene mandrem ke @ hati diorang tu dah hitam kot.. yelah kitorang ni coolie je
diorang ejekutif

kesinambungan jem gilos petang semalam

semalam aku ada buat n3 pasal jem sampai kat depan bangunan opis akukan..
korang nak tau semalam aku sampai rumah jam 9.30 malam.. bermakna aku stuck kat jalan dalam 3 jam lebih..
fuh gila penat kaki aku n.. masa tekan clutch aku rasa peha aku macam dah tegang je..
tak pernah aku stuck selama tu..

memang betul dua contena yang excident.. dan mengakibatkan jalan untuk menghala ke shah alam terpaksa ditutup..
bermakna kene buka jalan menghala ke westport menjadi 2 hala.. dah lah bersesak2 dengan bermacam2 jenis lory
dari sekecik-kecik lorry hingga sebesar2 lorry contena.. aku dah naik kecut perut bila lorry nak mencelah masuk ke laluan aku.

oklah korang layanlah gambar yang sempat aku snap.. sebab terlalu slowlah aku boleh snap gambar ni semua...

dari simpang keluar opis... dah bersesak kat sini.. 20 minit stuck kat sini

tenggok... aku rasa masa ni dah sampai ke terminal west port agaknya..


dari cermin sisi kereta aku.. berderet kereta kat belakang nun.. masa ni dah jam 7 ptg...


masa ni pulak dah dekat jam 8 mlm... masih kat depan opis aku ni.. tekak dah rasa haus..
pinggang dah rasa nak patah.. macam2 perasaan yang keluar masa tu.. sabar jelah

ni je pic yang sempat aku snap.. yang lain2 aku dah takder mood nak snap.. hati nak bengkak pun tak guna.. orang yang excident tu pun tak mintak nak jadi macam tukan.. alih2 aku sampai rumah jam 9.30 malam.. alhamdulillah selamat sampai jugak akhirnya..

Masih kat opis tapi jalan kat luar dah jem gilossssss...

kemain panjang tajuk aku kat atas tukan..
masih kat opis lagi ni..
tapi tadi dapat info ada contena terbalik kat jalan
bukan sebiji tapi 2 biji.. tu yang aku dengar dari infomerlah..
kalau tak bentul info tu esok aku citer balik apa kes sebenarnya ye
nak keluar kejalan besar pun susah ooo...

korang tgk gambar yang aku amik dari opis ni
tgk pic ni (sorry quality gambar kureng sikit.. pic dari hp aku je ni)
tak nampak sgt jem tu.. cuma nampak kepala lori je
sebab terlindung dek pokok yang hijau itu indah dan permai.
dapat sipi pun jadilah ye.. untuk tatapan..
tengok bersusun lori dekat jalan tu..
tak bergerak pun jalan tu wei..
member yang sangkut dari jam 4 tadi pun u-turn balik sebab minyak kete dah kong..
sib baik en. polis buka jalan untuk dia.. kalau tak mau tersadailah dia kat situ..

tak balik pun susah ni.. takkan nak tgu kenderaan lagi banyak bersusun

korang........... meh hantar heli sebiji kat aku

Gelagat dua beradik

hanyalah cerita bergambar ye..
gelagat dua beradik di 1 syawal..
orang dah habis citer pasal raya, aku baru nak citer dan tepek gambar..
tapi hanya gambar anak2 jelah.. gambar family banyak yang tak jadi sebab orang lain yang ambilkan.. huhuhu
tak banyak pun pic yang sempat ambil.. ni pun adalah 4/5 keping je
korang layanlah gambar ni..
sambil tepek gambar sambil aku cerita ye..

si uzair yang sibuk bermain dengan losyen mustajab opahnya..

uzair yang tengah termenung.. menung apa pun aku tak taulah..
mungkin menung kekenyangan makan nasi impit di pagi raya..
uzrei pun tgh bermenung jugak.. sebenarnya ni tengah mengantuk lagi.. tapi aku mandikan dia dalam keadaan separuh tido..
hahaha.. terjerit-jerit dia menangis sebab tak nak mandi.. sekali aku bagi upah bunga api terus nak mandi.. bila dapat mandi taknak pulak keluar dari bilik air..

gambar dua beradik yang keriangan.. naperlah dua beradik ni sibuk nak pandang kat tepi tu..

akhir sekali pic satu family yang tak berapa semengah.. masing2 muka sembab macam baru bangun tido..
sebenarnya ni gambar testing je.. tapi gambar ni lah gambar yang keseluruhannya penuh.. gambar yang bersedia sume kepala en. suami separuh je.. huh... geram.. dahlah dengan aku yang tak bertouch up lagi.. layan jelah muka neutral tuan tanah yang sembab ni ye..

tu je pic raya yang aku rasa cantik pada saat ini..

jom breakfast

hari ni breakfast simple je..
roti kacang merah gardenia dan horlick panas

nilah breakfast aku hari ni

roti gardenia ni 1st time aku makan tau.. sedap sebab aku memang pengemar kacang merah ni..
horlick pulak memang aku suka minum horlick ni tapi kalau horlick ais.. tapi masa bula puasa hari tu terpengaruh pulak dengan iklan lieza hanim n family tu yg terus terpikat minum horlick panas pulak.. yummy...
aku tak taulah samada ni roti terbaru yang dikeluarkan oleh gardenia..

psst........ korang bekpes apa hari ni?

Sikap sampai menyampai

dalam minggu ni 2 kes sikap sampai menyampai terjadi didalam hidup aku.. citer ni takder kaitan dengan aku sebenarnya.. cuma aku nak jadikan pengajaran buat aku dan untuk dikongsi bersama.. tak payahlah aku ceritakan apa yang berlaku ye.. aku pun sekadar mendengar je.. tak tau butir cerita yang sebenarnya terjadi.. cuma aku nak citer pasal sikap sampai menyampai ni
biasanya penyampai pertama menyampaikan satu cerita tu dah bila dah berantai dan diterima pulak oleh orang yang terakhir cerita yang disampaikan tu telah bertokok tambah dan diadun supaya bunyinya menjadi sedap..
dan akibatnya akan menimbulkan salah faham kepada pemunya cerita.. akan menjadikan pergaduhan dan bermasam muka sesama adik beradik, sepupu sepapat.. betapa teruknya sikap sampai menyampai ni..
aku rasa kalau nak tahu cerita tu sahih ke tak sahih kita seharusnya terus bertanya kepada tuan punya badan.. jangan bertanya pada orang yang tak tahu cerita sebenarnya.. kebanyakkannya akibat yang akan diterima lebih banyak dari buruk dari baiknya.. 
aku sedih betul bila perkara ni terjadi pada bulan syawal yang mulia ni.. baru je bermaafan dah bermasam muka balik.. 
sia2 je kita berjurai2 air mata keluar semasa bermaafan.. tapi tak sampai sebulan dah memulakan perselisihan faham..

aku kalau dengar orang bercerita aku lebih suka tak ambil peduli sangat.. bila orang cerita aku dengar takderlah aku nak sampaikan kepada orang yang diceritakan.. padahal cerita yang kita dengar tu sebenarnya baik.. tapi bila dah diolah oleh tukang cerita tu untuk menjadi sedap didengar akhirnya cerita tu akan menimbulkan keburukan kemudian hari.. 


kat atas ni hanyalah gambar rantaian makanan..


Kuasa Mutlak yang mesti difahami

Baca dan fahami betul-betul artikel di bawah ini. Ianya sangat penting bagi kita semua untuk memahami dan mengambil peringatan daripadanya. Jika perkara ini dapat kita fahami, insyaAllah hidup kita akan bahagia dunia akhirat. So, bacalah dengan dada yang lapang terbuka, dan fahami lah betul-betul perkara ini.

Mengenai 2 Kuasa Mutlak…

Hanya ada dua orang yang mempunyai kuasa ini. SUAMI dan IBU. Kuasa suami ke atas isteri dan kuasa ibu ke atas anak-anak. Kuasa Mutlak ini sungguh besar ertinya di sisi agama Islam sehingga seseorang itu akan dimurkai Allah sekiranya dia menyakiti hati dua golongan tadi.
Sebagai contoh; seorang isteri yang melukai hati suaminya walau sedikit akan berdosa besar (bukan dalam kes terkecuali). Begitu juga anak-anak terhadap ibunya.
Kalau isteri - bayangkan seorang isteri yang secara tidak sedar menyakiti hati suaminya dan tidak meminta maaf. Isteri tersebut akan terus berdosa dan sekiranya dia hamil, anak tersebut akan dikandung didalam badan yang berdosa.
Besar kemungkinan anak tersebut akan mendapat banyak sifat-sifat yang tidak baik dan seterusnya anak itu lahir dan membesar dan menjadi dewasa dan membawa sifat-sifat yang tidak elok itu ke dalam zuriatnya. Tambahan pula dalam keadaan berdosa bagaimana doa-doanya akan diterima Allah? Tanpa doa yang diterima, apalagi daya kita untuk mendapat kebahagiaan?
Kalau anak-anak - cukup senang untuk mendapat dosa. Terguris sahaja hati ibunya oleh kata-kata atau perbuatan, maka anak tersebut akan berdosa. Yang paling ditakuti dosa tersebut tidak disedarinya. Sekiranya anak tidak meminta ampun maka dosa tersebut akan terus dipikul. Kesannya, doa-doa anak tersebut tidak diterima Allah, ibadatnya tidak mendapat pahala, hidupnya akan tidak mendapat berkat dan lain-lain lagi. Akhirnya anak akan mendapat berbagai balasan dari Allah di bumi lagi.
Cerita - Kita sering ditakutkan oleh para ustaz tentang cerita bagaimana dua orang pemuda yang soleh mendapat seksaan Allah di zaman Nabi saw. Yang seorang sebab dia TAK SEDAR menyakiti ibunya apabila habuk yang disapu terkena ibunya TANPA DISEDARI.
Dan yang seorang lagi kerana TANPA DISEDARI, dia menyakiti hati ibunya kerana mengutamakan isterinya. Kedua-duanya diseksa oleh Allah sehingga Nabi saw memerintahkan kedua ibu tadi mengampunkan anak-anak mereka.
Ustaz kata cerita tersebut menyuruh kita sentiasa taat kepada ibu. Sebenarnya itu hanyalah setengah dari pengajaranya.
Ada lagi setengah - IBU mesti tahu kuasa yang diberi kepada mereka. Oleh itu IBU MESTI MENGAMPUNKAN ANAKNYA SETIAP MALAM, samada anaknya meminta atau tidak dan begitu juga dengan SUAMI MESTI MENGAMPUNKAN ISTERINYA SETIAP MALAM, samada isteri meminta atau tidak.
Cerita tersebut mengajar kita bahawa sebagai IBU kita mempunyai satu kelebihan yang besar keatas anak-anak kerana berdasarkan cerita itu tidak mungkin pemuda-pemuda tersebut sedar akan kesalahan mereka. Kalau
dah tak sedar, bagaimana pula ingin meminta ampun.
Seorang suami dan ibu MESTI tahu akan KUASA MUTLAK ini dan kuasa ini hendaklah dijaga dengan baik. Insya Allah bermula dari satu keluarga yang mana suami memaafkan isteri dan ibu memaafkan anak, maka lahirlah satu masyarakat yang mendapat berkat dari Allah, sentiasa di bawah lindunganNya dan menjadi umat Islam yang menghayati Islam.
Ingatlah, seorang ISTERI (wanita) mesti taat kepada SUAMInya (lelaki).
Manakala, si SUAMI (lelaki) mesti taat kepada IBUnya (wanita). Isteri akan menjadi ibu yang akan melahirkan anak yang akan menjadi suami (anak lelaki) dan juga isteri (anak perempuan) dan seterusnya mereka akan melahirkan pula bakal-bakal suami dan isteri. Jadi tidak ada yang ketinggalan. Semuanya akan merasa mempunyai KUASA MUTLAK. Tetapi yang penting bukanlah ‘mempunyai’ tetapi MESTI menggunakan dengan bijak.
** Tolong sebarkan artikel ini kepada seberapa ramai orang yang boleh, supaya semua orang faham perkara ini. Semoga kita sama-sama ambil pengajaran daripadanya.

Kenapa perlu menangis

MENANGIS....PERLUKAH MENANGIS..BILA DIBOLEHKAN MENANGIS.......ADAKAH TANGISAN ITU BOLEH DIPAKSA.......

Kata Ibnu Qayyim - 10 Jenis Tangis

1) Menangis kerana kasih sayang & kelembutan hati.
2) Menangis kerana rasa takut.
3) Menangis kerana cinta.
4) Menangis kerana gembira.
5) Menangis kerana menghadapi penderitaan.
6) Menangis kerana terlalu sedih.
7) Menangis kerana terasa hina dan lemah.
8) Menangis untuk mendapat belas kasihan orang.
9) Menangis kerana mengikut-ikut orang menangis.
10) Menangis orang munafik - pura-pura menangis.

"..dan bahawasanya DIA lah yang menjadikan orang tertawa dan menangis." (AnNajm : 43)

Jadi, Allah lah yang menciptakan ketawa dan tangis, serta menciptakan sebab tercetusnya. Banyak air mata telah mengalir di dunia ini. Sumber nya dari mata mengalir ke pipi terus jatuh ke bumi. Mata itu kecil namun ia tidak pernah kering ia berlaku setiap hari tanpa putus-putus. Sepertilah sungai yang mengalir ke laut tidak pernah berhenti?.kalaulah air mata itu di tampung banjirlah dunia ini.

Tangis tercela atau terpuji ?? Ada tangisan yang sangat di cela umpamanya meratapi mayat dengan meraung dan memukul-mukul dada atau merobek-robek pakaian. Ada pula tangisan sangat-sangat di puji dan di tuntut iaitu tangisan kerana menginsafi dosa-dosa yang silam atau tangis kerana takut akan azab dan siksa Allah.

Tangisan dapat memadamkan api Neraka "Rasulullah saw bersabda : Tidaklah mata seseorang menitiskan air mata kecuali Allah akan mengharamkan tubuhnya dari api neraka. Dan apabila air matanya mengalir ke pipi maka wajahnya tidak akan terkotori oleh debu kehinaan, apabila seorang daripada suatu kaum menangis, maka kaum itu akan di rahmati. Tidaklah ada sesuatupun yang tak mempunyai kadar dan balasan kecuali air mata. Sesungguhnya air mata dapat memadamkan lautan api neraka."

Air mata taubat Nabi Adam a.s Beliau menangis selama 300 tahun tanpa mendonggak ke langit tersangat takut dan hibanya terhadap dosa yang telah ia lakukan.Dia bersujud di atas gunung dan air matanya mengalir di jurang Serandip. Dari air matanya itulah Allah telah menumbuhkan pohon kayu manis dan pohon bunga cengkih.Beberapa ekor burung telah meminum akan air mata Adam lalu berkata, "Manis sungguh air ini."

Nabi Adam terdengar lalu menyangka burung itu mempersendakannya lalu ia memperhebatkan tangisannya. Lalu Allah mendengar dan menerima taubat Adam dan mewahyukan, "Hai Adam sesungguhnya belum saya pernah menciptakan air lebih lazat daripada air mata taubat mu!." Air mata yang tiada di tuntut Janganlah menangis kalau tak tercapai cita-cita bukan kah Tuhan yang telah menentukannya.

Janganlah menangis nonton filem hindustan itu kan cuma lakonan.

Janganlah menangis kerana cinta tak berbalas mungkin dia bukanlah jodoh yang telah Tuhan tetapkan.

Janganlah menangis jika gagal dalam peperiksaan mungkin kita kurang membuat persediaan.

Jangan menangis kalau wang kita hilang di jalanan sebab mungkin kita kurang bersedekah buat amalan.

Janganlah menangis kalau tidak dinaikkan pangkat yakin lah, rezeki itu adalah pemberian Tuhan.

Dari itu??..

Simpanlah air mata-air mata tangisan itu semua buat bekalan untuk menginsafi di atas segala kecuaian yang telah melanda diri, segala dosa-dosa yang berupa bintik2 hitam yang telah mengkelamkan hati hingga sukar untuk menerima hidayah dari Allah swt.
Seru lah air mata itu dari persembunyiannya di balik kelopak mata agar ia menitis membasahi dan mencuci hati agar ia putih kembali dan juga semoga ia dapat melebur dosa2 dan moga-moga akan mendapat ampunanNya jua.

Junjungan Mulia bersabda "Ada 2 biji mata yang tak tersentuh api neraka, mata yang menangis di waktu malam hari kerana takut kepada Allah swt dan 2 biji mata yang menjaga pasukan fisabillah di waktu malam."

"Di antara 7 golongan manusia yang akan mendapat naungan Allah dihari qiamat"??seseorang yang berzikir bersendirian lalu mengenang tentang kebesaran Allah swt lalu bercucuran air matanya."

"Jika tubuh seseorang hamba gementar kerana takut kepada Allah, maka berguguran lah dosa-dosanya bak gugurnya dedaunan dari pepohonan kering."

Berkata Salman Al Faarisi r.a, saya di buat menangis atas 3 perkara jua :

1) Berpisah dengan Rasulullah saw dan para sahabat-sahabat.

2) Ketakutan seorang yang perkasa tatkala melihat malaikat Israil datang mencabut nyawanya.

3) saya tidak tahu sama ada saya akan di perintahkan untuk ke syurga atau neraka.

Air mata tanda rahmat Tuhan, Rasulullah saw bersabda : Jagalah mayat ketika kematiannya & perhatikanlah 3 perkara.

1) Apabila dahi nya berpeluh.

2) Airmatanya berlinang.

3) Hidungnya keluar cecair seperti hingus.

kerana hal hal tersebut menandakan rahmat Allah swt untuk si mayat.(riwayat dari Salman al Faarisi)

Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara :

"Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan, Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu, Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu, dan dosa-dosa yang silam di sulami dengan taubat kepada Dzat yang Memiliki mu."

selepas 12 tahun

Selepas 12 tahun akhirnya aku bertemu kembali dengan rakan sekelas aku masa bersekolah di sekolah menengah kebangsaan Dato' Harun, Tanjong karang, selangor. masa ni raya kedua aku g beraya kat rumah dia.. memang dari bulan puasa lagi aku nekad nak g beraya rumah dia..
akhirnya raya kedua tu aku pun glah kerumah dia.. masa nak otw kerumah kawan aku ni aku sampai tersesat ke hujung jalan.. maklumlah dulu masa sekolah dia dok ngan keluargakan.. jadi rumah keluarga dia memang aku taulah walaupun ingatan dah samar2..
last sekali dah tak jumpa laluan rumah dia aku call dia suruh tunggu kat simpang.. akhirnya barulah jumpa rumah kawan aku ni..
lama jugak aku lepak kat rumah dia dekat 2 jam jugaklah.. borak + makan.. yang paling best tu bab makanlah kawan aku ni masak mee kari.. fuh meletup mee kari dia.. berkali2 aku menambah..

oklah tu jelah citer kawan sekelas aku.. kat bawah ni aku abadikan pic aku dengan dia masa hari raya tu..

haa.... baju merah tulah kawan aku.. nama dia Shohilia Rizana bt Salleh..
kecik je orangnya berbanding dengan akukan... muka pun maintain je kecik..

kepada shohilia terima kasihlah dengan mee kari yang ko hidangkan.. memang superb sedap..
next year ada umur panjang aku datang lagi rumah ko ye...


Taktik asmara spontan

1. Cuit-cuit
 
Yang ini boleh dilakukan pada bila-bila masa. Kalau lihat si dia sibuk dan kelihatan tertekan serta tegang semasa sedang membuat kerja, cuit-cuitlah dia sikit. Mungkin cara ini boleh mengurangkan sedikit rasa stresnya. Tapi sebelum cuit, tengok dulu kerja apa yang sedang dibuatnya. Kemudian fikirkan, jika semasa anda gangu itu, okey ke tidak? Bukan apa, bimbang nanti kalau tidak kena gayanya, bukan untuk menambahkan kemesraan, tetapi pelempang pula naik ke muka. Bukankah naya namanya.

 
2. Kenyit-kenyit.
 
Satu lagi, sekali sekala kenyit-kenyitlah sedikit mata itu pada yang tersayang. Masakan anda terlupa bagaimana hendak mengenyitkan mata. Buatlah seperti semasa waktu mengurat dulu. Mesti seronok mengusik si dia dengan cara ini. Respons dia juga tenu menggemberikan hati anda.
 
3. Ops, maaf terpegang.
 
Tidak salah rasanya kalau minta tolong pasangan ambilkan barang kemudian semasa dihulurkan barangan itu, ambil tangannya, bukan ambil barang itu. Lepas itu, pandai-pandailah minta maaf, ‘ops, maaf terpegang, tak sengaja’. Kalaulah ini anda lakukan, pasti si dia akan melirik manja pada anda. Aduh, boleh cair jadinya.
 
4. Mandi tanpa tutup rapat pintu bilik air.
 
Satu lagi cara hendak menarik perhatian si dia. Tetapi sebelum itu, pastikan bahawa tiada orang luar yang berada di rumah anda dan ketika itu anak anda sedang tidur. Jika tidak, susah untuk anda melakukannya. Sekali sekala, semasa mandi, biarkan pintu terbuka sedikit tetapi jangan besar sangat. Bukalah cukup-cukup untuk si dia melihat anda seperti mengendap. Bukan apa, kalau nampak sikit kan lebih menyeronokkan daripada nampak banyak. Kemudian, buatlah macam anda tak perasan pintu tu tak berkunci. Barulah ada ‘ummphhh!’.
 
5. Tersentuh tangan.
 
Kalau duduk sebelah menyebelah, rajin-rajin gerakkan tangan, kononnya tersentuh. Lepas itu minta maaf seperti anda tidak sengaja. Mesti seronok menyakat si dia dengan cara ini.
 
6. Urut mengurut.
 
Sekali sekala, apa kata kalau anda urut-urut manja badan pasangan anda. Lakukanlah pada bila-bila masa sahaja. Misalnya, ketika menonton televisyen atau semasa berbual-bual.
 
7. Usik melalui telefon.
 
Sekali sekala, apa kata jika anda mengusik si dia dengan menelefonnya dan berpura-pura hendak bercakap dengan seseorang. Anggaplah seperti orang salah nombor. Lepas itu, usik-usiklah dia, biar dia marah. Bila sudah sampai ke kemuncak perbualan dan si dia memang dah marah pada anda perkenalkan lah diri anda. Tentu menarik. Tetapi perlulah kena gaya dan waktu agar gurauan anda itu boleh diterima. Silap gaya, anda pula dimarahinya.
 
8. Suapkan makanan.
 
Bukan anak sahaja makan nak kena suap. Si dia pun sekali sekala nak juga rasa makan bersuap. Alahai, macam masa makan beradap ketika bersanding dulu. Jadi tunggu apa lagi, suapkanlah si dia. Barulah mesra.
 
9. Betul-betulkan rambut.
 
Kadang-kadang terlalu sibuk buat macam-macam kerja, diri sendiri pun kurang terurus. Jadi pandai-pandailah ambil kesempatan. Kalau rambut si dia terjurai sehingga menutup matanya, betul-betulkanlah rambut tu. Buat dengan lembut. Kemdian hadiahkanlah si dia dengan ciuman. Wah, romantiknya.
 
10. Jalan macam itik pulang petang.
 
Asyik berjalan laju saja, macamana nak tarik perhatian si dia? Apa kata, cuba ubah cara anda berjalan. Biar lembut dan sedikit melenggok. Barulah terancam si dia memandang.
 
11. Nak masukkan gear…ops, terpegang tangan.
 
Walaupun cara ini dah agak basi, tetapi masih relevan untuk diamalkan. Nampak macam drama swasta tak apa. Janji anda bahagia. Alah, apa salahnya kalu terpegang. Dah sah pun.Tetapi pastikan adegan ini hanya dilakukan sewaktu anda berdua sahaja berada di dalam kereta.
 
12. Ops… tuala terlepas
 
Jika si dia berada dalam bilik semasa anda ingin salin baju selepas mandi, ambillah kesempatan ini. Buat-buatlah macam tuala terjatuh semasa hendak pakai baju. Pasti terbeliak matanya melihat anda. Bukan tidak biasa tetapi tidak sangka. Lepas itu, terpulanglah kepada anda….
 
13. Jeling-jeling
 
Kalu tenung lama-lama nanti oang marah. Dalam masa yang sama, mereka tentu rasa tidak selesa. Untuk tidak menyakit kan hati orang sebaliknya menambat hati si dia, apa kata anda jeling-jeling manja padanya terutamanya ketika dia sedang asyik membaca surat khabar contohnya. Mesti konsentrasinya terganggu. Dan perhantiannya tentulah beralih pula pada anda.
 
14. Gesel-gesel
 
Kalau berjalan di tempat sempit, janganlah malu-malu untuk bergesel dengan si dia. Tak payahlah hendak elak-elak. Lagi rapat lagi bagus. Barulah mesra namanya. Selain meningkatkan kemesraan, cara ini juga boleh dijadikan mukadimah untuk hubungan seterusnya…
 
15. Cubit-cubit
 
Cubitan itu biarlah cubit-cubit sayang. Janganlah pula melampau sampai merah telinga kawan itu menahan sakit. Bimbang nanti, lain pula jadinya. Elok-elok hendak bermesra, tup tup bertukar jadi perang. Tak ke kes naya jadinya.
 
16. Hembusan lembut pada telinga.
 
Walaupun nampak macam biasa, cara begini jarang dipraktikkan. Jika duduk bersebelahan dengan si dia, hembuslah lembut pada telinganya. Pasti hatinya tersentap. Jangan tunggu lama-lama. Apa kata hari ini, balik ke rumah dan anda lakukanlah taktik ini dan pasti pasangan anda terasa dirinya lebih disayangi.
 
17. Ciuman di dahi
 
Yang ini, kalau diamalkan pasti ramai yang cemburu. Apa tidaknya. Wah, mesranya pasangan tu. Jadi tunggu apa lagi, buatlah cepat, tidak perlu tunggu-tunggu lagi.
 
18. Sembur wangian pada bilik.
 
Bukankah kita semua tahu, rumah adalah syurga sesebuah keluarga. Oleh itu pastikan rumah anda sentiasa bersih dan wangi. Dengan cara ini, setiap kali melangkah kaki masuk ke rumah, hati anda pasti tenang. Bila dah tenang, mudahlah untuk ke adegan yang seterusnya.
 
19. Tolong betulkan baju
 
Waktu bersiap untuk ke pejabat adalah antara masa yang paling sibuk. Tidak dinafikan saat itu memang tegang. Masing-masing terkejar-kejar, takut lambat ke pejabat. Bagi yang inginkan kemesraan suami isteri, ambil peluang saat sedang sibuk itu dengan tolong si dia betul-betulkan pakaiannya. Biar lagi kemas. Barulah boleh digelar pasangan bahagia.
 
20. Bisikkan kata romantik pada telinganya.
 
Bisikkan kata-kata romantik pada telinga si dia. Mesti senyum lebar si dia.

makanan raya

bukan nak citer tentang makanan hari raya lepas
tapi nak citer pasal makanan raya yang baru aku buat untuk raya yang ke 11.
sebenarnya masa raya hari tu tak puas sanggat makan nasi impit dengan rendang ni.
peluang nak makan tu ada tapi memandangkan tetamu yang datang kerumah
niat nak makan tu terpaksa diabaikan.. adalah makan 2/3 potong nasi impit dengan rendang
selebihnya sibuk menghidang untuk tetamu berdoyon2 tanpa henti dari pagi hingga ke malam..
jadi pada raya yang ke 11 hari tu tekak aku ni meronta2 nak makan nasi impit dengan rendang..
jadi lepas balik keje tu aku pun bersilatlah kat dapur.
rebus nasi impit dan masak rendang
dan terhasillah rendang ayam dan nasi impit seperti dibawah ni..

rendang ayam aku yang terlebih sikit minyaknyer
tapi takper minyak tu boleh asingkan.. yang penting rasa rendang ni menepati selera aku..

dan nasi impit kecil molek aku.. 

korang puas ke makan nasi impit dan rendang masa raya hari tu..?

Facebook

huhuhu... sedey wei...
tadi baru je boleh guna facebook
tup2.. budak it datang cakap suruh closed internet kata nak pasang firewall
aku pun gigihlah closed internet..
tapi bila aku on balik internet terus buka facebook
sekali url dah kene block.. huuuwaaaaaaaaaa...
ni sume budak kilang belakang punya pasal.. 
klu nak berfacebook pun jgnlah korang add bos korang
sekarang tak pasal2 internet kena blog..

maknanya kat rumah jelah aku boleh berfb.. tapi fb kat rumah tak sama fb kat opis..

Tudung ala2 Biarawati?

Statement dr sumber2 yg dipercayai:
 
ha... ni fesyen bertdung zaman skrg yg korg (org2 tertentu) bangga2kan...!!!
Hadis nabi :"barangsiapa yang meniru sesuatu kaum, maka ia termasuk dari kalangan mereka".. – riwayat Abu Daud.

RAMAI MASIH BELUM MENGETAHUINYA, JADI SAMPAIKANLAH KPD MEREKA...
agenda
kafir Laknatullah untuk menyesatkan wanita Islam.. Adakah ini suatu
kebetulan..? sememangnya agenda Kristian itu amat dahsyat utk
menjahanamkan umat Islam..Mungkin ramai yang tidak
mengetahuinya...sebar2kan lah.. selamatkan wanita
Islam..Allah..Allah..Lindungi kami.. wahai wanita, janganlah kamu
memakai tudung yang dibutang/di pin di belakang sehingga menampakkn
bentuk leher di hadapan..gayanya tak ubah seperti birawati kristian
Laknatullah... Jauhilah dari memakai sebegini...agenda kafir laknatullah
itu sangat halus sehingga kita tidak sedar, ketahuilah wahai manusia
sekalian...
 
lihat gambar dibawah..
samakan..
note : aku sebelum ni pun ada jugak pakai tudung pin kat belakang leher.. 
erm.. secara halus diorang ni kan.. tapi terpulang pada individu masing2lah ye..
sebenarnya lagi banyak cara diorang nak pengaruhi kita untuk sesatkan kita..
tapi aku harap iman kita dan anak2 kita pada masa akan datang tebal didalam hati.

kembali bekerja

salam hari raya..
hari ni bermulalah routine harian aku dan mungkin juga kawan2 untuk memulakan tugas seperti biasa..
walaupun mood masih berhari raya kerja tetap harus diteruskan..
pada yang masih bercuti mesti seronokkan.. 
alhamdulillah selamat sudah kita berhari rayakan.. 
selamat pulang ke kampung dan selamat memulakan kerja harian kita seperti biasa..

oklah keje pun banyak ni maklumla lama bercuti.. 
walaupun 2/3 hari bercuti keje tetap datang hari2.. huhuhu


lagi 2 hari beb..

korang lagi 2 hari nak raya ni mood masak untuk berbuka korang ada lagi tak?
aku dah mula gantung kuali n simpan periuk dah..
mood masak dah tak do.. lagipun malas nak kecahkan dapur..
boleh ye macam tu.. boleh je untuk utk esah ni..
aku 2 hari ni beli je kat bazar
tapikan kat bazar pun org dah kurang meniaga.
jadi tak banyak pilihan lah pulak.. takper makan je apa yang ado..
hari khamis ni last pose orang dulu2 kata puasa bongsu
aku berbuka kat umah mak mentua.. 
rasa air tanggan mak mentualah gamaknya..
bermakna masa tu aku dah balik ke kampung
di kesempatan ini aku nak ucapkan
SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN
kalau ada terkasar bahasa dalam berbicara harap maafkan ye
raya jemputlah datang kerumah.. 
pintu rumah sentiasa terbuka untuk kalian..

hatiku

hati dah fikirkan raya
tapi badan masih ditempat kerja..


Sinopsis Iklan raya di TV?...







Salam...


Scene 1 - Budak Lelaki Melayu sedang menilik-nilik sebuah buku bergambar di malam yang gelap dalam sebuah pondok buruk beratapkan rumbia dengan bertemankan sebiji mentol. Terdapat sebuah sangkar burung yang tergantung di sebelah kanan tingk...ap yang terbuka.


1.Budak Lelaki Melayu - Orang Melayu
2.Buku - Bible
3.Pondok Buruk Beratap Rumbia - Kemiskinan
4.Malam Yang Gelap - Islam yang mundur
5.Mentol Lampu - Pencerahan (Illumination) - Lucifer@Iblis
6.Sangkar Burung - Simbol manusia yang terkurung dan terkongkong dengan ajaran ISLAM7.Tingkap Terbuka - Jalan keluar dari kemiskinan dan kemunduran


Scene 2 - Close up sehelai mukasurat yang mempunyai gambar sebuah beca bewarna merah dengan berlatarbelakangkan sebuah pokok Krismas dan North Star (Bintang Utara), menutup sehelai mukasurat lain bertulisan JAWI yang diterbalikkan (inverted).
1.Mukasurat Bergambar - Bible (Christianity)
2.Mukasurat Jawi terbalik - Al-Quran yang dihinakan
3.Beca Merah - Samaran untuk kenderaan Santa Claus
4.North Star - Bintang Kelahiran Horus (Dajjal)Pokok Krismas - Simbol Paganism


Scene 3 - Keluarnya bintang-bintang kecil beraura yang membawa cahaya dari gambar beca. Budak Melayu delighted (kagum dan gembira). Bintang-bintang berterbangan keluar dari tingkap rumah buruk lalu membentuk sebuah beca merah berlampu lip-lap dengan seorang lelaki separuh abad yang memakai songkok (bukan ketayap) putih dan berambut putih. Lelaki separuh abad mempelawa budak Melayu untuk bersama-sama menaiki beca merah dan seterusnya meninggalkan pondok buruk.


1.Bintang-bintang kecil beraura - Keajaiban, kekayaan, kemahsyuran, kemodenan etc.
2.Lelaki Rambut Putih Dan Bersongkok Putih - POPE - Ketua Agama Kristian
3.Pelawaan Menaiki Beca - Pelawaan Masuk Kristian Scene
4 - Budak Lelaki Melayu dengan seorang Budak Perempuan Melayu masuk ke dalam beca dan terus duduk bersandar. (Scene ini memaparkan kejayaan memurtadkan (merosakkan) Bangsa Melayu)


1.Budak Lelaki Dan Budak Perempuan Melayu - Bangsa Melayu.


Scene 5 - Beca terbang ke Pulau Pinang, Teluk Intan, dan Kuala Lumpur. Tempat-tempat ini bercahaya dan bersinar (illuminated) dengan kehadiran beca merah.


1.Pulau Pinang - Tempat Illuminati mula bertapak (Francis Light)2.Teluk Intan, Hilir P...erak (Anson) - Ada Illuminati Lodge kat sini. Rotary club pun bersepah.3.Kuala Lumpur - Malaysian Illuminati punya capital.
Scene 6 - Tiba-tiba ada satu pasangan tambahan budak lelaki/perempuan melayu dalam beca.
1.Pasangan Melayu Extra - Murtad dan kerosakan makin berkembang dan mendapat sambutan


Scene 7 - Beca berhenti depan unit kondo. Satu pasangan budak Melayu lagi diorang pickup. Budak Melayu Kampung gembira sampai bercahaya-cahaya mukanya.


1. Kondo - Bandar/Middle Class. Budak kampung dah diterima oleh orang bandar. Masuk Kristian adalah cool, urban, modern dsbnya.


Scene 8 - Seorang budak perempuan memeluk seorang budak perempuan lain dari belakang. Kepala seorang budak lelaki hanya tersengih di tepi pasangan tersebut.


1.Pasangan Budak Perempuan Berpelukan - Lesbianism/Feminism2.Kepala Budak Lelaki Tersengih - Lelaki yang tak dipedulikan dan diperbodohkan.


Scene 9 - Beca terbang merentasi sebuah pulau.


1.Pulau - Singapore lah.


Scene 10 - Beca terbang merentasi awan dan menuju ke sebuah kawasan pergunungan. Kelihatan sebuah masjid di sebelah kiri, budak-budak Melayu tak mempedulikan kewujudan masjid malah lebih tertarik dengan pemandangan di bawah beca terbang.


1.Kawasan Pergunungan (Bukit-bukau) - tempat tinggal Jin2.Masjid Kecil - Agama Islam yang lemah


Scene 11 - Budak-budak Melayu sudah mendarat dan terus berlari sambil menunjuk-nunjuk ke arah Masjid yang terletak jauh disebalik jurang yang dalam sambil ketawa berdekah-dekah. Terdapat dua tangan misteri yang juga sedang menunjuk-nunjuk ke aras masjid. Sebuah bangunan misteri berada di antara masjid dan budak-budak Melayu.


1.Bangunan Misteri - Sebagai cover up (Yang sebenarnya ditunjuk-tunjuk adalah Masjid)


2.Perbuatan Menunjuk Menggunakan Jari Telunjuk - Perlakuan Biadab 
Note : sinopsis ni aku dapat dari email.. dan aku forwardkan kat korang..

Cara untuk menghapuskan cicak di rumah

Tips bagaimana nak hapuskan cicak di rumah. Saya akan cuba bantu sebab hapuskan cicak tu perkara bagus. Dalam agama pun digalakkan kita hapuskan cicak sebenarnya.

 Comel lak cicak ni.. 

Dipetik dari KITAB NAILUL AUTHAR Himpunan Hadith-Hadith Hukum Jilid 6:
i. Dari Sa’id bin Abi Waqqash: Sesungguhnya Nabi saw menyuruh membunuh cicak dan ia menyebutnya binatang kecil penyeleweng (HR Ahmad dan Muslim).
ii. Dari Ummu Syarik ra: sesungguhnya Nabi saw menyuruh membunuh cicak-cicak (HR Ahmad, Bukhari dan Muslim)
iii. Bukhari menambah: Nabi saw bersabda: Dan cicak itu pernah meniup (api yang membakar) Nabi Ibrahim as
iv. Dari Abi Hurairah ra, ia berkata: Rasulullah saw bersabda: “ Siapa yang membunuh cicak pada pukulannya yang pertama ditulis seratus kebaikan sedang pada pukulan yang kedua dan yang ketiga kurang dari itu. “ (HR Ahmad dan Muslim)
PENJELASAN
Syarith (Imam Syaukani)) rahimahullah berkata: perkataan “Nabi saw menyuruh membunuh cicak “ itu, disebut “ fuwaisiq “ (binatang kecil penyeleweng) lantara sukanya mengganggu (manusia). Perkataan “ dan ia yang meniup (api yang membakar) Nabi Ibrahim as “ itu, memang sudah menjadi tabiat binatang ini yang suka memusuhi manusia.
Manakala membunuh cicak kalau boleh hendaklah dengan cara yang terus dapat membunuh cicak tersebut supaya binatang tersebut tidak terseksa akibat kesakitan. (Kepada yang lebih a’rif, harap tlg perbetulkan jika ada kesilapan… Wallahua’lam.)
Cicak, najisnya, telurnya, dan bangkainya boleh memudaratkan manusia. Ada yang kaitkan sakit sopak dengan bangkai atau telur cicak dalam kolam air mandi atau air minum. Tak taulah betul atau tidak.
Ada yang kaitkan cicak dengan keracunan salmonella. Malahan ada yang kaitkan cicak dengan tumor, kerana cicak boleh terkena serangan tumor ( benjolan-benjolan ). Pun tak tau kesahihannya.
Yang tanpa syak ialah ke mana saja cicak merayap, ia akan menyebarkan virus dan kotoran yang tersangkut pada kaki, badan dan ekornya. Banyak tempat cicak merayap, termasuklah tandas, bawah meja, belakang kabinet, celah sinki, bawah peti ais, siling, dan dinding.
Cicak juga ada sikap jahat ( dengki ). Situlah tempat sujud solat witir , situlah jadi tempat favorite dia berak. Jika situ tempat kita belajar, situlah yang dipilih jadi jamban terbukanya.
Jika situ tempat letak makanan dan minuman, situ juga tempat dia bom dari atas.
Sekarang kedapatan spray untuk menghindari cicak daripada menghuni rumah, agak berkesan kerana saya pernah menggunakannya. Tapi pastikan jangan spray di atas sahaja, kerana selepas itu, cicak-cicak di rumah saya berjalan di atas lantai sama macam kami sekeluarga. Agaknya gayat dah bergayut kat atas syiling.
Kenapa ada cicak di rumah?
Sebenarnya kita kena soal diri kita sendiri sebab kita sudahpun tahu jawapannya. Saya tolong sikit-sikit kalau ada yang tidak pasti. MAKANAN CICAK IALAH SERANGGA. Lagi banyak serangga lagi banyak cicak. Sikit serangga sikit cicak. Walaupun sekarang -apa yang pernah saya terserempak- ada cicak yang sudah pandai makan nasi, tapi masih lagi feberet dia makan serangga, sebab nasi putih tak enak dimakan begitu sahaja, berbeza dengan serangga.
 cicak betul ni.. geli.

TIP (1)
Kalau nak hapuskan cicak, hapuskan serangga dulu. Cicak akan lari ke tempat lain sebab takda rezeki kat rumah kita.
Kenapa ada serangga di rumah?
Soalan ini juga boleh dijawab senang oleh kita sendiri. Dari sampah, saki-baki makanan yang tidak dibersihkan, lantai kotor, makanan mentah tidak ditutup rapi, sarang serangga, highway serangga seperti dahan pokok dari pohon rimbun, tempat lembab dan sebagainya.
Makanan favorite cicak ialah SEMUT, ANAI-ANAI, LALAT dan kalau time KELKATU keluar sarang, mereka akan berpesta makan sampai cirit-birit.
TIP (2)
Kalau nak hapuskan cicak, JAGA KERSIHAN RUMAH supaya kurangkan serangga.
Orang-orang yang beriman suka menjaga kebersihan.
Bahan apa yang cicak takut atau tak suka?
1. Cicak tidak suka dengan campuran air dan lada merah. Dia tak tahan pijau. Lari….!!!
TIP (3)
Tumbuk 2 biji lada merah atau 4 -5 cili padi. Bancuh dengan air. Masuk dalam Botol Spray. Spray kat tempat mana banyak semut atau selalu nampak cicak dok berdiskusi dalam group atau menyorok.
JAUHI DARI KANAK-KANAK. Jangan ter-spray mata sendiri atau terhidu air spray.
BAHAYA. JANGAN LALAI.
2. Cicak tak suka dengan kulit telur ayam. Dia alergik dengan mineral kulit telor.
TIP (4)
Basuh dan keringkan dalam 2 atau 3 hari. Pecahkan kecil-kecil jadi saiz duit 5 sen atau seposen. Lekatkan berapat-rapat pada kadbod dengan gam. Letak kat mana-mana yang nak elak cicak berkunjung. JAUHI DARI KANAK-KANAK.
3. Cicak tak suka pada serbok borik acid. Dia mati tergolek kalau degil dan lalu jugak.
TIP (5)
Kebersihan halaman rumah juga boleh mengurangkan cicak dari masuk ke dalam rumah. Laluan terbaik cicak-cicak ini ialah melompat dari daun ke atas bumbung dan seterusnya melalui tingkap atau bawah pintu balconi.
Cicak suka menyorok di bawah daun dan pada dahan-dahan pokok. Perlu pendekkan rumput, daun-daun, dahan-dahan pokok. Selepas menebas, taburkan serbok borik acid di kawasan yang rimbun menghala ke rumah.
JAUHI DARI KANAK-KANAK. BAHAYA.
4. Cicak takut dengan kucing. Kucing biasanya bermain-main dengan cicak dan menjadi makanan side-dishnya.
TIP (6)
Kalau larat jaga kucing takpalah. AMARAN : Pastikan kucing selalu bersih dari kutu. Kutu boleh beranak-pinak setelah kenyang hisap darah. Jika kutu kucing tersebut berasal dari kutu anjing, lagilah risiko tinggi menjadi sarang kutu di dalam rumah. PENAT berminggu-minggu nak hapuskan kutu pulak. Sendiri fikir dan buat keputusan.
Akhirkata
Kurang dan banyaknya cicak di rumah berkait rapat dengan kurang atau banyaknya serangga di rumah. Kurang atau banyaknya serangga di rumah, berkait rapat dengan sikap penghuni terhadap kebersihan rumah dan halamannya.

info berguna utk dikongsi bersama.. bersama2 kita membanteras jenayah cicak

Wahai Suami..Tahukah Kamu??

untuk suami, bakal suami dan sesiapa yang rasa dia seorang lelaki..
Tahukah kau wahai suami dan bakal suami?? Laki bini ini asalnya 2 individu asing yang saling tidak mengenali. Atas takdir tuhan dipertemukan dan aqad nikah telah menyatukan kita.
TAPI…….tahukah kau apa yang isterimu selalu lakukan untukmu,dan fikirlah sejenak apa pula yang kau berikan untuknya…
KALA kau tiada duit, bukankah magic david copperfield bila tiba2 kau buka wallet ada duit pulak di dalamnya, tahukah kau yang isterimu sentiasa curi2 membuka wallet untuk mengecek ” Ada duitkah suamiku?”
TAPI Bila kau ada duit, wah! wah! kau siap boleh tanya lagi bini . kau ” Ada duit ke?” sedangkan itukan kewajipan kau untuk memberinya nafkah?
Tahukah kau wahai suami, tiap2 malam isterimu akan terbangun dari tidurnya dan perkara pertama yang diingat ialah suaminya, lantas terus si isteri menjenguk suaminya di sebelah, di kucup dahi suaminya, diusap rambutnya, penuh kasih sayang dan belas kasihan
TAPI yang kau berinya hanyalah dengkuran kadang2 siap kentut lagi..Cissss! !
Tahukah kau wahai suami, kalau kau balik lewat malam sampai jam 4-5 pagi atas alasan kerja atau kau suka2 nak lepak ngan kawan2, bini kau yang dirumah tu tak lena tidur, selagi kau tak balik selagi tulah mata tak leh pejam
TAPI yang kau tahu bersembang aje sampai pagi, langsung tak ingat bini, dahlah balik lambat esoknya selagi tak masuk Zohor tak reti2 nak bangun, dah bangun tahu nak makan aje…
Tahu tak kau wahai suami, setiap kali isteri mu menggosok bajumu apa yang sentiasa terlintas di fikirannya ialah “Handsome tak laki aku bila pakai baju ni?”
Tapi kau bila dah hansome sikit mula hidung tinggi nak mengorat lagi…
Tahu tak kau wahai suami, isteri tu tak mintak banyak, cuma pujilah dia sekali-sekala, peluklah dia setiap pagi dan malam sebelum tidur peluk yang setakat pelukan sayang sahaja..bukan dengan harapan dapat “apa-apa”), hadiahkanlah dia sekali-sekala walaupun setakat coklat sekeping, picitlah bahunya sekali-sekala dan kalau nak tidur tu, selimutkanlah dia, sebab sebenarnya, bini tu selagi laki dia tak lelap mata dia hanya tidur2 ayam sahaja…
INI YANG BEST NI
Satu lagi, suami, kalau korang nak tahu, sebaik sahaja saksi kata SAH!!!! tuhan tu telah kurniakan 6, 7, 8 senses kat isteri sebab itulah dia orang tahu korang buat apa kat belakang dia, tak yah guna spy…dia orang musti tahu punya….
Hargailah bini dan bakal bini korang, sebagaimana korang hargai kereta korang, PS2 korang dan lain-lain .Orang bijak adalah dia yang hari ini mengerjakan apa yang orang lain akan mengerjakannya tiga hari kemudian ..
JumPa AnDa Di PunCak KeJaYaaN bersama KeSeJahTeRaaN!
Pengajaran ayat: Perkahwinan itu satu perkara yang mulia, Mengapa mesti kita mengelakkannya. Ia adalah satu fitrah bagi manusia, kalau tak sanggup, manusiakah KITA.
Jangan risau jika kita tak dapat isteri yang solehah, kerana Allah telah berjanji, perempuan yg soleh hanya utk lelaki yg soleh…Kalau kita sbg lelaki tak soleh…jgn harap dapat bini yg soleh….Syukur apa yg telah dikurniakan.
Tak semua perempuan itu BAIK, tapi baiKKah kita nak dapat perempuan yg baik…???
Kalau kita mengorat perempuan memang tak baik, tapi kalau kita tak berusaha nak cari isteri; Ada can ker bini itu TURUN dari langit…..
Kita tak suka perigi mencari timba…Perempuan jenis apakah itu??? Siti Khadijah pun perempuan mcm itu; Hinakah dia?????? Allah telah mengutuskan perempuan utk lelaki…bukannya kita perlu hidup dgn sendiri….
Mungkin rezeki tidak ada untuk kita memulakan alam perkahwinan. ……Tanpa usaha , rezeki itu memnag tidak ada…. Syabas kpd sesiapa yg melangkah ke gerbang perkahwinan, yg tidak, ANDA sesungguhnya berada dalam kerugian….
FIKIR-FIKIRKANLAH. ……… …….

Marathon final

akhirnya ke final jugak marathon biskut raya aku ni.. fuh lega.. puas hati dengan biskut yang dah siap ni.. kalau nak tambah maybe kuih yang tunjuk2 jelah.. dah tak dayo nak buat biskut raya.. lepas ni nak marathon kemas rumah n packing2 baju untuk balik kampung.. maklumlah cuti lamakan..

nilah hasil marathon yang terakhir.. dapat 5 bekas biskut..

note : korang macam mana.. mesti lagi meriahkan biskut raya.. mesti berjenis2kan..
aku baru 7 jenis pun dah lembik tak larat nak buat biskut ni.. macam manalah orang yang amik tempahan tu ye..
mau retak tulang pinggang..

Buang bayi di Sect 13 Shah Alam

pic ni di ambil dari facebook yang telah di share oleh salah seorang kawan aku.. 
kolau korang nak tgk kat facebook pun boleh korang search nickname ni jidin giding
kepada en. Jidin giding minta maaf ye aku amik pic ni untuk dikongsi bersama rakan2 blogger..

"Kejadian berlaku kira-kira 5.30 petang, 29 ogos 2010. Simpang 3 sebelah Apartment Brunsfield Riverview. Bayi diletakkan dalam beg kertas dan disangkut di papan tanda " Beri Laluan".

Lokasi kejadian berdekatan dengan giant besar shah alam

tengah menunggu pegawai kesihatan.

pegawai kesihatan tenggah membuat pemeriksaan keadaan baby tu
maybe tgh potong uri baby 

tengok uri yang masih fresh lagi..
mungkin baru bersalin kot..

baby yang sihat

baby yang nak dibedung dalam kain yang bersih
putih baby ni..

comelkan baby ni.. apalah nasib bay ni ye..

kesian baby ni.. dah lah comel, putih cukup sifat pulak tu..
harap2 nasib baby ni bila dah besar nanti baiklah..

menurut pada komen yang aku baca kat facebook baby ni digantung kat sighboard beri laluan dalam paper bag.
nasib baik paper bag tu tak koyak atau tali dia putus.. kalau itulah yang terjadi erm.. tak dapat nak kata apalah

nak tgk gambar yang lain korang boleh clik kat sini


Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...