Buku biru di post office

Salam..


Tengahari tadi aku keluar dengan Zarina  (artis yang glamour tu) dan Anoy.. tujuan aku nak susutkan amount dalam buku biru.. tujuan Zarina pulak nak cari baju raya untuk mak mertua tersayang..  Jadinya aku bawak diorang ke Jusco, Bukit tinggi.. aku pun menunaikan tujuan asal aku dan Zarina pergi pula menunaikan tujuan dia.. bermakna sampai je kat Jusco kitorang berpecah..

Sampai je kat Post office aku terus tekan nombor, dapat pulak No. 1148 no keluar kat skrin 1122.. ramai lagi tu.. takperlah, aku kan orang yang sabar. sebab apa kena sabar.. sebab amount yang penting dalam buku biru tu lah.. nampaknya giliran aku dah semakin hampit.. rupanya nombor je banyak tapi tuan nombor dah ramai yang cabut.. tolak-tolak nombor yang cabut tu adalah dalam lima belas orang.. tapi kira ramai jugaklah tu.. perut aku dah bernyanyi riang.. lapar banget....

Settle aku mengerjakan buku biru tu.. aku pun terus call anoy.. tanya diorang lepak kat mana.. sekali diorang lepak kat Restoran Nyonya (nama penuh kedai nyonya ni aku tak ingat pulak.. tahap lapar dah membuatkan aku rabun tau) sampai je kat Restoran Nyonya ni aku terus order makanan.. dah tak boleh tunggu dah.. order Mee siam + Ayam rendang minuman pula aku ambik Air bandung.. dah tu je aku nampak.. settle terus makan sampai habis.. makanan oklah.. (tapi tak snap pun.. tahap lapar dah membuatkan aku rabun dan lupa keadaan sekeliling) boleh statement mcm ni tak? sape pernah mengalami situasi macam aku ni..

tapi makanan yang masuk kat perut aku adalah tak cukup.. huhuhu.. lapar lagi tau.. adakah makana belum hadam lagi.. Doctor2 yang berblogger tolong bagi jawapaan boleh? disebabkan masih lagi terasa lapar aku singgah ke Lavender beli roti untuk diisi dalam ruang kosong yang berada di dalam perut aku ni..

Hasilnya inilah yang aku rembat kat Lavender tengahari tadi.. Alhamdulillah..

 Hasil rembatan..
tapi takderlah aku melantak semua ni.. ada jugak hasil untuk dikongsi bersama anak2 aku nanti.. 


Psst : Hati seorang ibu.. kalau tengah makan sedap macam mana pun hati mesti terkenang anak kat rumah... Kalau hati anak adakah seperti seorang ibu?

Pssst : buku biru itu adalah buku ASB

Tart shell

Salam...

Dah lama aku tak buat Cheese tart.. last buat raya tahun lepas untuk makan-makan biasa dan jamuan hari raya.. Hari jumaat lepas dapat call dari anak buah.. dia nak order 80 biji dan nak ambil kat rumah aku hari selasa... walaupun tak banyak mana pun.. tapi memandangkan aku ni bekerja.. bermakna aku kene buat awal untuk tart shell.. malam ni atau esok baru aku masukkan cheese kat dalam tart tu.. perancangan memang nak buat 80 biji je.. tapi bila difikirkan balik aku kena buat lebih sebab nak campur masuk mulut sendiri, mulut tukang tolong buat, dan mulut para-para pemerhati mesti kene buat lebih sikitkan.. kalau tak buat lebih nanti kesian pulak pada diorang.. lagi2 mulut aku sendirilah..

ni aktiviti semalam.. balik je dari kampung, rehat-rehat sekejap dan terus mulakan kerja membaking tart shell ni.. nasib ada tukang tolong buat ada..

Tepung yang hampir siap di uli... 

Tukang tolong buat.. termasuk sikecik yang berputing tu... tapi sekecik yang berputing tu lebih dari tolong mengacau.. mana taknya.. aku siap je bakar dia nak makan biskut tu..

Tart shell yang akan masuk ke ruang pembakaran mayat...

kerja-kerja pembakaran selesai dalam jam 10.00 malam.. ngam2 siap 90 biji tart shell.. malam ni ingat nak tambah lagi.. sebab nak bawa bekal pergi bercuti ke Kelumpang pada raya cina nanti.. tart shell yang dah siap aku tak snap... esok-esok bila dah complete aku masukkan ye..

Psst : buat kuih ni satu badan berbau harumkan.. wangi bau kuih.. hahaha

10 tentang penyakit manusia

Copy & Paste dari email.. N3 autopublish ni.. 

Tahukah anda, kita sebagai manusia punya 10 penyakit yang sering menyerang kita? Antaranya :

1. MENYALAHKAN ORANG LAIN

Itu penyakit P dan K, iaitu Primitif dan Kekanak-kanakan. Menyalahkan orang lain adalah cara pemikiran orang primitif. Di pedalaman Afrika, kalau ada orang yang sakit, yang Dipikirkan adalah: Siapakah yang menyihirnya ? Selalu"siapa" Bukan"apa" penyebabnya. Bidang kedoktoran modern selalu mencari "apa" penyebabnya, bukan "siapa". Jadi kalau kita berpikir menyalahkan orang lain, itu sama dengan sikap primitif. Kekanak-kanakan. Kenapa ? Anak-anak selalu tidak pernah mahu disalahkan. Kalau ada piring yang jatuh," Adik itu yang salah", atau sebagainya.Kalau kita manusia yang berakal dan dewasa selalu akan mencari sebab terjadinya sesuatu.

2. MENYALAHKAN DIRI SENDIRI

Menyalahkan diri sendiri bahawa dirinya merasa tidak mampu. Anda pernah mengalaminya ? Kalau anda memberitahu tidak pernah, bererti anda bohong."Ah, orang itu boleh, orang itu kaya, orang itu dapat naik pangkat dan sebagainya, Lihat saya ini apa ?, wah saya tidak dapat jadi seperti dia. Dia punya ijazah, saya hanya diploma. Dia ada banyak waktu, saya sibuk, sudah pasti tidak boleh". Penyakit ini seperti kanser, bertambah besar, besar di dalam mental diri sehingga boleh mencapai "improper guilty feeling". Penyakit ini perlahan-lahan boleh membunuh kita. Merasa "inferior", kita tidak punya kemampuan. Kita sering membandingkan kejayaan orang lain dengan kekurangan kita, sehingga kejayaan orang lain dianggap Wajar kerana mereka mempunyai sesuatu kelebihan yang kita tidak punya.

3. TIDAK PUNYA GOAL / CITA-CITA

Kita sering terpaku dengan kesibukan kerja, tetapi arahnya tidak jelas. Sebaiknya kita selalu mempunyai target kerja dengan milestone. Buat target jangka panjang dan jangka pendek secara bertulis. Kalau "GOAL" kita hanya untuk "FUN", bagi mengisi waktu saja, hasilnya cuma biasa-biasa saja.

4. MEMPUNYAI "GOAL", TAPI SALAH MENCAPAINYA
Biasanya dialami oleh orang yang tidak "teachable". Goalnya salah, fokus kita juga salah, jalannya juga salah, arahnya juga salah. Ibarat seorang yang mahu kaya,lalu dia pergi merompak bank yang akhirnya di tangkap polis dan di penjarakan.

5. MENGAMBIL JALAN PINTAS, SHORT CUT
Kejayaan tidak pernah dicapai dengan jalan pintas. Jalan pintas tidak membawa orang ke kejayaan yang sebenarnya, "real success", kerana tidak mengikuti proses. Kalau kita menghindari proses, kejayaan yang di capai tidak sempurna.

6. MENGAMBIL JALAN TERLALU PANJANG, TERLALU SANTAI
Analoginya begini : Kapal terbang untuk membolehkannya take-off, harus mempunyai kecepatan minimum. Pesawat Boeing 737, untuk membuat take-off, memerlukan kecepatan minimum 300 km/jam. Jikalau kecepatan dia cuma 50 km/jam, manakan dapat untuk pesawat tersebut membuat take-off.

7. MENGABAIKAN HAL-HAL YANG KECIL
Dia mahunya yang besar-besar, yang hebar, tetapi ha-hal kecil tidak dilalukannya. Dia lupa bahawa struktur bangunan yang besar, pasti ada komponen yang kecilnya. Mahu saja yang hebat. Mengabaikan hal kecil saja tidak boleh, apatah lagi mengabaikan orang kecil.

8. TERLALU CEPAT MENYERAH
Jangan berhenti kerja pada masa percubaan 3 bulan. Bukan membuat kesalahan menjadikan seorang itu gagal tetapi berhenti pada tempat yang salah, jika kita membuat kesalahan, kita boleh memperbaikinya tetapi jika kita berhenti di tempat yang salah kita akan menyesal.

9. BAYANG-BAYANG MASA LALU
Kita selalu dipenuhi oleh memori kan? Apa yang kita lakukan, masuk memori kita, minimal sebagai pertimbangan kita untuk langkah kita berikutnya. Apalagi kalau kita pernah gagal, tidak berani untuk mencuba lagi. Ini berkaitan dengan penyakit nombor 3. Kegagalan sebagai akibat bayang-bayang masa lalu yang tidak terselesaikan dengan semestinya. Itu bayang-bayang negatif. Memori kita kadang- kadang sangat membatasi kita untuk maju ke depan. Kita kadang-kadang lupa bahawa hidup itu maju terus. "Waktu" itu terus berjalankan? Semuanya berjalan, hidup kita pun terus berjalan juga. berlari saja ke depan, kalaupun harus jatuh, pastikan jatuh ke depan. Orang yang berjaya, pasti pernah gagal. Itu memori negatif yang menghalangi kejayaan.

10. MENGHIPNOTIS DIRI DENGAN KEJAYAAN
Biasa disebut "Pseudo Success Syndrome". Kita dihipnotis dengan itu. Kita kalau pernah berjaya dengan kejayaan kecil, terus berhenti, tidak kemana-mana lagi. Sudah puas dengan kejayaan kecil tersebut. Napoleon pernah menyatakan: "Saat yang paling merbahaya datang bersama dengan kemenangan yang besar". Itu saat yang paling merbahaya, kerana orang lupa dan mabuk kemenangan. Jangan terjebak dengan goal-goal hasil yang kecil, kerana kita akan menembak sasaran yang besar, goal yang jauh. Jangan berpuas diri, jangan jadi sombong, terus takabur.

Psst : Silakan direnungkan mengenai benar atau tidaknya, semua terpulang pada pendapat masing2.

Tukar baju

Salam..

Lagi satu jam dah boleh berangkat balik kerumah.. seronoknya sabtu dan ahad cuti... dok melepak kat rumah la nampaknya.. bosan baru planning nak pergi jalan-jalan..

Citer pasal jalan-jalan ni.. aku ada masalah sikit dengan anak aku si Uzrei tu.. Sekarang ni pantang aku pakai baju lawa sikit kat rumah.. mesti dia ingat aku nak pergi berjalan.. padahal ada orang nak datang rumah.. takkan aku nak menyeksi pulakkan..

Masalah tentang pakaian jugak ni buat aku geram je dengan si Uzrei.. si Uzrei sekarang dah pandai selongkar baju dalam almari dan juga dah pandai melaram pulak dah.. kalau lepas mandi dah tak nak pakai seluar pendek kat rumah.. nak pakai seluar ketat (jeans) je.. lepas tu pakai tak sampai 1 jam dah nak tukar seluar dan baju lain.. alasan baju dah kotor kene peluh.. kalau satu hari aku layan dia kat rumah.. mau habis satu almari baju dia pakai.. Asyik nak melaram je Uzrei ni sekarang tau.. seluar mesti seluar ketat(jeans) baju mesti yang baru je.. wah.. macam aku ni tukar jahit baju je..

Aku nak tanya koranglah.. masa anak korang berusia macam anak aku ni.. ada tak peel melaram macam anak aku ni... kekadang gelihati aku tengok peel Uzrei tu tau.. 

Psst : tak larat nak basuh baju berbakul2 bila hujung minggu.. yang paling banyaksekali baju si Uzrei la....

Buat derk je (bengang)

Salam..

Pagi yang bengang hari ni.. mana tak bengangnya, Setiap hari aku hantar adik aku keje.. tapi bukan bengang dengan adik akulah.. yang membuat aku bengang.. Setiap kali hantar adik aku ke tempat kerjanya mesti nak kena bagi IC kat PB tu.. aku tak kesahlah nak bagi IC kat diorang.. Bagilah cepat sikit orang nak pergi kerja.. banyak pulak soalan dia..

Kat bawah ni soalan yang kena dengar hari-harilah..

Aku - Nak hantar adik, kat Company @#%$$#..
PB - kat mana kak.. lama ke kejap.. untuk apa? (segala macam soalanlah)
Aku - kerja la..
PB - senyum2... macam saje je nak kenakan

Tapi ni soalan bila nak hantar... yang tu aku tak bengang sangat.. tapi yang paling aku bengan masa nak ambik balik IC aku.. bila aku keluar dari kereta nak bagi IC aku tengok banyak kenderaan nak masuk kat dalam tu.. lagi2 lori minyaklah dan segala macam kenderaanlah.. bermakna aku kena cepat sebelum lori tu sampai kat tempat polis tu berada..

Kebetulan pagi tadi masa aku nak ambik balik IC aku kat PB tu.. ada dua orang PB kat situ.. sorang tengah makan dan jauh dari aku kalau nak bagi balik IC aku.. dan sorang lagi tengah main GAME kat henpon dia, dan PB tu adalah dekat dengan aku.. aku ni panjang je tangan hulur Kad pelepasan masuk ke kawasan diorang tu.. tapi PB yang main game kat henpon ni boleh buat derk je.. boleh dia tunggu PB yang tengah makan ni bagi IC kat aku.. macam kurang ajar je aku rasa..

ni kalau ko baca blog aku.. kalaulahkan.. mana tau sebenarnya ko bukan main game tapi tengah baca blog aku.. ko baca ni apa aku nak pesan kat ko ni...

ko ingat ko tu PB ko tu bagus sangat ke? hormatlah orang sikit, jangan nak tunjuk besar kepala pulak.. orang lain pun nak cepat jugak.. orang nak pergi kerja.. walaupun ko tak tau pukul berapa aku nak masuk kerja.. tapi boleh tak ko buat kerja ko.. walaupun waktu kerja ko dah tamat ke... tapi tak boleh ker tolong kawan ko yang tengah makan tu.. besar sangat ke pangkat ko tu sampai berat tangan ko nak tolong kawan ko tu.. baru jadi PB dah besar kepala dan meninggi diri dah tak hormat orang.. rasa diri tu dah bagus sangat dari orang lain.. blah la.. ingat aku heran ke.. kalau ko kekallah macam ni.. berapa ramailah orang akan maki ko nanti..

Dahlah.. penat aku nak taip panjang-panjang.. ingat boleh hilangkan rasa bengang aku ni tapi tetap tak hilang jugak.. hish.. panas betul hati aku ni..

Psst : PB tu POLIS BANTUAN je..  (maaflah pada PB2 lain ye ni hanya luahan aku.. kalau korang kenal PB yang aku maksudkan ni.. baik korang bagi nasihat kat dia.. besar kepala punya orang)

Bila kerajinan menjelma

Salam..

Sihat semua.. aku sihat tapi mood ceria belum mari.. mungkin dah habis semalam kot, terlebih guna pulak.. sebab apa terlebih guna.. semalam aura kerajinan aku melampau sikit.. yelah aku ni kalau hari bekerja susah sikit nak masak yang payah2 ni.. tapi semalam keajaiban berlaku lak rajin tahap melampau tau.. en. Suami aku pun pelik apesal aku rajin sangat..

Kerajinan yang aku maksudkan semalam aku masak makanan paberet en. Suami.. En. Suami aku ni suka makan Pajeri Nenas.. kalau balik perak mesti mak mentua aku masakkan pajeri nenas untuk en. suami.. jadinya balik kerja semalam aku singgah kejap kat kedai runcit nak beli terung, sekali aku ternampak sebiji nenas.. Terus aku dapat idea nak buat makanan paberet en. Suami.. tapi kalau aku pajeri nenas ni untuk rasa-rasa bolehlah...

Meh aku bagi tatapan kat korang masakan aku semalam..

Pajeri Nenas en. Suamiku.. suka sangat dia makan ni sampai tak cukup nasi..

Sambal terung rencah ikan bilis.. sedap manis betul rasa terung ni..

Ikan bawal masak pedas.. tapi tak pedas pun hehehe... nanti anak2 aku tak leh makan lak.. sipi2 je pedasnya..

Kek Marble.. ha yang ni aku bukan buat malam tadi.. ni aku buat sabtu lepas.. masukkan je sekali dalam N3 ni.. sedap tapi bantat sikit ntah apa masalanya.. tapi aku rasa sebab kurang tepung kot.. 

Psst : biasanya kalau aura kerajinan ni menjelma.. tu bermaksud nak bendera merah.. tapi aku ni baru je lepas bendera merah.. ke penukaran horman ..

Ternanti-nanti dan tertunggu-tunggu

Salam..

Ahh... tajuk kat atas tu takder beza punkan.. sama je maksudnya... tapi tetap nak letak dua-dua tu.. biar panjang sikit tajuk tukan.. rasa macam best pun ada jugak..

Kisah berkenaan ternanti-nanti dan tertunggu ni sebenarnya jadi masa sehari nak cuti Thaipusam yang lepas.. dah basi pun.. tapi aku tetap nak citer kat korang jugak..

Citernya macam ni.. Company aku ni kalau jaga MC cantik awal tahun nanti akan dibayar dalam bentuk RM.. alhamdulillah tahun ni MC aku tak terkucil sanggat macam tahun lepas.. adalah dalam 4/5 hari je aku terkucil.. kalau tahun lepas aku terpaksa bayar balik kat company sebab MC dah melebihi had yang diberikan lagipun masa tu aku pregnant si Uzair.. sakit sikit MC.. Malas sikit MC.. Manjakan dan mengada2 pulak masa tu.. tak leh nak penat sikit.

Jadinya minggu lepas pembahagian RM untuk MC telah dijalankan.. tetapi bahagian pembahagian telah mengalami sedikit masalah.. yang sebenarnya bukan diorang yang bermasalah tapi yang bermasalah Van RM tu mungkin diorang lewat ambik RM kat Bank kot... Jadinya dari nak bagi awal terpaksa bagi menjelang tiba waktu nak Punch Card balik pulak... tapi nasib baik bahagian pembahagian harta ni buat kerja cepat jugaklah.. lagi lima belas minit nak Punch diorang dah suruh ambil RM tu... Alhamdulillah.. ada jugak RM untuk cuti2 Thaipusam kan..

Aku kalau Van RM tu datang lambat macam mana pun aku sanggup tunggu tau.. terukkan... tapi RM tu boleh bawak anak2 aku jenjalan dan makan2 tau..

Saje je nak tunjuk RM tu.. Cemburu tau tenggok Lieya tu tunjuk cek Nuffnang.. Aku pun nak tunjuk jugak.. Saje jekan aku nak ciwi dengan korang.. bukan selalu pun.. ciwi, ciwi, ciwi

Envelope RM

RM yang terkeluar sikit dari envelope.. huh.. terkeluar ke atau aku yang keluarkan.. ah.. sama jelah.. Ciwikan.. bukan selalu..

Psst : Lieya.. maafkan akak.. tapi memang jeles ni tgk Cek Nuff lieya tu.. bila akak nak dapat banyak macam tu ye.. Cashkan lagi pun belum..

Psst : mana datangnya perkataan CIWI tu ye?

Hari gaji

Salam..

Selamat berBW... aku belum lagi nak mula BW kejap2 lagi kot.. hari ni hari gaji.. banyak benda nak kena bayar dulu.. lepas siap tolak itu dan ini aku BW ye..

Psst : itu pun aku sibuk nak bagitahu korang ye... kepada korang yang gaji sama hari dengan aku mesti korang pun buat aktiviti yang sama macam akukan..

Makan Malam

Salam..

Kelmarin punya cerita pergi beli bahan basah kat Pasar Pagi Pandamaran... Nasib aku pergi awal pagi 6.45 pagi aku dah sampai kat sana.. Pilih-pilih ikan dan sayur terus cabut balik rumah.. Balik rumah terus siang ikan simpan dalam freeze.. Sambung pulak kemas rumah sudahnya ikan dah simpan dalam freeze dan juga dah beku.. aku malas nak keluarkan.. En. Suami dan anak2 dah merengek-rengek kelaparan.. yelah jam dah tunjuk 1.30 petang mestilah perut dah berbunyi.. jadinya pilihan terakhir aku masak megi letak ayam dan karet.. fuh licin pinggan en. Suami dan anak...

Tapi aku bukan nak citer kelmarin tu.. tapi dah tercerita pulak.. korang bacalah ye.. mesti dah habis bacakan.. kalau tak baca pun takper.. aku je yang syok sendirikan..

Ok ni citer malam tadi ada bahan-bahan untuk masak.. jadinya malam tadi aku jadi isteri dan mama yang solehah.. perasankan aku.. jadinya balik keja semalam rehat dalam lima belas hingga tiga puluh minit senang cakaplah sampai dah hanis drama melayu kat tv tulah.. aku terus bersilat kat dapur masak2 untuk santapan malam aku, en. suami dan anak2... tak lama pun masak sama masa aku dok berehat tengok tv drama melayu tadi.. yelah semua bahan aku dah potong awal2 masa hari minggu tukan.. jadinya tinggal masakkan je semua bahan tu kan..

ok malam tadi aku masak
Ikan kembung goreng,
kacang buncis letak suun(mcm mana nak eje ye) dan
sambal tumbuk ikan bilis...

itu je santapan aku malam tadi.. kat bawah ni aku selitkan gambar masakan aku malam tadi.. walaupun dah banyak kali aku keluarkan kat blog ni.. aku tetap nak keluarkan lagi...

Ikan goreng Bodo... (sape boleh bagi kesimpulan kenapa orang panggil ikan goreng BODO)

Sambal tumbuk ikan bilis... sedap paberet aku dibulan pose..

Sayur buncis bersama suun... tapi suun tu telah menyerap kuah yang ada kat sayur tu.. jadinya makan nasi rasa nak tercekik pulak malam tadi... en. Suami siap tambah air masak kat nasi dia.. dia kata kuah takder.. rasa macam makan beras.. hahahaha..

muka penat aku.. senget benget tudung aku tu kan.. tengah tunggu sweetblack keluar dari opis..
(saje nak enter muka aku kat dalam ni.. sesekali..)

Habis sudah citer makan malam aku.. Lunch tadi pun aku sambung makan lauk yang sama.. sebab ada balance sikit malam tadikan.. takkan nak tuang dalam peti sampah pulakkan.. sayang... pulak rasanya.. baik aku bawak pergi kerja boleh jugak jimat RM hari nikan..

Memori semalam

 Salam..

Masih lagi n3 di Putrajaya 2 minggu lepas.. bukan apa saje je aku nak abadikan gambar ni sebagai kenangan aku.. nilah keadaan kalau dah berkumpul ramai2 pelbagai gaya dan ragam yang akan berlaku.. tak kira dari yang belasan hingga yang dah tiga puluhan tetap berperangai seperti kebudak-budakan.. bukan sengaja nak buat gelagat macam tu.. tetapi sekadar nak menghidupkan suasana ceria diantara anak-anak buah, mak dan pak2 sedara.. supaya tidak mewujudkan jurang pergaulan.. tapi takderlah sampai tak menghormati orang tua pulakkan.. sikap menghormati masih kemas dalam pertuturan dan pergaulan.. wah skema ayat aku malam ni..

 suka tengok terasa keluarga begitu mesra.. tapi memang kami rapat pun.. kalau berjumpa macam2 cerita akan dikongsi
Gelagat paling sengal.. lagi2 aku.. itulah aku yang sebenar.. tolong jangan besarkan gambar ini... maaluew aku..

aku suka tengok gambar ni.. bila aku tension mesti aku buka folder gambar ni dan aku tatap sampai jiwa aku tenang..

Psst : korang kalau tension perkara apa yang akan membuatkan korang kembali tenang...

Nikmatnya...

Salam...

Alhamdulillah hari ni dapat rezeki lagi... sebenarnya ini adalah kali kedua aku dapat rezeki ni.. kali pertama awal tahun baru2 ni.. Bos balik dari Australia dia suruh si pemanis kata ni sampaikan ole2 yang dibeli dari Australia.. dapat sebiji dua coklat manis dari sana... ingat jugak Bos ni kat kitorang...

Pagi ni pulak tengah dok mengadap buat keje.. si pemanis kata ni bawa lagi kotak yang berisi ole2 ni.. tengok dari pada kota datangnya dari jauh jugaklah, Tapi bila pulak Bos ni kesana.. senyap2 je pergi ye.. tak bagitau pun kat kitorang.. kalau tak bolehlah bersuka ria sikit..

Tapi takperlah.. bagitau ke tak bagitau ke tak penting yang penting sekarang ni Bos ni ingat jugak kat Staff2 dia kan..

Meh aku tunjukkan apa yang dia bagi..

Chocolate dari Australia.. yg brown ni sedap.. tapi yang white ni.. aku takleh nak masuk tekaklah..

dan yang ini pulak Chocolate dari Paris.. sedap ada brown & black choc.. 
sape yang suka makan choc meh datang opis habiskan choc ni semua.. aku dah tak larat..

Psst : nampak je penuh chocolate tu.. sebenarnya yang kosong aku dah tutup.. tu aku dah susun cantik2 sebab tu masih nampak banyak lagi..

Penat..

Salam..

Penat jugak ye nak check semula comment dari anoy yang mengandungi spam ni.. apesal nak masuk kat blog aku.. sekarang aku nak kena semak balik pulak..

Blog aku kosong..

Salam..

Mesti ada yang tertanya2 kenapa blog aku tiba-tiba saja kosongkan... aku terpaksa drafkan semua n3 yang ada.. dan terpaksa check satu2 sebab ada sesetengah n3 mengandungi comment daripada spam.. mungkin aku tak perasan comment tu termasuk kat n3 tu.. aku akan cuba publishkan satu2 n3 tu kemudian..

harap korang tak tertanya2 lepas ni.. 

Ini sebenarnya kita suka?

 Salam..

Petang2 jumaat ni Copy & paste dari email

Kita sebenarnye lebih gembira menyambut 1hb Januari daripada 1 Muharram

Kita sebenarnye lebih tahu apa itu 14 Februari daripada 12 Rabiulawal

Kita sebenarnye lebih membesarkan hari Sabtu, Ahad daripada hari Jumaat

Kita sebenarnye lebih khusyuk mendengar lagu daripada mendengar Azan

Kita sebenarnye lebih suka lepak, tidur, tengok TV daripada sembahyang

Kita sebenarnye lebih tahu tentang artis pujaan kita daripada nama nabi-nabi Allah

Kita sebenarnye lebih suka menyebut hello!.. hai!.. daripada Assalamua'llaikum

Kita sebenarnye lebih suka menyanyi dangdut daripada berwirid, bertahmid

Kita sebenarnye lebih suka memuji manusia daripada Tuhan kita sendiri

Kita sebenarnye lebih suka membaca majalah hiburan daripada buku-buku agama

Kita sebenarnye lebih suka ke konsert, karaoke daripada ceramah agama

Kita sebenarnye lebih suka memaki, mengumpat orang daripada memuji mereka

Kita sebenarnye lebih suka mencarut, @#!*@!! daripada menyebut MasyaAllah

Kita sebenarnye lebih suka kemungkaran daripada berbuat kebaikkan

Kita sebenarnye lebih bangga dengan kejahilan kita daripada bersyukur dgn keimanan kita

Kita sebenarnye lebih cintakan urusan dunia daripada urusan akhirat

TETAPI...

Kita sebenarnye lebih suka menuju ke Syurga daripada ke Neraka

Layakkah kita dengan Syurga milik Allah SWT???

Wallahualam.

"Hai Kaumku, sesungguhnya kehidupan dunia ini hanyalah kesenangan sementara dan sesungguhnya akhirat itulah negeri yang kekal. Barangsiapa mengerjakan perbuatan jahat, maka dia tidak akan dibalasi melainkan sebanding dengan kejahatan itu.

Dan barangsiapa mengerjakan amalan yang saleh baik laki-laki maupun perempuan sedang ia dalam keadaan beriman, maka mereka akan masuk syurga, mereka diberi rezeki di dalamnya tanpa dihisab."

(Surah Al Mu'min; ayat 39-40)

Psst : kekadang kita terlalu leka dengan apa yang kita suka..

Aktiviti semalam

Salam..

Apa aktiviti korang semalam... semalam aktiviti hanya makan, tido dan keluar kejap ke tesco beli barang-barang dapur.. 

Bangun pagi2 kemas rumah.. lepas tu perut terasa lapar.. nak suruh en. Suami pergi beli nasi lemak en. Suami pulak takder dia pergi mengukur tanah kat Paya Jaras, sungai buloh.. jadinya apa yang kat rumah jelah makan.. nak buat berat2 mood takder pulak yelah makan sorang jekan... jadinya timbul idea nak buat lempeng oat.. mula2 aku dengar pasal lempeng oat ni dari anak buah aku... sebab dia cerita lempeng oat ni sedap sebab terasa garing2 kat tepi tu.. jadinya bila teringat idea anak buah aku tu, tu yang aku ada idea untuk breakfast semalam... 

meh tengok rupa lempeng Oat aku tu..

Mula2 sekali mestilah Oatkan..
Oat yang dah siap dibancuh dengan air suam dan sedikit garam...

Oat yang dah dibentuk bulat didalam kuali.. sebelum tu letakkan sedikit planta ye.. 

Ginilah rupanya Lempeng Oat tu.. memang sedap.. rasanya sama lebih kurang sama dengan lempeng kelapa.. cuma lempeng kelapa tu lemaklah.. lempeng Oats ni kalau makan 2 keping memang perut cepat terasa penuhlah.. semalam aku buat 3 keping tapi hanya 2 keping je aku makan.. lepas tu dah tak boleh masuk terasa kenyang sangat...

Lepas dah makan.. anak2 aku pun dah bangun.. aktiviti seterusnya adalah tugas sebagai ibu.. chewah.. ibulah sangatkan.. yelah hari cuti je dapat membelai anak2 dengan lebih mesra.. wah ayat tak leh blah kan... huahuahua.. ok tugas seterusnya mandikan anak2 aku dan bagi diorang makan.. lepas dah settle semua kitorang 3 beranak mengadap tv sampai perut kembali berkeroncong.. kalau berkeroncong mestilah kene masak tengahari pulakkan.. 

semalam aku masak simple je.. sebab aku sorang jugak makan.. aku masak Ikan tengiri masak kicap dan untuk anak aku Sup Ayam je.. Gambar untuk makanan tengahari aku tak snap pulak ye.. Adalah malas nak snap pic makanan tu ye.. Lepas makan aku anak beranak sambung balik aktivit belengkar depan tv.. sampailah en. Suami balik dari kerja mengukur...

Dalam jam 4 petang macam tu en. suami pun balik dari mengukur. lepas en. Suami dah rehat dalam 15/20 minit en. suami ajak pulak ke tesco untuk beli barang-barang dapur sebab nak topup barang-barang yang berkurangan... Sampai kat tesco aku tengok ramainya umat.. sampai aku membebel kat en. Suami.. "Apesal ramai sangat ni? diorang ni tak keje ke?" sekali kena smash kat en. Suami " aiks... dok kat rumah sehari je otak dah jammed ke? hari ni kan thaipusam" wahahahahaha... terkena sebijik aku.. cuti rupanya semalam... aku ingatkan aku keje.. hehehe

Uzrei bersama timbunan barang-barang.. lepas tu gelisah sebab barang2 tu menghimpit kaki dia.. suruh jalan sendiri taknak.. rasakan... (pic ni masa aku tengah menunggu untuk sampai ke Counter Cashier.. menjelang sampai ke cashier tu adalah dalam 10 orang lagi.. Trolley masing2 penuh dengan barang.. bayangkan dekat 1/2 jam aku menanti.. oh.. kalau aku tahu begitu ramai orang semalam memang aku tak keluar ke tescolah..

Berakhir sudah cerita-ceriti semalam..

psst : no psst... psst... hari ni.. hehehe

Kalau tak tau tanya..

Salam

N3 kali ada jugaklah kene mengena dengan istilah "Bodoh Sombong".. sebab apa aku terfikir nak buat n3 kali ni.. kat sini aderlah satu gegirl ni baru masuk keje kat tempat aku ni.. adalah dekat 1/2 bulan jugaklah.. tapi susah no nak senyum.. nak je aku nyanyikan lagu SENYUM nyanyian Najwa dan Maliqeu Thoo Phat.. aku tak kesah pun gegirl ni tak nak senyum kat aku... tapi janganlah dengan sikap yang tak nak senyum tu telah menampakkan riak sombong tu sampai boleh membodohkan diri sendiri...
Kalau dek gegirl tak pandai nak guna mesin Fax tu apa salahnya bertanya... ni aku dengar tot.. net... net.. net.. tot.. banyak kali.. fax tak lepaskan.. sangguplah dek gegirl ni dok ulang2 banyak kali dail no fax tu.. tapi tak lepas2... Padahal 2/3 kali juga aku lalu kat situ.. tapi tak nak bertanya.. kan dah susahkan diri dek gegirl...

Lepas tu sangguplah ko tanya kat si amoi ni cara nak guna Fax machine tu kan.. tak tetap tak lepaskan.. tanya pulak dalam Bahasa English ye... ooo.. aku lupa pulak aku tak pandai Berhasa omputeh ni.. bahasa ku bahasa melayu... agak2 adek gegirl ni tak pandai berbahasa ibunda ya... tapi bila diajar dalam bahasa omputeh ni tetap tak lepas gak fax tu ye.. erm.. urm... adakah adik gegirl ni malu nak bertanya... dek gegirl kalau "malu bertanya sesat perjalan" tau.. tak mati pun bertanya kat coolie macam akak ni... akak kat luar tu pun adik boleh bertanya.. bukannya kitorang ni garang atau makan orang... huh... kesian akak tengok dek gegirl tau..

Kalau mesin Fax ni boleh bercakap.. mesti dia cakap macam ni "Dek Gegirl dah penat aku menjerit ni.. dek gegirl tak faham2 ke yang fax dek gegirl tak leh nak lepas.. penat tau naik kering tekak..."

Psst : susah sangat ke nak bertanya kalau kita tak tau nak mengunakan sesuatu barang tu.. herm..... manusia ni susah nak cakaplah..

Hari lahir yang ke 31

Salam..

Hari ni merupakan Hari Lahir yang ke 31 tahun untuk en. Suami. Dikesempatan ini aku hendak mengucapkan Selamat Hari Lahir kepada Suami ku Mohd Azhari b. Adnan.

dalam pc ada pic ni.. oklah tu ye..

Doa dan harapan Mama kepada Papa 

Ya Allah bagi Mu segala kepujian dan kesyukuran sebagaimana layak untuk Mu dengan kebesaran kekuasaanMu dan kemulian wajahMu dan ketinggian kemulianMu yang bilamana Engkau menjadikan dia sebagai suamiku.
Ya Allah Engkau jadikanlah dia penyejuk mataku dan pembantu untuk aku mentaati Mu 
Ya Allah Engkau jadikanlah aku sebagai penenang untuknya dan penasihat yang diberkati 
Ya Allah Engkau kasihkan aku kepadanya dan kasihkanya kepada aku
Dan rezekikan kami zuriat yang soleh yang menjadi kebaikan kepada agama dan dunia 
Ya Allah jadikan antara kami berdua sebagimana antara Ali dan Fatimah 
Ya Allah satukan hatiku dengan hati-hati ahli keluarganya dengan rahmatMu Wahai Yang Maha Pemurah 
Ya Allah tutupilah keburukanku padanya dan tutupilah keburukannya kepada ku 
Dan perlihatkanlah kepadaku kebaikannya dan redhakan aku apa yang telah Kamu beri kepadaku dan berkati aku padanya 
Ya Allah permudahkanlah ia bagi ku dan permudahkan urusanku bersamanya dan jauhikanlah aku keburukannyaJadikanlah aku berpuashati dengannya dan dia berpuashati denganku
Ya Allah jadikanlah aku dimatanya hebat dan jadikanlah ia dimataku kecil 
Ya Allah bukakanlah antaraku dan suamiku dan ahli keluarganya sesungguhnya Engkau sebaik-baik pembuka 
Ya Allaha yang menghimpunkan manusia pada hari Kiamat, himpunkan aku dan suamiku dalam kebaikan 
Ya Allah Engkau jadikan aku sebagaimana yang ia sayangi dan jadikan ia sebagaimana yang aku sayangi dan jadikan kami sebagaimana yang Engkau sayangi 
Ya Allah Engkau jadikan hati suamiku tergantung kepadaMu dan kemudian tergantung kepada rasulMu dan kemudian kepadaku 
Ya Allah Engkaulah yang menguruskan kenikmatan dan kelazatan dalam kesusahanku,Jadikanlah kegarangannya terhadapku  suatu kesejukan dan keselamatan sebagaimana engkau jadikan api ke atas nabi Ibrahim suatu kesejukan dan keselamatan 
Ya Allah berikanlah petunjuk kepadanya sebagaimana yang Engkau kehendaki dan redha 
Ya Allah Engkau yakinkanlah hatiku bahawa sesungguhnya aku tidak akan dicelakai dan Engkau sentiasa bersamaku 
Ya Allah perkenankanlah
Ya Allah perkenankanlah
Ya Allah perkenankanlah
Ya Allah aku bermohon kau perkenankanlah doa seorang isteri terhadap suaminya.. amin.....
   Psst : apakah hadiah yang menarik untuk diberikan kepada suami.. 

Nasi goreng ikan masin

Salam..

Last week aku ada buat Nasi Goreng Ikan masin.. ni memang paberet akulah.. kalau nak g makan kat luar pun dalam otak dah conggak nak makan lain dari yang lain.. tapi bila budak amik order datang je laju je mulut aku sebut Nasi Goreng Ikan Masin.. lepas tu baru terfikir tapi order dah ambik.. Masalahnya sekarang en. Suami aku dah bising yang aku ni suka sanggat makan Nasi Goreng Ikan Masin ni.. dia kata nanti cepat kena darah tinggi.. Lepas dengar en. Suami ni bising-bising lama jugaklah aku tak order Nasi Goreng ni.. 

Tapi sabtu lepas en. Suami ada buat keje luar kebetulan pulak mengukur kat sepang.. jauhkan sepang dengan pulau indah.. terpisah dengan sungai dan lautan dah tu... apalagi ada peluanglah aku nak masak nasi goreng ikan masin.. tapi aku makan sorang2 jelah.. dah tentu2 en. Suami tak tahu aku masak nasi goreng paberet aku... Uzair dan Uzrei makan Conflakes je.. tengah hari baru aku masak yang special untuk diorang... 

Jeng... Jeng... Jeng... Inilah rupa Nasi Goreng Ikan Masin aku... Sedap........ yummy... yummy

ha... nilah nasi goreng aku.. suram jekan.. nasib ada telur mata kat atas tu adalah penyeri sikit... silalah percaya begitu sedap nasi goreng ni..

ditambah pula dengan milo tarik... sedap weyh.... terangkat kaki tangan tau... 
aku adalah pelasan memuji diri sendiri.. alah takper pun puji diri sendiri sesekali.. bukan selalukan..

Psst : lepas ni kene kurangkan makan nasi gorenglah.. bila difikir2 balik memang banyak kolesterol kat nasi goreng tu... ditambah dengan telur pulakkan..

Beriadah di Putrajaya

Salam...

Korang mesti ingat cerita kat putrajaya dah habiskan... belum lagi habis tau sebab aku tak letak gambar lagi.. mesti nak letak gambar jugak baru puas sikit hati.. yelah kenangan bersama keluarga mesti adakan...

malas nak panjang2 korang tengok jelah pic ni semua..

Dalam kereta on the way nak ke Putrajaya.. (padahal depan rumah lagi ni) sibuk nak berposing jugak.. tapi aku suka pic ni.. lagi2 tak si Uzrei tersengih tu.. 

Dah sampai Putrajaya.. Nilah hasil port luck kami.. antara makanan yang ada.. Bihon goreng, Sandwich telur, Nasi puteh, ikan goreng dan sambal terung... mula2 tengok sikit je makanan tu semua.. bila dah kumpul setempat nampak banyak pulak..

Ok.. dah mulakan sesi makan-makan sampai pecah perut.. memang meriah makan ramai-ramai macam ni.. makan kat rumah dah biasa.. tu yang sesekali kena makan macam ni..

Kek birthday anak buah aku.. kebetulan hari tu adalah birthday dia.. singgah kejap beli kek.. comei lak kek ni.. tuan yang sambut b'day terlupa lak nak snap pic dia..

Lepas makan2 barulah kitorang pergi ke Taman Botani untuk bersiar2.. bersiarlah sangatkan.. 

Singah sebentar di Jambatan putrajaya ni.. aku tak leh duduk kat sini lama2.. lagi2 pandang air kat bawah tu.. seriau aku dibuatnya...

Sampai je kat Taman Botani terus sewa basikal.. round satu taman memang best.. 

(baru aku nampak yang aku ni dah gemuk.. huhuhu)
bestkan basikal dia.. aku minat betul dengan kerusi budak ni.. safety tau... badan ada belt kat kaki pun ada belt... bagus aku nak cari satu lah yg macam ni.. nanti petang2 boleh pusing taman kat rumah aku lak..

Cantikkan permandangan kat sini... 

Pic terakhir sebelum memulangkan basikal ke tempat asal... Rock beb... dari kecik sampai ke besar sume tak nak lepas peluang untuk berbasikal... 

Psst : malam tadi aku mimpi lemak2 aku melambai sebab diorang tercicir lepas aku naik basikal.. tapi aku malas nak layan.. aku tinggalkan je lemak2 tu semua di tepi jalan.. terus badan aku slim macam Nora Danish.. fuh.. dahsyat mimpi aku.. kesian pulak kat lemak2 tu semua..

Cari apa tu nak oii...?

salam..

Ntah apelah yang si Uzair cari kat rambut ucu dia.. asyik beno aku menengoknya... layan jelah apa yg si uzair tu cari..



tengok di godek-godek rambut ucunya... adik aku pun macam tak sedar je rambut dia kene godek dgn anak aku.. ntah2 syok kot orang dok main rambut dia..
aiks.. macam dah jumpa sesuatu je.. kutu ke tu uzair.. ke dah jumpa uban ucu.. banyak ke jumpanya.. 
macam2lah si uzair ni..


Psst : macam2 kan gelagat anak2.. memerhati je apa orang dewasa buat.. lepas tu dia lak yang sambung..

Pancit

Salam..

Penatnya hari ni.. seharian berjalan dari klang ke putrajaya.. tak lah jauh sanggat.. tapi penat berbasikal di Taman Botani, Putrajaya... berbasikal pula dengan 2 hero dan juga anak-anak buah... walaupun dan tercunggap-cunggap bagaikan nak pancit tapi disebabkan keseronakan.. penat pun boleh dilupakan...

Dah lama tak beraktiviti berbasikal.. rasanya last berbasikal masa Form 5... tu pun on - off berbasikal.. Tetapi hari ni memang bestlah...

Psst : ingatkan nak jumpa Lieya kat sana... tapi tak tau nal calling2 macam mana...

Suntikan Thypoid selesai sudah

Salam...

Alasan yang aku nak bagi supaya tidak dikenakan suntikan Thypoid tak berhasil.. ini kerana hati aku telah dilembutkan untuk menerima suntikan itu.. lagi pun untuk kesihatankan.. 

Jam 3.30 petang tadi pemberian suntikan itu telah dilakukan di sebuah gudang kilang tepung.. hehe.. saksikanlah kejadian itu..

Kak Nor aka Anoy, Hantu Kak Limah dan kaki sebelah tu siapa lagi kala bukan kak ina minat do do cheng
masa ni kitorang berpapasan pergi ke destinasi untuk menerima suntikan..

Penyambut tetamu pada masa tu..

Sign surat perjanjian penerimaan suntikan Thypoid.. 

Dr. Raju sedang menyediakan alatan untuk suntikan..

Calon pertama.. Kak Noor aka Anoy

Calon kedua Hantu Kak Limah.. disebabkan dia hantu.. gambar dia pecah2 pulak masa ni.. takut henpon aku dengan hantu kak limah ni..

Calon terakhir... Kak Ina Minat Do Do Cheng berkerut muka dia masa menerima suntikan ni.. sakit sangat kot..

Sepanjang aku menerima berbagai jenis suntikan.. Suntikan kali ni lah aku rasa paling cepat berakhir.. aku rasa tak sampai 5 saat jarum tu dah ditarik dari kulit lengan.. fuh memang pantas.. rasa macam suntik ayam je..

Berakhir sudah cerita Suntikan Thypoid ni... Selamat bercuti di hujung minggu...

Psst : sabtu dan ahad rasa nak berehat santai saja dirumah....

Ceriti Bukit Melawati.

Salam..

Jumaat dah hari ni ye.. kejap je masa berlalu dah tengah bulan satu... tapi aku bukan nak citer pasal hari jumaat dan tenggah bulan satu ni... 

Ada n3 sebelum ni aku citer yang aku satu keluarga pergi ke bukit melawatikan... dulu masa zaman aku sekolah selalu gak aku pergi bukit melawati ni.. tapi kalau nak mendaki bukit tu kenalah jalan kaki.. menjelang nak sampai ke atas tu.. adalah 2/3 botol air mineral aku teguk... penat tau.. walaupun pun bukit bukan gunung masa mendaki tu tetap terasa lenguh kepala lutut ni...

Tapi sekarang tak payah bersusah payah nak mendaki bagai.. Dekat bukit melawati sekarang ada menyediakan kenderaan untuk pelancong luar dan dalam negara untuk naik ke atas bukit melawati.. senang aku panggil kenderaan tu train jelah ye... kalau nak naik train ni kita kena bayar kat kaunter yang disediakan... Bagi dewasa dikenakan sebanyak RM 3.00 manakala kanak-kanak berusia lebih 8 tahun dikenakan rm 1.00.. tu yang Cik Kounter tu terangkan kat aku...

oklah aku taknak citer banyak layan jelah picture2 semasa aku disana..























Rumah Api Bukit Melawati, Kadang rumah api ni akan dibuka untuk pelancong melihat keadaan didalam rumah api tersebut.. tapi kalau aku, aku taknak masuk.. sebab kalau aku dok kat dalam tu aku rasa sesak nafas je..

Monyet @ kera.. jangan cuba dekati.. sebab haiwan ni garang dan boleh mengigit kita...

Pemandagan dari dalam Train... kat bawah tu ada Restoran melayu dan cina... kat bawah jugak ada jual barang2 untuk dijadikan cenderahati untuk rakan2 dan saudara.. 

 Muzium sejarah Kuala Selangor.. macam2 barang peningalan lama ada kat dalam ni..

Bergambar di tangga Muzium Permainan lama.. macam2 permainan ada.. permainan yang aku tak pernah main pun ada..


Lotong.. (pic aku amik kat google je.. sebab aku tak sempat upload)
Lotong ni memang jinak.. kat atas ni memang ada orang jual kacang panjang untuk diberikan ke lotong ni.. harga dalam RM 0.50 hingga RM 1.00 untuk seikat kacang panjang... Masa kita bagi lotong ni makan kita jangan keluarkan kacang panjang tu banyak.. sebab takut lotong ni rampas dan kalau kita berkeras nanti dia gigit pulak tangan kita... tapi kalau kita cakap dah habis lotong ni boleh faham tau.. nanti terus dia pergi jauh dari kita..

Kitorang nak on the way turun ke bawah.. sambil menanti train tiba untuk amik kitorang... jalan2 dulu...

Train dah tiba.. hoyee... lepas ni nak pergi ke Taman Alam Kuala Selangor pulak.. percayalah dah bertahun aku dok Tanjong Karang nilah kali pertama aku nak pergi ke Taman Alam...

Habislah sudah cerita di Bukit Melawati.. walaupun gambarnya banyak.. tapi memandangkan internet lembab aku malas nak upload dah.. cukuplah apa yang aku paparkan ni untuk santapan mata korang.

                         Psst : Cerita ke taman alam... Next n3 aku aku ceritakan...  

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...