cerita - ceriti sabtu lepas

Salam.. 

Sabtu lepas aku balik kampung, sebelum tu singgah kejap kat Tesco Kuala Selangor nak beli barang basah untuk makan tengaharilah. Sebelum makan tengahari aku ngan anak buah aku lepak sarapan dulu kat satu kedai tepi tesco tu. Nama kedai makan tu tak pulak aku ingat.. aterr... dah genap 7 hari baru aku nak citerkan. 

Jom kita sarapan.. walaupun dah masuk lunch baru nak bersiarankan... Dasar malas...

Teh ais dan teh panas..  seiring sejalan..

Kuih bingka tepung, karipap, Cucur badak dan keria.. Sedap semuanya..

Nasi lemak RM 1.20 dengan telur mata.. Sedap nasi lemaknya sesuai pada sesiapa yang sukakan kepedasan.. 

lepas sarapan.. berdesup masuk tesco beli apa yang perlu lepas tu baliklah...
Tapi sebelum balik singgah sebentar beli waffle peanut + kacang.. paberet aku tu.. Tapi takder gambar sebab ada kejadian yang tak dapat dielakkan berlaku masa tu.. tak fikir apa dah.. huhuhuhu

Si uzair tengah melayan biskut munchy dia.. minta seketul pun tak bagi..
Mama yang beli tau...

Sampai rumah.. masak-masak dan masak seperti entry yang lepaslah ye.. ada aktiviti lain pulak..

Asalnya aku nak tampal balik batu-batu kerongsang yang jatuh.. Sekali mak dan adik aku sekali join nak tampal jugak batu-batu diorang disamping nak mengilatkan kerongsang diorang tu...
Alahai aku lupa nak bagitau.. aku kilatkan kerongsang tu pakai quitic(betul ke ejaan aku ni) lebih senang pengilat kukulah.

Oklah tu jelah cerita merepek dari aku ni... 

Selamat bercuti hujung minggu... aku nak makan nasi ayam jap.. bai.

21 comments:

  1. Uzair boleh habis makan satu peket biskut tu?

    ReplyDelete
  2. amboi dak kecik tu mkn sorang2 biskut munchy ye...naklah cikit...RK ade jual ek gam utk batu2 kerongsang ni mane bli ek?ok gak kan kalau antar kedai sbiji rm3.perghh pastu lelama tanggal blk gak,

    ReplyDelete
  3. murah nasi lemak tu....sini kosong pun dan rm 1.50

    ReplyDelete
  4. murah banget nasik lemak tu...

    camne nak kilat kan kerongsang tu???
    iols tak reti

    ReplyDelete
  5. Tangan aku to di situ.. huhuhuuh

    ReplyDelete
  6. haah...kilatkan pakai kuitik kan? untuk bagi manik tu tak tertanggal pun yew....

    ReplyDelete
  7. jamu mata untuk tea time sedap ni

    ReplyDelete
  8. zana x pernah kilatkan kerongsang.. hihihi.. rajin betul nak tampal balik batu keronsang tu yer..

    salam kenal..

    ReplyDelete
  9. sedapnya cucur badak..
    rasa macam nak buat la petang ni.>:p

    ReplyDelete
  10. batu tahu kak cara nk kilatkan brooch.tq akak!

    mmg uzair minat ek biskut tu,sebungkus ha dihadapnya..hehe..

    baru seminggu kak citer ni,n3 izna kdg2 berbulan baru kuar citer hehe

    slmt berhujung minggu kak!~

    ReplyDelete
  11. paling x suka singgah tesco k/selangor..sebb banyak sangat kiosk yg jual mainan..pokai beb...

    ReplyDelete
  12. Suka makan Nasi Lemak Daun Pisang.. :)

    ReplyDelete
  13. naasi lemak nmpak sedap..
    tapi teh ais nmpak macam kurang ummmppph!
    heheheh

    ReplyDelete
  14. mak aih kak...terliur jap sya tengk ns lemak tu..nak cr la esk...hihi

    ReplyDelete
  15. nasi lemak dgn telo mata 1.20 je? murahnya

    ReplyDelete
  16. rajin membaik pulih kerongsang ek? Kalo ate, minta ampun lah...

    ReplyDelete
  17. giler murah rege nasi lemak tuh!!...1.20 + telur mata...kat sini x dapat beb..saya balik kg mesti nak try lah..

    ReplyDelete
  18. murah nasik lemak tu sis..kat tmpt akk...+ telur mata..2 henggit...

    ReplyDelete

Terima kasih kepada Blogger yang komen di blog RK. Tunggukan kunjungan balas dan comment dari RK di blog korang ye. Nak Reply comment disini RK takut tak sempat je.

@}------LOL to all comentar------{@

Nota Penting!
Pada yang nak letak Iklan. Tolong letak d ShoutboX atau bayar RK RM o.5o per comment boleh? boleh jugak beli cekedis ~ ahaks~

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...