Lesen L

Salam..

Korang pernah tak amik ujian lesen L sampai 3 kali... tapi serius aku nak citer kat koranglah.. memang aku ambik ujian L tu sampai 3 kali.. Masa tu tak silap aku hujung tahun 2002. aku dengan anak buah akulah.. sibuk nak amik Lesen L.. dah bagus semua pergi dengar ceramah kat pusat memandu semua.. sekali kali pertama nak ambik ujian tu memang aku tak baca pun buku panduan tu.. masik bilik ujian tu aku bantai je jawab.. sekali resul dapat 37 markah je... aduhai.. gagallah pulak.... 

Lama jugaklah aku malas nak amik balik ujian memandu tu... dalam 6/7 bulan jugaklah aku buat bodoh je... sampailah kerani pusat pendaftaran tu call aku.. diorang kata tempoh untuk aku amik ujian L dah nak tamat.. kalau tak amik dalam bulan tu jugak, aku kena dengar ceramah lagi sekali dan tambah bayaran untuk ceramah tu.. aduhai.. fikir punya fikir sampailah dah masak.. aku amik jugaklah ujian L tu lagi... 

Tapi masa amik ujian L tu.. punyalah ramai umat.. aduhai... tetap berdua2an dengan anak buah aku.. kitorang cakap kalau tak lulus kali kedua ni.. kita tambah duit amik terus yang kali 3.. tapi nak diikutkan dengan otak kosong.. membaca dalam tempoh tak sampai sebulan.. tolak keje, tolak makan & tido.. adalah dalam beberapa jam je aku baca buku panduan tu... result kedua untuk ujian L tu pun hampeh jugak... nak tak nak kene gak tambah RM 15.00 untuk ambik ujian yang ketiga...

Dengan berkat menambah duit sebanyak RM 15.00 dan jugak dengan keizinan Allah S.W.T ni.. masa duduk kat bilik computer tu.. tinggal 3 orang je yang nak amik ujian tu.. Aku, Anak buah aku dan seorang budak lelaki yang pada awalnya poyo yang kata dia boleh lulus ujian L tu.. sekali sama je result dengan aku.. Masa tu adalah dekat jam 4.45 petang.. budak yang monitor kitorang pun rasanya dah nak balik kot... buhsan agaknya menunggu kitorang jawab ujian tu... Sekali dia tanya aku... macam ni dialognyer..

Budak monitor : akak... banyak lagi ke soalan yang tinggal...
Aku : erm.. baru 15 soalan je jawab ni.. tak confident betullah nak jawab.
Budak monitor : erm.. waktu balik pun nak dekat ni.. pintu kat depan tu pun nak closed...
Aku : alah... macam tak sempat je nak jawab..
Budak monitor : takper.. saya bagi jawapan.. setiap kali saya pusing saya akan bagi jawapan...
Aku : erk.. boleh ye.. oklah...

Lepas tu.. Sepanjang aku tekan next kat screen computer tu.. masa tu jugak dia sampai kat tempat aku bagi jawapan.. anak buah aku pun dia tolong jugak.. tapi budak lelaki tu tak pulak dia tolong.. pelik gak aku.. agaknya dia dengar kot budak tu riak masa kat luar bilik computer tu... Budak ni bagi jawapan sampailah ke soalan yang terakhir....

Masa aku nak tekan result untuk tahu berapa jumlah jawapan yang betul aku dapat.. punyalah seriau.. takut aku gagal lagi... kalau gagal nak kene masuk kelas ceramah tu pulak.. tambah lagi duit lagi.. dah berganda2 pulak jumlahnya.... dahlah masa tu aku keje kilang speaker je.. basic masa tu baru rm 420.00 tolak amik lesen L balance tinggal RM 170.00 apa nak makan sepanjang bulan tu... takut betul...

Tapi tetap kena click result tu jugakkan.. sambil pejam mata sambil click.. tengok result tu... terus syukur Alhamdulillah... result keluar ngam2 dapat 42 markah... fuh... lega... Terima kasih Adik yang monitor aku masa tu... Kalau dia tak bagi jawapan masa tu.. sampai sekaranglah agaknya aku takder Lesen L, P dan seterusnya.....

Dengan lesen L nilah selama 2 tahun aku jadi minah rempit untuk pergi ke tempat kerja... bila dah kawen en. Suami suruh aku amik lesen P.. Senang katanya... tapi memang senang pun.. hehehe.. aku nak kemana2 pun ok jekan.. tak yah nak bawak dia.. tapi kalau dia nak ikut tu.. aku jadi Cik puan besar lah.. heh..

Psst : Nasib baik amik P tak kena sampai 3 kali.. sebab dapat en. JPJ yang sporting... sepanjang aku drive dia tido je... en. JPJ tu lelaki.. Dengar kata CIk. JPJ kurang sporting.. tapi masa tu CIk JPJ memang muka masam je.. tapi tak taulah.. bukan semua orang sama sikapnya..

Tak tahu kenapa...

Salam..

Panaskan 2/3 hari ni.. Huish tak tahan dibuatnya.. tu yang nak bangun malam2 untuk basahkan badan.. dah lembab2 badan barulah boleh tidokan...

Malam tadi dengan tahap kepanasan yang melampau.. ditambah pulak dengan perut aku yang tiba-tiba sebu.. mungkin sebab aku makan durian agaknya... dahlah semalam aku tak makan mee kari je.. tu pun aku makan kat rumah jiran yang ada buat makan-makan... balik dari rumah jiran tu je terus aku melantak durian dengan uzrei.. dua beranak je kitorang bedal dua biji.. lagi sebiji simpan ingat nak buat serawa durian..

Berbalik pada perut aku yang sebu tu.. aduhai rasa nak menangis aku dibuatnya... lepas sapu minyak barulah aku boleh tido sampai pagi.. masa sapu minyak tu.. banyak kali jugaklah aku sendawa... masa tu rasa nak tumbuk2 je perut.. biar angin tu keluar dengan cepatnya... patutnya aku kena stanbay ENO kat rumahlah..

Nasib pagi ni aku dah ok sikit.. cuma masih terasa nak sendawa lagi....

aku tak tahu apa motif aku letak gambar ni.. 
cuma aku rasa monyet ni comei je...
Sumber dari google...

Psst : Makan durian dengan tanpa makan makanan yang berat boleh dapat effect macam ni ke?

Handbag tinggal di rumah...

Salam...

Hari ahad lepas... siap je makan tengah hari dalam jam 3 petang.. ada korang makan tengah hari jam 3 petang.. aku ada tau.. tu mengeletis sebab malas nak masak.. sudahnya perut lapar terpaksa jugak masakkan.. ok... siap je makan tengah hari terus ajak adik aku dan anak buah pergi jalan2 ke Jusco Bukit Tinggi,, niat nak cari handbag... tapi handbag yang memerlukan perhatian yang lebih aku tinggalkan kat rumah dengan en. suami.. hari tu en. suami jaga handbag (anak2ku) kat rumah.. jadinya aku berjimba-jimba dengan adik aku.. dan dah terperasan macam anak dara pulak.. berlengang je jalan.. nak pilih barang pun aman, tenteram dan damai...

Jadinya handbag yang tinggal kat rumah tu anak2 akulah.. 

nilah xtvt selepas hajat nak membeli handbag dah tertunai... 

Di Resepi Rahsia...

Bersama adik dan anak buah aku...
Gigi taring aku terkeluar pulak.. huish.. bahaya...

Apa.................? Sepasang pisau dan garpu je? tiga orang tu?

Tiramisu... sedap.. tapi terlebih pahit pulak.. 

Chese cake Expresso... sedap.. sama macam aku buat sendiri je...

Durian chese cake... aku punya.. sedap..

Choc apa ntah namanya... tu tgh sibuk bersemS...

Ni.. mocha expresso.... aku dan adik aku sama je airnya.. sebab aku taknak bagi adik aku rasa air aku.. nanti aku tak cukup.. hahahaha... no Sepuloh tu ong tau.. sama dengan no hari lahir aku... sukak.....

aiks... masih sibuk bersemS lagi... hailah....

Cordon blue... sebab tulah sepasang garpu dan pisau je ada.. tapinya cordon blue ni share tiga orang.. sebabnya masih kenyang lagi makan nasi kat rumah... kalau order sorang satu mau tak habis pulak nanti.. terpaksa lak menapau.. tupun dah sengkak perut dibuatnya.. takper takyah makan malamkan... sebab dah kenyang.. hatipun girang..

Psst : bila bufferd nuffnang melekat takder pulak idea nak mengupdate blog.. cuba masa takder bufferd.. rajin je.. macam2 idea ada...

Perut lapar.. masak rebus2 pun sedap..

Salam...

Hari sabtu balik hutang melintang disamping menyambut seruan Earth Hour... seharian tak buka letrik kat rumah aku... memang menyambut sarananlah... tapi kat rumah MIl aku kitorang tak tutup letrik sebabnya ada baby kecik umur 10 hari.. Kalau tutup nanti.. sian kat baby tu kene gigit nyamuk.. alasan aku tu

Hari ahad pulak awal bagi kitorang dah otw balik ke klang.. sebab ada orang nak repair bilik air kat rumah aku tu.. bilik air bertakung cuci 3 kali sehari pun rupa macam tak cuci.. bertakung je kat tengah2 bilik air tu... dah banyak kali jugaklah aku nyaris terjelepuk nak jatuh kat bilik air tu.. tapi bila sampai je rumah orang yang nak repair tu tak jadi repair pulak.. dia cuma nak tengok je dulu.. jumaat ni baru dia start nak pecahkan bilik air tu.. katanya keje tu kene tiga hari.. erm.. kenalah tunggu lagi.. aku ni risau kalau anak2 yang mandi kat bilik air tu..bahayaa...

Ok.. tu citer bilik air.. tapi tajuk asal nak citer pasal makan-makan semalam... sampai umah dalam jam 12 tengah hari... lepak dulu layan CD  sekali endingnya aku langsung tak faham... dekat jam dua lepas dah habis layan CD.. perut pun apa lagi.. berdangdut sakanlah.. terus suruh adik aku masak nasi... aku pulak goreng ikan.. kononya ikan tu nak buat masak bercili.. tapi terpaksa cancel pulak.. sebab dah bosan makan minyak2 nikan.. aku aku lak suggest masak sotong pindang je.. aku ikut je idea adik aku tu... yang penting dia yang masak sotong tu.. hehehe

Hasilnya seperti dibawah ni.. sedap..

nilah hasil air tangan cik SweetBlack

Ikan goreng hasil air tangan aku.. hahaha.. senang jekan.. letak kunyit & garam.. goreng dalam kuali yang ada minyak panas...

Air Asam berkicap... untuk dicicah bersama dengan ikan goreng tadi.. sedap.. air tangan aku ni.. sapa nak puji lagikan.. diri sendirilah..

Menu lengkap..lengkap ke? tapi tak der sayur pulakkan...
huish.. kene beili meja besar pulaklah.. rasa tak muat je.. yelah dulu berdua sekarang dah berempat... badan pun makin tembam... bam.. bam.... tak sesuai dah ni...

Psst - lepas ni ada n3 berjimba bersama adik dan anak buah aku... perasan anak dara kejap sebab anak2 en. Suami jaga kat rumah... aku jenjalan sakan..


Ini cokelat celup.. celup.. celup...

Salam...

Jumaat dah hari ni.. esok cuti hoyee... boleh tido puas2.. harap hujan lebat satu hari.. hahaha... 

Aku teringat satu iklan coklat dulu... tak silap nama coklat tu NINI kot.. kalau salah tolong aku betulkan ye.. dah tak berapa ingat.. kan lagu iklan tu macam tajuk aku tu rasanya... Tapi aku bukan nak citer pasal coklat NINI tu.. 

Pagi tadi aku pergi isi petrol kat Mobil.. Kalau dah sampai mana2 stesyen petrol ni.. bukan budak kecik je hati gumbira... mak budak kecik macam aku ni pun gumbira... kononnya situlah tempat segala macam makanan ada.. kalau budak kecik pulak.. segala mak nenek mainan pun ada.. tapi kalau anak aku ada memang aku tak bagi turunlah.. sebabnya.. mainan yang tak masuk dek akal diambiknya.. pening aku.. 

Tapi ni kisah aku pagi tadi.. aku ni memang suke cokelat ni.. kalau singgah Mobile yang dekat dengan office aku ni.. mesti aku sambar sepapan coklat... untuk kudap-kudapan waktu bekerja... kang tawar hebei pulak tekak tu bila takder kudap-kudapan... 

Pagi tadi aku nampak cokelat baru kot yang dikeluarkan Cadburry ni.. ker aku je baru perasan pasal cokelat ni.. atau korang dah lama tau.. cuba citer kat aku...

Bukan sepapan aku rembat.. tapi dua.. sebabnya hari ni en. Suami yang bagi duit isi petrol.. selalu tu aku pergi sorang.. dia suruh isi rm50 tapi aku isi rm 40.. rm 10 aku rembat untuk beli cokelat ni.. jimat rm aku hehehe... isteri mithali betulkan.. pandai memperdagangkan duit en. Suami.. adik2 yang baru nak meniti rumahtangga elok ikut sikap akak ni.. ihiks.. tapi jangan selalu tau... 

Tupperware sebelah tu breakfast aku untuk pagi ni.. nak tengok hasil dalam tupperware tu...meh.. aku tunjuk sikit..

Ada meehon, Karipap tiga ketul dan ayam masak apa pun aku tak tau.. sebab dalam bekas tu aku tengok serai je banyak.. tapi sedap jugaklah.. menepati isi padu tekak aku... hasil ni semua aku beli kat kantin kilang je.. murah...

Psst : esok nak melepak tido ke atau nak berjalan2 sakan.. kat mana best nak bawak anak2 berjalan ye?

Bilik dr GIGI

Salam..

Korang pernah masuk bilik pembedahan tak? aku pernahlah jugak masuk bilik pembedahan masa tu buat operate kecil kat kaki kana.. tapi masa tu perasaan takderlah takut sangat.. aku relaks je masa tu... 

Tapi malam tadi.. disebabkan aku asyik sakit gigi je.. dengan hati yang nekad sebab tak boleh tahan sanggat dah dengan kesakitan yang dialami.. aku pun pergi redah klinik gigi kat port klang. fuh.. masa pendaftaran tu aku ok je.. tapi bila dah masuk bilik dr. GIgI tu aku ingatkan macam bilik doctor biasa je.. rupanya sangkaan aku meleset sama sekali.. masuk je bilik tu segala macam peralatan ada.. aduhai berdebar hati aku masa tu.. tak taulah nak kata apa.. nak berundur.. dah tak boleh dah.. redha jelah.. nampak sangat aku ni penakutkan.. 

Jantung aku masa tu memang berdebar2 lah.. rasa bilalah nak sampai turn aku... bila sampai turn aku.. tgh nak modified gigi aku.. boleh lak doctor tu jawab call dulu.. aku ni dah lah ternganga dah sambil menahan kebas kat pipi.. patutnya akulah diutamakan... 

Lepas je dia jawab call tu.. tak sampai lima minit dah settle gigi aku dia selesaikan.. Fuh lega aku.. ingatkan scary sanggatlah proses tu... sekarang sakit gigi pun dah berkurangan.. cuma ada satu gigi bongsu aku yang tak boleh nak cabut.. doctor kata gigi tu kene buat pembedahan.. sebab dia terhalang dengan gigi dan tulang pipi aku.. wah.. denga pembedahan je.. aku rasa nak pengsan.. 

Sape pernah alami gigi bongsu macam aku.. sebab gigi tu membuatkan gusi aku sakit dan berlaga dengan kulit aku... kadang2 bila makan je gigi tu tergigit kat tepi kulit.. perg.. sakit betul..kalau korang pernah ada pengalaman operate gigi bongsu mehlah share dengan aku...

oklah.. dah habis citer gigi.. mohlah kita serapan dulu sebelum memulakan kerja hari ni.. sarapan aku hari ni cekodok kosong cicah dengan gulai lemak...

ha.. nilah dia sarapan aku hari ni.. sedap.. tapi tak boleh nak makan sangat cekodok tu.. garing sanggat kakak aku masak.. sebab gigi sakit.. kena makan slow2 sikit... 

Hari tak boleh update

Salam..

Tapikan aku tetap nak update jugak.. hahahaha... draft kene block, nak sign in pun kene block, nak tengok blog sendiri lagi lah tak boleh sebab dah diblock kat bawah nilah status yang keluar bila aku nak buka blog sendiri dan jugak blog kengkawan yang dah lama aku tak pergi jengguk tu.. Dee, d-hatie, NM02 ramai lagilah.. bila time boleh tengok adalah tak sampai 2 minit.. nak tinggal comment pun tak sempat... 

"The page you requested has been blocked because it contains a banned word. URL = http://matahati-aishahazhari.blogspot.com/"

Tapi nasib baiklah blog ni boleh di update mengunakan email.. alhamdulillah still boleh update lagi.. dapat jugak aku mengkhabarkan diri aku kat korang.. kotlah korang rindu kat akukan.. ada ker yang rindu.. pelasan sendiri ni..

Tapikan kalau  update pakai email ni aku tak pandailah nak masukkan gambar.. ada sesape yang pandai tolong beri tunjuk ajar kan aku..

Update - Aku ni kalau kat rumah memang lemaulah nak update blog.. sebabnya 2 hero aku tulah.. tu tak campur Papa hero yang sibuk nak main game kat facebook.. alamatnya terkubur semua citer sensasi aku yang perasan sensasi sangat... huhuhu...

Draft dah boleh buka.. cuma tak leh reply comment je..

Psst - aduhailah nasib...

Tensi betullah

Salam...

Aku ni tengah tensi betullah dengan hanphone aku.. dah seminggu kalau nak tau ada sms masuk kena off/on kan dulu baru sms tu akan masuk.. apalah masalah yang melanda kat henpon aku ni.. merajuk ke? takkanlah merajuk pulakkan.. bukan aku nak beli henpon baru... 

ni dari pagi tadi aku send sms kat orang tak lepas2 lagi.. dah penar aku defered dan send balik... ke memang line celcom lemau sejak dua menjak ni..

Takder modal..

salam..

Cak











 aku tak tau apa motif aku tepek gambar sendiri hari ni..






sekadar 2 pic syok sendiri.. modal takder gambar gini pun jadiklah..

Dinner cekodok roti

Salam...

Nampaknya kerajinanku untuk memasak dah jatuh merundum.. sudahnya petang semalam aku dah keluar periuk konon-kononya nak masak nasi.. tapi tak jadi terus je aku letak balik periuk tu kat tempat asal. 

Sebelum balik tu aku ada singgah kedai beli udang, daun kucai dan daun bawang.. dari nak masak nasi aku tukar masak Cekodok roti.. yang sebenarnya tertengok kat blog sape ntah yang dia buat cekodok roti tu.. jadinya tu yang dah set kat kepala nak buat cekodok roti je... 

Tak payah masak nasi.. makan je cekodok tu sampai kenyang ye.. tapi memang sedaplah.. rasa macam cekodok biasa je.. cuma luar dia garing sanggat.

Rupa sebelum di goreng... 

dan selepas digoreng.. ranggup betul..

Resepinya... aku main blasah je.. sebab aku tak salin pun resepi dia semalam..

1) Udang - dibuang kulitnya..
2) Roti - dalam 10 keping
3) Garam - secukup rasa
4) Serbuk perasa @ pak aji
5) Telur - ikut kesesuaian..
6) Udang kering diblender halus - ni suka hati aku je letak..

Seterusnya.. racik-racik kecil roti, gaulkan dengan kesemua  bahan diatas. kepalkan.. kalau rasa berderaii.. boleh tambah air panas dan tepung.. tapi aku tak tambah pun.. dan last sekali gorengkan sehingga kekuningan..

Siap..

Masuk lambat lagi

Salam...

Hari ni masuk keje lambat.. bawa si uzrei ke klinik.. malam tadi semput pulak.. sian tengok dia.. kejap2 dia tumbuk dada dia kata sakit sangat.. pagi siap nak pergi keje terus siapkan dia bawa pergi klinik... tak sanggup aku nak tinggal dia macam tu je kat rumah kakak aku sakit-sakit macam tu...

Nasib hari aku pergi klinik awal.. dapatlah jadi orang pertama yang dirawat.. syukur.. dah check semua doctor suruh amik gas.. doklah si uzrei menyedut gas.. tengah2 sedut gas tetiba si uzrei bersuara.. "ma.... cepat.. cepat.. amik gambar ujei.." aku pun gigihlah menyenap gambar uzrei..

Masa ni aku pegangn lagi benda alah ni.. sebab uzrei tak pandai nak pegang... 

ni dia dah pandai pegang dan picit button kat bawah tu.. 

lepas dah amik gas barulah dia boleh tido dengan lenanya.. herm.. susah jugak kalau semput2 ni.. mungkin cuaca sekarang ni yang buat uzrei kena semput..

Psst : nanti ada citer lain menyusul

Bersubway pulak

Salam...

Saper-saper yang dok area klang.. mesti korang dah tau Subway dah buka kat Jusco, Bukit Tinggi klang kan.. yang sebenarnya sepanjang aku berblogging ni asyiklah tengok rakan-rakan bercerita tentang kesedapan Subway ni... sambil baca cerita rakan-rakan terus rasa terliur.. tapi takkan nak pergi tempat yang jauh tu semata-mata nak makankan.. mestilah ada arah tujuan.. ni takkan lepas makan terus balik pulak.. penat badan jekan..

Kini akhirnya Subway telah mendengar keluh kesah aku selama ni.. chewah.. macamlah berkeluh kesah sangatkan... terlunas jugak akhirnya aku nak merasa kesedapan, kehebatan dan keterliuran subway ni.. Kemunculan branch subway ni memang dinanti2kanlah kiranya... heh.. kuat betul pengaruh blogging nikan... kalaulah ada komisyen untuk blogger yang mewarwarkan makanan-makanan ni.. boleh kayokan...

Takyah citer banyaklah.. korang mesti expert kalau makan kat subway nikan.. tapi aku tak makan kat sana.. aku tapau je.. suruh amoi eject opis ni belikan.. dia ajak aku pergi tapi aku taknak.. sebab scary naik kereta dengan dia.. laju giler... takut aku.. perut aku yang besar ni boleh kecut tau... jadi memadailah aku tumpang tapau je..

Plastic tapau 
Ni pun aku nak citer nampak sangat aku ni tak pernah makan subwaykan.. 

ni cookies apatah aku pun tak tau namanya.. sebab bukan aku yang beli.. tapi manis giler tak sanggup aku nak habiskan... 

Pandangan dari luar.. aku ambik Hots Subs Steak & Cheese.. nasib baik kene dengan selera aku.. 

isi dalam.. herm.. memang menarik tidak mematahkan selera aku... nasiblah tak tersalah pilih.. tapi kalau pilih yang lain pun aku tetap suka.. hahahaha... orang kata subway sesuai untuk dijadikan makanan diet.. tapi kalau letak kat depan mata aku dah tak jadi diet dah.. mentekedarah dah jadinya.. ater kalau seploh depan mata.. seploh tu jugak aku ngap.. tak ke hancus diet..

Psst : agak2 kalau hari2 aku makan subway ni kurus tak.. hehehe.. ke poket yang kurus... sedey nanti poket aku.. sebab bunyi kcing... kcing.. siling je yang tinggal..

Sarapan apa hari ni?

Salam..

Dah lama tak citer pasal breakfastkan.. last week masa balik kampung aku melepak kat gerai kakak aku.. kat situ ada jual roti canai. nasi lemak, nasi putih dan beraneka lauk.. yang sebenarnya aku just ambik roti canai yang aku order je.. sebab aku dah pesan siang2 siapkan aku punyer dulu sebelum aku sampai.. aku tau aku sampai aku terus angkat roti canai tu dan cabut balik.. sebab malaslah ramai orang ni.. kang terserempak dengan cikgu sekolah.. nak kena laga2 pipi.. dahlah budak paling pendiam kat sekolah ni...

terus ke picture-picture yang aku snap je lah ye..

nilah kedai kakak aku.. 
Warung Warisan.. memang betul-betul warisanlah... dari kakak aku yang sulong dan sekarang kak ngah aku pulak yang take over... kak long aku dah pencen dok melepak kat rumah je... umur pun dah 57 tahun tak larat nak masak memasak ni... 

berbintik-bintik pulak gambar ni.. sebab tak guna astro.. channel biasa je ni.. 
yang tengah menebar roti canai ni pulak anak lelaki kak ngah aku.. anak bongsu dia ni... 
senyum simpul kakak aku ni tau...

roti canai hasil tangan kakak aku.. sebenarnya kakak aku yang tebar roti canai ni kalau anak dia ke sekolah.. hari tu hari sabtu jadinya anak buah aku yang take over kerja dia... 

Seperiuk kuah kacang dhall.. 

antara lauk - pauk untuk nasi lemak.. nak nasi lemak biasa pun boleh...

itu saje pic yang aku snap.. yang lain nan ado.. pic 15 keping roti canai dah selamat masuk dalam perut aku dan yang lain2.. almaklumlah sampai je rumah terus diorang menyerbu kelaparan.. bukan selalu nak makan roti canai kak ngah aku ni.. selalu kalau teringin terpaksa pergi kedai mamak.. 

N3 ni macam nak promote kedai kak ngah aku pulakkan.. tapi memang nak promote pun.. kepada yang tinggal dia area kuala selangor hingga ke sabak bernam.. nak dapatkan Roti canai harga rm 0.90 boleh ke gerai kak ngah aku ni... 

Gerai ni berdekatan dengan Masjid Tanjong Karang yang berhadapan dengan Sekolah Menengah Dato Harun.. 

Gulai lemak pucuk labu ikan salai..

Salam..

Minggu lepas citer pasal Pucuk Meranti.. Minggu ni pulak aku nak citer Pucuk Labu pulak.. Hari minggu lepas aku balik kampung Tanjong Karang  sebab dah rindu dengan mak & abah aku lahkan.. (macam manja sangat je aku ni)

Jadinya pagi sabtu ada orang datang kat rumah mak aku.. siap bawak Pucuk Labu lagi.. mak aku apa lagi dah tu memang paberet dia.. lepas je orang tu balik mak aku pun mulalah mengosok pucuk labu tu.. mungkin nak buang duri-duri kat daun labu tu kot... aku pun tak pernah masak pucuk labu tu.. kalau mak mentua aku suruh masak matiklah aku.. silap2 aku potong-potong pucuk labu tu terus makan.. habislah gatal kerongkong mak mentua aku... ni nasib baik kat rumah mak aku... selamat... 

oklah.. ni aku nak tunjukkan pucuk labu yang mak aku masak ni.. yang sebenarnya aku yang masak.. mak aku sediakan bahan je.. wah.. tetap nak kata diri sendiri masak tu.. 

Pucuk labu ehsan dari adeq Google..

Guali lemak pucuk labu bersama ikan salai...
Update baru : Ikan DURI yang disalai.. ada rupa ikan mayong sikit.. 
Sedap rasa lemak tu ada sedikit bau2 asap ikan salai tu... 

Hidangan sempurna untuk seisi keluarga...
Ikan goreng Jerut, Ikan tengiri bakar, Sambal belacan dan gulai lemak pucuk labu...
memang bertambah2 makan hari tu.. tak sedar perut dah sengkak... 
terus kena tegur dengan en. Suami suruh stop makan... 
petang balas dendam dengan main badminton... 
lege nasib turun jugak sekilo...

Penyertaan contest telah ditutup

Salam



Tibanya tarikh 15/3/2011 dengan ini aku mengumumkan contest Contest : Begins at 20,30,40 dan ikut mana korang sukalah telah di TUTUP... 

Dibawah aku senaraikan peserta yang sudi menyertai contest ini.. tak sangka boleh tahan jugak walaupun belasan orang je.. tapi dah memberikan aku tersenyum panjang...


kepada peserta sila check korang punya link ye.. kot aku tersalah masukkan link atau salah eja nama korang... 

Terima Kasih banyak2 kerana sudi menyertai contest yang tak seberapa ini.... pemenang akan diumumkan pada 31/3/2011..

Contest : Begins at 20,30,40 dan ikut mana korang sukalah..

STICKY POST NEW 
N3 baru tolong jelajah dibawah

Salam..

Tajuk seperti diatas adalah rekaan semata-mata.. ni kerana aku ada masuk satu blog tu.. hari2 N3 dia mesti ada gambar muka dia.. yang tak boleh tahan tu muka dia sama je.. yang berubah rambut kot.. tu yang aku perasan.. disebalik muka dia.. gambar persekitaran yang ada kat belakang dia tu adalah penceritaan untuk N3 dia pada hari tu.. kalau korang nak tengok blog dia, korang klik en.GEDEK ni.

Daripada gambar en.Gedek ni aku dapat ilham.. aku nak masukkan gambar aku yang sempat snap semalam.. cuba bandingkan dengan dia ye.. tapi En. Gedek punya lagi bestlah.. seperti bercerita je gambar dia.

Korang rasa sama tak macam kat blog Begins At Forty
(jenuh jugak aku nak setting gambar aku jadi macam ni.. aku tak sePro Gedeklah..)
Penceritaan gambar ni adalah seorang anak dara sedang tekun melakukan tugas yang diberikan.. dan aku hahaha.. sibuk nak snap pic... peace............ 

dan Ilham kedua aku nak buat contest untuk N3 ni.. tak kesahlah korang nak buat Begin 20,30,40 atau 50 yang penting sekali gambar tu adalah korang dan berlatar belakangkan penceritaan yang menarik..

Syarat2 penyertaan.
1) Copy header ni ye dan lekatkan di N3 korang


2) Nak Follow pun boleh, tak Follow pun boleh
3) Masukkan Blog aku ni ke bloglist korang.. untuk memudahkan pada yang menyertai Contest ni..
kalau korang tak nak masukkan pun aku tak paksa.
4) Buat n3 dan  tepek gambar yang korang berkenan (diri sendiri ye) dan beri sedikit kesimpulan cerita disebalik gambar korang, sila tinggalkan link korang di ruangan comment
5) Pemenang berdasarkan pada Cabutan bertuah (kira Lucky Drawla).
6) Tag seberapa banyak rakan yang korang sayang
7) Tarikh mula penyertaan 2 February 2011 dan tarikh berakhir 15 March 2011
8) Pemenang akan diumumkan pada 31March 2011

Pemenang akan menerima
1st - RM 15
2nd - RM 10
3rd - RM 5

RM akan terus masuk ke akaun anda.

Psst : en. Gedek.. saya tumpang ambik idea ye..  nak hubungi en. Gedek saya tak ada contact..

Beday boys

Salam...

Sepatutnya N3 ni keluar pada 12/3/2011 tapi ada sebab yang tak dapat dielakkan.. aku terpaksalah keluarkan N3 ni hari ni.. N3  ni sekadar nak ucapkan Selamat Hari Lahir kepada Uzrei DAnial.. walaupun dia tak baca blog aku no..

Uzrei.. mulai bulan ni genaplah umur empat tahun.. mama harap uzrei menjadi anak yang mendengar kata, menjadi anak yang soleh dan berjaya didalam kehidupan akan datang.. 

Kek Choc Moist
Kek pilihan sendiri.. sebab beli saat2 akhir ini jelah pilihan yang ada..
lagipun kat kampung tak terpikir nak beli kek bagai ni.. tapi dia dah merengek dari pagi nak kek je...
tunaikan jugaklah...

inilah budaknya...... 
masa nak tiup lilin ni.. tapi gambar adalah bergoyang ye... 

pic last year.. sama je rupanya.. takder yang berubah cuma makin tinggi je...

psst - penat betul badan ni... berbadminton dan bersenam tapi baru turun sekilo... oklahkan.. dari tak turun langsung

mood kalau dah tiba..

Salam...

Aku rasa minggu ni paling banyak cerita pasal masak-memasak kan.. tulah kalau mood nak berupdating datang dan mood rajin kedapur tiba ginilah jadinya... kira minggu ni penuh seminggu aku bersilat kat dapur.. ops.. lupa lak ada terskip sehari aku pergi tesco beli susu dan diapers anak2.. jadinya dah malam terus singgah tomyam seafood je.. makan minum kat situ terus balik.. tak yah tapau malas nak kotorkan pinggan kat rumah... tu yang sebenarnya...

Ok ni cerita mood kalau dah tiba rajin petang semalam.. tapi taklah special mana aku masak.. just sambal udang, kentang goreng dan timun (buat ulam).. feel macam makan nasi lemaklah kononnya... sebenarnya dah lama tak makan sambal udang.. dah sebabkan perut asyik berdangdut semalam aku pun terus terimagine sambal udang.. walaupun aku ni ada allergic dengan udang ataupun seafood ni.. makan tetap makan ye.. tak payah nak berpantang.. kempunan kang aku jugak yang susah... kalau allergic tu datang lepas tu baru cari penawarnya...

Panjang-panjang aku membebel ni.. kang boring pulak korang nak baca bebelan aku yang merapu merepek ni.. aku nak jamu mata korang dengan sambal udang aku ni.. gilers sedap sambal udang aku ni ahahaha... (puji diri sendiri kejikan)

kalau lapar jangan salahkan aku ye.. perasan je aku ni.. macamlah sedap sangat sambal udang aku tu.. tapi aku rasa sedap je.. aduhai merapu lagi aku ni..

Sambal udang sedap aku... nampak sedap tak? hehehehe...

Berulamkan dengan timun.. 
ada telur dadar... tapi tak snap pulak.. sebab dah mula melantak sampai lupa nak snap pic.. lagipun rupa telur dadar tu burok no... tak sesuai untuk tatapan anda.. cukuplah untuk aku je..

ni wedges... 
konon nak buat macam wedges KFC tulah.. tapi bila aku selongkar lemari cari tepung beras tak jumpa pulak.. tak jumpa atau takder tu tak pastilah.. tapi lebih ke takder lah kot.. rasanya dah lama tak beli tepung beras ni... bila takder tepung beras aku blasah je guna tepung gandum.. wahahaha.. jadi kentang goreng tepung dah rupanya.. tapi yang pasti rasanya sedap jugaklah.. habis jugak sepinggan kentang ni..

Ok.. tu sahaja cerita untuk n3 ni.. nanti petang kalau mood aku ni masih air pasang dalam.. aku keluarkan cerita lagi ye.. tu pun kalau idea mencurah2 macam air di daun keladi...

Psst : nak balik kampung... oooooo.... balik kampung.. hati riang.... rindu ni ngan mak dan abah aku...

Pucuk meranti

Salam..

Citer dah lama tapi tetap nak kongsi dengan korang jugak... ni kisah Pucuk meranti.. sape yang pernah makan mesti tau sedapnya.. sape yang tak suka makan mestilah ada sebabnya kan... 

Tapi bagu aku pucuk meranti ni memang salah satu sayur kegemaran akulah.. walaupun orang kata makan sayur ni nanti anginlah.. dan macam-macam lagi alasanlah.. tapi aku tetap bedal jugaklah.. dah kegemaran takkan nak pandang je kan.. kecualilah dalam keadaan yang tak membolehkan aku makan sayur ni..

Lama jugak aku tak makan pucuk meranti ni.. yelah kalau aku masak nanti aku sorang je yang makan.. en. Suami aku tu makan sayur kobis, bayam, sawi tu jelah ikut pusingan..

Jadinya dua minggu lepas balik umah mak mertua aku kat hutan melintang.. FIl aku beli pulak sayur ni.. lengkap pulak dengan keledek.. taulah aku nak masak apakan.. MIL aku pulak pergi kursus haji.. takkan nak tunggu MIL balik pulak baru nak masakkan..

Aku pun apa lagi.. bersilat gayung lah kat dapur masak lemak putih pucuk meranti ni.. alah... takderlah bersilat mana pun.. tu ayat poyo aku je.. baru sesekali masak kat dapur MIL aku, aku dah poyo lebihkan.. hehehe...

Dan akhirnya inilah hasil bersilat aku dua minggu lepas... masak lemak pucuk meranti

Atas dapur lagi ni.. belum sempat nak hidangkan... 

Adalah makanan lain selain ni ikan goreng, pajeri nenas dan sambal belacan.. tapi gambarnya nan ado.. sebab motif nak tunjuk masak lomak pucuk meranti ni... sedap sangat..

Nilah rupa sayur Pucuk Meranti... mana yang tak pernah tau kan.. tapi semua orang mesti tau pucuk meranti ni.. lagi2 orang yang suka makan macam aku ni...
(pic dari adik google)

Psst : kalau minggu ni jadi balik tanjong karang aku nak masak pucuk meranti ni lagi lah.. goreng belacan pun sedap...

Diberi penghargaan

Salam...

Last week dapat top komentar dari NM02 (niezzareena).. tapi minggu ni baru berkesempatan nak mengeluarkan n3 tu.. Tak sangka aku dapat penghargaan dari NM02 siap create banncer tu lagi.. cantik aku suka... terima kasih ya...
Inilah dia banner yang dia buatkan.. terserlah muka pucat ku kan.. baru lepas cuci muka ginilah rupanya... sapu bedak je... tapi takper yang penting love-love berterbangan tu cantik sangat...

TERIMA KASIH SAYANG YE NIEZZAREENA


Psst : baru jam 9.22 tapi perut dah berdangdut sakan... padahal pagi tadi dah bedal cekodok kosong sepinggan... banyak betul ruang kosong perut aku ni...

Atas permintaan

Salam...

Tadi tengah baca comment.. terperasan pulak comment dari adik ku yang jauh Izan Comel.. Ni N3 untuk memenuhi permintaan izan dan rakan-rakan yang seangkatanlah ye...

kat bawah ni aku bagi cara nak buat sambal ikan bilis ni...

 Sambal ikan bilis ku.... paberet abah ku

Bahan-bahan yang perlu ada ialah :-

  • Ikan bilis ~ segengam @ ikut berapa orang nak makan ( semestinya sebab bahan utama )
  • Cili api @ Cili kampung ~ dalam 10 biji kalau nak lagi pedas tambah lagi..
  • Cili besar (merah) ~ dalam 2/3 biji (tak letak pun tak per)
  • Limau kasturi ~ 5 - 10 biji amik jus limau sahaja ye... untuk adakan rasa masam2 tu baru tambah selera

Cara-caranya pulak
1) Goreng ikan bilis sehingga garing.. dah garing angkat dari kuali dan toskan..
2) Tumbuk cili api dan cili besar sampai halus.. separa halus pun boleh.. baru nampak cili bergelimpangan kan.. hehehe.. aku melawak je..
3) bila cili dah halus masukkan ikan bilis dan tumbuk sehingga halus atau separa halus.. (aku suka yang tak halus sangat.)
4) bila dah halus masukkan jus limau kasturi tu dan gaulkan sebati..
5) akhirnya bolehlah dihidang dan dimakan bersama nasi panas... SIAP..

Izan.. akak harap izan berpuas hati ye....

Psst ~ Selamat mencuba....

25 Ways to tell you're Grown UP

Salam...

Copy dari email ni..


psst : modal takder.. yang ni jadi tatapan pun takperkan.. lagipun nak gigih buat keje ni.. keje tak banyak.. tapi rasa semak pulak tengok atas meja ni... 

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...